29 Januari 2012

SARA 1Malaysia

Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini?

  1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
  2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
  3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah
  4. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)

  1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan. 
  2. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak
  3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
  • Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)

Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia

  1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. Jelas? 
  3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:
  • Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84)
atau….
  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun
  • Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan

kredit to: http://beritasemasa.com/sara-1malaysia-skim-amanah-rakyat

26 Januari 2012

Katie Holmes Tampil Seksi

Katie
Katie Holmes

Isteri kepada pelakon Tom Cruise, Katie Holmes tampil seksi dalam iklan terbaru untuk jenama barang kemas terkenal, H.Stern. Pun begitu, iklan yang menampilkan katie dengan gaya separuh bogel ini hanya akan digunakan untuk kempen di Amerika Syarikat sahaja.

Penampilan seksi Katie dalam iklan ini dilihat amat berlainan dengan imej yang selalu dibawa olehnya sebelum ini di mana lebih sopan dan tidak menjolok mata.



Pelakon berusia 33 tahun ini telah pun mempunyai seorang anak perempuan bernama Suri hasil perkahwinannya bersama Tom Cruise.

Penyakit Buah Pinggang Jejas Kemampuan Seks Lelaki

Buah pinggang antara organ terpenting dalam tubuh manusia. Seandainya organ itu mengalami kerosakan, ia tiada galang gantinya kecuali melakukan pemindahan buah pinggang dari penderma atau penderita perlu menjalani hemodialisis sepanjang hayat.


Anda juga harus mengetahui fakta bahawa buah pinggang milik lelaki mempunyai peranan penting dan berkait rapat dengan kemam puan seksual pemiliknya berbanding wanita.

Walaupun perkembangan perubatan moden mampu menyediakan pelbagai jenis ubat untuk membantu masalah ketidakmampuan dalam perhubungan seksual kaum lelaki namun keperkasaan seorang lelaki berkait rapat dengan sistem saraf, testis dan sistem pembuluh darah di mana organ-organ ni berhubung terus dengan keaktifan buah pinggang mereka.

Kebarangkalian pesakit buah pinggang kronik menderita impotensi kelamin adalah besar. Secara tidak langsung, penderita sakit ini selain mengalami kurang darah dan kadar pHnya turun, pembuluh darah juga akan menyempit akibat dari hipertensi yang sekian lama bersarang di tubuh penderita. Ia juga tidak mengecualikan pembuluh darah di zakar.


Penderita sakit buah pinggang juga menanggung banyak masalah. Dari segi fizikal, selain mengalami perubahan perubahan fizik seperti di atas, penderita juga mudah terkena jangkitan pada saluran urin (traktus urinarius).

Ini juga mengakibatkan mental mereka terganggu. Gangguan mental mungkin berlaku dan ia ada kalanya berpunca daripada terlalu memikirkan perbelanjaan besar yang perlu dicari untuk mengubati penyakit ini. Faktor mental ini kemudiannya akan menjadikan penderita sakit buah pinggang mengalami kehilangan ghairah seksnya.

Selalunya penderita sakit buah pinggang tidak memikirkan soal seksual lagi. Secara automatik, fikiran mereka terputus terhadap hubungan kelamin kerana terlalu memikirkan bagaimana buah pinggangnya boleh berfungsi semula.

Jangan Abaikan

Sakit buah pinggang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau jantina seseorang. Bagi yang masih muda, masalah seks tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Untuk mengatasinya, pesakit haruslah mendapatkan rawatan psikoterapi kerana masalah seks ini timbul akibat gang guan psikologi penanggungnya. Banyak faktor yang menjadi penyebab sakit buah pinggang. Munculnya batu karang juga boleh mengakibatkan sakit buah pinggang menjadi lebih kronik. Begitu juga bagi mereka yang sering menghidapi tonsil.

Penyakit ini mesti diubati sehingga pulih. Jika dibiarkan berlarutan boleh menye babkan radang buah pinggang (glumerulo nephritis) di mana akhirnya boleh mendatangkan sakit buah pinggang yang serius.
Jika didapati anak mata anda membengkak, segera bertemu doktor sehingga dapat diketahui dengan pasti faktor menyumbang kepada masalah atau kelainan pada buah pinggang. Pen derita sakit buah pinggang perlu mendapat pemeriksaan secara teratur supaya penyakit itu tidak terus berlarutan sehingga menjadi lebih serius.

Sekiranya ia menjadi tempat singgah yang kekal bagi batu karang, buah pinggang langsung tidak boleh berfungsi dan ia terpaksa dibedah untuk diganti. Ini semakin membebankan anda kerana pengubatannya amat tinggi dan lebih penting membimbangkan mempengaruhi daya seksual anda.

17 Januari 2012

8 Kesalahan Buat Wanita Kurang Cantik

Penampilan menarik tidak hanya dilihat pada solekan semata-mata, sebaliknya ia merangkumi segi berpakaian, gaya rambut dan sebagainya.

Oleh itu tidak sempurna penampilan seseorang jika menarik dari solekan tapi salah pula memilih pakaian. Ia sekali gus mempengaruhi imej seseorang. Berikut ini ada beberapa kesalahan yang sering kita lakukan dalam penampilan. Perhatikan dan elak dari melakukannya.

Pemerah Pipi Tebal
Kesalahan biasa dilakukan ketika bersolek adalah menyapu pemerah pipi terlalu tebal, terlalu banyak menggunakan bedak asas dan penggaris mata. Sebagai contoh, penggunaan bedak asas yang terlalu tebal menyebabkan wajah nampak tidak natural seolah-olah bertopeng. Sebaiknya, pilih bedak yang sesuai dengan kulit wajah dan sapukan tipis sahaja.

Penggunaan penggaris mata pula adalah untuk membuat bulu mata nampak lebih tebal. Justeru, pastikan anda menggunakan penggaris mata sedekat mungkin dengan bulu mata. Manakala untuk pemerah pipi, pilih warna yang tidak terlalu gelap atau terang dan pastikan ia sebati dengan warna kulit anda.

Baju Terlalu Kecil Atau Besar
Pemilihan baju juga mempengaruhi penampilan. Sebagai contoh, pemilihan baju kecil tidak akan membuatkan tubuh anda nampak kecil. Sebaliknya ia menyerlahkan lagi tubuh anda. Jadi pilih pakaian yang sesuai dan membuatkan anda tampil selesa tanpa rasa sempit atau terlalu besar.

Pakai Kasut Yang Salah Atau Sudah Usang
Walaupun letaknya di kaki, namun ia harus diberi perhatian supaya sentiasa bersih dan sesuai dengan saiz kaki. Pemilihan jenis kasut turut mempengaruhi cara berpakaian. Misalnya, jika anda bekerja di bahagian yang berhawa dingin atau di pejabat, kasut jenis bertutup sesuai digayakan. Menggunakan sandal, loafer tidak begitu sesuai sekiranya anda tampil dengan kot, blaus dan seluar slack.

Beg Tangan Ketinggalan Zaman
Menggunakan beg tangan yang ketinggalan zaman boleh menyebabkan penampilan anda nampak tua, dan kurang up-todate. Meskipun ia bukan satu keperluan tetapi dengan pemilihan beg tangan yang mengikut gaya semasa atau terbaru, ia menambahkan lagi keyakinan ketika anda berhadapan dengan orang ramai. Model beg tangan lama akan membuat anda dilihat old-fashion.

Rambut Tidak Rapi
Sesekali tampil dengan gaya rambut yang kurang rapi tidak mengapa tetapi jangan biasakan. Dalam pada itu pemilihan warna rambut yang tidak sesuai dengan warna kulit turut memberikan kesan yang kurang baik pada gaya penampilan anda. Seeloknya dapatkan bantuan dari pakar gaya salun sebelum memilih fesyen rambut.

Terlalu Setia Pada Jenama Tertentu
Sesetengah individu terlalu setia atau ketagih dengan produk tertentu sehinggakan dari hujung kepala hingga ke kaki menggunakan jenama yang sama. Untuk penampilan yang lebih profesional, dan sofistikated sebaiknya pilihlah produk yang sesuai dengan penampilan tidak kira apa jua jenis jenama. Jika ada antara teman mengagumi anda yang terlalu taksub dengan sesuatu jenama sahaja, pasti mereka bukanlah teman yang baik. Teman yang baik pasti akan menasihati andai ada penampilan teman lain yang dirasakan tidak sesuai.

Pakaian Tidak Sesuai Usia
Pemilihan gaya pakaian yang tidak sesuai dengan usia boleh merosakkan penampilan seseorang. Sebagai contoh, pemilihan gaya pakaian remaja, padahal usia anda lebih tua semata-mata untuk nampak muda adalah satu kesalahan dari segi berfesyen. Usia tua tidak bermakna anda tidak boleh berfesyen tetapi harus kena dengan caranya. Anda tetap dapat tampil bergaya misalnya dengan memilih busana dengan potongan dan rekaan unik, namun tidak terlalu banyak motif serta warna yang sesuai.

Penggunaan Warna Yang Tidak Sesuai
Aturan penting agar penampilan dilihat lebih menarik adalah mengenakan pakaian dengan warna yang sesuai dengan warna kulit. Memilih pakaian dengan warna yang salah, akan membuat warna kulit anda nampak kusam atau pucat serta tidak menyerlahkan penampilan. Sebaliknya penggunaan warna yang tepat akan membuat kulit kelihatan bersih.

Secara umumnya ton kulit terbahagi dua iaitu sejuk (cool) dan panas (panas). Cara yang paling mudah untuk mengetahui ton kulit anda adalah melalui pemilihan aksesori. Jika aksesori emas misalnya lebih sesuai, maka kategori kulit anda adalah jenis panas. Manakala, bagi anda yang lebih sesuai dengan aksesori seperti perak maka kulit anda termasuk dalam kategori sejuk.

14 Januari 2012

Ally kahwini pilihan keluarga


Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.

Gambar Farh Lee dan Ally
Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.

“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki,” katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.

Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ally berkata, semuanya diatur oleh keluarganya. Jelasnya, tempoh perkenalan singkat tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.

“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah saya temui.

“Setelah keluarga perkenalkannya pada saya, kami berhubung melalui laman Facebook, kemudian baru berjumpa.

“Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani rakannya. Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,” katanya.

Tidak mahu menunggu lama, Ally kemudiannya menyuarakan hasrat memperisterinya Farah kepada keluarganya.

Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.

“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan meminta izin keluarganya terlebih dahulu,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.

13 Januari 2012

Bayaran BR1M bermula 15 Jan.


 




KUALA LUMPUR - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ahmad Husni berkata, majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara.
"Ini bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut beliau, semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos.
"Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan," jelas beliau.

Katanya, pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini.

sumber; kosmoOnline

You mean everything to me - Neil Sedaka

8 Kesalahan Buat Wanita Kurang Cantik

Penampilan menarik tidak hanya dilihat pada solekan semata-mata, sebaliknya ia merangkumi segi berpakaian, gaya rambut dan sebagainya.

Oleh itu tidak sempurna penampilan seseorang jika menarik dari solekan tapi salah pula memilih pakaian. Ia sekali gus mempengaruhi imej seseorang. Berikut ini ada beberapa kesalahan yang sering kita lakukan dalam penampilan. Perhatikan dan elak dari melakukannya.


Pemerah Pipi Tebal
Kesalahan biasa dilakukan ketika bersolek adalah menyapu pemerah pipi terlalu tebal, terlalu banyak menggunakan bedak asas dan penggaris mata. Sebagai contoh, penggunaan bedak asas yang terlalu tebal menyebabkan wajah nampak tidak natural seolah-olah bertopeng. Sebaiknya, pilih bedak yang sesuai dengan kulit wajah dan sapukan tipis sahaja.

Penggunaan penggaris mata pula adalah untuk membuat bulu mata nampak lebih tebal. Justeru, pastikan anda menggunakan penggaris mata sedekat mungkin dengan bulu mata. Manakala untuk pemerah pipi, pilih warna yang tidak terlalu gelap atau terang dan pastikan ia sebati dengan warna kulit anda.

Baju Terlalu Kecil Atau Besar
Pemilihan baju juga mempengaruhi penampilan. Sebagai contoh, pemilihan baju kecil tidak akan membuatkan tubuh anda nampak kecil. Sebaliknya ia menyerlahkan lagi tubuh anda. Jadi pilih pakaian yang sesuai dan membuatkan anda tampil selesa tanpa rasa sempit atau terlalu besar.

Pakai Kasut Yang Salah Atau Sudah Usang
Walaupun letaknya di kaki, namun ia harus diberi perhatian supaya sentiasa bersih dan sesuai dengan saiz kaki. Pemilihan jenis kasut turut mempengaruhi cara berpakaian. Misalnya, jika anda bekerja di bahagian yang berhawa dingin atau di pejabat, kasut jenis bertutup sesuai digayakan. Menggunakan sandal, loafer tidak begitu sesuai sekiranya anda tampil dengan kot, blaus dan seluar slack.

Beg Tangan Ketinggalan Zaman
Menggunakan beg tangan yang ketinggalan zaman boleh menyebabkan penampilan anda nampak tua, dan kurang up-todate. Meskipun ia bukan satu keperluan tetapi dengan pemilihan beg tangan yang mengikut gaya semasa atau terbaru, ia menambahkan lagi keyakinan ketika anda berhadapan dengan orang ramai. Model beg tangan lama akan membuat anda dilihat old-fashion.


Rambut Tidak Rapi
Sesekali tampil dengan gaya rambut yang kurang rapi tidak mengapa tetapi jangan biasakan. Dalam pada itu pemilihan warna rambut yang tidak sesuai dengan warna kulit turut memberikan kesan yang kurang baik pada gaya penampilan anda. Seeloknya dapatkan bantuan dari pakar gaya salun sebelum memilih fesyen rambut.

Terlalu Setia Pada Jenama Tertentu
Sesetengah individu terlalu setia atau ketagih dengan produk tertentu sehinggakan dari hujung kepala hingga ke kaki menggunakan jenama yang sama. Untuk penampilan yang lebih profesional, dan sofistikated sebaiknya pilihlah produk yang sesuai dengan penampilan tidak kira apa jua jenis jenama. Jika ada antara teman mengagumi anda yang terlalu taksub dengan sesuatu jenama sahaja, pasti mereka bukanlah teman yang baik. Teman yang baik pasti akan menasihati andai ada penampilan teman lain yang dirasakan tidak sesuai.

Pakaian Tidak Sesuai Usia
Pemilihan gaya pakaian yang tidak sesuai dengan usia boleh merosakkan penampilan seseorang. Sebagai contoh, pemilihan gaya pakaian remaja, padahal usia anda lebih tua semata-mata untuk nampak muda adalah satu kesalahan dari segi berfesyen. Usia tua tidak bermakna anda tidak boleh berfesyen tetapi harus kena dengan caranya. Anda tetap dapat tampil bergaya misalnya dengan memilih busana dengan potongan dan rekaan unik, namun tidak terlalu banyak motif serta warna yang sesuai.

Penggunaan Warna Yang Tidak Sesuai
Aturan penting agar penampilan dilihat lebih menarik adalah mengenakan pakaian dengan warna yang sesuai dengan warna kulit. Memilih pakaian dengan warna yang salah, akan membuat warna kulit anda nampak kusam atau pucat serta tidak menyerlahkan penampilan. Sebaliknya penggunaan warna yang tepat akan membuat kulit kelihatan bersih.

Secara umumnya ton kulit terbahagi dua iaitu sejuk (cool) dan panas (panas). Cara yang paling mudah untuk mengetahui ton kulit anda adalah melalui pemilihan aksesori. Jika aksesori emas misalnya lebih sesuai, maka kategori kulit anda adalah jenis panas. Manakala, bagi anda yang lebih sesuai dengan aksesori seperti perak maka kulit anda termasuk dalam kategori sejuk.

sumber;mingguanwanita

11 Januari 2012

Seksinya Cik Ta.......Rozita Che Wan

Inilah foto Rozita Che Wan semasa menghadiri majlis ulang tahun pelakon Ryzal Jaafar di sebuah kelab di ibu negara baru-baru ini.


Agaknya tema malam itu yang memerlukan Kak Ita berpakaian macam tu. Maklumlah majlis di sebuah kelab, pastilah temanya gaya-gaya berpesta di kelab gitew.


sumber: mangga online

09 Januari 2012

Kes liwat: Anwar bebas,901

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Perkarangan mahkamah



BERIKUT adalah perkembangan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini.
  
10.55 pagi: Bunyi letupan kali ketiga kedengaran. Anggaran masa letupan berlaku. 10.15 pagi, 10.38 pagi dan 10.55 pagi. Ini adalah anggaran masa letupan berlaku. Setakat ni berlaku tiga letupan. Unit K9 (Unit anjing pengesan) datang jam 10.57 pagi buat pemeriksaan di kawasan disyaki terlibat
10.20 pagi: Difahamkan ada kedengararan letupan di kawasan berhampiran Kompleks Mahkamah
10.15 pagi: Anwar Ibrahim berucap di kawasan parkir
10.15 pagi: Sekumpulan individu yang tidak diketahui identiti cuba mencetuskan provokasi dengan melempar mercun ke arah penyokong Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan di hadapan Pusat Penjaja Selera Duta dipercayai dimulakan oleh kumpulan sama.
Bagaimanapun, peserta perhimpunan tidak tercabar dengan provokasi itu. Polis cuba menenangkan keadaan dan mengesan individu yang melemparkan mercun tersebut.
10.00 pagi: Anwar Ibrahim masih di tingkat lima Kompleks Mahkamah
9:30 pagi:  Peserta Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar dan pemimpin PR bergerak ke Masjid Wilayah untuk solat syukur selepas Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah diatas tuduhan liwat


9:25 pagi: Peserta Perhimpunan 901 Bebaskan Anwar bersorak dan melaungkan 'Reformasi' setelah mendapat berita Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas tuduhan liwat. Peserta perhimpunan juga membaca doa sebagai tanda syukur


9.21 pagi: Mahkamah putuskan Anwar bebas dari tuduhan meliwat sebentar tadi
9.12 pagi: Pengerusi DAP Selangor dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok tiba di Kompleks Mahkamah
9.05 pagi: Peguam utama Anwar Ibrahim, Karpal Singh tiba bersama anaknya Gobind Singh
9.00 pagiSekitar 6,000 orang berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah
8.55 pagi: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Kompleks Mahkamah
Sekitar 8.50 pagi: Dalam tempoh asakan lebih kurang enam minit itu, tanpa disedari secara tiba-tiba kumpulan media yang leka mengendalikan tugasan dikejutkan dengan kasut dipercayai milik salah seorang jurugambar media yang melambung secara tiba-tiba. Kehadiran kasut yang melambung secara tiba-tiba itu ternyata mencuri perhatian sebelum disambut dengan pekikan 'wooo!!!' oleh petugas media yang menyaksikan keadaan itu, yang disifatkan sebagai sesuatu yang lucu.

Perkarangan mahkamah

8.50 pagi: Anwar Ibrahim masuk ke dalam kamar mahkamah. Beliau yang berkemeja biru lembut melemparkan senyum kepada yang hadir di galeri awam sambil tangannya memegang reben mata hitam. Anwar kelihatan mengatur anak-anak beliau yang turut hadir. Mahkamah sesak dengan kehadiran lebih 100 orang
8.39 pagi: Anwar Ibrahim dengan diiringi isteri, anak dan menantunya masuk ke dalam Kompleks Mahkamah. Kehadiran Anwar dikerumuni puluhan petugas media yang menanti kehadirannya sejak jam 3 pagi
8.35 pagi: Ada penyokong cuba bertindak ganas dengan menolak pengawal keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada yang 'mengamuk', menangis dan emosi. Anwar dapat memasuki Kompleks Mahkamah selepas 'kekecohan' beberapa minit
8.30 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya tiba di kawasan mahkamah. Turut tiba anak mereka Nurul Izzah dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politiknya Faekah Hussin. Ketibaan Anwar Ibrahim di pekarangan mahkamah hanya berjalan kaki. Kebiasaanya, beliau akan tiba dengan kenderaan, tetapi hari ini hanya berjalan kaki dengan dikerumuni penyokongnya menyebabkan kes

Perkarangan mahkamah

sumber:sinarharian

08 Januari 2012

4 Perkara

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal



TQ for the info; Hijrah Remaja@FB 

11 Kesilapan Lelaki, Jangan Diulang

Buat kaum lelaki semak kesilapan kecil yang mungkin anda lakukan pada tahun 2011 dan elak dari melakukannya lagi.

1. Biarkan Diri Tanpa Teman Istimewa
Jangan biarkan diri anda tanpa teman wanita melebihi dua tahun. Sekiranya anda putus cinta, carilah pengganti dan jadilah lelaki yang sejati. Usah kenang lagi si dia yang kini menjadi sejarah silam anda.

2. Tidak Melancong
Anda bujang tapi enggan melancong walaupun berpeluang. Semuanya kerana berfikir tidak mahu membazirkan wang. Jangan begitu, lakukanlah aktiviti ini sementara anda punya banyak peluang. Jika anda sudah berkahwin, terlalu banyak halangan untuk anda melakukan perkara ini.

3. Tiada Simpanan Tetap
Anda ada kerja tetap tapi tiada simpanan. Kalau sudah berkeluarga, orang tentu faham banyak wang diperuntukkan kepada kekeluargaan namun sebagai orang bujang, anda wajib menyimpannya. Jadi tidak perlulah anda membuat pinjaman bank semata-mata mahu berkahwin nanti.

4. Terlalu Cerewet
Sesetengah lelaki sangat cerewet hinggalah perkara kecil menjadi besar. Ada kalanya hal itu kecil tetapi disebabkan anda terlalu memikirkannya, ia menjadi begitu besar tetapi malangnya hasilnya sangat mengecewakan. Seharusnya jadilah orang yang boleh bertoleransi dan bijak membuat keputusan.

5. Tidak Ambil Pengajaran
Anda mudah melupakan sesuatu peristiwa yang berlaku. Sesetengah lelaki tidak pernah belajar akan kesalahan yang pernah mereka lakukan. Kalau anda pernah ditipu, jangan biarkan diri anda ditipu lagi.

6. Tidak Punya Kenderaan Sendiri
Membeli rumah jarang difikirkan oleh lelaki muda. Bagi mereka, jumlah wang yang besar perlu diperuntukkan untuk tujuan ini dan ia mungkin boleh dilakukan selepas berkahwin. Tapi buat si bujang, paling tidak kenderaan sendiri perlu ada. Zaman ini kereta menjadi satu kemudahan hidup dan anda perlu praktikkanya. Jangan terlalu berkira tentang wang hingga anda perlu menaiki bas ke sana ke mari. Ia sedikit memalukan.

7. Berbelanja Untuk Bekas Kekasih
Ini satu perkara yang sukar diterima. Apabila wanita sudah menolak anda dalam hidupnya dan anda sudah merayu namun tetap ditolaknya, itu bermakna anda bukan lagi pilihannya. Jangan jadi bodoh hingga sanggup membelanjakan sejumlah wang gaji semata-mata mahu menarik atau memikat hatinya kembali. Carilah wanita lain yang lebih baik untuk anda.

8. Tidak Menjaga Kesihatan
Tabiat makan berlebihan adalah punca kepada semua penyakit. Jangan hanya tahu makan tetapi malas bersenam. Akibatnya anda akan mudah dijangkiti penyakit tiga serangkai, kencing manis, darah tinggi dan jantung.

9. Tidak Pandai Menjaga Hati
Sepatutnya anda perlu menjaga hati si dia kerana, mungkin itulah jodoh anda. Tapi kalau siang-siang lagi anda menyakiti hatinya, banyaklah perkara berbangkit kelak. Hal ini sama bagi lelaki yang sudah beristeri. Kalau anda pandai menjaga hati kawan-kawan, jagalah juga hati isteri kerana banyak kes perceraian terjadi bila hati isteri dilukai.

10. Membazir
Pantang ada duit di tangan, mulalah rambang mata membeli barang keperluan yang tidak perlu. Contohnya aksesori kereta, tayar dan sebagainya. Sepatutnya anda berjimat dan bersedia untuk hal-hal kecemasan yang memerlukan wang.

11. Tidak Menjaga Hati Ibu Bapa
Sesetengah anak remaja beranggapan mereka sudah mulai dewasa dan tidak pedulikan lagi nasihat ibu bapa. Ada juga lelaki yang selepas berkahwin tidak menjaga hati ibu bapanya sebaliknya begitu beratkan keluarga isteri dan sebagainya. Sebagai lelaki yang dilantik menjadi khalifah dan pemimpin, anda harus bijak manfaatkan masa dan ruang yang ada dan terus berbakti selagi ibu bapa masih ada.

04 Januari 2012

Ereksi petunjuk kesihatan



PASANGAN yang memiliki kualiti ereksi berasa lebih gembira dan yakin. - Gambar hiasan


SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi.
“Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat,” kata Teng Aik.
Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.
Jelas Teng Aik, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.
Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.
“Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.
Tahap
“Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.
“Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar.
“Apa yang ramai orang tidak sedar adalah kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung,” kata Teng Aik.
ZAKAR akan menegang jika kedua-dua tisu korpus kavernosum dipenuhi darah.

Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optima dan ereksi optima.





Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual.
Menurut Teng Aik, biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.
“Jelas sekali bahawa ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi.
“Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Pensyarah Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Low Wah Yun berkata, tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan.
Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual.
“Sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi. Sebanyak 93 peratus lelaki dan 83 peratus wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual,” ujar Wah Yun.
Wah Yun menjelaskan, usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar.
Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi.
“Tidak kisah tua atau muda, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar,” kata Wah Yun.
sumber: kosmoOnline

Risiko Pilih Bekas Kekasih Teman Baik Sendiri

Lihat senario ini. Kawan anda keluar bersama dengan seorang gadis cantik dan mereka rancak bercerita penuh mesra. Anda pula duduk di hadapan mereka dan hanya sesekali menguntum senyuman mengiakan cerita kawan baik anda sendiri. Di akhir pertemuan, kawan anda berjanji akan keluar lagi bersama gadis baru dikenali itu.



Masa berlalu begitu pantas. Kawan anda dilamun cinta dan selang tidak lama, anda mendengar cerita, hubungan mereka sudah putus. Anda yang suatu ketika dahulu pernah meminati gadis yang sama berasa serba salah. Patutkah anda menghubunginya dan mengambil peluang memenangi hatinya? Bagaimana situasi kawan baik sendiri kalau ketahui hal ini?

Anda mahu mendekatinya tapi dalam masa yang sama takut jika kawan anda mengetahuinya pula. Jika berhadapan dengan situasi ini, anda tentu dalam dilema. Secara logiknya, orang berkahwin pun boleh bercerai dan pasangan bebas memilih siapa saja disukainya.

Inikan pula kawan anda masih berkawan dan tiada ikatan serius. Untuk langkah pertama, anda boleh mula menghubungi dia dan nyatakan perasaan anda kepada nya. Mulakan langkah dengan segera dan pastikan anda tidak kehilangan dia buat kali kedua.



Berdepan Dengan Kawan Baik Anda
Cinta sesuatu yang sukar jika kita beranggapan begitu. Ia indah bagi yang menghargainya kerana anda akan merasai nikmat cinta tersebut dengan sebuah perasaan yang sukar dikongsi dengan orang lain.

Untuk terus menepis perasaan kawan baik sendiri, ia sesuatu yang kejam. Namun dalam masa yang sama, anda tidak harus mengetepikan perasaan sendiri. Anda juga manusia biasa dan berkeinginan melakukan apa yang anda ingini.
Sebaiknya, jika anda mula serius menjalin hubungan, terangkan kepada kawan mengapa anda menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya. Katakan kepada nya kenangan tetap ada namun hidup perlu diteruskan.

Mungkin tiada jodoh antara mereka dan tidak salah anda mencuba. Biar pun agak sakit mendengarnya tetapi sebagai lelaki anda perlu matang bila berhadapan dengan situasi begini. Jangan sesekali anda meninggi diri dan jangan pula sampai bergaduh. Bersikap gentleman kerana soal jodoh adalah urusan Allah S.W.T.

Apa harus dilakukan?
Tanya kepada diri sendiri, adakah anda benarbenar menyukai wanita bekas kekasih teman anda itu dan atas dasar apa. Jangan hanya kerana mahu membalas dendam atau bersikap cemburu maka anda memilih untuk mengambil bekas teman wanita kawan baik sendiri.

Jika anda benar-benar menyukainya, tetap kan dalam hati bahawa anda memang menyukai dan pupuklah rasa cinta itu sedalam-dalamnya. Dalam masa yang sama, jangan mencabar kawan anda seperti mengatakan anda juga mampu memiliki bekas kekasihnya. Kata-kata begitu hanya akan menyakiti hati orang lain.

Jika anda keluar bersama teman wanita baru ini, jangan sesekali melaporkan apa terjadi dalam pertemuan tersebut. Cerita ini hanya menyakitkan hatinya. Simpanlah ia sebagai rahsia hidup anda. Jika ditanya, jawab dengan jawapan yang tidak menyakitkan hatinya.
Ingat, cinta boleh datang dan pergi tetapi kawan baik sukar dicari apatah lagi anda sudah lama mengenalinya malah sudah kenal hati budinya. Kadang kala ada sebab tertentu mengapa hubungan mereka terputus dan anda harus tahu sedikit mengenainya kerana dibimbangi dia mendekati anda hanya kerana mahu menyakiti hati teman baik anda sendiri dan anda dijadikan mangsa dalam hal ini.

Ciri-ciri Lelaki Maskulin
Menjadi lelaki maskulin adalah impian banyak lelaki. Berikut antara ciri-ciri lelaki ini yang mungkin mahu anda ikuti.

Penampilan
Biasanya lelaki maskulin begitu menitik beratkan gaya penampilan dari segi pemakaian, raut wajah dan gaya. Bila berpakaian, mereka tidak akan sesuka hati mengenakannya sebaliknya kena pada gaya suai dan padan. Wajah pula sentiasa bersih kerana mereka begitu mementingkan kebersihan.

Ketinggian
Tinggi dan tegap antara impian banyak lelaki. Jarang lelaki maskulin perutnya boroi dan agak rendah dari segi ketinggian. Tidak hairanlah, lelaki tampak segak dengan ketinggian sedia ada dan bagi lelaki rendah, jangan pula terasa kerana selagi anda berpenampilan kemas, anda ada cara tersendiri.

Cara Percakapan
Jarang kita lihat lelaki maskulin tampil dengan gaya kecoh atau suka buat bising. Biasanya mereka begitu menjaga tutur kata kerana ia sesuai dengan sikap diri yang ada. Kalau tidak percaya, cuba lihat lelaki yang kecoh, biasanya penampilan mereka biasa-biasa saja selain botak dan kasar dari segi pertuturan.