28 Oktober 2011

Tip Elak Bau Badan


Walau ia terlindung namun bawah ketiak antara bahagian tubuh yang memerlukan perhatian. Pengeluaran peluh yang banyak di bahagian ini memerlukan ia dijaga bagi mengelakkan timbulnya masalah bau badan yang kurang enak. Berikut adalah beberapa langkah pencegahan timbulnya masalah bau badan :



1. Benzoyl Peroxide Dan Penyegar
Menurut Ava Shamban, seorang dermatologis dari Los Angeles, benzoyl peroxide membantu dalam membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya bau yang kurang enak. Caranya, basuh bahagian bawah lengan dengan pembersih wajah yang mengandungi benzoyl peoxide. Selain itu, lap bahagian ketiak dan sekitarnya dengan kapas muka yang telah dicelupkan ke dalam cairan penyegar.

2. Teh Hitam
Bahan yang terdapat di dalam teh hitam mampu mengurangkan pengeluaran peluh daripada bahagian bawah lengan. Caranya, rebus sedikit teh hitam dan tuangkan di atas sehelai kain. Biarkan hingga sejuk, lalu lapkan ke bahagian ketiak selama lebih kurang lima minit. Lakukan rawatan tersebut setiap malam selama dua minggu.

3. Rajin Mandi
Cara paling semula jadi untuk menghindari bau badan yang kurang enak adalah dengan rajin mandi, sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pastikan anda tidak lupa menggosok dan mencuci bersih bahagian ketiak dengan sabun antiseptik. Setelah itu, keringkan dengan tuala bersih sebelum menyapu deodoran.

4. Menjaga Pola Makan
Hindari makanan yang dapat merangsang pengeluaran peluh berlebihan sehingga menyebabkan timbulnya masalah bau badan. Antara makanan tersebut seperti bawang merah, bawang putih dan sebagainya. Selain itu, banyakkan meminum air putih, buah, serta sayuran.

5. Hindari Stres
Kelenjar aprocine bekerja lebih aktif ketika seseorang menderita stres. Oleh itu, jauhi stres.

Cara Atasi Ketiak Hitam

Bau yang kurang enak boleh diatasi dengan menggunakan produk pewangi ketiak seperti deodoran. Tetapi sesetengah produk ini boleh menyebabkan warna ketiak menjadi kusam atau hitam. Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah ketiak hitam yang tentunya menjejaskan penampilan.

1. Gunakan lemon
Siapkan lemon, perah dan kemudian diambil patinya. Campurkan pati lemon tersebut dengan parutan timun hingga sebati. Tambahkan sedikit parutan kunyit ke dalamnya dan kacau. Setelah itu, sapukan pada ketiak dan biarkan selama lebih kurang 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.

2. Kapur sirih
Setiap kali selesai mandi, biasakan menggosok ketiak dengan sedikit campuran air kapur sirih dan limau kasturi. Lakukan secara rutin. Apabila berasa gatal dan kulit bertukar kemerahan, hentikan pemakaian. Penggunaan kapur sirih turut melambatkan tumbuhnya bulu-bulu halus pada kulit.

3. Lakukan Skrub
Gosok ketiak dengan lulur yang mengandungi buah dan pemutih

5 Masalah Seks Perlu Dirujuk Pakar


Hubungan suami isteri pastinya manis dan membahagiakan ketika fasa awal perkahwinan. Namun setelah masuk ke tahun-tahun berikutnya, satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa. Baik daripada kewangan, kesihatan, anak dan tidak terkecuali masalah melibat hubungan intim.





Jika masalah lain mungkin pasangan terbuka untuk berbicara tapi bila ia melibatkan urusan ranjang perasaan malu atau ego lebih menguasai diri. Masing-masing lebih rela mengunci mulut dan memendam rasa serta mengikut rentak yang ada kalanya sukar direncana.

Ada yang sanggup bertahan dengan keadaan ini bertahun-tahun lama daripada meluah dan mencari penyelesaian. Padahal masalah yang dihadapi sebenarnya amat serius dan perlu ditangani oleh pakar. Jika anda ternyata mempunyai masalah seperti di bawah ini maka anda sebenar memerlukan bantuan pakar atau kaunselor kerana ia serius dan boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga jika berterusan.

1. Seks Cetus Pertengkaran
Sering berselisih pendapat tentang posisi yang sesuai ketika bersama? Atau mungkin anda kurang selesa dengan layanan pasangan sewaktu berada di kamar tidur? Mungkin sudah beberapa kali isu yang sama dibangkitkan namun jalan penyelesaian masih belum kelihatan. Berhati-hatilah kerana bibit kebosanan mula bercambah. Sering bertengkar mengenai seks membuktikan anda memerlukan seseorang untuk rujukan dan tempat meluah perasaan. Bertindaklah dari awal bagi mengelakkan bahtera yang dikemudi karam di tengah lautan.



2. Cipta Pelbagai Alasan
Apabila pasangan mengajak duduk berdua-duaan dengannya dalam suasana yang romantik anda sering memberi alasan. Lebih-lebih lagi apabila niat untuk berhubungan meluncur laju dari mulutnya. Mulalah pelbagai cerita dicipta bagi mengelak dibawa ke ranjang.

Sekiranya hal ini berlaku sedarlah bahawa si dia menyimpan sesuatu di dalam hati. Ingatlah, bahawa seks adalah perkara yang menyeronokkan dan apabila ada alasan untuk melakukan, tidak mustahil telah berlaku sesuatu yang merencatkan keinginannya. Bersedialah untuk berjumpa dengan pakar terapi yang berpengetahuan agar masalah tidak berlarutan.

3. Cari Peluang ‘Makan Di Luar’
Tidak ‘bahagia’ dengan pasangan merupakan alasan yang sering dicipta untuk curang. Carilah punca sebenar dan jika seks jawapannya maka temuilah pakar terapi yang berupaya menyelamatkan rumah tangga anda. Praktikkan teknik serta ilmu yang diajar sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, tentu sinar bahagia ditemui.

4. Kecewa Sewaktu Berasmara
Ketika berhubungan, anda sering kali gagal menikmati puncak kenikmatan yang sepatutnya. Disebabkan itulah maka bila diajak ‘bersama’ sekali lagi, mood yang seharusnya gembira bertukar bosan.

Oleh kerana kasihan pada pasangan maka kemahuannya diturutkan sahaja. Sudahlah masalah itu tidak dibincang bersama malah anda pura-pura bahagia sewaktu berada dalam dakapannya. Usah berlengah lagi. Segeralah dapatkan bantuan pakar agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

5. Masalah Kesihatan
Ada pasangan yang mengelak untuk bersama pasangan kerana masalah seks yang mereka hadapi. Boleh jadi kerana masalah nafsu yang semakin menurun, disfungsi ereksi, ejakulasi pra matang, vaginimus, frigid, penyakit kelamin dan sebagainya. Masalah sebegini sememangnya memerlukan khidmat pakar jadi berterus teranglah agar pasangan memahami malah mereka juga sebenarnya dengan rela hati menemani anda menemui pakar.

SUMBER:MINGGUANWANITA

14 Oktober 2011

7 Manfaat Lemon Untuk Kecantikan


Warnanya yang kekuningan menarik mata memandang, tetapi apabila diambil jusnya pasti wajah akan bertukar akibat rasanya yang masam. Pun begitu, jangan salahkan rasanya kerana di sebalik masamnya lemon, banyak khasiat yang boleh diperoleh dari buah ini.

Selain boleh dijadikan minuman jus serta digunakan dalam masakan, lemon dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan. Berikut beberapa manfaat lemon buat pengetahuan anda :

Membuatkan rambut bersinar
Ingin rambut nampak sihat dan lebih bersinar. Campurkan perahan pati lemon pada perapi syampu lalu sapukan pada rambut. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan bersih. Lakukan secara rutin.
Lemon juga boleh membantu mencerahkan rambut. Menggunakan sikat, sapukan lemon ke bahagian rambut yang ingin dicerahkan. Setelah itu, jemur rambut di bawah sinar matahari, tapi jangan lupa aplikasikan krim pelindung sinaran matahari agar kulit anda tidak terbakar. Sinar matahari membantu pati lemon mencerahkan rambut anda. Setelah itu bilas rambut seperti biasa dan sapukan perapi rambut lalu biar ia kering sendiri.

Melembutkan Kulit
Ramuan tradisional lulur lemon boleh membantu membuatkan kulit terasa lebih halus terutama jika ia selalu dilakukan. Caranya mudah sahaja, parut kulit lemon lalu tambahkan sedikit gula dan minyak zaitun lalu gaul sebati sebelum dibiarkan selama lebih kurang 30 minit. Setelah itu sapukan lulur tradisional itu pada tubuh, terutama pada siku tangan, lutut dan kaki. Ini kerana bahagian tersebut lebih kasar dan kering berbanding bahagian lain.

Menyamarkan Kulit Berbelang
Bagi mereka yang kerap terdedah dengan sinaran matahari secara terus pasti menghadapi masalah kulit berubah menjadi berbelang. Untuk mengatasi masalah tersebut, ambil hirisan lemon lalu gosokkan secara lembut ke bahagian kulit yang bermasalah. Lakukan setiap hari untuk hasil yang lebih maksima.

Menyegarkan Mulut
Bau mulut menyebabkan seseorang berasa kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Bagi mereka yang mempunyai masalah tersebut bolehlah mencuba kaedah ini. Berkumurlah dengan segelas air yang telah dicampurkan dengan perahan lemon. Ia akan membunuh kuman yang menjadi penyebab kepada masalah mulut berbau selain memberi kesegaran kepada mulut.

Mencegah Jerawat
Bagi yang ingin menghindari wajah mengalami masalah jerawat, bersihkan wajah dengan susu pembersih. Setelah itu, letakkan beberapa hirisan lemon sebagai masker.

Mencerahkan Kuku Tangan Dan Kaki
Campurkan dua sudu makan perahan lemon dengan satu sudu makan ubat gigi dalam mangkuk lalu gaul sebati. Sapukan campuran tadi pada kuku tangan dan kaki perlahan-lahan. Setelah itu biarkan seketika sebelum dibilas dengan air suam. Setelah itu, sapukan kuku tangan dan kaki dengan losen badan untuk melembapkan kuku. Hasilnya kuku akan kelihatan cerah dan bersih. Bagi mereka yang menghadapi masalah kuku nampak kekuningan boleh mencuba kaedah ini. Rendam kuku ke dalam pati lemon selama lima minit lalu dibilas.

Pelembut Telapak Kaki
Banyak berjalan menyebabkan tapak kaki menjadi kasar. Untuk melembutkannya serta mematikan kuman-kuman yang melekat di kaki, gunakan kaedah ini. Masukkan enam gelas air suam ke dalam bekas bersama tiga cawan perahan lemon, satu cawan susu, dua sudu makan serbuk kulit kayu manis. Lalu gaul rata dan rendam ke dua belah kaki anda sambil di gosok-gosok dengan menggunakan batu apung selama 15 minit. Setelah itu, bilas dengan air suam dan keringkan. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

sumber;mingguanwanita

Bagaimana Peroleh Kemaafan Dari Pasangan







Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Itu lumrah kehidupan dan setiap kali melakukan kesilapan ini wajarlah kita meminta maaf.

Namun ada beberapa kesilapan yang sukar untuk dimaafkan. Perhatikan beberapa kesilapan ini dan tip bagaimana membuat pasangan memaafkan anda.

1. Curang
Curang adalah satu perbuatan yang begitu melukakan hati dan sukar disembuhkan. Ia akan merosakkan emosi, jiwa dan raga pasangan malah ia akan menjadi satu perkara yang disebut-sebut sepanjang anda berhubungan dengannya. Bagaimana anda perlu mencari kata maaf darinya? Sungguh pun ia satu perbuatan yang sangat menyakitkan, namun wanita biasanya mudah lembut hati asalkan anda tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Jangan hanya sekadar pandai meminta maaf tetapi masih melakukannya lagi. Itu tandanya anda memang tidak mahu berubah. Kesilapan biasa berlaku dalam kehidupan manusia kerana tiada yang maksum namun kalau melakukan perkara yang sama serta berulang-ulang kali, itu tandanya anda memang tidak dimakan ajar dan sengaja mahu menyakiti hati pasangan.

2. Kaki Pukul
Biasa terjadi bila mana seorang lelaki itu gagal mengawal kemarahannya. Lantas melepaskan rasa marah itu kepada pasangan yang lebih lemah darinya dan yang menjadi mangsanya adalah wanita mahu pun kanak-kanak. Ada kalanya luka-luka dan lebam di seluruh tubuh bila di pukul.

Apa jalan penyelesaiannya? Seperti biasa, wanita sangat kalah dengan kata-kata khususnya kata-kata yang berbaur cinta. Katalah bahawa anda sangat mencintainya, mahu menjaganya sepanjang hayat anda dan anda mengakui kesalahan memukulnya. Insya-Allah rasa sakit itu tidak akan meresap ke hatinya.



3. Balik Lambat Dan Tidak Mengangkat Telefon
Rasa curiga ada kalanya berasas apatah lagi jika pasangan sering kali balik lewat. Kadangkala bila menelefon, jarang diangkat. Bila balik ke rumah, telefon pula disembunyikan seolah-olah ia satu barangan berharga.
Jika anda selalu balik lambat, anda sememangnya perlu dicurigai dan jika anda menjawab seadanya, anda seolah-olah menyakitkan hatinya. Apa yang perlu dilakukan bagi peroleh kemaafan dari pasangan?

Berlaku jujurlah kepada pasangan kerana ia demi kebahagiaan anda juga. Jangan sesekali menipu kerana sekali anda mula menipunya bermakna anda sengaja mencurah minyak ke dalam api. Jika anda balik lambat kerana urusan kerja, beritahu pasangan anggaran jam berapa anda boleh balik ke rumah. Begitu juga soal telefon bimbit, kalau tiada rahsia, jangan sesekali menyorokkannya dari pasangan demi kebahagiaan rumah tangga yang anda bina.

4. Lupa Tarikh Penting
Tidak dinafikan, lelaki selalu lupa tentang tarikh-tarikh penting dalam hidup pasangan. Ini termasuklah tarikh hari jadi dan ulang tahun perkahwinan. Ini menyebabkan pasangan berasakan anda tidak lagi menyayangi dirinya. Bagaimana memperoleh kemaafan pasangan? Wanita cair dengan pemandangan indah misalnya suasana hutan yang menghijau, air terjun yang menarik dan sebagainya. Apa kata bawa dia ke pantai dan nikmati suasana romantik tatkala matahari terbenam bersama.

5. Salah Dail Nombor Telefon
Banyak kes perhubungan sulit bermula dengan salah mendail nombor. Dari salah nombor anda kemudiannya mengatur satu pertemuan sulit. Bila lelaki dan wanita bertemu, tentu saja ada cerita dikongsi bersama.
Kadang-kala bermula dari suka-suka, akhirnya soal hati mula dibicarakan. Lebih malang lagi jika hubungan itu berakhir ke ranjang di mana suami dan isteri bertindak curang di belakang pasangan.
Bila pasangan mendapat tahu, ada kalanya hubungan rumah tangga mula berantakan dan pergaduhan akan bermula. Ungkit mengungkit akan bermula dan sebagainya. Bagaimana mencari kemaafan pasangan? Pastikan ia tidak terjadi dan anda akan selamat dalam hal ini.


sumber;mingguan wanita

09 Oktober 2011

~~Kenali Wanita~~


a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua,
keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas






WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu



WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah







‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah









1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari 



kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi 



kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.



sumber; FB Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah 

Jangkitan Beguk Hanya Sekali Seumur Hidup


Beguk adalah penyakit yang disebabkan jangkitan virus dan biasanya merebak melalui air liur. Ia boleh menjangkiti lain-lain bahagian badan, terutama kelenjar liur parotid. Kelenjar ini menghasilkan air liur dan terletak di belakang kedua-dua belah pipi iaitu di antara telinga dan rahang. Apabila seseorang mendapat beguk, kelenjar ini membengkak dan sakit.

Dalam kebanyakan kes, seseorang itu hanya mendapat jangkitan beguk sekali seumur hidup. Sangat jarang jangkitan berulang kerana badan membentuk antibodi terhadap beguk untuk sepanjang hayat dan ia mampu menahan jangkitan kedua. Biasanya gejala beguk muncul dalam minggu pertama selepas kelenjar membengkak atau 16 hingga 18 hari selepas jangkitan.


Virus mudah merebak

Beguk boleh menyebabkan keradangan dan bengkak pada organ lain termasuk otak, walaupun ia jarang berlaku. Keradangan otak (ensefalitis) dan keradangan selaput otak serta saraf tunjang (meningitis) akibat beguk juga jarang terjadi.

Pada remaja dan orang dewasa, beguk mungkin menyebabkan keradangan pada buah zakar (orkitis). Biasanya hanya sebelah buah zakar yang bengkak dan sakit selama tujuh hingga 10 hari selepas kelenjar parotid membengkak.
Biasanya beguk pada orang dewasa diiringi demam panas, menggigil, sakit kepala, loya, muntah dan sakit perut yang sering disalah anggap sebagai masalah apendiks (apendisitis) jika buah zakar sebelah kanan yang dijangkiti. Selepas tiga hingga tujuh hari, kesakitan dan bengkak pada buah zakar berkurang. Pada masa ini demam juga mulai kebah. Dalam sesetengah kes, kedua-dua buah zakar membengkak.

Bagaimanapun jangan risau, ia jarang menyebabkan kemandulan. Ia juga boleh mengakibatkan keradangan pada pankreas. Bagaimanapun dalam kes tertentu, tanda dan gejala beguk sangat kecil dan tidak disedari. Perkara ini boleh berlaku pada satu daripada tiga pesakit yang dijangkiti beguk. Virus beguk mudah merebak dan berpindah kepada orang lain melalui percikan cecair dari mulut dan hidung individu yang dijangkiti. Ia boleh tersebar melalui batuk, bersin atau ketika ketawa.

Virus ini juga boleh merebak melalui sentuhan langsung seperti mengutip tisu atau menggunakan gelas yang digunakan individu dijangkiti. Tempoh paling mudah berjangkit ialah dua hari sebelum gejala muncul kepada enam hari selepas semua gejala berakhir.

Boleh babitkan otak dan selaput otak

Sehingga kini tiada rawatan khusus untuk beguk. Bagaimanapun, pesakit perlu diberi perhatian sewajarnya. Jika sakit teruk, pesakit perlu dibawa ke hospital. Namun harus memaklumkan doktor lebih awal supaya pesakit tidak perlu menunggu lama kerana ada kemungkinan boleh menjangkiti orang lain.

Oleh kerana beguk disebabkan jangkitan virus, ia tidak boleh dirawat dengan antibiotik. Bagaimanapun untuk mengurangkan kesakitan, tuam tuala panas atau sejuk pada bahagian kelenjar yang bengkak.
Makan makanan lembut (tidak perlu banyak kunyah) dan digalakkan meminum banyak air. Elakkan jus buah berasid seperti jus oren atau limau kerana ia membuatkan kesakitan lebih teruk.

Seperti diterangkan di atas, jangkitan beguk boleh membabitkan otak dan selaput otak. Oleh itu, segera berjumpa doktor jika mengalami ketegangan leher, sawan, rasa mual dan sakit kepala yang keterlaluan.
Antara kaedah pencegahan terbaik ialah memberi suntikan vaksin beguk (atau MMR, juga dipanggil vaksin tiga serangkai). Sekiranya anda tidak pasti sama ada sudah mendapat vaksinasi atau tidak, pergi mendapatkan perlindungan ini. Vaksin MMR selamat dan tiada kesan sampingan jika anda sebenarnya sudah mendapat vaksinasi sebelum ini.

bajet 2012

BAJET 2012 yang telah di betagka oleh PM pada jumaat 7 oktober 2011:

Perbelanjaan Operasi:
1. RM52 bilion untuk Emolumen.
2. RM30.5 bilion untuk Perkhidmatan dan Bekalan.
3. RM96.5 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
4. RM1.1 bilion untuk Pembelian Aset.
5. RM1.5 bilion untuk perbelanjaan lain.
Jumlah perbelanjaan operasi: RM181.6 bilion.

Perbelanjaan Pembangunan:
1. RM29.8 bilion bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
2. RM13.6 bilion bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
3. RM4.4 bilion bagi sektor keselamatan.
4. RM1.4 bilion bagi pentadbiran am.
5. RM2 bilion bagi simpanan luar jangka.
Jumlah perbelanjaan pembangunan RM51.2 bilion.
JUMLAH KESELURUHAN BAJET 2012 : RM232.8 bilion.

Intipati Bajet 2012:


1. Peruntukan RM978 juta untuk merancakkan pembangunan; lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
2. Pengecualian 100% duti import dan duti eksais untuk kereta hybrid.
3. RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah; RM500 juta sekolah kebangsaan dan masing-masing RM100 juta untuk sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
4. “Durian Runtuh” untuk peneroka Felda (jumlah akan diumumkan kemudian).
5. Peruntukan RM400 juta untuk menaik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
6. Memansuhkan yuran sekolah rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan, termasuk bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya.
7. Umur bersara wajib penjawat awam dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
8. Kenaikan pencen sebanyak 2% setiap tahun bagi pesara.
9. Penjawat awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320, disamping mewujudkan lebih banyak mata gaji.


10. Peruntukan RM200 juta untuk perbelanjaan pembangunan polis.
11. Pemberian RM3,000 secara “one off” kepada keluarga, duda dan balu anggota tentera.
12. Memberi subsidi RM0.60 untuk setiap kilogram beras super tempatan, RM0.20 untuk setiap kilogram gula, RM2.25 untuk setiap kilogram minyak masak dan RM0.55 untuk setiap kilogram tepung.
13. Had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
14. Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
15. Subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
Pemandu Teksi16. Bagi pemandu teksi; pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik, cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian dimansuhkan dan pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun manakala RM1,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih 10 tahun.
17. Menyediakan pusat khidmat sosial sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
18. Menaikkan caruman KWSP majikan daripada 12% kepada 13% bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.
19. Peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda, dari RM120 juta kepada RM300 juta.
20. Bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam, dengan bayaran minimum RM 500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan.
21. Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
22. Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah (sehingga tingkatan lima).
23. Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA/IPTS tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam.
24. Melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor.

05 Oktober 2011

Tahu tak kenapa lovebite bahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun ...telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.


gambar dr incik google...
Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.



p/s: Yang belum kahwin, jangan gatal gatal nak cuba. Kalau nak, kahwin dulu. 

Kurang Minum Air? Berisiko Tinggi Kena Batu Karang


Minum air lapan gelas sehari. Namun sebilangan besar masyarakat memandang enteng kenyataan tersebut. Hakikatnya, banyak faedah yang diperoleh dengan meminum air secukupnya.

Salah satu darinya, ia mengelakkan anda daripada terkena penyakit batu karang. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Kehadiran batu karang boleh men jadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.

Lazimnya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemerik saan kesihatan bagi tujuan lain.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosa kan. Pergerakan batu karang ini menyebab kan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Kurang air

Jika tidak cukup minum, terutama air putih, air kencing menjadi lebih pekat. Sejarah keluarga atau sendiri Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Individu yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

02 Oktober 2011

Pilih Pakaian Ikut Bentuk Badan


Hanya segelintir individu yang dilahirkan bergaya dan anggun. Bahkan bukan semua selebriti terkenal pandai bergaya seperti mana yang kita lihat di kaca tv mahupun surat khabar dan majalah. Sebaliknya ada antara mereka yang mempunyai rahsia di sebalik penampilan menarik mereka.

Sebelum tampil di hadapan lensa kamera, mereka dibantu oleh sepasukan besar pakar kecantikan profesional dan penasihat peribadi untuk memastikan setiap aspek penampilan mereka menarik.

“Jika anda fikir semua selebriti adalah sempurna, anda salah. Selebriti terkenal seperti Charlize Theron, Angelina Jolie dan Halle Berry mempunyai penasihat profesional yang mengajar mereka tentang cara-cara mekap, postur tubuh dan etika sosial,untuk tampil menarik dan bergaya pemilihan pakaian memainkan peranan penting dalam menjadikan penampilan kelihatan lebih memikat dan meyakinkan.

“Di samping penjagaan diri, kita harus tahu pakaian dan warna apakah yang sesuai kerana setiap individu mempunyai tona warna tersendiri, begitu juga dengan bentuk tubuh badan. Setiap kategori memerlukan persalinan yang berpotongan berbeza-beza.

Jika anda memiliki bentuk badan segi tiga misalnya, anda perlu memberikan perhatian dalam pemilihan seluar atau skirt untuk mengimbangkan bentuk tubuh anda yang kecil di bahagian dada. Sementara itu, jika dada lebih besar dari bawah punggung, anda perlu elak mengenakan baju yang boleh menonjolkan lagi dada anda,”

Berikut Beberapa Bentuk Tubuh Dan Kesesuaian Jenis Pakaian

Bentuk jam pasir
Bentuk tubuh ala jam pasir ini menjadi idaman setiap wanita memandangkan bentuknya yang mengecil di pinggang. Anda yang memiliki bentuk badan ini bebas memilih pelbagai potongan pakaian, kerana bentuk tubuh anda cukup ideal. Pun begitu, bentuk tubuh seperti ini juga mengalami masalah dalam memadankan seluar, yang mana saiz pinggang lazimnya lebih kecil daripada paha, menyebabkan kesukaran dalam mencari seluar. Justeru, jangan sampai salah memilih motif atau warna, pilihlah yang sesuai warna kulit anda.

gambar hiasan


Bentuk Pear
Bentuk tubuh sebegini dapat dilihat pada bahagian tubuh atas yang kecil dan melebar di bahagian bawah. Untuk bentuk tubuh pear, sebaiknya pilih busana warna cerah pada bahagian atas supaya lebih tertumpu pada bahagian tersebut. Manakala untuk bahagian bawah, pilih wide leg dengan warna yang lebih gelap bagi tujuan menyamarkan pinggul dan paha anda yang besar. Hindari penggunaan seluar jenis garis-garis horizontal khususnya di daerah pinggul dan paha. Hal tersebut akan membuat pinggul dan paha anda terlihat lebih besar.

gambar hiasan

Tubuh Berbentuk Persegi Panjang
Ciri-ciri perempuan yang memiliki bentuk tubuh persegi panjang adalah
memiliki bahu yang lebar dan bidang. Tubuh seperti ini biasanya dimiliki mereka yang bergelar atlit. Bagi anda yang memiliki tubuh sebegini, pilih pakaian sukan tank top dengan leher yang rendah. Untuk bahagian bawah, pilih seluar berwarna gelap dengan garis terang di bahagian samping akan menegaskan lekukan tubuh sehingga anda akan terlihat lebih seksi. Pastikan juga anda tidak memilih pakaian dengan satu warna dari atasan hingga bawah kerana ini akan membuatkan anda nampak membosankan.

Diamond
Bentuk badan berlian adalah dicirikan oleh bahu yang sempit dan payudara yang kecil. Jika anda mempunyai bentuk berlian, anda harus mengelakkan apa-apa jua yang dipasang, corak, yang kontras atau disesuaikan melalui pinggang.

sumber; mingguan wanita

NKRA Pendidikan


BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.






1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
1.       Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2.       Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3.       Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4.       Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5.       Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
6.       Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7.       Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.


3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi
3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik 
  
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut. 
 4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:


 sumber: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA