Memaparkan catatan dengan label Cuit2-Gosip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuit2-Gosip. Papar semua catatan

09 April 2012

Gambar2 & keputusan penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011/2012

1. Artis berkumpulan/duo popular – Jacqlyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
2. Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
4. Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
5. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Sheila Majid
6. Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan Raja Lawak
7. Artis Baru Lelaki Popular – Johan As’ari
8. Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz.
9. Penyampai Radio Wanita Popular – Farah Fauzana
10. Pengacara TV Wanita Popular – Farah Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
12. Anugerah Seri Perak – Dato’ Siti Nurhaliza
13. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
14. Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
15. Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
16. Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin
17. Penyanyi Wanita Popular – Yuna
18. Bintang Paling Popular ABPBH2011 – Aaron Aziz


Gambar2 ABPBH 2011.
red carpet abpbh2011
Diana daniella


red carpet abpbh2011
Neelofa

red carpet abpbh2011
Watie Elite

red carpet abpbh2011
Pasangan kekasih Shila Amzah & Sharnaz

           Kredit gambar kepada portal Murai. 



dayang nurfaezah


seksinye Maria Farida..




Tidak terkecuali mereka yang tampil Oops.. di hamparan karpet merah Anugerah Bintang Popular 2011 (ABPBH 2011) dengan fesyen dan gaya yang membuatkan mereka seperti tidak punya garis panduan dalam gaya.

Menjadi perhatian di karpet merah hingga ke pentas ABPBH 2011, Didie Alias atau Lady Gaga Malaysia sekali lagi meletakkan diri dalam senarai Oops... Mungkin ini adalah idea daripadanya sendiri dan direalisasikan oleh Raffiey Nasir seperti sudah melebihi tema Larger Than Life.

Enot yang kini sudah bertudung telah melakukan kesalahan dengan mengenakan tudung yang tidak kena dengan penampilan baju kaftannya tersebut. Bow besar diatas kepala berwarna kuning itu sangat mencuri mata yang melihatnya.

Pelakon baru dalam Vanilla Coklat ini telah menjadi mangsa fesyen sehingga ada yang tidak mengenali siapakah dia. Solekan dan pakaian yang dikenakan Fifie Natasya melengkapkan penampilannya yang tampil begitu Oops.. sekali.

Percubaan seterusnya bagi penyanyi Cinta Muka Buku ini masih tidak berjaya apabila busana yang digayakannya seperti ada yang tidak kena. Hasil rekaan Wan Huzairil dengan rona merah jambu terang bermotif itu masih menyebabkan Najwa terus berada dalam senarai Oops.

red carpet abpbh2011

Yang Oops.. Di ABPBH 2011
Ezlynn

Yang Oops.. Di ABPBH 2011



Pelakon senior Wan Maimunah seperti menghadiri masquarade party dengan persalinan yang sebegitu rupa. Micheal Shu yang sudah lama tidak menghasilkan busana buat selebriti tampil dengan rekaan yang mengecewakan dan topi yang dikenakan Wan Maimunah memonopoli looknya.




06 Mac 2012

Fasha Sandha, Jejai Hadiri Kursus Kahwin

Fasha Sandha, Jejai Hadiri Kursus Kahwin
fasha n jejai

 Pelakon popular Fasha Sandha dan kekasih hatinya Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai telah menghadiri kursus kahwin di Mahligai Firdaus, Setiawangsa.berita tersebut disampaikan oleh peserta yang turut sama menghadiri kursus kahwin bersama mereka.Malah seorang hamba Allah tersebut turut berbesar hati berkongsi dua keping gambar Fasha bersama Jejai yang sempat mereka rakamkan.

 Kesungguhan Jejai patut di puji , kerana walaupun sebelum ini telah pun menghadirkan diri untuk kursus tersebut namun kerana sayangkan Fasha, dia tetap pergi menemani Fasha. So sweet!
Kursus perkahwinan itu, sememangnya salah satu perkara wajib yang harus dihadiri oleh pasangan yang ingin berkahwin bagi mendapatkan imu pengetahuan dan persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Tentunya hari bahagia Fasha dan Jejai sudah semakin hampir.

Apa pun, Murai Batu doakan yang terbaik buat Fasha dan Jejai ya. Murai Batu juga yakin peminat Fasha sudah tidak sabar menantikan pengumuman perkahwinan mereka

sumber: murai.com.my



26 Januari 2012

Katie Holmes Tampil Seksi

Katie
Katie Holmes

Isteri kepada pelakon Tom Cruise, Katie Holmes tampil seksi dalam iklan terbaru untuk jenama barang kemas terkenal, H.Stern. Pun begitu, iklan yang menampilkan katie dengan gaya separuh bogel ini hanya akan digunakan untuk kempen di Amerika Syarikat sahaja.

Penampilan seksi Katie dalam iklan ini dilihat amat berlainan dengan imej yang selalu dibawa olehnya sebelum ini di mana lebih sopan dan tidak menjolok mata.



Pelakon berusia 33 tahun ini telah pun mempunyai seorang anak perempuan bernama Suri hasil perkahwinannya bersama Tom Cruise.

14 Januari 2012

Ally kahwini pilihan keluarga


Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.

Gambar Farh Lee dan Ally
Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.

“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki,” katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.

Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ally berkata, semuanya diatur oleh keluarganya. Jelasnya, tempoh perkenalan singkat tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.

“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah saya temui.

“Setelah keluarga perkenalkannya pada saya, kami berhubung melalui laman Facebook, kemudian baru berjumpa.

“Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani rakannya. Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,” katanya.

Tidak mahu menunggu lama, Ally kemudiannya menyuarakan hasrat memperisterinya Farah kepada keluarganya.

Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.

“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan meminta izin keluarganya terlebih dahulu,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.

11 Januari 2012

Seksinya Cik Ta.......Rozita Che Wan

Inilah foto Rozita Che Wan semasa menghadiri majlis ulang tahun pelakon Ryzal Jaafar di sebuah kelab di ibu negara baru-baru ini.


Agaknya tema malam itu yang memerlukan Kak Ita berpakaian macam tu. Maklumlah majlis di sebuah kelab, pastilah temanya gaya-gaya berpesta di kelab gitew.


sumber: mangga online

08 Disember 2011

Gambar anak Siti Sarah & Shuib sepah


siti sarah




















Berita gembira mengenai penyanyi yang terkenal dengan lagu Saat Hilangnya Cintamu, Siti Sarah Raisuddin, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.32 kilogram, turut dikongsi bersama peminat.

Bayi comel yang diberikan nama Uwais Al-Qarni itu dilahirkan secara pembedahan, di Hospital Pakar Ampang Puteri pada jam 10.19 pagi, 4 Disember lalu.

Suami Sarah, pelawak Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Mohammad memberitahu, nama yang diberikan untuk anak lelakinya itu adalah berdasarkan nama seorang Sufi pada zaman Rasulullah SAW.

Bertanyakan apakah perasaannya apabila pertama kali bergelar seorang bapa, Shuib berkata, dia berasa gembira dan bersyukur atas kehadiran anak lelakinya ini.

16 November 2011

seksinye Amanda Imani tu......






Wow! Semakin hari semakin berani penyanyi baru Amanda Imani bergaya seksi. Semasa hadir ke sebuah majlis glamor baru-baru ini Amanda tidak kekok mengenakan dresslabuh yang tidak menutup bahagian belakang badan dia.



Walaupun dewan majlis itu dingin dengan pendingin hawa, tapi Amanda biasa sahaja dengan fesyen terdedah belakang itu.
Tak tahulah dia yang minta untuk menyarungkan fesyen sedemikian atau terpaksa memakainya sebab tak sempat lihat sebelum majlis bermula.

Fesyennya pakaian yang digayakannya memang cantik. Cuma terlebih seksi sahaja. Mangga Muda ni tak adalah alim sangat, tapi sapa-sapa pun akan kata baju tu seksi sangat tu bagi anak dara sunti macam Amanda.
Fesyen begitu memang kita sering lihat kalau ada acara glamor di Hollywod. kalau ada majlis anugerah, bintang Hollywood akan menjadi tumpuan kerana fesyen baru yang dipakainya. Bab dedah mendedah tak jadi masalah bagi mereka.
Agaknya Amanda nak mengikut tema sebab pada malam yang dihadirinya itu temanya New York dengan tema warna pula hitam dan putih.
Kalau tak silap Mangga Muda tak lama dulu ada artis baru Miera Leyana jadi bahan hentaman kerana pakaian yang disarungnya menampakkan sebahagian buah dada sebab terdedah pada bahagian bawah lengan.
Tapi selepas itu Miera jadi popular. Adakah Amanda nak jadi macam itu jugak?

sumber;manggaonline

07 Ogos 2011

Jojie manis bertudung


JOJIE
RAMAI yang memuji penampilan dan hijrah kakak kepada penyanyi rock Ella, Jojie Aminuddin. Sebaik sahaja gambar-gambar kemunculan Jojie bertudung dimuat naik di laman sosial Twitter dan Facebook, ramai yang bertanyakan tentang kebenaran hijrah tersebut.
Sambil tersenyum, hanya dapat mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur dengan kemanisan Ramadan yang dibawakan Jojie. sangat manis Jojie berimej sebegitu dan harap berkekalan. 

Ally Iskandar kelu lidah bicara kisah cinta

KALAU sudah bukan jodoh. Desas-desus berita terlerainya ikatan pertunangan antara pengacara Ally Iskandar, 35, dan Nur Aishah Zainal, 26, akhirnya terjawab setelah pengacara berkenaan membuat kenyataan media baru-baru ini.

Ally yang ditemui pada sesi rakaman Mentor Raya di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Khamis lalu mengakui hubungannya dan Nur Aishah yang merupakan naib johan Gadis Melayu musim pertama putus setelah lima bulan bertunang.
"Pertunangan kami secara rasmi putus pada 30 Julai lalu setelah pihak keluarga saya yang diwakili kakak dan bapa saudara menemui keluarga Aishah di rumahnya.
"Apa yang boleh saya katakan kami putus secara baik dan ini adalah keputusan kami bersama. Walaupun berasa sedih, tetapi saya reda apabila kami ditakdirkan tidak dapat mendirikan rumah tangga," ujarnya.
Ditanya tentang punca perpisahan mereka, Ally menjelaskan ia disebabkan tiada keserasian yang terjalin walaupun mereka berdua sudah cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Jelas Ally, meskipun tiada lagi sebarang ikatan dengan Aishah, tetapi hubungan mereka berdua tetap baik dan masih lagi berkawan sehingga kini

"Memang keputusan yang dibuat ini cukup berat kerana ia adalah sebahagian daripada harapan keluarga untuk melihat saya berumah tangga memandangkan usia saya kini sudah mencecah 35 tahun.
"Walaupun keputusan yang dibuat ini adalah saat umat Islam hendak menjalani ibadah puasa, namun bagi kami ia lebih baik sekiranya perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin," ujarnya.
Ally enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada dia masih sayang dan cinta terhadap bekas tunangnya itu memandangkan ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum.
Jelasnya lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu mendedahkan tentang kisah putus tunangnya kerana tidak mahu ibunya menjadi terlalu sedih terhadap apa yang telah menimpa ke atas dirinya.
"Sehingga kini ibu saya masih lagi bersedih setelah arwah ayah meninggal dunia pada bulan April lalu. Dengan apa yang terjadi kepada saya sekarang tentunya membuatkannya berasa lebih sedih," ujarnya.
tinggal kenangan;saat bahagia Ally & Aishah
Ally dan Aishah mengikat tali pertunangan pada 11 Februari lalu dan dijadualkan mendirikan rumah tangga pada akhir tahun ini.

sumber: kosmo

30 Julai 2011

Annahita kini isteri Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani


Berita perkahwinan bekas Dewi Remaja 2002/2003, Annahita Bakavoli, 28 tahun, nyata mengejutkan ramai. Tanpa sebarang gosip atau cerita-cerita cinta, model serta pelakon jelita ini mengambil keputusan menamatkan zaman bujangnya bersama Datuk Saiful Baha Datuk Mohd Arshad, 44 tahun, pada 11 Julai lalu.

Majlis akad nikah itu berlangsung selepas solat Asar di Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam. Dalam majlis tersebut Annahita menerima mas kahwin RM 2 ribu dan wang hantaran RM21.212.21.Dia yang sah bergelar isteri kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani melahirkan rasa bersyukur dan tetap meneruskan karier seni setelah mendapat keizinan daripada suaminya.

“Saya masih seperti dahulu biarpun kini menggalas status isteri kepada. Banyak perkara yang perlu saya pelajari tetapi hakikatnya kehidupan masih seperti dahulu. Lagipun suami sudah beri lampu hijau untuk saya teruskan kerjaya seni.

“Malah sekarang rasanya lebih lengkap kerana adanya suami yang sangat memahami. Dia banyak beri sokongan dan nasihat dalam setiap kerja yang dilakukan. Syukur Alhamdulillah kerana Allah temukan kami kerana selain suami, dialah juga sahabat sejati yang sentiasa di sisi dalam apa jua situasi,” terang Annahita yang kini bergelar Datin.


Konsep perkahwinan dalam taman yang dibawa khas ke dalam dewan nyata memberi satu kelainan. Bunga-bungaan segar serta kerlipan bola kristal nyata begitu indah sekali. Sememang nya inilah impian majlis perkahwinan Anna dan dengan rasa penuh kasih, ia direalisasi oleh suami tercinta.

“Majlis yang berlangsung malam ini meninggalkan kenangan indah dalam hidup kami berdua. Mana tidaknya, sebelum tiba ke sini kami terpaksa. Buat ‘last minute shopping’ di The Curve sebab tertinggal rantai leher. Nasib baik hotel tempat kami bersiap tidak jauh dari situ. Kelakarnya, kami pergi cari rantai tu dengan berpakaian pengantin, macam filem ‘ Runaway Bride’.

Tak sempat nak pilih sangat, saya terus ambil apa yang ada sebab dah lambat. Suami yang berdiri di sebelah senyum sahaja sebab lihat keadaan saya yang kelam kabut,” jelasnya sambil tergelak.


Terbang ke Singapura untuk makan tengah hari
Sekalipun penat namun kedua mempelai kelihatan ceria dan ramah melayan tetamu. Sikap Datuk Saiful yang gemar berjenaka nyata menyeri suasana. Bukan setakat isteri malah hadirin yang menyaksikan turut gembira melihat telatahnya.


Mencungkil cerita detik perkenalan merpati dua sejoli ini, ujar Datuk Saiful mereka mula mengenali antara satu sama lain sejak bulan Januari yang lalu. Dari situ, bibit cinta mulai hadir dan kemudiannya berakhir di jinjang pelamin.

“Waktu itu kami hanya kawan biasa. Bila hubungan Makin rapat baru saya sedar dalam hati ada cinta. Melihat Anna, saya rasa ada keistimewaan dalam dirinya. Walaupun mempunyai pakej yang lengkap dari segi kecantikan, pelajaran dan budi bahasa namun dia tetap merendah diri dan hormat pada semua orang. Itu yang membuat saya tertarik untuk memperisterikan dirinya,” terangnya sambil memandang manja ke wajah isteri tercinta.

“Saya pun begitu juga. Bagi saya dia adalah seorang yang romantik, bijak, penyayang, kelakar dan bertanggungjawab. Bilamana ada masalah atau keliru untuk melakukan sesuatu, dialah tempat saya merujuk selain ibu dan ayah,” balas Anna yang sempat menceritakan peristiwa romantic yang dilakukan oleh suaminya beberapa bulan lepas.

“Dia membawa saya ke Singapura gara-gara saya mengajaknya makan piza. Dia kata kalau nak makan pizza kena pergi ke Itali, jadi saya pun senyum sahajalah. Tak sangka keesokan harinya dia terus tempah tiket penerbangan ke Singapura dan bawa saya makan tengah hari di sebuah restoran.

“Lepas itu, saya dibawa berjalan-jalan sekitar Singapura dan ambil penerbangan malam itu juga ke Malaysia jam 12 malam. Bila diingat balik rasanya saat itu cukup romantik sekali gus membuatkan saya terharu dengan sikapnya,” kata Anna dengan suara yang terketar-ketar.


United Kingdom lokasi bulan madu

Pasangan yang berbulan madu ke United Kingdom ini dengan wajah yang gembira menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk menimang cahaya mata, lebih-lebih lagi Anna. Ujarnya, sekiranya Allah memberi rezeki awal maka dia berbesar hati menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam hidupnya.


“Saya tak ada masalah untuk bergelar ibu dalam masa terdekat memandangkan umur pun dah 28 tahun, jadi nak tunggu apa lagi. Suami pun tak kisah malah dia pun sukakan kanak-kanak.

Tentang pilihan lokasi berbulan madu pula, dialah yang beri cadangan. “Lagipun suatu masa dahulu saya pernah cerita kepadanya bahawa ibu dan ayah pernah berkenalan di United Kingdom jadi mungkin sebab itu dia teruja untuk bawa saya makan angin ke negara berkenaan, lagipun tempatnya cantik dan sesuai sangat untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga,” ujarnya panjang lebar.

Bicara Anna terhenti saat diminta menyuarakan harapannya tentang perkahwinan yang baru dibina. Jelasnya, apa yang diimpikan agar mahligai perkahwinan bersama suami kekal bahagia hingga ke akhir hayat sekali gus dianugerahkan zuriat yang soleh dan solehah.



05 Jun 2011

Taruhan komersial Saleha dlm Nora Elena

WAJAH mulus ini sering muncul di kaca televisyen. Kalau bukan dalam drama, wajah Siti Saleha, 21, menjadi penghias iklan. Senyumannya dalam setiap iklan komersialnya ibarat magnet yang menarik orang ramai untuk membeli sesuatu produk.

Namun, wajah ceria itu mampu bertukar mengikut karakter dan permainan jiwa. Mimik muka sedih, marah dan gembira telah dipertontonkan sekali gus membuktikan kredibiliti Saleha sebagai pelakon.

Gambar ni dalam cerita Ustaz Amirul..
Sebelum ini, pertukaran mimik dan perasaan itu sudah disaksikan dalam drama seperti Habil dan Qabil, Awan Dania, Ustaz Amirul, Sudu dan Garpu dan Di Bawah Ketiak Isteri. Kini, Saleha ada taruhan yang lebih besar iaitu drama Nora Elena.

Ia sebuah naskhah adaptasi novel Kasih Yang Suci nukilan Meen Zulaikha yang kini disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam dalam slot Akasia di TV3.Produksi 24 episod atas genre cinta ini memberi tanggungjawab berat buat Saleha yang memegang watak Nora Elena.
“Nora Elena merupakan karakter yang penuh kejujuran dan kelembutan. Jiwa dan hatinya rapuh dek sejarah silam yang dialami,” kata Saleha tentang drama lakonannya yang masih mengekalkan 70 peratus persamaan seperti dalam novel itu.
“Saya teruja melakonkan watak besar tersebut memandangkan ini adalah pertama kali saya terlibat dengan drama yang diterjemahkan daripada novel,” jelas aktres yang juga adik kandung Sam Bunkface ini.
Untuk sebuah hubungan kimia yang cantik dan lancar, Saleha mengaku banyak dibimbing Aaron Aziz yang berpasangan dengannya untuk drama ini.
“Drama arahan Jet Li ini adalah drama kekeluargaan, ada konflik dan cinta yang harus saya tangani, ada juga babak yang menonjolkan kemesraan suami isteri.
“Hero saya, Aaron Aziz banyak membantu,” puji Saleha yang memanggil Aaron dengan nama ‘uncle’ di set penggambaran.


Usai penggambaran drama yang kini menjadi ‘ketagihan’ khalayak ini, Saleha mahu merebahkan dirinya untuk berehat. Katanya, dia masih perlu fokus terhadap pelajarannya yang berbaki tiga semester.
Impiannya sama seperti anak muda di luar sana – mahu menggenggam segulung ijazah. Saleha meletakkan Britain sebagai destinasi pembelajaran seterusnya.Buat masa ini, nikmati dahulu Saleha dalam balutan Nora Elena.

15 Mei 2011

Gambar bakal isteri ke-4 Saleh Yaacob

EMI...akui Salih berbeza berbanding lelaki lain
EMI...akui Salih berbeza berbanding lelaki lain


Gadis cantik manis dari Johor ini bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu.

“Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya,” kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.

Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami. 




BAHAGIA...Salih bersama tiga isterinya.
Saleh bersama 3 orang isterinya

***update;
Sebuah rumah untuk setiap isteri. Itu pemberian eksklusif penyanyi, pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai Sinar FM, Salih Yaacob, 50, kepada semua isterinya termasuk bakal isteri keempat, Emi, 24.

Beliau yang dijangka melengkapkan kuota poligami dengan penuntut ijazah sarjana di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu selepas Aidilfitri ini berkata, rumah berkenaan sebagai hantaran kepada Emi dan hadiah kepada tiga isterinya yang terdahulu.

Menurutnya, pemberian itu bakal menjadi hadiah terhadap segala pengorbanan semua isterinya selama ini.Menurut Salih, dia bercadang membeli rumah baru berkenaan dalam satu kawasan di sekitar Lembah Klang bagi menempatkan setiap isteri dan anaknya.
BAHAGIA... Salih bersama ketiga-tiga isteri dan sebahagian anaknya.
                                      BAHAGIA... Salih bersama ketiga-tiga isteri dan sebahagian anaknya.


04 Mei 2011

Saingan Showdown 2011 bermula


Wakaka Crew-pemenang Showdown 2010


SEGALA persoalan tentang 12 kumpulan yang terpilih sebagai finalis program realiti tarian popular, Showdown 2011 akhirnya terjawab.Sebagai penyiar rasmi program yang telah mencetuskan fenomena baru dalam industri penyiaran negara itu, 8TV ternyata berdepan dengan kesulitan untuk memilih 12 kumpulan terbaik untuk bertarung dalam musim kedua ini.

Apatah lagi, selepas musim pertama Showdown mendapat pujian tinggi dan menerima kritikan positif, pastinya 8TV mahu memberikan yang terbaik untuk pengikut setia program itu.Ini diakui sendiri oleh Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul yang menyifatkan penyertaan untuk musim kedua kali ini sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.
Bukan itu sahaja, Airin juga optimis musim kedua Showdown ini akan terus mencipta kejayaan yang membanggakan berikutan pengikut rancangan itu yang kini melebihi 150,000 orang seperti yang dicatatkan di Facebook.

“Kami di 8TV amat berbangga apabila dapat mengenengahkan dan seterusnya menggilap bakat anak-anak muda dalam tarian jalanan ini di sebuah pentas besar yang tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa.“Untuk tahun ini, kami berasa puas hati dengan bakat yang telah menghadiri uji bakat yang sememangnya memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri.“Apa yang menakjubkan apabila penyertaan daripada golongan wanita yang menunjukkan peningkatan positif sekali gus membuktikan bakat mereka tidak boleh dipandang enteng untuk Showdown 2011,” ujar Airin bersungguh.

Beliau menambah Showdown bukan hanya dikenali sebagai jenama program televisyen tetapi ia boleh dianggap sebagai perintis kepada mereka yang mahu menjadi seorang penari hebat.Showdown 2011 juga menyaksikan kembalinya komposer dan rapper terkenal, Jow Flizzow di samping Maple Loo sebagai juri tetap.Sekadar menyingkap sejarah, kumpulan Wakaka Crew telah dipilih sebagai juara sulung Showdown 2010 yang berlangsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, tahun lalu.

Untuk musim kedua ini, lebih daripada 100 kumpulan atau kru telah menghadiri uji bakat di tiga buah lokasi berbeza yang diadakan sejak bulan Januari lalu.Daripada jumlah itu, hanya 34 kru sahaja yang dipilih untuk ke peringkat Battle untuk melayakkan mereka ke peringkat Meltdown pula.Selepas bertarung di pentas Battle, sebanyak 23 kumpulan dipilih berdasarkan gerak tari dan teknik tarian yang dipersembahkan di hadapan juri.

Namun, perjalanan 23 kumpulan ini di peringkat Meltdown bukanlah semudah yang disangka apabila mereka perlu melalui beberapa siri ujian yang cukup mencabar.Untuk menjadi penari hebat memang bukan tugas yang mudah dan selepas menjalani ujian dalam peringkat Meltdown, nampaknya empat kumpulan iaitu Fulamak Crew, Da Last Minute Crew, JB Breaker Crew dan Monster Gangz terpaksa mengucapkan selamat tinggal.Nasib juga tidak menyebelahi kumpulan Project Elementz apabila mereka terpaksa menarik diri daripada meneruskan perjuangan memandangkan salah seorang anggota mereka mengalami kecederaan.

Di peringkat Meltdown, sebanyak 17 buah kumpulan telah mempamerkan kehebatan masing-masing dan berjaya mengharungi ujian dan tugasan yang diberikan kepada mereka.Tetapi, Showdown 2011 hanya mempunyai 12 kerusi kosong untuk diisi oleh mereka yang benar-benar layak dan terbaik sahaja.Sebagai salah seorang juri, Joe Flizzow memuji 12 kumpulan ini yang memiliki kualiti persembahan yang cukup membanggakan.

“Bukan itu sahaja, saya dan Maple juga dapat menyaksikan energi luar biasa dalam setiap peserta yang bertanding tahun ini.“Kami cukup teruja melihat persembahan semua kumpulan ini kerana mereka mempersembahkan rutin yang kreatif dan kemas walaupun tidak mempunyai masa yang panjang untuk latihan,” jelas Joe Flizzow penuh bersungguh.
Konsert pertama Showdown 2011 akan berlangsung tepat pukul 9.30 malam ini dari Ruang Terbuka, i-City, Shah Alam, Selangor dan disiarkan menerusi 8TV.

03 Mei 2011

Nurul Shuhada dan bakal suami.....

kekasih nurul syuhada


   Jeng...jeng...jeng....da tgk gambar kat atas...
haa...
2 la gambar bakal suami Nurul Shuhada pengacara Majalah 3 tu....
Namanya Raja Amir Raja Azwa, 
29 tahun yang merupakan seorang pegawai bank.
 dan khabarnya akan berkahwin Julai ini...
Muka dorg lebih kurang sama pulak ye...
comey je...hehe...tahniah la...

02 Mei 2011

Pertunangan Shera (WHI) dan Zahiril


TANDA...Zailan (kiri) menyarungkan cincin pertunangan ke jari  Nur Syahirah.


Perantara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Nur Syahirah Aiyob, 25, atau Shera bakal menamatkan zaman bujang pada 20 November ini dengan pelakon meningkat naik, Mohd Zahiril Adzim Mohd Mukhtar, 27.Perkara itu dimaklumkan pasangan berkenaan selepas melangsungkan pertunangan di rumah keluarga Shera di Taman Tasik Indra, Tasek, dekat sini, pagi semalam (1 Mei 2011)

Shera yang anggun menggayakan persalinan merah jambu rekaan Hatta Dolmat sedondon dengan Zahiril yang segak berbaju Melayu berkata, majlis pernikahan mereka akan diadakan di sini, manakala majlis resepsi perkahwinan berlangsung serentak, 17 Disember di Kuala Lumpur.Pada majlis pertunangan semalam, Zahiril yang tiba bersama rombongan ahli keluarga dan saudara-maranya jam 11 pagi, memberi tujuh dulang hantaran dibalas 11 dulang hantaran oleh Shera.Zailan Yussof, 54, ibu kepada Zahiril yang membintangi drama Juvana sedang ditayangkan di TV3, menyarungkan cincin pertunangan disaksikan ibu bapa Shera, Ayob Shaharuddin, 53, dan Noor Azmah Mohd Ali, 50.

“Saya bersyukur majlis berjalan lancar. Saya lega ia sudah berakhir kerana begitu berdebar menanti hari ini.
“Saya bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum membuat keputusan melangkah fasa baru dalam hidup.

“Kami belum memutuskan di mana lokasi melangsungkan majlis resepsi di Kuala Lumpur dan soal jumlah wang hantaran serta mas kahwin juga dalam perbincangan,” kata Shera.


Sementara Zahiril, anak kedua daripada lima beradik, berharap tiada dugaan melanda sepanjang pertunangan.Pada majlis itu, Shera memakai pakaian rekaan Hatta Dolmat dan dirias Ezan Omar (Arts of Beauty) dengan pelamin dan dulang hantaran disediakan Zaid Sulaiman.