04 Januari 2012

Ereksi petunjuk kesihatan



PASANGAN yang memiliki kualiti ereksi berasa lebih gembira dan yakin. - Gambar hiasan


SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi.
“Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat,” kata Teng Aik.
Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.
Jelas Teng Aik, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.
Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.
“Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.
Tahap
“Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.
“Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar.
“Apa yang ramai orang tidak sedar adalah kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung,” kata Teng Aik.
ZAKAR akan menegang jika kedua-dua tisu korpus kavernosum dipenuhi darah.

Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optima dan ereksi optima.





Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual.
Menurut Teng Aik, biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.
“Jelas sekali bahawa ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi.
“Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Pensyarah Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Low Wah Yun berkata, tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan.
Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual.
“Sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi. Sebanyak 93 peratus lelaki dan 83 peratus wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual,” ujar Wah Yun.
Wah Yun menjelaskan, usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar.
Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi.
“Tidak kisah tua atau muda, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar,” kata Wah Yun.
sumber: kosmoOnline

Risiko Pilih Bekas Kekasih Teman Baik Sendiri

Lihat senario ini. Kawan anda keluar bersama dengan seorang gadis cantik dan mereka rancak bercerita penuh mesra. Anda pula duduk di hadapan mereka dan hanya sesekali menguntum senyuman mengiakan cerita kawan baik anda sendiri. Di akhir pertemuan, kawan anda berjanji akan keluar lagi bersama gadis baru dikenali itu.



Masa berlalu begitu pantas. Kawan anda dilamun cinta dan selang tidak lama, anda mendengar cerita, hubungan mereka sudah putus. Anda yang suatu ketika dahulu pernah meminati gadis yang sama berasa serba salah. Patutkah anda menghubunginya dan mengambil peluang memenangi hatinya? Bagaimana situasi kawan baik sendiri kalau ketahui hal ini?

Anda mahu mendekatinya tapi dalam masa yang sama takut jika kawan anda mengetahuinya pula. Jika berhadapan dengan situasi ini, anda tentu dalam dilema. Secara logiknya, orang berkahwin pun boleh bercerai dan pasangan bebas memilih siapa saja disukainya.

Inikan pula kawan anda masih berkawan dan tiada ikatan serius. Untuk langkah pertama, anda boleh mula menghubungi dia dan nyatakan perasaan anda kepada nya. Mulakan langkah dengan segera dan pastikan anda tidak kehilangan dia buat kali kedua.



Berdepan Dengan Kawan Baik Anda
Cinta sesuatu yang sukar jika kita beranggapan begitu. Ia indah bagi yang menghargainya kerana anda akan merasai nikmat cinta tersebut dengan sebuah perasaan yang sukar dikongsi dengan orang lain.

Untuk terus menepis perasaan kawan baik sendiri, ia sesuatu yang kejam. Namun dalam masa yang sama, anda tidak harus mengetepikan perasaan sendiri. Anda juga manusia biasa dan berkeinginan melakukan apa yang anda ingini.
Sebaiknya, jika anda mula serius menjalin hubungan, terangkan kepada kawan mengapa anda menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya. Katakan kepada nya kenangan tetap ada namun hidup perlu diteruskan.

Mungkin tiada jodoh antara mereka dan tidak salah anda mencuba. Biar pun agak sakit mendengarnya tetapi sebagai lelaki anda perlu matang bila berhadapan dengan situasi begini. Jangan sesekali anda meninggi diri dan jangan pula sampai bergaduh. Bersikap gentleman kerana soal jodoh adalah urusan Allah S.W.T.

Apa harus dilakukan?
Tanya kepada diri sendiri, adakah anda benarbenar menyukai wanita bekas kekasih teman anda itu dan atas dasar apa. Jangan hanya kerana mahu membalas dendam atau bersikap cemburu maka anda memilih untuk mengambil bekas teman wanita kawan baik sendiri.

Jika anda benar-benar menyukainya, tetap kan dalam hati bahawa anda memang menyukai dan pupuklah rasa cinta itu sedalam-dalamnya. Dalam masa yang sama, jangan mencabar kawan anda seperti mengatakan anda juga mampu memiliki bekas kekasihnya. Kata-kata begitu hanya akan menyakiti hati orang lain.

Jika anda keluar bersama teman wanita baru ini, jangan sesekali melaporkan apa terjadi dalam pertemuan tersebut. Cerita ini hanya menyakitkan hatinya. Simpanlah ia sebagai rahsia hidup anda. Jika ditanya, jawab dengan jawapan yang tidak menyakitkan hatinya.
Ingat, cinta boleh datang dan pergi tetapi kawan baik sukar dicari apatah lagi anda sudah lama mengenalinya malah sudah kenal hati budinya. Kadang kala ada sebab tertentu mengapa hubungan mereka terputus dan anda harus tahu sedikit mengenainya kerana dibimbangi dia mendekati anda hanya kerana mahu menyakiti hati teman baik anda sendiri dan anda dijadikan mangsa dalam hal ini.

Ciri-ciri Lelaki Maskulin
Menjadi lelaki maskulin adalah impian banyak lelaki. Berikut antara ciri-ciri lelaki ini yang mungkin mahu anda ikuti.

Penampilan
Biasanya lelaki maskulin begitu menitik beratkan gaya penampilan dari segi pemakaian, raut wajah dan gaya. Bila berpakaian, mereka tidak akan sesuka hati mengenakannya sebaliknya kena pada gaya suai dan padan. Wajah pula sentiasa bersih kerana mereka begitu mementingkan kebersihan.

Ketinggian
Tinggi dan tegap antara impian banyak lelaki. Jarang lelaki maskulin perutnya boroi dan agak rendah dari segi ketinggian. Tidak hairanlah, lelaki tampak segak dengan ketinggian sedia ada dan bagi lelaki rendah, jangan pula terasa kerana selagi anda berpenampilan kemas, anda ada cara tersendiri.

Cara Percakapan
Jarang kita lihat lelaki maskulin tampil dengan gaya kecoh atau suka buat bising. Biasanya mereka begitu menjaga tutur kata kerana ia sesuai dengan sikap diri yang ada. Kalau tidak percaya, cuba lihat lelaki yang kecoh, biasanya penampilan mereka biasa-biasa saja selain botak dan kasar dari segi pertuturan.

02 Januari 2012

5 Perkara Jejas Keindahan Bibir



Pesona bibir cukup berperanan dalam penampilan sesorang. Sebab itulah, lipstik antara alat kosmetik yang takkan dilupakan oleh wanita malah sentiasa ada bersama mereka.
Dalam hal ini juga bibir juga memerlukan penjagaan, kerana ia mudah saja terjejas. Ini kerana lapisan bibir sangat tipis berbanding bahagian kulit yang lain. Pada bahagian bibir tidak terdapat kelenjar lemak dan tidak ditumbuhi rambut-rambut halus yang dapat melindunginya.

Berikut ini beberapa perkara yang perlu diperhatikan kerana boleh menyebabkan bibir rosak.

1. Lipstik tidak sesuai
Lipstik atau kosmetik lain untuk bibir yang tidak sesuai atau tamat tempoh akan mudah menyebabkan bibir mengalami masalah seperti gatal-gatal, kemerahan dan sebagainya. Sebaiknya, sebelum membeli barangan kosmetik, perhatikan kandungan yang terdapat di dalamnya. Lihat sama ada sudah tamat tempoh atau jika nampak kandungan sudah berubah warna misalnya, buang atau jangan di guna.



2. Alat kosmetik tercemar
Jaga selalu kebersihan kosmetik agar tidak menjadi tempat pembiakan bakteria, simpan di tempat yang sepatutnya dan bersihkan bibir sebelum menggunakan lipstik agar kotoran yang ada pada bibir tidak berpindah pada lipstik berkenaan.

3. Menggigit bibir
Kebiasaan menggigit bibir, membuka sesuatu menggunakan gigi atau membasahi bibir dengan air liur harus dihindari. Tabiat ini boleh menyebabkan bibir menjadi pecah-pecah dan luka. Sebaiknya, hentikan tabiat ini segera.



4. Gaya hidup tidak sihat
Seiring bertambahnya umur, kandungan kolagen pada bibir ikut menurun sehingga bibir tidak lagi kenyal. Sekali gus menyebabkan munculnya garis-garis halus, kedutan pada bahagian bibir. Ditambah dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan makanan dan minuman tidak seimbang dan sebagainya lagi. Oleh itu, kurangkan mengambil makanan tidak sihat terutama makanan segera, bergoreng atau pengambilan kafein. Selain itu, hentikan tabiat merokok dan banyakkan mengambil buah-buahan dan sayuran terutama yang banyak mengandungi vitamin B dan C yang sangat baik agar bibir terlihat segar.

5. Sinar ultra ungu
Sinar ultra ungu yang terdapat pada sinar matahari ini boleh merosakkan bibir terutama menyebabkan pecah-pecah terbakar, bengkak atau timbul bintik-bintik kecoklatan. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kolagen yang terhasil turut musnah.

Justeru, mudah berlakunya kedutan terutama pada bibir. Sapukan pelembap bibir yang mengandungi SPF 15 jika hendak keluar rumah. Pastikan anda kerap menyapu pelembap terutama bagi yang banyak aktiviti luar.