05 Julai 2011

BAGAIMANA HENDAK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH (pengundi dlm pilihanraya)

Assalamualaikum..salam sejahtera semua...istimewa untuk semua warganegara Malaysia yg belum lagi mendaftarkan diri sebagai PENGUNDI semasa pilihanraya walaupun umur anda dah cukup atau melebihi 21 tahun....


APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ? 
Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.

KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

 SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ? 
- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak hilang kelayakan.

 BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ? 
- Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda


PUSAT-PUSAT PENDAFTARAN
(a)Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686
(b)Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
(c)
Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara

http://www.pos.com.my/WebsiteBM/MAIN2.ASP?c=/V1/Ournetworks/map.htm
(d)
Kaunter SPR melalui Program Outreach
Tiada aktiviti ketika ini
(e)
Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada
 http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission




Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suruhanjaya Pilihanraya di http://www.spr.gov.my

             (bagi yg tak pasti macam dah daftar macam belum)




ALAMAT ( HTTP ) YANG BARU untuk semakan pemilih adalah seperti di bawah :

SEMAKAN UNTUK VERSI BAHASA MELAYU

SEMAKAN UNTUK VERSI BAHASA INGGERIS




Bole juga semak menggunakan SMS




caranya: 


SMS: SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. Kad Pengenalan


         dan hantar ke 15888...

***jangan lupa Jalankan tanggungjawab anda sebagai warganegara MALAYSIA......

Tiada ulasan: