19 Mac 2011

SuperMoon:fenomena bulan semakin dekat dengan bumi mlm ini 19 mac

   Hari Sabtu , 19 Mac bersamaan malam 15 Rabiul Akhir 1432H para saintis melaporkan satelit bumi iaitu bulan akan berada paling hampir dengan bumi sejak 18 tahun lalu.

   Lazimnya jarak bulan dengan bumi adalah sejauh 406,300 km tetapi pada hari berkenaan jaraknya semakin hampir kira-kira 356,700 km iaitu 49,600 km lebih hampir dari hari-hari biasa. Kerana itu pada mlm nanti bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih terang bercahaya berbanding hari-hari lain.( bergantung pada cuaca pada malam ini).

   Fenomena ini menarik dan sudah pasti membuktikan kepada mereka yang beriman betapa hebat dan besarnya kuasa Allah swt.Terdapat laporan “online” yang mendakwa bahawa fenomena ini akan turut mengundang malapetaka dengan ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi dan berbagai lagi kejadian alam yang bakal meranapkan bumi.

   Sudah pastilah dengan kejadian gempa dan tsunami yang berlaku di Jepun Jumaat lalu ramai yang akan panik dan bimbang dengan dakwaan ini.Namun menurut Prof Dr Chong Hon Yew pakar astronomi dari USM tiada bukti saintifik yang memungkinkan kita semua perlu panik.

   Sebagai umat islam yg bertakwa, renungilah firman Allah swt di dalam al Quran, surah az Zumar : ayat38..

Maksudnya :

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

   Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. sekiranya musibah atau malapetaka berlaku, kembalilah kepada Allah. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu.. FIKIR-FIKIRLAH WAHAI SEMUA INSAN DI DUNIA, KIAMAT KECIL TELALU BANYAK BERLAKU SEBAGAI PERINGATAN KEPADA MANUSIA.Allahu akbar...

Tiada ulasan: