26 Februari 2012

Tahan kencing ‘ternak’ bakteria

SEKSANYA kalau terpaksa berulang alik ke tandas selang beberapa minit kerana menghadapi masalah kerap buang air kecil. Kadangkala, belum pun sempat keluar tandas, rasa ingin buang air kencing timbul semula tetapi kencing tidak lawas.


Ada yang menyangka kekerapan buang air kecil disebabkan tersalah mengambil makanan atau minuman yang menggalakkan seseorang itu buang air kecil, malah tidak kurang juga yang menganggap faktor cuaca iaitu musim hujan yang menjadi punca.


Jika kencing tidak lawas berlaku ketika anda berada di satu-satu tempat, misalnya rumah atau pejabat, mungkin perkara itu masih boleh ‘dilayan’.

Bagaimanapun, anda akan berdepan situasi rumit andai berada di tempat yang sukar mencari tandas seperti di bangunan kedai, di taman perumahan atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas atau, alamatnya terpaksa ‘menahan’.



Berbanding lelaki, wanita lebih mudah mendapat jangkitan kuman di saluran kencing atau kencing kotor kerana faktor anatomi iaitu saluran kencing wanita lebih pendek dan dekat dengan dubur berbanding lelaki, menyebabkan kuman lebih mudah sampai ke pundi kencing.

Masalah ini juga lazim berlaku di kalangan mereka yang kurang minum air kosong serta sering menahan rasa ingin kencing.

Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Lim Lei Jun berkata, wanita hamil antara golongan paling berisiko mendapat jangkitan kuman di saluran kencing kerana ketika itu mereka mempunyai lebih banyak hormon progesteron yang menyebabkan bahagian alat sulit lebih lembap dan memudahkan pembiakan kuman pada saluran kencing.

Menurutnya, kekerapan buang air kecil juga berlaku disebabkan kandungan yang semakin membesar memberi tekanan kepada pundi kencing dan saluran kencing.

Malah, otot saluran kencing yang bertambah lemah ketika hamil melambatkan pengaliran air kencing, menyebabkannya bertakung dan mudah dijangkiti kuman.

“Ketika hamil, wanita juga lebih sukar menjaga kebersihan hingga mendedahkan mereka kepada jangkitan. Imuniti wanita hamil yang kurang berbanding yang tidak mengandung turut menyumbang kepada punca mereka mudah mendapat jangkitan saluran kencing,” katanya.

Risiko mendapat jangkitan saluran kencing meningkat jika seseorang itu menghidap diabetes atau wanita yang mendapat diabetes ketika hamil berikutan imuniti tubuh yang kurang. Dianggarkan 89 peratus punca jangkitan saluran kencing ialah bakteria daripada usus dipanggil E.coli.


GEJALA

  • Kerap kencing

  • Sakit di bahagian bawah abdomen

  • Rasa ngilu ketika membuang air kecil

  • Air kencing keruh

  • Jika keadaan semakin teruk, seseorang itu boleh demam

  • Sakit pinggang

  • Kencing berdarah

  • Loya


    Walaupun pelbagai tanda dialami membolehkan anda mengesan masalah kencing kotor, kadangkala penyakit itu tiada gejala dan ini dikenali sebagai ‘asymptomatic bacteriuria’.

    Pesakit hanya mengetahui dia menghadapi jangkitan di saluran kencing ketika menjalani pemeriksaan kencing.

    Jangkitan boleh menyerang mana-mana bahagian saluran kencing, termasuk buah pinggang, pundi kencing dan uretra (tiub yang menyambungkan pundi kencing dengan bahagian luar tubuh badan).

    Kuman yang menyerang saluran kencing boleh mengakibatkan demam, kepenatan dan sakit pinggang.


    RISIKO

  • Merebak ke bahagian atas saluran kencing

  • Menyebabkan jangkitan darah

  • Bersalin awal (melahirkan bayi pramatang)
    Jika timbul gejala, pesakit dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan awal.


    RAWATAN

  • Antibiotik — ubat dimakan sehingga lima hingga tujuh hari. Jika keadaan teruk, pesakit diberi suntikan.

  • Urine alkalinizer — mengalkalikan air kencing bagi mengelakkan percambahan kuman di dalam pundi kencing.

    Buah kranberi dan barli boleh membantu menyingkirkan jangkitan kuman di salur kencing.


    LANGKAH PENCEGAHAN:

  • Elakkan daripada menahan kencing

  • Banyakkan minum air (lapan gelas sehari)

  • Jaga kebersihan diri dan keringkan bahagian kemaluan

  • Jalani pemeriksaan saringan untuk mengesan kencing kotor

  • Hindari pakaian ketat

  • Selepas buang air kecil, bersihkan kemaluan, mulai bahagian depan ke belakang

  • Buang air kecil terlebih dulu sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin
  • 20 Februari 2012

    12 Pertarungan Dalam Hubungan

    Pada tahap awal menjalin hubungan, anda tentunya begitu bersemangat untuk membuktikan kepada pasangan bahawa anda adalah lelaki yang layak untuk mendampingi dirinya. Berbagai cara anda lakukan dalam menawan hatinya namun dalam keghairahan men awan hatinya, ada beberapa peraturan yang perlu anda ketahui.

    1. Hanya berdua, bukan bertiga
    Maksudnya sangat mudah. Hanya anda berdua dengannya dan tidak ada orang ketiga. Orang ketiga biasanya akan merosakkan sebuah perhubungan dan ia berkait dengan soal kejujuran. Kalau anda jujur dengannya, dia juga akan jujur dengan anda.

    2. Jangan rosakkan sebuah persahabatan
    Ada kalanya pasangan anda sukar menerima sebuah persahabatan yang telah lama anda jalinkan bersama sahabat wanita. Mereka akan mula berasa curiga, cemburu dan bermacam andaian lain. Akhirnya, silap langkah, anda akan berpisah dengannya.

    3. Jangan terlalu selesa
    Kadang-kala ramai orang suka berada di zon yang selesa dan mereka meyakini pasangan akan terus setia dan tak akan berpaling kepada orang lain. Namun ada kalanya anda tersilap percaturan kalau anda tidak mengikrarkan kata-kata cinta kepadanya setiap masa. Cinta berkaitan dengan hati, justeru itu ia perlukan kata-kata untuk meyakinkan bahawa cinta anda masih utuh.

    4. Jangan membandingkan
    Resam orang pernah jatuh cinta, mereka tentunya akan membuat perbandingan antara insan yang terdahulu dan seka rang. Sebaiknya, anda pandang ke hada pan, lalui hidup ini dan jangan sesekali menoleh ke belakang.

    5. Hanya anda boleh mengawalnya
    Cinta membuatkan semua perkara sukar menjadi senang. Kepada tidak menjadi ya. Justeru itu, hanya anda sahaja yang boleh mengubah semua mengenai pasangan dari buruk menjadi baik dan sebagainya.

    6. Jangan memaksa
    Sesetengah orang beranggapan, kekasih adalah hak mutlak. Justeru itu, mereka akan mengarah sesuka hati. Sebaik nya, jangan suka memaksa pasangan, hormati lah dirinya.

    7. Jangan mudah menyebut “I love you”
    Menyebut memang mudah namun tidak mudah melaksanakannya. Jangan terlalu mudah menyebut perkataan tersebut jika anda tidak bersedia untuk berkorban segala-galanya dan memikul semua tanggungjawab terhadap pasangan.

    8. Putus dan jangan menipu
    Jika anda sudah bosan dengan pasangan, beritahulah secara terus-terang. Jangan sesekali menipunya dengan pelbagai alasan. Pergi dan jangan menoleh lagi kerana sekelumit harapan, anda membuka kembali ruangan bersamanya lagi.

    9. Perlu berkorban
    Apabila anda bersedia untuk menjalin perhubungan, bermakna anda perlu berkorban segala-galanya. Jika saat dia mahukan pertolongan dan anda gagal membantunya, mungkin muncul seseorang yang akan mengambil peluang tersebut. Anda mungkin terlepas gadis idaman anda.

    11. Jangan cerita kisah peribadi anda
    Sebelum menjalin hubungan yang serius, jangan sesekali anda bercerita kisah peribadi dalam pertemuan pertama. Lagi anda menceritakan masalah anda seperti kewangan, bekas kekasih dan sebagainya, maka hubungan tersebut sudah pasti tidak akan dapat diteruskan kerana dia pasti bosan dengan cara anda itu.

    12. Jangan rosakkan kebahagiaan di awal hubungan
    Pada peringkat awal menjalin hubungan, anda perlu bersedia. Persediaan ini pula termasuklah mental dan fi zikal agar hubu ngan yang anda melewati hubungan yang lebih serius dan bermakna.

    17 Februari 2012

    Panas Atau Sejuk Kenali Warna Kulit Anda


    Mengenali warna kulit amat penting terutama dalam memilih pakaian dan solekan yang tepat. Sebagai contoh, ketika memilih bedak asas, pemerah pipi, lipstik, dan sebagainya, pastikan anda mengetahui jenis kulit terlebih dahulu sama ada termasuk dalam kategori sejuk atau panas.

    Ini boleh dilihat melalui warna kulit bahagian bawah tangan anda. Apabila pembuluh atau urat pada bahagian bawah tangan berwarna kebiruan bermakna anda memiliki jenis kulit sejuk.


    Sebaliknya jika ia kelihatan kehijauan atau maka anda termasuk dalam kategori warna kulit panas.

    Cara Lain Mengetahui Ton Kulit

    1. Ambil dua helai baju dengan warna yang berbeza, misalnya krim atau putih. Jika anda berasa lebih sesuai dengan warna putih, maka anda ter masuk dalam kategori sejuk.
    2. Apabila anda sesuai mengenakan perhiasan perak, maka anda termasuk dalam kategori sejuk, sebaliknya apabila lebih sesuai dengan perhiasan mahu pun aksesori yang berupa emas, maka anda termasuk dalam kate gori kulit panas.
    3. Perhatikan warna asas kulit anda di bawah sinar matahari, apabila kulit wajah anda cen derung berwarna kekuni ngan, maka anda memiliki jenis kulit panas namun apabila cenderung berwarna merah jambu di bawah sinar matahari, maka ton kulit anda termasuk dalam kategori sejuk.


    Mekap Dan Pakaian Ikut Jenis Kulit

    Bagi anda yang memiliki jenis kulit sejuk sebaiknya pilih solekan, pakaian atau perhiasan daripada warna ungu, merah muda atau merah jambu, biru, dan hijau. Manakala untuk ton kulit jenis panas sebaiknya pilih warna coklat, kuning dan oren.

    Apabila anda sudah mengetahui jenis ton kulit yang sesuai, ia membantu untuk memilih barangan solekan seperti bedak, pem bayang mata, alas bedak, lipstik dengan warna-warna yang sesuai jenis ton kulit anda. Bahkan, gunakan teknik yang sama ketika memilih pakaian kerana sedikit sebanyak membantu penampilan yang lebih menarik dan bersesuaian dengan anda.

    Agar Solekan Tampil Sempurna

    Bagi menghasilkan solekan yang cantik dan sempurna seharusnya mengikut panduan yang betul. Ketika ini pula bidang solekan sudah berkembang maju jadi terdapat banyak sekali tip-tip terkini yang boleh anda ikuti.

    Antaranya adalah seperti di bawah ini :

    • Sebelum solekan dilakukan, beberapa langkah penting harus dititik beratkan. Gunakan produk perawatan sesuai mengikut jenis kulit. Beri perhatian khusus pada zon T jika memiliki kulit berminyak atau kombinasi.
    • Memilih solekan yang tepat untuk digunakan setiap hari juga amat penting, khususnya bagi anda yang memiliki kulit jenis berminyak. Sebaiknya, pilih produk yang mengandungi asid salicylic yang bersifat non-comedogenic untuk solekan dan juga pelembap.
    • Hindari memakai atau membiarkan solekan tidak dicuci ketika tidur. Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, biasanya liang-liang roma lebih besar berbanding jenis kulit normal. Ini menyebabkan liang-liang roma lebih mudah tersumbat apabila menggunakan solekan atau kosmetik dalam jangka waktu lama. Sebaiknya, selepas selesai melakukan aktiviti seharian, jangan lupa untuk membersihkan solekan dari wajah.
    • Untuk kulit berminyak sebenarnya tidak begitu memerlukan pelembap kecuali untuk rawatan jerawat. Pun begitu, jika anda tetap memilih untuk menggunakan pelembap sama ada untuk siang dan malam hari, pastikan anda memilih pelembap yang mengandungi bahan non-comedogenic atau non-acne, seperti asid salicylic untuk membantu mengurangkan minyak selain membantu kulit wajah tetap halus.
    • Sebelum memakai solekan, sebaiknya bersihkan wajah menggunakan pembersih. Di susuli pula dengan pemakaian penyegar untuk

    09 Februari 2012

    Homoseksual? Oh tidak!

    Homoseksual adalah lelaki atau wanita yang jatuh cinta dengan seseorang dari jantina yang sama tapi tak semestinya melakukan hubungan seks dengan mereka. Rakan-rakan atau saudara mara homoseksual mungkin tidak bersedia untuk berkongi kecenderungan seks mereka dengan yang tersayang kerana takut dibuang keluarga atau dihakimi. Mereka mungkin menderita dalam diam. Homoseksualiti bukanlah satu penyakit. Rakan-rakan pondan kita mungkin orang yang paling disalah ertikan dalam satu kumpulan. Masyarakat kita juga kini lebih bersifat terbuka dalam menerima homoseksual.


    S: Apa yang menyebabkan seorang lelaki atau wanita itu menjadi homoseksual?
    J: Ada yang mengatakan ia faktor genetik, sosial dan budaya yang boleh menerangkan kenapa lelaki atau wanita menjadi homoseksual. Sebenarnya, tiada penerangan yang jelas mengenainya. Apa yang lebih penting ialah rakan atau saudara mara kepada lelaki atau wanita homoseksual ini, sepatutnya menerima mereka dengan lebih terbuka. Ia akan membantu mereka untuk keluar dari persembunyian. Mereka juga perlu diberitahu mengenai keperluan melindungi diri mereka daripada perhubungan dan penyakit jangkitan kelamin.

    S: Saya seorang perempuan. Dua tahun lalu saya pernah meminati seorang budak perempuan di sekolah. Tapi sekarang, saya dah ada teman lelaki. Adakah saya lesbian?
    J: Gadis bila mereka remaja, melalui satu fasa di mana mereka mula meminati seseorang. Semasa tempoh ini dalam hidup kamu, kamu mula meminati seseorang. Ia mungkin bermula dengan seseorang yang sama jantina dengan kamu. Dia mungkin mempunyai ciri-ciri yang memang kamu minati seperti wajah yang kacak, suara yang sedap atau rupanya mungkin seakan-akan artis yang kamu suka. Adalah normal untuk meminati seseorang daripada kaum yang sama. Semakin kamu dewasa dan menjadi lebih matang, kamu akan keluar daripada fasa ini. Bila diingat kembali, memori begini memang mampu membuatkan kamu ketawa sendirian.

    S: Saya rasa kawan karib saya seorang homoseksual. Apa yang patut saya lakukan?
    J: Tunggu sehingga kawan kamu mengakuinya. Kamu mungkin dah nampak atau seseorang mungkin dah beritahu kamu mengenainya. Jika begitu, jangan bersemuka dengannya lagi. Tunggu sehingga dia bersedia berkongsi rahsianya dengan kamu. Kamu tak mahu membuatkan dia rasa bersalah kan? Jika kamu asyik mendesaknya, dia mungkin mendiamkan diri dan berhenti berkomunikasi dengan kamu. Dia mungkin tidak mahu bercakap mengenainya lagi. Sekiranya dia bersedia, kamu bolehlah menemaninya berjumpa pakar psiokologi atau kaunselor agar dia boleh dibantu.

    S: Bolehkah lelaki homoseksual membuatkan seorang wanita hamil?
    J: Walaupun lelaki homoseksual berkelakuan seperti seorang wanita, mereka masih lagi lelaki secara fizikalnya. Sekiranya organ seks lelaki mereka iaitu penis, masih lagi ada, mereka boleh membuatkan seorang wanita itu hamil dengan syarat faktor lain seperti hormon seks dan organ seks lain berfungsi dengan baik.

    08 Februari 2012

    Dambaan Isteri Saat Di Ranjang


    Antara sedar atau tidak, wanita khususnya isteri menginginkan sebuah kehidupan seksual yang diatur dengan teliti seterusnya berlangsung seperti yang diharapkan. Untuk itu, ketahui perjalanan seksual yang diinginkan seorang wanita sebelum hubungan intim dilakukan agar tidak timbul istilah paksaan atau lebih serius dakwaan ‘rogol’ oleh suami sendiri.


    1. Pentingkan Kesihatan Dan Rehat
    Wanita mengharapkan tahap kesihatan yang baik meliputi stamina, rehat dan sebagainya sebelum hubungan asmara dilakukan. Sekiranya perkara-perkara tersebut menepati ‘piawaian’ yang ditetapkan, secara automatik suami mudah mendapat lampu hijau untuk meneruskan aksi yang diinginkan.

    2. Inginkan Reaksi Emosional Pasangan
    Sebenarnya, wanita juga menginginkan tindak balas dari pasangan selama hubungan intim dijalankan. Reaksi emosional serta ucapan yang dilafazkan pasangan ketika berasmara berupaya menghangatkan lagi keinginan dan kenikmatan sewaktu bersama.



    3. Ambil Kira Tarikan Fizikal
    Bukan sahaja lelaki malah wanita juga menitikberatkan tarikan fizikal yang dimiliki pasangan. Mungkin paras rupa tidak seberapa tetapi bentuk tubuh yang sasa ataupun lengan yang tegap secara tidak langsung membuatkan hati tertawan dan bersemangat untuk bersama. Sungguhpun begitu, lain wanita lain cita rasanya jadi berbincanglah dengan pasangan bentuk fizikal yang manakah menjadi kesukaan.

    4. Tindak Balas Seksual Mengukur Kepuasan
    Ketika melakukan hubungan intim, wanita tertarik kepada respons seksual yang diberikan pasangan seperti orgasma mahupun tindak balas erotis. Wanita juga tetap menghendakinya kerana ingin mengetahui sejauh mana pasangan menikmati ataupun puas dengan layanan yang diberikan.

    5. Sensitiviti Pasangan
    Sesetengah wanita tergolong sebagai individu yang sukar berterus terang. Lazimnya, mereka gemar memberikan ‘bayangan’ terhadap perkara yang diinginkan seterusnya menanti reaksi pasangan. Dalam berasmara, wanita mengharapkan pasangan berjaya memenuhi keinginan seksual lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun hidup bersama. Dari situlah wanita menilai sama ada pasangan sensitif terhadap keperluan seksualnya.

    6. Tahap Kesihatan Pasangan
    Hal sebegini perlu dititikberatkan sebelum meneruskan hubungan asmara. Lazimnya wanita berasa lebih puas dan bersemangat apabila pasangannya berkeadaan sihat. Situasi boleh berubah sekiranya pasangan sakit-sakit biarpun sekadar pening kepala. Ia tentunya membuatkan ‘mood’ untuk bersama terjejas.

    Tip Dapatkan Anak Perempuan
    1. Mulakan dengan doa dan niat untuk memperoleh jantina bayi perempuan.
    2. Pastikan hubungan seksual dilakukan pada waktu subur isteri iaitu antara hari kesebelas hinggalah hari kesembilan belas dari kiraan pertama datangnya haid.
    3. Biarkan suami melepaskan hanya lima puluh peratus sahaja spermanya ke dalam rahim isteri sementara bakinya dirembeskan di bahagian pangkal rahim.
    4. Selepas berasmara, isteri digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri dan sekiranya membelakangkan suami maka mintalah izin terlebih dahulu.
    5. Akhiri dengan doa agar hajat yang diinginkan dimakbulkan oleh-Nya

    Amalan pemakanan ketika janin berusia satu hingga empat bulan :1. Banyakkan pengambilan sayur, sup, asam serta jenis yang beralkali.
    2. Lebihkan buah-buahan .
    3. Elakkan dari mengambil minuman berkarbonat.

    Perbuatan yang digalakkan ketika kandungan berusia satu hingga sembilan bulan1. Amalkan membaca surah Yusuf dan Maryam.
    2. Usap kandungan dengan lembut dan panggillah bayi anda dengan nama Maryam atau Siti Aishah.
    3. Banyakkan berdoa agar permintaan anda dikabulkan.

    sumber; mingguanwanita

    05 Februari 2012

    10 Tanda Lelaki Cemburu


    Perasaan cemburu terhadap pasangan selalu dikaitkan dengan wanita tapi hakikatnya lelaki juga tidak dapat lari dari perasaan ini. Malah dalam beberapa kes, ada lelaki yang sanggup bertindak mencederakan pasangan malah membunuh kerana tidak dapat mengawal perasaan cemburu. Apa kata anda semak petanda cemburu ini. Mungkinkah anda juga memilikinya.

    1. Menghubungi isteri atau pasangan kekasih berkali-kali dalam sehari
    Adakah sikap anda begini? Menelefonnya berkali-kali hanya untuk bertanya perkara remeh? Buat apa, sudah makan atau belum. Keluar dengan siapa dan sebagainya hinggakan pasangan berasa rimas dengan pertanyaan remeh.

    2. Buat “kejutan” pada telefon bimbit pasangan
    Adakah anda suka memeriksa telefon bimbit pasangan? Anda ingin tahu siapa yang dia hubungi atau siapa yang menghubunginya. Soalan anda kepadanya bagaikan soalan polis kepada pesalah dan rasa tidak puas hati anda itu berterusan selagi tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati anda sendiri.

    3. Anda rasa cemburu bila dia melayan mesra orang lain
    Rasa marah ini akan wujud bila melihat dan menyaksikan pasangan melayan mesra orang lain walau pun pada pandangan individu lain ia sekadar borak-borak biasa. Kalau boleh, anda ingin menghentikan segera perbualan tersebut dan mengajaknya pulang biar pun dia ketika itu sedang berbual dengan bapa saudaranya, anak buahnya, sepupunya dan sebagainya.

    4. Memerhatikan setiap gerak langkah pasangan
    Pernahkan anda menyoal pasangan atau isteri ke mana dia pergi biar pun seketika? Rasa ingin tahu anda begitu membuak-buak dan kalau boleh anda ingin tahu apa dia lakukan setiap masa. Kalaulah ini ada dalam hati anda, itu tandanya anda seorang yang sangat cemburu seorang yang sangat cemburu dan gagal mengawal perasaan.


    5. Selidik Beg Tangan Pasangan
    Bukan mahu mencuri sebaliknya anda ingin mengetahui apa terkandung di dalam begnya. Ini semua anda lakukan bagi mengetahui pasangan tidak bermain kayu tiga di belakang anda.

    6. Sering bertanya dengan siapa pasangan anda berbual
    Pernahkah anda menyelidiki pasangan sedalam-dalamnya tatkala dia menerima panggilan ketika bersama dengan anda. Misalnya dengan siapa, berborak apa, hubungan mereka dan bermacam-macam lagi sehingga anda berasa puas hati dengan jawapannya.

    7. Mengawal pergerakannya
    Dia mungkin meminta izin anda untuk keluar dengan rakan-rakannya namun anda mempunyai terlalu banyak alasan untuk tidak membenarkan dia pergi. Misalnya dia mahu keluar menghadiri majlis keramaian dan sebagainya namun anda memberikan seribu alasan untuk dia tidak keluar ke majlis itu.
    Bagi anda, dia hanya sesuai keluar dengan anda sahaja dan tidak kepada orang lain.

    8. Sering mengugut pasangan
    Adakah anda sering mengugutnya mahu membunuh diri dan sebagainya jika anda tahu dia mempunyai teman lain? Atau dia mahu meninggalkan anda. Ugutan anda mungkin serius dan dia berkali-kali meminta maaf. Kalaulah ya, itu tandanya anda seorang yang kuat mengongkong dan penuh sifat cemburu di dalam hati.

    9. Sesekali anda menuduhnya curang
    Pernahkah anda menuduh pasangan berlaku curang? Anda menuduhnya berfoya-foya hanya kerana anda melihat dia keluar dengan orang lain sedangkan pasangan tidak mempunyai niat untuk berlaku curang pun.

    10. Menyekat untuknya bersuara
    Pasangan mungkin cuma mahu menerang kan apa di sebalik peristiwa yang terjadi namun anda langsung tidak memberinya peluang untuk bersuara atau menyatakan kisahnya.
    Anda asyik menyerang dan terus menyerangnya dengan kata-kata dan ada kalanya tangan anda juga naik ke tubuhnya. Kalau beginilah sikap anda, nyata anda seorang yang cemburu dan perlu mendapatkan rawa tan agar tidak membahayakan orang lain.


    03 Februari 2012

    Seri Mekap Raja Sehari

    Berikut adalah teknik solekan ringkas dan tidak terlalu tebal namun dapat membantu menaikkan seri pada wajah bakal raja sehari.

    1. Untuk highlight pada bahagian mata, sapukan pada bahagian tulang kening. Pilihan warna krim, putih, light krim dan juga sedikit sentuhan shimmer sesuai untuk diaplikasikan. Elakkan sapuan glitter kerana ia boleh menyebabkan wajah nampak comot di dalam gambar.

    2. Untuk pembayang mata, pilihan warna ungu gelap sesuai dipadankan dengan baju yang dipilih. Untuk lebih menarik, campurkan warna ungu gelap dengan coklat cair untuk nampak lebih natural. Pastikan warna tersebut di campur sebati agar tidak nampak terlalu ‘kaku’ atau bergaris-garis seperti pelangi.


    3. Langkah seterusnya adalah dengan meletakkan warna kelabu gelap pada bahagian kelopak mata bagi menampakkan unsur-unsur dramatik. Namun, untuk mata yang agak sepet tidak digalakkan kerana akan membuatkan mata lebih sepet.

    4. Setelah itu, sapukan penggaris mata untuk menyerlahkan lagi solekan pada bahagian mata. Pilihan penggaris mata jenis pensil atau cecair sesuai digunakan. Bagi anda yang tidak mahu mekap nampak comot, penggaris mata jenis cecair kalis air sesuai digunakan.

    6. Kemudian, kepitkan bulu mata bagi menampakkan ia lebih lentik sebelum menyapu maskara.

    7. Siap menyapu maskara, pakai bulu mata palsu untuk membuatkan mata nampak lebih ‘hidup’. Setelah itu, sapukan kembali mascara supaya bulu mata palsu nampak sekata dengan bulu mata asli. Bagi mereka yang tidak memiliki bulu mata pada bahagian bawah, boleh mencantikkan lagi dengan menambah bulu mata palsu. Untuk kesan lebih menarik, tambahkan shimmer pada bahagian kelopak mata.

    8. Setelah itu, sapukan pula pemerah pipi. Pilihan warna lembut sesuai untuk kesan lebih natural.

    9. Akhir sekali, sapuan lipstik dengan warna lembut seperti merah jambu sebelum di akhir dengan sapuan pengilat bibir dengan warna natural.

    10. Wajah siap di solek.