21 November 2011

Jangan sia-siakan janggut suami

sekadar gambar hiasan.....






Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik termasuk di kampung saya di Pendang, Kedah, juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.


Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.


SUBHANALLAH!


Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Itu saya tambah! Saya terpaksa sebut wanita pasangannya kerana dunia sekarang semakin cacamarba. Bimbang pula nanti ada lelaki yang mahu menjadi wanita, ketagih meraba janggut orang itu, orang ini, dengan harapan mahu jadi subur juga. Jangan! Hanya untuk wanita yang tulen sahaja.


Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.


Suami pula, apabila sudah diminta oleh isteri, simpanlah. Jangan sampai isteri terpaksa belai bulu jagung pula! Bulu jagung tiada manfaat apa-apa.


Kata Dr Jamnul Azhar lagi, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.


Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.


sumber;sinarharian



Kelebihan Menyimpan Janggut

Orang lelaki di galakkan supaya menyimpan janggut kerana ia merupakan Sunnah Baginda Rasullah s.a.w. Baginda menyuruh umatnya menyimpan janggut agar tidak menyamai kaum Yahudi yang mencukur janggut dan menyimpan misai mereka maka Baginda menyuruh umatnya mencukur misai dan menyimpan janggut.  Antara kebaikannya ialah:

  • Janggut merupakan perhiasan lelaki yang dikurniakan Allah
  • Sudah tentunya kita akan mendapat pahala sunnah dengan menyimpannya
  • Satu kajian yang dilakukan menjelaskan bahawa dengan menyimpan janggut dapat menghasilkan sejenis hormon yang dapat melancarkan perjalanan darah ke jantung. (subhanallah)
  • Sentuhan janggut suami ke badan isteri dapat menyuburkan isteri dan membetulkan sistem haid mereka.(wallahuallam)

SEGMEN-review blog by ujang

-Incik Ujang plz review my blog......hai semua...mase dok blogwalking td, kunang-kunang ternampak la segmen review blog oleh INCIK UJANG ni... header kat bawah ni mmg la header blog kunang-kunang sbb 2 salah satu syarat2 nye.....


kunang-kunang

syarat2..(copy paste dr blog INCIK UJANG )


Sesiapa nak gua review sila la ikut langkah dibawah :

- Buat entri bertajuk bebas (contoh: review blog by ujang)
- Letak header blog sendiri atau gambar sendiri (untuk gua tepek di entri gua nanti)
- Dalam entri komen dan kutuk sikit pasal blog gua (tak wajib)
- Hantar link entri yang dah siap ke komen entri ini ok.


(tarikh tutup 22/11/11)



p/s: pssttt...xnak kutuk blog ni...sebab setiap blogger ada hak dan kebebasan sendiri untuk mencorakkan blog...btl x?


RALAT:16 dis 2011


p/spssttt...xnak kutuk blog Incik Ujang...sebab setiap blogger ada hak dan kebebasan sendiri untuk mencorakkan blog...btl x?




Pendarahan Tak Semestinya Buasir

Pendarahan yang berlaku ketika seseorang membuang air besar sering difahami sebagai buasir. Namun, dalam sesetengah kes, bukan semua pendarahan ini berpunca daripada buasir. Warna darah yang keluar merupakan satu indikasi terdapat masalah sama ada pada perut, usus kecil atau besar (kolon), rektum, otot-otot dubur dan sebagainya.
Jika darah yang keluar berwarna merah pekat, ia merupakan salah satu gejala yang menandakan anda mungkin menghidap kanser kolorektal.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya pendarahan rektum. Ini termasuklah buasir, luka pada dubur, radang usus, polip dan kanser. Rektum ialah sebahagian organ penghadaman yang terletak pada bahagian hujung usus besar. Ia mempunyai kepanjangan enam inci. Setelah najis melalui proses pemekatan, bahan-bahan buangan akan ditolak keluar dari rektum melalui dubur.

Petanda kanser kolorektal Kebanyakan kanser kolorektal bermula dengan polip iaitu sejenis ketumbuhan yang menyerupai anggur pada permukaan kolon dan rektum. Polip kerap ditemui di kalangan mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Pada peringkat awal ia adalah ketumbuhan yang tidak berbahaya. Bagaimanapun dalam sesetengah keadaan polip yang membesar ini lama-kelamaan menjadi kanser.

Polip boleh menyebabkan seseorang mengalami pendarahan. Darah yang keluar ada kemungkinan berwarna merah pekat atau gelap. Selain itu, pesakit juga mengadu terdapatnya lendir ketika membuang air besar.
Kanser kolorektal ialah sejenis kanser yang berlaku pada kolon atau rektum, iaitu sebahagian daripada sistem penghadaman tubuh. Kolon yang lebih dikenali sebagai usus besar ialah tiub otot yang mempunyai kepanjangan sehingga lima kaki.

Usus besar menyerap air dan zat-zat makanan daripada makanan yang dimakan oleh manusia. Ia juga berfungsi sebagai tempat menyimpan bahan-bahan buangan sementara. Setelah bahan-bahan buangan ini sedia untuk dikumuhkan daripada tubuh, ia akan masuk ke dalam rektum. Sebarang kanser yang berlaku pada mana-mana bahagian ini dikenali sebagai kanser kolorektal. Kanser ini lebih kerap ditemui di kalangan lelaki berbanding wanita.
Penyakit ini lebih kerap ditemui kalangan mereka yang berusia lebih 50 tahun.

Kanser kolorektal merupakan sejenis kanser yang dapat dicegah dan dirawat sekiranya ia dikesan lebih awal. Pencegahannya dapat dilakukan melalui pemeriksaan untuk menentukan ketumbuhan polip. Polip ini boleh dibuang sebelum ia menjadi kanser.

Diagnosis
Doktor akan mengambil kira sejarah masalah pesakit terutama keadaan pendarahan yang berlaku. Pemeriksaan kolonskop dilakukan menggunakan sejenis alat yang menggunakan skop untuk melihat keadaan di dalam usus.
Kolonskop membantu mendapatkan gambaran sebenar kolon seseorang pesakit. Ia juga dapat membantu mengesan kemungkinan kanser pada bahagian atas kolon. Siasatan penyakit yang dihadapi itu juga merangkumi pemeriksaan biopsi dan polipectomy pada polip. Sebagai langkah pencegahan, anda dinasihatkan untuk mengamalkan diet sihat rendah lemak dan tinggi serat. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, lakukan senaman secara tetap dan jangan merokok serta mengambil alkohol.

Faktor Risiko
• Mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser kolorektal
• Gaya hidup dan persekitaran
• Polip
• Mereka yang pernah menghidap radang usus

Gejala
Mereka yang menghidap kanser kolorektal jarang mengadu bahawa mereka mengalami sebarang kesakitan. Namun, ia dapat dikenal pasti melalui beberapa gejala seperti :
• Perubahan pada tabiat membuang air besar
• Cirit-birit
• Sembelit
• Merasakan najis masih ada lagi meskipun selepas membuang air besar
• Terdapat darah dalam najis yang berwarna merah atau gelap
• Rasa tidak selesa pada perut seolah-lah ada angin, kejang atau sebu
• Kurang selera makan
• Berat badan menurun tanpa diketahui sebabnya
• Keletihan yang berpanjangan dan keterlaluan
• Muntah-muntah
• Anemia
• Sukar bernafas

16 November 2011

seksinye Amanda Imani tu......






Wow! Semakin hari semakin berani penyanyi baru Amanda Imani bergaya seksi. Semasa hadir ke sebuah majlis glamor baru-baru ini Amanda tidak kekok mengenakan dresslabuh yang tidak menutup bahagian belakang badan dia.



Walaupun dewan majlis itu dingin dengan pendingin hawa, tapi Amanda biasa sahaja dengan fesyen terdedah belakang itu.
Tak tahulah dia yang minta untuk menyarungkan fesyen sedemikian atau terpaksa memakainya sebab tak sempat lihat sebelum majlis bermula.

Fesyennya pakaian yang digayakannya memang cantik. Cuma terlebih seksi sahaja. Mangga Muda ni tak adalah alim sangat, tapi sapa-sapa pun akan kata baju tu seksi sangat tu bagi anak dara sunti macam Amanda.
Fesyen begitu memang kita sering lihat kalau ada acara glamor di Hollywod. kalau ada majlis anugerah, bintang Hollywood akan menjadi tumpuan kerana fesyen baru yang dipakainya. Bab dedah mendedah tak jadi masalah bagi mereka.
Agaknya Amanda nak mengikut tema sebab pada malam yang dihadirinya itu temanya New York dengan tema warna pula hitam dan putih.
Kalau tak silap Mangga Muda tak lama dulu ada artis baru Miera Leyana jadi bahan hentaman kerana pakaian yang disarungnya menampakkan sebahagian buah dada sebab terdedah pada bahagian bawah lengan.
Tapi selepas itu Miera jadi popular. Adakah Amanda nak jadi macam itu jugak?

sumber;manggaonline

Aksi seksi, Zarina Anjoulie, dibayar RM11,000!

Zarina-Anjouli


Siapa yang tidak kenal dengan model dan pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie? Dia yang pernah mengejutkan industri dengan gambar bogelnya yang tersebar di internet sekitar tahun 2008 lalu, kembali 'menghangatkan' alam maya, apabila tampil dengan gambar seksi dengan mendedahkan sebahagian payudaranya, di majalah FHM Indonesia. Meskipun dikecam teruk, Zarina tetap 'kebal' menghadapinya.


Dia yang ditemui ketika majlis pelancaran filem Khon Malaya, berkata, dia dibayar ASD3,500 (RM11,000) untuk fotografi tersebut dan melakukannya demi minat dalam bidang modelling.


"Saya bukan nak jual badan, tapi dibayar untuk kerja. Daripada saya asyik kena kutuk, baik saya kerja dan buat duit.


"Selama ini pun, apa yang saya buat kena kutuk. Saya pakai baju apa pun, kena kutuk, sedangkan ramai lagi artis lain terdedah sana-sini,"katanya. 



Perawatan Leher Tak Kurang Pentingnya

Selain kulit wajah, penjagaan kulit untuk bahagian leher tidak kurang pentingnya. Leher yang bersih, sihat dan terjaga akan memberi kecantikan ekstra ketika anda mengenakan blaus tanpa kolar ataupun ketika mengenakan rantai mutiara yang indah.



Tapi bagaimana cara yang betul pen jagaan bahagian ini. Sebenarnya pen ja gaan leher tidak banyak bezanya dengan penjagaan kulit wajah kerana kulit bahagian tubuh ini mempunyai ciri yang sama.

Bagi mereka yang tinggal di negara yang beriklim panas lembap seperti Malaysia, kulit leher lebih cepat men jadi kotor kerana udara yang panas membuatkan ramai yang membiarkan bahagian leher terbuka.

Akibatnya kulit leher mudah terlekat dengan debu dan mudah berkedut, itu belum lagi termasuk dengan tempelan bedak yang tebal di bahagian leher. Kotoran atau sisa bedak yang tidak dibersih kan dengan elok akan berkumpul dan membuatkan warna kulit leher tidak sekata.

Pembersihan
Sebaiknya bersihkan leher dua kali sehari sama seperti anda membersihkan wajah. Gunakan cairan pembersih lengkap dengan penyegarnya. Setelah itu bilas dengan air sejuk bagi menghilangkan sisa buih pembersih. Akhir sekali oles krim serta urut dengan lembut bahagian leher agar krim lebih cepat meresap.

Membuang kulit mati
Bila kulit leher terasa kasar, ia menan dakan kotoran sudah banyak menempel. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyumbat saluran kelenjar minyak dan menyebabkan timbulnya jerawat.

Penggunaan skrub adalah cara yang paling tepat untuk membuang sel-sel kulit mati yang menempel. Pastikan anda memilih skrub untuk muka dan leher kerana skrub jenis ini mempunyai butiran yang halus.

Melembut dan menegangkan
Kulit bahagian leher adalah sensitif, oleh itu tanda penuaan yang paling awal akan muncul di bahagian ini. Tanda penuaan ini berupa kulit yang kendur di bahagian leher. Namun begitu terdapat cara mengatasi masalah ini, antaranya adalah dengan penggunaan masker. Kenakan masker pada leher secara teratur sekali atau dua kali seminggu. Caranya setelah leher dibersihkan, sapu masker dari bahagian bawah dagu hingga ke paras bahu. Setelah kering bilas hingga bersih.
Selain menjaga kulit leher agar tegang, masker juga berfungsi untuk mengangkat sel kulit mati, menyegar dan membuatkan kulit terasa lembut.


Membentuk otot
Salah satu penyebab pengenduran kulit di bahagian leher adalah kerana keadaan otot-otot leher itu sendiri. Ia bagaimanapun boleh dielakkan melalui beberapa senaman leher seperti berikut :
• Berpaling ke kiri dan kanan, mendongak dan juga menunduk hingga otot terasa lentur.
• Memuncungkan bibir ke depan dan pada masa yang sama bahu ditolak ke kanan dan kiri.
• Bagi melengkapkan usaha pembentukan otot leher, seeloknya lakukan juga urutan ringan. Sapukan leher dengan minyak lalu urut dari bawah hingga ke atas menggunakan
telapak tangan. Hindari dari meng urut dengan arah yang berlawanan kerana ia akan menyebabkan kulit leher bertambah kendur dan menggeleber.

04 November 2011

Bedak padat (compact powder) punca jerawat?






JERAWAT merupakan masalah yang sering dilalui oleh remaja, perempuan mahupun lelaki. Jerawat pada kulit muka boleh menyebabkan seseorang itu rasa rendah diri kerana ia mengganggu penampilan diri.
Namun begitu, jerawat boleh diubati. Sekiranya anda menghadapi masalah jerawat, penjagaan kulit muka harus diutamakan kerana jerawat akan meninggalkan parut berlubang dan kesan hitam yang lebih sukar dirawat.

Sebab-sebab terjadinya jerawat

1. Faktor yang menyebabkan jerawat terjadi berpunca daripada proses pembaharuan sel kulit berlebihan oleh sel keratinosit yang melitupi liang pori-pori dan mengakibatkan liang tersebut tersumbat yang dikenali sebagai "microcomedo".
2. Apabila mencapai umur remaja, hormon androgen yang tinggi akan mengaktifkan pengeluaran sebum iaitu minyak.
3. Akibatnya, kolonisasi bakteria Propionibacterium acnes bertambah kerana keadaan sangat sesuai untuk pembiakannya.
4. P. acnes akan menyebabkan radang dan penghasilan sel keratinosit yang berlebihan.

Cara merawat jerawat

1. Penggunaan produk penjagaan muka yang tidak sesuai akan memburukkan keadaan. Gunalah produk penjagaan muka sedikit berasid yang mengandungi PHA (Poly Hydroxy Acid) atau Lactobionic Asid dari Neostrata menyebabkan eksfoliasi minimum dan tidak merengsakan kulit. Triclosan di dalam pencuci muka ini dapat membunuh bakteria pada muka. Selepas mencuci muka, perlulah menggunakan pelembap. Walaupun kulit muka berminyak, penggunaan pelembap pada muka masih diperlukan untuk mengawal pengeluaran sebum supaya muka tidak berminyak.

2. Penggunaan antibiotik pada permukaan muka juga dapat membantu membunuh bakteria yang ada pada kulit. Sekiranya jerawat tidak banyak, memadai dengan antibiotik sapuan sahaja. Sekiranya perlu, doktor akan menasihatkan supaya pesakit mengambil antibiotik dalam bentuk pil untuk ditelan dan perlu diteruskan untuk sekurang-kurangnya enam minggu seperti minocycline, tetracycline, doxycycline. Penggunaan krim tretinon atau retinol pada waktu malam juga dapat merawat jerawat. Jerawat yang tidak terkawal boleh dirawat dengan Ro-Accutane tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan dan memerlukan pemantauan pakar kulit.

3. Rawatan "peel" dengan glikolik asid, salicylic asid atau Jessner's mampu merawat jerawat yang aktif. Rawatan ini dapat membunuh bakteria pada muka, mengurangkan pengeluaran sebum, membersihkan liang pori-pori dan melakukan exfoliation. Bagi salicylic asid dan jessner's peel, kulit akan merasa panas sedikit semasa rawatan, jerawat akan kering dan kulit mengelupas sedikit beberapa hari selepas rawatan dilakukan. Sapu pelembap kulit supaya kulit cepat sembuh. Rawatan peel boleh dilakukan sebulan sekali sehingga masalah jerawat dapat dikawal. Rawatan peel selamat jika dilakukan atas nasihat doktor.

4. Pastikan kesemua produk penjagaan muka tidak menyebabkan muka berminyak. Gunalah krim penghalang matahari yang berasaskan gel supaya muka tidak berminyak atau makan pil penghalang matahari seperti heliocare oral (dari sejenis paku pakis polypodeum leucotomus) untuk mengelak parut kehitaman akibat radang dari jerawat.



5. Elak mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.

6 Selain itu, makanlah lebih sayur-sayuran dan buah-buahan untuk zat dan vitamin pada kulit muka. Perbanyakkan minum air kosong, ambil probiotik untuk mengimbangkan bakteria dalam badan.

7. Sesetengah kaedah perancangan keluarga boleh menyebabkan hormon tidak stabil dan masalah jerawat. Pil perancang kehamilan Diane-35 boleh diambil untuk mengawal jerawat ataupun boleh merancang keluarga dengan alat cegah kehamilan IUCD Cu250, yang tidak berasaskan hormon.

8 Jangan sesekali memicit atau menekan jerawat, ini akan menyebabkan bakteria tersebar dan kulit luka akan meninggalkan parut hitam dan berlubang.

Pada peringkat awal rawatan, jerawat mungkin akan bertambah dahulu sebelum ia berkurangan. Ini merupakan perkara biasa, janganlah cemas, lakukan penjagaan muka dengan tekun dan ikutilah nasihat doktor. Jangan hentikan pengambilan antibiotik sesuka hati. Percayalah, setiap penyakit itu ada penawarnya.

Lamborghini Aventador dijual RM2.34 juta di India



DUA model berdiri dekat kereta sport Lamborghini Aventador LP 700-4 dalam majlis pelancaran penjualan di New Delhi, India semalam


NEW DELHI - Kereta sport mewah dari Itali, Lamborghini Aventador LP 700-4 dijual di India pada harga AS$745,590 (RM2.34 juta).
Majlis pelancaran penjualan itu diadakan di sini semalam. Seramai 20 pelanggan telah menempah kereta itu.
Kereta itu dilengkapi enjin 6.5 liter 12 silinder dengan 700 kuasa kuda dan boleh mencecah 0 hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh 2.9 saat.

Bahagia Layari Perkahwinan : 5 Sikap Buruk Wajib Ditinggalkan





Setiap insan mengimpikan sebuah rumah tangga dan keluarga yang bahagia. Namun untuk mengecap kebahagiaan itu perlu ada usaha dilakukan. Tak terkecuali ia juga mungkin memerlukan pengorbanan.
Satu yang harus dikorbankan oleh pasangan suami isteri untuk meraih keharmonian rumah tangga adalah sikap buruk yang sudah sebati dengan diri. Kebiasaannya sikap buruk ini begitu sebati dengan diri lantas membuatkan ia sesuatu yang sukar untuk dikikis. Tapi jangan putus asa berusahalah menghapus segala keburukan itu untuk kebahagiaan berkekalan.

1. Cemburu Yang Berlebihan
Sewaktu suami sedang berbual dengan teman lamanya (wanita) di laman web sosial sebaiknya isteri perlu bersikap tenang dan positif. Selagi berada di landasan yang betul, hal tersebut adalah satu tindakan yang tidak perlu diperbesarkan. Perasaan cemburu tidak bertempat hanya membuatkan rumah tangga panas dan banyak kongkongan. Tidak dinafikan, cemburu memang perlu tetapi biarlah berpada kerana itulah tanda cinta. Tetapi jika berlebihan, mengundang padah yang merosakkan.

2. Membuka Aib Pasangan
Setiap insan punyai kelebihan dan kekurangan. Lantaran itulah kita perlu menghormatinya dengan tidak menjajanya kepada sesiapa. Lebih-lebih lagi rahsia keluarga atau kitalah orang kepercayaannya. Dalam ikatan rumah tangga, baik isteri mahupun suami kelemahan diri perlu ditutup sebaik mungkin. Terimalah pasangan anda seadanya kerana keikhlasan yang terbit dari hati mencetus bahagia sampai bila-bila.

Meskipun pasangan bertukar-ganti, belum tentu dia lebih baik dari sebelumnya. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan belajarlah untuk redha. Simpan sebaiknya aib, kekurangan atau masalah pasangan dari diketahui umum. Nescaya, pulangan yang diterima berkali-kali ganda.

3. Dikuasai Perasaan Hasad Dengki
Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Tetapi bila diserang PHD (penyakit hasad dengki) tiada klinik mampu berikan ubat yang terbaik. Buatlah apa jenis pembedahan, suntiklah apa jua vaksin tetapi jika tiada keinginan mengubah dari hati, sudah pasti jalan kegagalan sedia menanti.

Sebagai pasangan suami isteri, perasaan dengki, suka menunjuk dan iri hati perlu dihapuskan serta merta. Jangan nanti bila melihat jiran sebelah menukar perabot baru maka kita pun ingin melakukan perkara yang sama biarpun kemampuannya paras-paras hidung sahaja. Mangsanya, suami ''melengkung'' melangsaikan hutang demi memenuhi kehendak isteri tersayang.

Seharusnya bersyukurlah sentiasa dan cukuplah dengan apa yang ada. Usah merenung kelebihan orang lain hingga menangisi nasib sendiri. Berubahlah ke arah yang lebih positif bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

4. Keinginan Melakukan Kemungkaran
Tabiat buruk seperti berjudi, minum arak, seks bebas dan sebagainya adalah tindakan-tindakan yang mendorong ke arah kehancuran. Jangan sesekali terjebak dalam aktiviti sebegini yang hanya akan menjunamkan diri ke lembah hina. Tapi sebagai manusia pasti tidak terlepas dari melakukan kesilapan, jika terlanjur melakukannya segeralah bertaubat.

Tinggalkan segera sebelum ditimpa pembalasanNya. ''Cuci tangan'' sebelum masalah berpanjangan. Ingatlah bahawa Allah sangat membenci hamba-hambaNya yang melakukan kemungkaran. Di dunia lagi Tuhan telah tunjukkan balasan seperti perpecahan keluarga, kemerosotan ekonomi dan macam-macam lagi. Bukan pada diri sendiri malah pasangan, keluarga serta masyarakat turut merasa tempiasnya. Jagalah kehormatan diri dan keluarga selain berdoa pada Yang Maha Kuasa agar sentiasa terpelihara.

5. Sensitif Dan Cepat Emosi
Hidup berumah tangga, suami atau isteri perlu menjalin kasih sayang dengan baik. Jangan kerana hal-hal yang kecil membuatkan masing-masing bermasam muka hingga berhari-hari lamanya. Kalau boleh, jangan bangkitkan kemarahannya dengan bercerita kenangan lama dengan bekas kekasih atau meluahkan tentang keburukan dan kekurangan diri serta keluarganya.

Sedarlah bahawa memuji lelaki atau wanita lain di hadapan pasangan juga boleh membuatkan si dia berkecil hati. Begitu juga sekiranya tidak peka dengan kegemaran atau kesukaannya. Hal-hal yang disebutkan tadi adalah sebahagian dari perkara yang boleh membuatkan si dia menjauh diri sekali gus menimbulkan kemarahan.

Ingatlah, walau siapa pun pasangan anda, usah sekali-sekali meremehkan atau merendahkan kebolehan dirinya. Kerana itulah, sebelum memutuskan untuk mengikat janji setia membina mahligai bahagia maka selidikilah dirinya sedalam-dalamnya. Jangan sampai menyesal di kemudian hari sampai melakukan dosa yang ada kalanya tidak disedari.

sumber;mingguanwanita