02 Mac 2011

Iklan Kekosongan Jawatan Kosong Untuk Jawatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih/Tidak Terlatih,


Permohonan dibuka sehingga 28 Februari 2011 untuk makluman
1.            Jawatan

               1.1    Jawatan               : Guru Sandaran Terlatih Siswazah /
                                                    Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah

               1.2    Gelaran Jawatan  : Pendidik PERMATA

               1.3    Kementerian       : Kementerian Pelajaran Malaysia

               1.4    Kumpulan Perkhidmatan        : Pengurusan dan Profesional

               1.5    Klasifikasi Perkhidmatan         : Perkhidmatan Pendidikan

               1.6    Taraf Jawatan                        : Sandaran

               1.7    Jadual Gaji                            : DC41 : P1T3 RM 1720.90 – T5 RM 1901.80

               1.8    Tempat Kekosongan              : Pusat Anak Permata Negara, Jabatan Perdana Menteri

                       
2.            Kelayakan Pemohon
  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2011;
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau;
  • Keutamaan adalah kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pra-Sekolah;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai Kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam lima matapelajaran lain.

3              Elaun-elaun dan kemudahan
  • Elaun khidmat awam RM 300.00 sebulan;
  • Bantuan sara hidup mengikut kadar kelayakan;
  • Elaun - elaun dan lain - lain bayaran mengikut syarat dan peraturan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil.8/1980 apabila menjalankan tugas rasmi di luar kawasan pejabat;
  • Cuti sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C dan kemudahan perubatan pergigian, kelayakan wad di hospital dan klinik-klinik kerajaan atas syarat-syarat dan peraturan yang sama seperti guru-guru tetap yang setaraf, dan;
  • Cuti Tahunan : 25 hari setahun;

4.            Cara Memohon

4.1       Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang permohonan BPJPM/5/45 yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi PERMATA Negara iaitu http://www.permata.jpm.my.dan juga di dalam iklan ini di bahagian MUAT TURUN

4.2        Borang Permohonan yang lengkap diisi berserta:-

(i)  Lekatkan gambar pada borang permohonan
(ii) Satu salinan kad pengenalan;
(iii)Satu salinan sijil lahir;
(iv) Satu salinan keputusan UPSR;
(v)  Satu salinan keputusan PMR;
(vi) Satu salinan keputusan SPM;
(vii)Satu salinan STPM/Diploma; (sekiranya ada)
(viii)Satu salinan Ijazah beserta transkript

4.3      Semua dokumen hedaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32cm x 22cm yang bertulis di sebelah kiri atas “Permohonan Pendidik PERMATA” ke alamat berikut sebelum atau pada 28 Februari 2011.

                                    Setiausaha Bahagian,
                                    Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA)
                                    Jabatan Perdana Menteri,
                                    Unit W101, Aras 1,
                                    Enterprise Buliding One (EB1),
                                    63000 Cyberjaya,
                                    SELANGOR.
                       
       
5 . Urusan Temuduga
       
Hanya calon  yang berjaya akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Sekiranya tuan menghadapi kemusykilan mengenai jawatan ini sila hubungi pegawai berikut:-

                        i     Datin Hjh. Sakdiah binti Hj. Satam           No.Telefon      03-83194000
                        ii    Muhdiya binti Md Yusoff                         No.Telefon      03-83194000
                        
 Sekian.                           

  
Permohonan dibuka sehingga 28 Februari 2011 untuk makluman

Tiada ulasan: