4 Golongan Berisiko
Sakit pada bahagian belakang tidak mengenal faktor jantina mahupun usia. Sesiapa juga boleh terdedah kepada sakit belakang sekiranya langkah pencegahan tidak diambil. Empat golongan ini cukup berisiko menghadapi masalah ini :-
Sakit pada bahagian belakang tidak mengenal faktor jantina mahupun usia. Sesiapa juga boleh terdedah kepada sakit belakang sekiranya langkah pencegahan tidak diambil. Empat golongan ini cukup berisiko menghadapi masalah ini :-
Warga emas – individu yang lanjut usia berisiko tinggi diserang sakit belakang. Bagaimanapun sekiranya mereka kerap melakukan senaman, otot-otot akan menjadi kuat. Keadaan ini boleh membantu merendahkan risiko sakit belakang.
Perokok - mereka yang merokok terdedah kepada sakit belakang kerana bekalan darah ke tulang belakang berkurangan, di samping kekerapan sakit belakang yang dialami agak tinggi.
Buruh kasar - mereka juga terdedah kepada sakit belakang kerana melakukan kerja-kerja berat yang boleh mendedahkan kepada kecederaan.
Pegawai, eksekutif atau ahli korporat yang duduk terlalu lama - duduk dalam tempoh yang agak lama boleh menyebabkan tekanan tinggi pada bahagian tulang belakang, rasa sakit ini lebih ketara sekiranya seseorang duduk dalam kereta.
Rawatan
Terdapat tiga jenis rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah sakit belakang ini. Namun rawatan ini bergantung juga kepada puncanya.
Fisioterapi - Selain mengurangkan bengkak, kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot-otot bagi melepaskan tekanan pada saraf. Bagaimanapun individu yang tidak merawat kecederaan yang mereka alami, tidak akan dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.
Ubat-ubatan - Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf.
Pembedahan - Rawatan ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit juga untuk menguatkan tulang. Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.
Komplikasi
Sakit belakang boleh mengakibatkan lemah pada kaki untuk bergerak. Namun sekiranya hasil pemeriksaan doktor mendapati sakit belakang bukan berpunca dari ketumbuhan atau jangkitan kuman, pesakit tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan kesihatan.
Sebaliknya, sekiranya ia menyebabkan individu terbabit tidak boleh berjalan atau berdiri, langkah sewajarnya ialah mendapatkan rawatan.
• Tidak boleh berdiri sehingga ada kalanya memaksa seseorang merangkak.
• Kebas kaki
• Rasa bisa
• Rasa sengal
• Tidak dapat berjalan jauh kerana sakit pada kaki dan kebas.
• Tidak boleh berdiri sehingga ada kalanya memaksa seseorang merangkak.
• Kebas kaki
• Rasa bisa
• Rasa sengal
• Tidak dapat berjalan jauh kerana sakit pada kaki dan kebas.
Pencegahan
Bagi mencegah rasa sakit pada bahagian belakang ini pelbagai langkah perlu dilakukan antaranya :
• Aktif melakukan senaman bagi mengelakkan tulang belakang menjadi lembut seterusnya menjadi osteoporosis.
• Elakkan daripada sebarang kecederaan pada tulang belakang.
• Pastikan kedudukan yang betul apabila anda duduk, mengangkat barang, berdiri, tidur di atas katil yang sesuai.
Manakala dari segi pemakanan, pengambilan kalsium dapat mencegah tulang jadi lembut. Justeru untuk menguatkan tulang, pastikan anda mempunyai berat badan yang ideal seimbang dengan ketinggian dan tidak terlalu gemuk. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, tulang belakang terpaksa bekerja keras untuk menampung berat badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan