05 Julai 2011

Kelemumur Jejaskan Penampilan Lelaki



Lelaki hari ini seperti wanita cukup menjaga penampilan. Bukan sahaja memberi perhatian kepada susuk badan dan wajah, tetapi juga menitikberatkan gaya rambut. Malah, tidak kurang juga beranggapan rambut yang sering kali dianggap mahkota buat wanita, adalah aset berharga kepada lelaki.

Mereka begitu ghairah untuk memiliki rambut yang sihat dengan gaya terkini. Maka tidak hairanlah apabila ada yang sanggup melaburkan wang yang banyak untuk memastikan rambut sihat. Menjaga rambut bukan sukar tetapi ia tidak juga mudah.

Tidak kena gaya, ia mudah rosak, gugur dan beruban sebelum masanya. Meskipun begitu, kelemumur atau kegatalan kulit kepala adalah satu masalah yang lazim di kalangan orang ramai.Kelemumur adalah masalah kosmetik yang tidak sepatutnya dianggap sebagai satu penyakit. Ia kelihatan memutih, berkeping-keping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda.

Ia bukan sekadar masalah fizikal, tetapi juga emosi yang membuatkan seseorang men jadi kurang yakin, rendah diri dan runsing. Kehadirannya mencacatkan penampilan seseorang serta menyebabkan orang lain kurang selesa untuk berdampingan.

Terdapat beberapa salah faham mengenai punca dan sebab wujudnya kelemumur. Antaranya, ia dijangkiti melalui sikat atau bantal, disebabkan pemakanan yang buruk, tekanan kebimbangan, kepanasan, kelembapan dan menggunakan produk pendandan rambut. Faktor tersebut mungkin mem burukkan lagi masalah kelemumur, tetapi ia bukanlah penyebab.


Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara :

Jangkitan Yis Malassezia
Kulit di bahagian kepala berbeza dengan bahagian lain kerana epidermisnya lebih tebal dan lebih berpeluh serta berminyak. Ia ter bahagi kepada tiga lapisan utama iaitu, dermis, hypodermis dan epidermis yang terbahagi pula kepada corneum dan basal.

Proses penggantian sel-sel berlaku di bahagian Basal yang mana sel-sel dibahagi dan sel baru dibentuk. Sel yang baru akan meno lak sel lama ke atas bahagian lapisan kulit sebagai cara ia matang. Proses ini berakhir apabila sel sampai pada lapisan corneum dan tanggal dengan sendiri apabila kulit kepala digosok atau dibasuh.

Dalam keadaan normal, proses kitaran sel-sel kulit ini berlaku antara 25 hingga 28 hari. Apabila proses penggantian sel di bahagian kulit kepala menjadi lebih cepat atau singkat kepada tujuh hari, maka terhasillah kelemumur. Ini kerana dalam jangka masa yang pendek, sel berkenaan tidak mempunyai peluang untuk matang dan kering apabila ia sampai di bahagian lapisan luar kulit kepala.

Mikro organisma dan fungus ini diburukkan lagi oleh pencemaran, minyak yang terlalu banyak atau kulit kepala yang terlalu kering. Sehubungan itu, mereka yang mengalami masalah kelemumur jangka panjang juga meng hadapi masalah penipisan lapisan corneum sehingga 10 lapisan berbanding 25 atau 35 lapisan bagi kulit kepala biasa.

Walau bagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebab kan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur.

Seborrheic Dermatitis (Gatal-gatal, Kulit Kepala Berminyak)

Ia punca biasa menyebabkan kelemumur dan kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning. Ia bukan sahaja berlaku pada kulit kepala malah di kawasan kulit yang mengandungi liang minyak, seperti kening, tepi hidung, belakang telinga, tulang dada, celah kelangkang dan kadangkala pada bahagian ketiak. Stres juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.

Kulit Kepala Kering, Gatal dan Berkeruping

Ia disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasa nya kecil-kecil dan kurang ber minyak berbanding lain-lain punca yang menye babkan kelemumur.

Kurang Mencuci Rambut

Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

Psoriasis

Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang meng hasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.

Ekzema

Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa. Sensitif pada sesetengah produk Kadang kala sensitif kepada sesetengah jenis produk rambut menyebabkan kulit kepala men jadi kemerahan dan gatal. Terlalu kerap men cuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

1 ulasan:

mael berkata...

Salam….Kepada sesiapa yang menghadapi masalah dalam penjagaan Kulit kepala dan kelemumur, saya sangat-sangat mengesyorkan anda menggunakan Produk Rafa - shampu aqura yang terbukti keberkesanannya. InsyaALLAH dengan penggunaan produk ini secara berterusan ia akn dapat membantu anda.

jika berminat sila hubungi = Fyzul - 012-5447747/ Ismail - 014-5550554 ataupun layari laman web kami ( https://sites.google.com/site/fyzulbizsite )