25 Mac 2013

Petua Kekal Muda Jagalah Kulit Wajah

Selain itu beberapa perubahan pada boleh dilihat termasuklah tekstur dan keanjalan kulit mula menurun. Kulit juga lebih kasar dan penghasilan kolagen juga turut berkurangan. Selain faktor usia, aktiviti dan pencemaran juga turut mempengaruhi berlakunya proses penuaan lebih cepat. Tekanan atau stres ditambah pula dengan gaya hidup yang kurang sihat menyebabkan kulit mulai kusam, kering dan sebagainya. Untuk memelihara kulit wajah, anda perlu menitikberatkan soal penjagaan kulit wajah.
Rawatan pagi dan malam
Kulit wajah yang bersih mampu menyerap nutrisi lebih maksima. Cuci bersih wajah dengan menggunakan air suam. Pastikan anda memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah. Bagi anda yang memakai solekan, pastikan anda mencuci bersih wajah. Untuk menanggalkan sisa-sisa solekan dan kotoran dengan baik, apa kata gunakan berus wajah yang lembut. Urutan halus dari berus wajah ini juga dapat membantu melancarkan peredaran darah pada wajah. Setelah itu, lap dengan tuala bersih. Pastikan tuala wajah di tukar secara berkala untuk mengelakkan bakteria. Akhir sekali, semburkan penyegar atau toner untuk mendapatkan hasil yang lebih maksima sebelum menyapu serum dan juga pelembap. Setelah mencuci wajah dengan pembersih, pakai serum sebelum menyapu pelembap yang sesuai untuk kulit anda. Kemudian barulah disapu krim pelindung cahaya matahari. Begitu juga dengan malam hari. Gunakan krim malam dan juga krim mata.Kandungan yang terdapat di dalam mata membantu memperbaiki dan melindungi kulit sekitar terutama bagi yang sensitif dan cenderung untuk berlakunya garis-garis halus. Bagi anda yang berusia 30-an, gunakan krim yang mengandungi anti kedutan terutama di bahagian hujung mata, dahi dan bahagian tepi bibir. Membersihkan wajah tidak sekadar mencuci wajah dan menyapu pelembap. Sebaliknya, ia perlu di tambah dengan rawatan ekstra untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Antaranya termasuklah bertemu dengan pakar atau doktor kulit sekiranya wajah anda mengalami sebarang masalah.
Produk anti penuaan
Penggunaan produk anti penuaan perlulah dimulakan sejak awal, sekurang-kurangnya apabila usia sudah memasuki awal 20-an. Selain penggunaan produk pencuci muka, pelembap dan juga krim pelindung cahaya matahari, susuli rawatan kulit wajah dengan penggunaan produk seperti serum, krim malam dan krim mata.
Sebaiknya, pilih produk rawatan anti penuaan yang sesuai untuk usia anda. Ini kerana, bahan yang terdapat di dalamnya dapat membantu melambatkan proses penuaan. Dalam masa yang sama, jangan abaikan pola makan yang sihat selain mempraktikkan gaya hidup yang sihat.
Rutin senaman
Bagi mendapatkan tubuh yang segar dan bertenaga selain menjaga bentuk badan, lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30-60 minit. Selain itu, ia juga baik untuk jantung. Bagi anda yang tiada masa untuk bersenam, apa kata cuba gerakan ringan dan mudah dilakukan. Ketika bangun pagi, berjalanlah mengelilingi rumah sekurang-kurangnya 15 minit. Ini membolehkan tubuh terasa lebih segar. Setelah itu, disusuli dengan senaman ringan atau tambahkan senaman lantai yang ringan dan ringkas. Ketika di pejabat rehatlah seketika sekurang-kurangnya 5-10 minit ketika sibuk bekerja. Bangun dari tempat duduk dan hirup udara segar. Regangkan badan dan atur pernafasan sambil memejamkan mata untuk seketika. Ini membolehkan wajah terasa lebih segar dan tubuh lebih relaks. Tekanan kerja dan persekitaran menyebabkan terasa stres sekali gus membuatkan otot-otot wajah menjadi tegang dan ini mudah menimbulkan kedutan terutama di bahagian dahi selain membuatkan wajah kelihatan lebih tua. Justeru, elakkan dari terlalu stres dan berfikiran positif. Ini akan membantu mendapatkan wajah lebih segar dan awet muda berbanding mereka yang banyak berfikir. Lakukan senaman wajah dengan mengunyah makanan lebih lama dan perlahan-lahan. Gerakan otot ini bagus untuk menjaga metabolisme tubuh dan juga baik untuk penghadaman. Ini kerana mengunyah lebih lama akan membantu usus mencerna makanan lebih cepat dan tubuh akan terasa lebih kenyang berbanding jika anda makan secara terburu-buru.
Rehat yang berkualiti
Jaga kualiti tidur anda untuk membolehkan tubuh berehat selain memproses dan memperbaiki sel di dalam badan. Justeru, tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam sehari. Jangan biarkan otak tidur di dalam keadaan stres. Pastikan anda tidur tanpa gangguan dari bunyi telefon, buku dan televisyen. Jangan jadikan tempat tidur anda ruang untuk membuat kerja. Bilik tidur harus lah zon yang selesa dan jika mahu menempatkan televisyen di dalam bilik, pastikan anda tidak membukanya kerana ia boleh menyebabkan anda tidak jadi tidur. Nyalakan lampu malap atau gunakan cahaya dari luar sudah memadai kerana tidur di dalam keadaan gelap akan membantu tubuh menghasilkan hormon yang baik untuk pertahanan tubuh sekali gus menjaga sel tubuh dari rosak. Hindari minum terlalu banyak air sebelum tidur kerana ia akan menyebabkan anda terjaga di tengah malam untuk ke tandas sekali gus mengganggu masa tidur anda.
Khasiat air putih
Jangan sesekali meninggalkan pengambilan air putih dalam rutin harian anda. Ini kerana, air putih yang mengandungi hidrogen, oksigen dan mineral mampu membantu melancarkan peredaran darah, membuang kotoran dan toksin di dalam tubuh sekali gus dapat membantu menjaga kelembapan kulit. Selain itu, kekurangan air menyebabkan kulit mudah kering dan ini menyebabkan kulit anda tampak lebih kusam dan mempercepatkan proses penuaan jika dibandingkan dengan kulit yang terpelihara kelembapannya.
Pengambilan vitamin
Kandungan vitamin yang terdapat di dalam sayur-sayuran misalnya dapat membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel tubuh untuk awet muda. Justeru, pastikan anda memasukkan sekali buah dan sayur sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Contohnya, pilih buah yang kaya dengan serat dan vitamin A, C dan E untuk mendapatkan kulit yang sihat dan awet muda. Manakala Vitamin C yang terdapat di dalam jambu batu, strawberi mahupun brokoli dikatakan dapat membantu untuk antioksida.
Masker wajah
Selain penggunaan produk kecantikan, anda juga boleh menggunakan bahan-bahan semula jadi sebagai benteng dalam memelihara kulit wajah. Antaranya penggunaan telur putih yang dicampurkan dengan limau nipis dan diadun sebati. Penggunaan putih telur dapat membantu mengencangkan kulit selain membantu mengecilkan liang-liang roma. Kandungan protein di dalam telur juga boleh membantu melembapkan kulit serta mempercepatkan proses regenerasi. Manakala limau nipis pula kaya dengan vitamin C yang berfungsi sebagai antioksida untuk membantu melawan penuaan. Sebaiknya, lakukan masker ini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk hasil yang lebih maksima.
Cantik di hati:
Jika semua yang kita kehendaki terus kita miliki dari mana kita belajar ikhlas.
Jika semua yang kita impikan segera terwujud dari mana kita belajar sabar.
Jika setiap doa kita terus dikabulkan bagaimana kita dapat belajar ikhtiar.
Jika hidup kita selalu bahagia bagaimana kita dapat kenal Allah lebih dekat.
Yakinilah dan percaya segala ketentuan-Nya adalah terbaik untuk kita.

Lelaki Lebih Berisiko Rabun Warna

Penyakit rabun warna ini berbeza dengan buta warna kerana buta warna lebih teruk disebabkan keupayaan mata yang hanya boleh melihat warna kelabu sahaja. Manakala rabun warna hanya membabitkan warna merah, biru dan hijau. Ketidakupayaan mata untuk membezakan ketiga-tiga warna ini boleh menjejaskan kehidupan seharian seseorang terutama dalam hal memandu disebabkan di seluruh dunia menggunakan ketiga-tiga warna ini untuk ciri-ciri keselamatan.
PUNCA
Keturunan
Penyakit ini diturunkan daripada ibu kepada anak lelakinya. Wanita dikatakan bertuah kerana mempunyai unsur baka yang boleh mengatasi masalah ini berbanding lelaki. Tahap masalah rabun warna ini juga tidak berubah dengan peningkatan umur.
Penyakit mata
Apabila seseorang itu menghidap penyakit mata yang tertentu kebarangkalian untuk menjadi rabun warna adalah tinggi. Ini kerana bahagian retina mata sudah terjejas.
Gangguan saraf optik
Saraf optik pada bahagian mata yang terganggu sehingga menyebabkan kerengsaan seterusnya boleh menyebabkan masalah rabun warna.
Kurang zat
Seseorang yang kekurangan zat seperti Vitamin A juga boleh menjadi sukar mengenal pasti warna.
Sakit sebelah mata
Orang yang menghidap penyakit pada sebelah mata boleh menjadi rabun warna kerana keupayaan mata yang berbeza pada sebelah mata yang lain. Justeru, warna yang ditafsirkan pada kedua-dua mata adalah berlainan sehingga menyebabkan warna yang dilihat adalah berbeza daripada yang normal.
Kesan ubat
Individu yang mengambil ubat secara berterusan seperti tamozifen (untuk sakit barah payu dara) juga boleh menjadi rabun warna disebabkan oleh kesan ubat tersebut pada saraf bahagian mata.
TIADA RAWATAN SPESIFIK
Secara umumnya, tiada rawatan spesifik bagi merawat penyakit ini, namun mereka boleh dibantu dengan cara seperti berikut:
Melabelkan warna
Penghidap boleh dibantu dengan melabelkan warna. Bagi pemandu, mereka boleh diajar mengenal warna pada lampu isyarat. Anak-anak yang masih kecil boleh diajar dengan melabelkan nama warna pada pensel warnanya supaya mereka dapat memilih warna yang sepatutnya apabila melakukan aktiviti mewarna.
Cermin mata tinta khas
Kelemahan ini juga boleh diperbetulkan dengan sejenis cermin mata tinta khas. Toyohashi Tech dari Jepun berjaya mencipta satu cermin mata unik untuk membantu mereka yang rabun warna. Namun, ini bukanlah satu kaedah rawatan yang dapat membantu untuk mendapatkan persepsi warna yang lebih normal tetapi hanya untuk membolehkan seseorang mengecam warna dengan lebih baik.

24 Mac 2013

donut senang n mudah buat

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..lame xmenulis diblog oleh kerana kekangan masa...huhu...hari ni kunang-kunang nak share resepi buat donut yang mudah n senang nak di buat...ckeck it out...!!!!


ni la gambar donut yg kunang-kunang buat...hehe...first time buat tau..terror x...

 
ok..kat bawah ni resepi n cara2nya..ok...resepi ni di google di sekolah n balik je sekolah terus buat..n petang 2 dah boleh menjamu keluarga minum ptg...suka sgt..sbb lembut n gebu.......wlaupun smpai sok pagi nye..jgn lupe try tau...resepi ni dari blog INCIK NASRON.tq ye....

Bahan-bahan Untuk Donut
  • Tepung Gandum 1 kg
  • Ibu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram)
  • Gula Pasir 7 sudu besar
  • Garam Halus 1 sudu kecil
  • Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1 cawan
  • Marjerin 1 cawan
  • Telur 2 biji
  • Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil
  • Air secukupnya
Cara Memasak
  1. Isikan ¾ gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim atau gula pasir (senang pakai gula pasir jer sebab gerenti jadi – susu tepung kadang ada jenis yang tak sesuai) dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas.
  2. Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.
  3. Aduk adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.
  4. Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda.
  5. Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.
  6. Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.
  7. Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.
  8. Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.
  9. Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit.
  10. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
  11. Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Minyak masak mestilah cukup banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut tu akan timbul. Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan. Paling bagus jika menggunakan deep fryer dengan setting suhu 375° Fahrenheit.
  12. Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk selama 15~30 minit. Jangan sira kalau donut masih panas, nanti gula akan “menais” / jadi bertepek-tepek basah.
  13. Sira donut dengan gula icing atau dengan gula pasir yang telah dikisar.
  14. Makan dengan beradab dan jangan gelojoh serta jangan lupa baca Bismillah!
Petua & Teknik Efektif
  • Tiada pencetak donut? Jangan panik! Gunakan gelas sebagai pencetak. Gelas kaca atau gelas plastik, dua-duanya boleh. Caranya ialah tekap mulut cawan tersebut pada doh dan pusing-pusingkan dengan tekanan.
  • Lubang tengah itu boleh dibuat dengan menggunakan muncung botol air, tak kiralah botol air mineral atau botol air apa pun.
  • Cara mencetak; Leperkan doh dan taburkan sedikit tepung lalu ratakan biar tak melekit. Lepas tu cetak gunakan gelas pada doh leper tu sampai penuh. Kemudian ambil keluar baki frame doh. Barulah anda buat lubang tengah pulak! Lepas tu pindahkan ke tray yang telah ditabur tepung supaya tak melekat. Doh yang permukaan atas terbalikkan ke bawah.
kredit to: http://nasron.wordpress.com/2008/01/04/cara-membuat-donut-yang-simple-dan-sedap/