28 Mei 2011

Dear Hafizz: Thousand Followers Bloglist!


assalamualaikum..salam sejahtera..
nak join bloglist..xnak cite pjg2 la..
header mcm kat bwh ni..

http://haffizmohdnoor.blogspot.com/


Syarat-syarat mudah nak join Bloglist ni:

A) Buat post entry tajuk - Dear Haffiz : Thousand Followers Bloglist!

B) Letak header blog Dear Haffiz di atas . Copy and paste sahaja.

C) Tulis dan pilih kategori blog anda . Tiada syarat  tetap untuk setiap kategori

D) Follow (tak paksa) dan Tinggalkan url post entry.
Bloglist akan dikategorikan kepada:-
1- Blog Lelaki Pilihan
2- Blog Wanita Pilihan
3- Blog Mahasiswa Pilihan
4- Blog Mahasiswi Pilihan
5- Blog Pelajar Pilihan

Kunang-kunang pilih nak masuk dalam 
kategori Blog Wanita Pilihan ye haffiz ....

Kalo korang rasa nak join bloglist

Dear Hafizz: Thousand Followers Bloglist! 
Jgn segan2 klik SINI ok...


Tarikh tutup 8 Jun 2011 : 12.00 a.m

Saraf Muka Lumpuh Akibat Barah Kelenjar Air Liur

Barah kelenjar air liur (salivary gland cancer) mungkin penyakit yang jarang didengar. Di Malaysia pada 2003, kira-kira satu peratus membabitkan barah kelenjar air liur dengan 0.6 peratus kes adalah pesakit lelaki.Kelenjar ini menghasilkan air liur yang diperlukan dalam proses pencernaan selain memastikan mulut anda sentiasa lembap.


Setiap orang memiliki tiga pasang kelenjar air liur utama di bawah dan di belakang rahang parotid, sublingual dan submandibular (disebut sebagai kelenjar utama). Selain itu, ada banyak lagi kelenjar air liur kecil dalam bibir, pipi dan di seluruh kawasan mulut dan tekak.

Kelenjar parotid adalah kelenjar terbesar dengan setiap satunya berjisim kirakira 15 gram. Ia terletak di bahagian hadapan dan sedikit bawah daripada telinga. Air liur yang dihasilkan daripada kelenjar ini akan dirembeskan ke dalam rongga mulut melalui suatu saluran sepanjang kira-kira lima sentimeter.

Hampir 80% kes ketumbuhan kelenjar liur terjadi pada kelenjar parotid. 80% daripada keseluruhan kes tersebut bukanlah barah (benign) dan hanya memerlukan rawatan pembedahan mengeluarkan kelenjar yang terjejas bagi mengelak kes berulang.

Namun, bagi kes yang disahkan sebagai barah parotid, keseluruhan kelenjar itu akan dibuang. Ini disebabkan walaupun sedikit, kelenjar itu meningkatkan risiko kes berulang malah boleh merebak ke bahagian lain. Jika itu berlaku, sudah pasti, rawatannya akan bertambah rumit.

Kes ketumbuhan membabitkan kelenjar air liur utama iaitu parotid ini boleh terbahagi kepada dua, iaitu kanser (malignant) atau bukan kanser (benign). Bagi kes yang disahkan sebagai barah, biasanya pesakit akan berjumpa doktor mengenai aduan kelenjar di bahagian muka yang semakin membesar dan ada kalanya sakit.Ada juga kes yang menyaksikan saraf muka lumpuh. Ia mungkin petunjuk barah sudah masuk ke peringkat yang lebih teruk. Kelumpuhan saraf muka ini dimanifestasikan dengan senyum senget, pipi tidak boleh kembung malah mata yang tidak tertutup ketika tidur. Ada kala mata menjadi kering kerana pendedahan udara terlalu lama dan menyebabkan selaput mata mengalami kerosakan, dimasuki kuman atau bendasing.

Punca barah jenis ini tidak dapat dipastikan. Namun, dipercayai ada sesetengah sel dalam kelenjar air liur menjadi mutasi yang menyebabkan sel tumbuh dan terbahagi dengan pantas. Sel yang mem bentuk tumor boleh merebak ke tisu berdekatan.

Faktor risiko barah kelenjar air liur biasanya dikaitkan dengan usia yang lanjut, pendedahan pada sesetengah jenis radiasi misalnya yang digunakan dalam prosedur imbasan selain kawasan persekitaran yang terdedah kepada bahanbahan seperti nikel aloi atau habuk silika boleh meningkatkan risiko barah jenis ini.

Gejala Barah Kelenjar Air Liur

Benjol atau bengkak di kawasan berdekatan rahang atau di dalam mulut atau leher

• Sebelah muka menjadi kebas
• Otot pada sebelah muka menjadi lemah
• Sakit yang berterusan di kawasan kelenjar air liur
• Sukar menelan
• Sukar membuka mulut

Rawatannya bergantung pada jenis, saiz dan tahap barah selain keadaan keseluruhan kesihatan penghidap. Umumnya rawatan barah jenis ini membabitkan pembedahan sama ada dengan atau tanpa terapi radiasi.

Pembedahan

Jika barah itu kecil dan berada di kedudukan yang mudah dicapai, pem bedahan akan dilakukan bagi membuang tumor dan sebahagian kecil tisu sihat di keliling nya. Namun jika ia membabitkan tumor yang besar, doktor mungkin mengeluarkan keseluruhan kelenjar air liur. Malah jika barah sudah merebak ke struktur berdekatan, misalnya saraf muka atau tulang muka dan kulit, kemungkinan ia juga akan dibuang sangat besar.

Limpa nodul di tengkuk juga boleh dibuang jika pemeriksaan mendapati barah sudah merebak ke kawasan itu. Pembedahan itu juga mungkin membabitkan pembuangan otot dan saraf di tengkuk kerana ia mungkin boleh menyebabkan telinga, muka, tengkuk dan bahu anda kebas dan lemah.Jika tulang, kulit atau saraf dibuang pembedahan rekonstruktif diperlukan. Ia bagi memperbaiki keupayaan anda mengunyah, menelan, bercakap dan bernafas selepas pembedahan.

Terapi Radiasi

Digunakan bagi membunuh sel barah selepas pembedahan. Ia juga boleh dibuat sebelum pembedahan untuk mengecutkan tumor dan memudahkan ia dibuang. Jika tumor terlalu besar dan berada di kawasan yang terlalu berisiko untuk dibuang, mungkin hanya terapi radiasi saja rawatan yang boleh dilakukan kepada pesakit.

Kemoterapi

Pilihan rawatan ini selalunya diberi kepada pesakit yang mengalami barah kelenjar air liur di tahap yang teruk dan sudah merebak ke bahagian tubuh yang lain.


24 Mei 2011

Jintan hitam herba (habbatus sawda) penawar penyakit



Habbatus sawda adalah sejenis herba yang boleh didapati di kawasan-kawasan tertentu terutama di Mediterranean dan telah diamalkan sejak zaman nabi.Walaupun masyarakat Melayu mengenalinya sebagai jintan hitam, tetapi bentuknya berbeza dengan jintan manis atau putih.Bersaiz lebih kecil berbanding jintan manis dan berwarna hitam, ia mengeluarkan sejenis bau yang nipis dan berempah tetapi tidak terlalu kuat.Jika dimakan mentah-mentah atau masih belum diproses rasanya agak pahit.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah berkata, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Gunakanlah habbatus sawda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat daripada segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut).”


Menurutnya, hadis sahih riwayat Al-Bukhari itu adalah saranan dan galakan Rasulullah kepada umatnya untuk menggunakan herba tersebut.
“Ia bertindak sebagai penyelaras perjalanan darah dan ia tidak khusus kepada satu-satu penyakit sahaja.
“Ia lebih banyak mencegah penyakit daripada mengubatinya,” kata Mohd. Daud ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

BIJIAN jintan hitam diperoleh dari pistil bunganya.



Disebut dalam al-Quran

Kata Daud, atas gesaan Nabi itu, para sahabat seperti Saidina Ali dan Abdullah Auf turut sama mengamalkan habbatus sawda.
Sebaik-baiknya, habbatus sawda dimakan bersama madu, tambahan pula terdapat ayat dalam al-Quran, surah An-Nahla ayat 68 menceritakan berkenaan manisan lebah itu.
Mohd. Daud menegaskan, setiap perkara yang disebut dalam hadis dan al-Quran adalah yang terbaik untuk umat manusia serta mempunyai khasiat yang banyak.
Ia terbukti secara saintifik melalui kandungan bahan-bahannya yang terdiri daripada glukosa, polisakarida, kalsium, ferum, karotan dan asid amino.
Pakar Pemakanan Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Shariza Abd. Razak berkata, habbatus sawda juga berfungsi sebagai bahan antitumor.
“Jadi, habbatus sawda amat baik untuk mengurangkan risiko dan mengawal penyakit kanser serta mampu meningkatkan kekuatan sistem imunisasi badan melawan penyakit seperti selesema,” katanya.
Menurut Dr. Shariza, individu yang mengalami alahan juga sesuai menggunakan habbatus sawda kerana terdapat bahan antihistamin di dalam jintan hitam itu.
“Bahan tersebut akan melawan histamin yang dihasilkan di dalam badan ketika alahan berlaku dan ia sesuai digunakan oleh penghidap ekzema atau radang kulit,” ujarnya.
Tinggi glukosa
Habbatus sawda juga boleh membunuh kuman kerana ia bertindak sebagi antibakteria.
Sehubungan itu, pesakit yang mengalami jangkitan bakteria terutamanya escherichia coli atau E. coli yang menyebabkan cirit-birit dan masalah penghadaman boleh mengamalkanya.
Bagi individu yang sentiasa mengalami keletihan dan sering tidak bermaya, habbatus sawda amat sesuai diamalkan kerana kandungan glukosanya yang tinggi.
“Habbatus sawda boleh bertindak sebagai bahan penambah tenaga dan biasanya dijadikan minuman atau sebagai salah satu bahan campuran dalam minuman seperti kopi dan teh,” ulas Shariza.
Selain dijadikan minuman, pengguna bebas membuat pilihan dalam apa bentuk sekalipun seperti kapsul atau minyak.
“Tiada had tertentu dalam pengambilannya malah kajian mendedahkan, seorang individu yang sihat dengan berat badan sebanyak 50 kilogram boleh mengambil antara satu hingga dua sudu teh sehari,” ulasnya.
Bagi sesetengah individu, jika habbatus sawda diambil berlebihan ia akan menyebabkan ketidakselesaan badan, panas badan dan gangguan fungsi tubuh tetapi ia masih lagi selamat untuk diambil.
“Tindak balas bergantung kepada individu dan sebaik-baiknya, ambil dalam sukatan yang disyorkan,” katanya berkongsi tip.

sumber:kosmo

Perkara Mudah Namun Membahagiakan Pasangan



Sebagai suami yang bertanggungjawab, kebanyakannya lelaki sanggup melakukan apa saja demi menggembirakan pasangan. Ada yang sanggup menyabung nyawa malah mengeluarkan belanja yang besar untuk membahagiakan isteri. Namun begitu ada kalanya perkara yang cukup mudah dilakukan juga sebenarnya memberi kegembiraan yang lebih bermakna. Antaranya seperti berikut:

1. Jangan Cari Masalah
Jangan juga cari masalah yang boleh membuatkan perhubungan anda bermasalah. Namun kita sering kali terlupa dan terlena dengan setiap tindak tanduk mereka. Justeru itu, jika anda inginkan kebahagiaan, jangan sesekali mencari masalah atau selesaikannya secepat mungkin jika timbul masalah.

2. Hubungan Seks Berterusan
Ia sebenarnya mampu membuatkan hubungan anda lebih baik dan menggembirakan biasanya lelaki sangat gembira. Satu kajian di luar negara yang dilakukan ke atas 16,000 orang mendapati dari melakukan hubungan seks sebulan sekali kepada seminggu sekali, hidup mereka lebih bahagia. Semasa hubungan seks, hormon endorfin akan merembes keluar sekali gus memberikan kebahagiaan.

3. Keluar Bersantai
Dalam usia yang semakin meningkat, jangan sesekali anda duduk memerap di rumah sahaja. Ini akan membuatkan anda berasa bosan dengan kehidupan. Apa kata, bawa pasangan keluar dan nikmati cahaya mata hari kerana ia bukan saja baik untuk tubuh tetapi juga terapi anda. Keluarlah bersantai menikmati pemandangan sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan anda akan mendapati ia memberi kelainan dalam hubungan.

4. Menerima Seadanya
Bergaduh, bertengkar dan sebagainya akan membuatkan anda tertekan. Bagi membolehkan anda bahagia dan pasangan gembira, maafkanlah setiap perbuatan, bersedia menerima apa juga kelebihan dan kekurangan serta sebagainya. Insya-Allah, anda akan bahagia.

5. Beri Privasi
Ada kalanya pasangan memerlukan ruang privasi mereka tersendiri. Tidak semua perkara memerlukan pandangan dan pendapat anda. Ia sama seperti tidur, ada masanya anda perlukan tidur yang sangat nyenyak (maksudnya tidak diganggu oleh pasangan yang mahukan hubungan seks), jadi hormatilah diri pasangan, baru anda akan peroleh bahagia itu.

6. Hobi Baru Setiap Tiga Bulan
Hobi adalah satu perkara yang boleh mendatangkan semangat dalam hubungan. Lebih menarik lagi jika anda mampu merancangnya bersama pasangan. Melalui hobi, anda boleh menemui kawan-kawan dan aktiviti-aktiviti baru sekali gus membuatkan hubungan anda bertambah erat. Rancanglah aktiviti baru setiap tiga bulan. Insya-Allah, ia mampu membuatkan hubungan anda lebih intim.

7. Rancanglah Aktiviti
Jangan sesekali membuat perancangan saat akhir kerana kita tidak tahu apa rancangan pasangan kita. Bila sudah merancang lebih awal, anda dapat membuat banyak perkara. Percayalah, anda akan lebih gembira dengan apa yang anda buat.

8. Bercuti
Inilah antara perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan terutama bagi mereka yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Kadang-kala bila menyebut soal bercuti, mereka akan terbayangkan kos yang sangat mahal, belum masuk hotelnya, kos makan dan sebagainya namun sebagai lelaki yang bijaksana dalam mentadbir keluarga, anda perlu merancang segalanya dengan teliti agar pasangan berasa bahagia.

9. Rancang Apa Yang Anda Ingin Makan
Makanan ibarat vitamin bagi tubuh, kalau terlebih makan ia akan membawa kemudaratan tetapi kalau kurang makan, anda boleh dijangkiti penyakit. Sebaik-baiknya, rancanglah bersama pasangan apa yang anda ingin makan, kalau boleh biar anda bersama-sama melakukannya agar pasangan tidak berasa dirinya seperti orang gaji di rumah. Percayalah, ia akan lebih membuatkan hubungan anda bertambah erat jika anda merancang segalanya dengan pasangan.


23 Mei 2011

Cara Betul Pakai Bulu Mata Palsu




Solekan mata merupakan bahagian paling penting ketika merias wajah. Malah, ia mengambil masa yang agak lama selain memerlukan penelitian untuk mata kelihatan berbeza. Untuk nampak lebih sempurna solekan, pemakaian bulu mata palsu adalah kaedah terbaik.

Mengaplikasikannya pada mata dapat mem bantu memperlihatkan bulu mata nampak lebih panjang dan lebih tebal. Pun begitu, memakai bulu mata palsu memerlukan teknik yang betul kerana ia bukan sesuatu yang mudah. Justeru, ia memerlukan banyak latihan sebelum anda meng hadiri manamana majlis dengan mengenakan bulu mata palsu pada riasan wajah. Sebaiknya, anda berlatih terlebih dahulu dengan menggunakan bulu mata palsu yang murah. Semakin banyak latihan akan membantu pemasangan bulu mata lebih cepat dan rapi. Bulu mata dan riasan mata akan terlihat lebih glamour. Selain itu, anda boleh saja mendapatkan bantuan dari mana-mana pakar solekan di salun misalnya untuk pemakaian tersebut.


Tip bulu mata palsu: 


Berikut ini beberapa tips yang boleh anda pelajari ketika menggunakan bulu mata palsu:


Sesuaikan Ukuran Bulu Mata Palsu


Lebar mata setiap orang berbeza-beza, justeru pastikan anda mengukur terlebih dahulu panjang bulu mata yang bersesuaian. Kemudian, rapat kan buku mata palsu pada kelopak mata untuk mengetahui panjang bulu mata yang sesuai. Setelah itu, gunting bulu mata palsu sekiranya melebihi panjang kelopak mata.


Solekan Mata


Pastikan anda merias terlebih dahulu bahagian mata dengan menyapu pembayang mata mengikut warna yang sesuai diikuti dengan penggaris mata. Setelah itu, barulah anda memasang bulu mata palsu. Ini bagi memastikan bulu mata palsu dapat melekat sempurna. Setelah itu, sepit bulu mata asli sebelum mengenakan bulu mata palsu.


Gam Bulu Mata Palsu (eyelashes glue)


Setelah selesai membuat solekan pada wajah, siapkan bulu mata palsu yang telah disesuaikan dengan panjangnya mata. Keluarkan gam khusus bulu mata palsu dan sapukan pada
bulu mata berkenaan. Jangan menyapu gam
terlalu banyak kerana akan menyebabkan ia melekat pada helaian bulu mata palsu.


Lekatkan Pada Mata


Setelah bulu mata palsu di sapu gam, lekatkan bulu mata tadi pada bahagian ke lopak mata. Laku kan dengan hatihati supaya bulu mata berkenaan melekat dengan baik. Rapi kan agar bulu mata terlihat semula jadi dan telah melekat sempurna. Biarkan selama 30 saat supaya gam berkenaan benar-benar kering.


Sempurnakan Riasan Mata


Setelah posisi bulu mata palsu sesuai dan gam telah kering, sapukan maskara untuk mem buat bulu mata terlihat lentik dan eyeliner cair hitam pada garis atas bulu mata untuk menutupi warna gam tadi supaya bulu mata asli dan bulu mata palsu terlihat menyatu sempurna.


Cantik Di Mata


Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.

22 Mei 2011

Rahsia Warna Baju Pilihan Pasangan Anda…



Personaliti pasangan terpamer melalui warna dirinya. Pemilihan sesuatu warna berkait rapat dgn kehendak diri yg mempunyai alasan tersendiri. Alasan2 ini lah yg menggambarkan sifat sesorang. Memahami dan memikat hati pasangan dgn solusi warna tidak perlu di ambil secara mutlak seratus peratus sebagai fakta tetapi ia boleh dijadikan sumber rujukan yg membantu.

Antara warna baju yg sentiasa menjadi pilihan;

 Warna Hitam

Ø      Semangat yg kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin

Ø      Degil dan berdikari

Ø      Kelihatan matang dan menyelubungi identity yg sebenarnya

Ø      Mewakili perbuatan tidak mengaku ataupun menyerah diri hanya pada saat-saat akhir

Ø      Sentiasa ingin menolak drpd segala perlindungan yg kuat

Ø      Dlm situasi yg tertentu menunjukkan personaliti yg mempunyai kawalan pd diri mengikut imej berkomunikasi



Warna Putih

Ø      Menggabungkan semua warna yg lain dlm spectrum

Ø      Mempunyai keperibadian yg positif, matang dan optimistic

Ø      Gemar menyendiri

Ø      Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.


Warna Ungu

Ø      Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati. Mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi

Ø      Berkeinginan mahu berjaya dlm semua bidang dan mahu melibatkan individu lain bersama

Warna Merah Jambu

Ø      Bersikap penyayang, mencintai alam semulajadi

Ø      Mudah bersimpati dan memahami

Ø      Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi

Ø      Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain

Ø      Sedikit keanak-anakan

Ø      Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri

***Warna pilihan pasangan anda xde dalam senarai???xpe...jgn risau...akan bersambung pada entri yg akan dtg...tungguuuuuuu...


sumber: buku 'Bagaikan khadijah di Hati Rasullullah'
Zamri Mohamad & Imran yusof

Bloglist Cik Azizah's Blog l Jom Letak Link Kat Komen

Assalamualaikum..salam sejahtera semua..
sebenarnya  Nurse Jijah kata x payah buat entry pon..
terus letak URL Blog kat komen entry dia yg INI hehe...
tp...
saje kunang-kunang nak buat jugak..
x salah kan Nurse Jijah..


Join sini

Blog cik nur azizah ni best la..
ada byk sgt E..hehe..
Ada eCinta..eTips..ePetua..eMedik..eTip Perkahwinan..dan ekata-kata hikmah..
banyak E kan...
jom ramai2 lawat blog Nurse Jijah..





p/s: Kalo nak join bloglist pulak sampai 11.59 mlm ni je tau....



21 Mei 2011

Areliff: Pencarian Bloglist Terbaru.


Assalamualaikum..salam sejahtera semua..
lama dah rasanya kunang-kunang
x join segmen kan..
maka...
hari ni nak join segmen Incik areliff.



Join klik sini

Blog Incik areliff ni simple je..
header 2 cantik la hehe
ok..2 je la..
xyah buat essay kan? hehe..
sesape nak join klik SINI ok....

 p/s:kunang-kunang wanita tau..

Tip-tip kebahagiaan suami-isteri berusia 1400 thn.



Pesanan ini di sampaikan oleh Umamah, isteri kepada Auf bin muhallim Ashaibani kepada anak perempuannya Umm Iyas  ketika anak perempuannya berada di dalam bilik dan bersedia di bawa menemui bakal suaminya pemerintah Kandah bernama Al Haris bin Amr..

v     Kita saling perlu memerlukan. Tidak ada yg di cipta untuk hidup sendiri. Perempuan dicipta bagi melengkapi lelaki. Begitu juga sebaliknya.

v     Merendah diri kepada suami dan lelaki akan rela hati merendah diri kepada isteri.

v     Memberi khidmat sebagai isteri dengan hati yg lapang.

v     Taat kepada perintah yang baik daripada suami. Sikap membangkang perintah yang baik mudah melukakan hatinya.

v     Hormati perasaan dengan melihat suasana emosinya. Sedih dalam dirinya maka sedihlah kita, gembira hatinya maka bergembiralah bersamanya. Rasa hati kita pada keadaan yg di laluinya kelak memberi hormat dan kemuliaan kepada diri kembali.

v     Dua waktu yg perlu dijaga , iaitu waktu tidur dan waktu makan. Marah mudah timbul jika lapar dan tidur yg enak di ganggu.

v     Menjaga harta, yakni apa yg di amanahkan oleh suami kepada isteri. Menjaga harta juga di ertikan mengurus belanja rumah tangga dengan berhemah dan jelas ke mana wang di belanjakan.

v     Menjaga hubungan keluarga dengan mengurus hubungan yang baik dan memelihara maruah keluarga.

v     Mudah bersetuju dalam perkara yg memberi kebaikan kepada hidup pasangan. Maka suami mudah bersetuju dan mendalam kasihnya kepada pasangan.

v     Allah memberkati kehidupan jika kita mendahulukan pasangan dalam apa jua hal.

v     Memberi ruang kepada dirinya lebih daripada diri sendiri adalah pengorbanan yg pasti berbalas. Balasan yang jauh lebih baik daripada yg kita jangkakan.

v     Melihat apa yg dilihat suami. Berikan keindahan akhlak dan penampilan yang membahagiakan hati dan cantik daripada pandangan suami.

v     Elakkan pandangan suami daripada melihat apa yg dilihat buruk mengenai diri kita.

v     Jadikan haruman dirimu sebagai haruman yg memikat kalbu suami. Bau-bauan harum istimewa buat suami. Bau-bauan yg terus mencetus ingatan suami kepada isteri.

v     Rahsia suami adalah rahsia diri. Selagi rahsia suami tetap terjaga, selagi itu kepercayaan suami pada isteri tidak berbelah bagi. Tidak ada curiga dalam hatinya.
  
Kesimpulan pesanan-pesanan yg berusia lebih 1400 tahun ini yg dianggap evergreen dan formula sukses kebahagiaan dtg daripada pengalaman-pengalaman ibu yg menjalani hidup sebagai isteri kepada suami.

sumber: Buku 'Bagaikan Khadijah di Hati Rasullullah'
Zamri mohamad & Imran Yusof

Jalani mamogram awal



Pemeriksaan mamogram lebih awal mampu mengurangkan 30 peratus kematian akibat kanser payu dara. - Gambar hiasan

Lebih awal seseorang wanita menjalankan ujian pengesanan kanser payu dara, semakin cepat dan berkesan kaedah rawatan yang boleh diambil jika mereka berisiko atau diserang penyakit itu.Justeru, selain ujian Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) yang perlu dilakukan setiap bulan untuk mengesan simptom kanser pembunuh nombor satu kaum hawa itu, wanita digalakkan menjalani mamogram.

Mamogram adalah ujian pemeriksaan payu dara menggunakan Sinar-X yang memaparkan imej-imej terperinci payu dara termasuk keadaan lemak, kelenjar susu dan saluran darah selain kelenjar di bahagian ketiak.Mamogram amat berkesan dalam mengesan kanser payu dara pada peringkat awal walaupun ketika ia hanya dilihat umpama sekumpulan kalsium halus atau disebut mikrokalsifikasi.

Bagi wanita berusia di bawah usia 40 tahun, mereka tidak digalakkan menjalankan Mamogram kerana tisu payu dara yang lebih tebal menyebabkan hasil ujian itu kurang berkesan. Wanita di bawah usia 40 tahun digalakkan melakukan PSP tiga atau empat hari selepas haid setiap bulan.Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah ahli keluarga berpenyakit barah payu dara harus menjalani mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun.

Promote Blog Follower bertuah-142

Sticky Post until 21 Mei 2011
entri baru scroll ke bwh ok..

   Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Alhamdulillah..akhirnya blog kita semua ok blk..mesti semua blogger lega kan..da bole sign in blog masing2...da bole update blog masing2....Oleh kerana masalah pada blogger dalam 2 3 hari lepas..maka..lambat lah entry memPROMOTE blog bertuah yang telah sudi menjadi PENGHULUR PERSAHABATAN Blog Kunang-kunang yg ke 142 selama seminggu.  

 Mesti korang tertanya2 knp pilih angka 142 kan..biasa org pilih 100..200..1000..Dah tentu la ada maksud tersirat di sebalik angka 142..Angka asalnya 14.2......tapi mcmane nak carik org ada titik perpuluhan kan hehe...Eh...bkn 14.2 hari kekasih 2 ye..sori..kunang-kunang tak sambut Hari Kekasih ye.. 14.2 adalah hari kelahiran Incik Hubby iaitu Incik Ahmad Fazri yg tercinta.ok..stop cite pasal ni..time 2 promote blog yg bertuah 2 ye...

   Blog yg bertuah 2 adalah milik MiSs_LiA. Maaf la ye..xbole nk letak header..nak copy xbole..nk print,tp printer ad mslh cket.. Blog MiSs_LiA ni serba hijau tau..sejuk je..macam kite dok tgk daun hehe..n itu la motif background blog MiSs_LiA . Blog simple n just nice... Antara entry MiSs_LiA yg menarik hati kunang-kunang ialah;


   Mesti ramai lelaki nak baca walaupon da kate lelaki jangan baca hehe...Apa lagi..jom la ramai2 g terjah blog MiSs_LiA ni...Rase2nye single lg 2 hehe..blogger lelaki,ape lg...try la melawat tuan blog ok..Jom kite g lawat MiSs_LiA......




17 Mei 2011

Iklan Jawatan kosong di MAIS






Assalamualaikum W.B.T


Majlis Agama Islam Selangor mempelawa anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

Sila muat-turun BORANG PERMOHONAN dan BORANG PENGESAHAN PEMASTAUTINAN dalam format pdf. Sila pastikan anda mempunyai Adobe Acrobat Reader untuk melihat dan mencetak borang Jawatan kosong tersebut. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Mei 2011 (Isnin)

Sekian, Wassalam.


_____________________________________________________________


Assalamualaikum W.B.T

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS mempelawa anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.


Sila muat-turun BORANG PERMOHONAN dalam format pdf. Sila pastikan anda mempunyai Adobe Acrobat Reader untuk melihat dan mencetak borang Jawatan kosong tersebut. Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mei 2011 (Jumaat)

Sekian, Wassalam.



Untuk maklumat lanjut layari laman web MAIS di www.mais.net.my.