30 April 2011

Segmen-Bestnya duduk diteratak Pinky momma

  
   Assalamualaikum..salam sejahtera semua.. nak join segmen "Bestnya duduk diteratak Pinky Momma"..Waaa..memang best pon duduk kat teratak ni..Nak tau kenapa??g terjah dulu blog Pinky Momma.


 Ok..da terjah?haa..betul kan..best je bila da masuk blog Pinky Momma ni. Memang kita pon jd PINK je hehe..Xpe, kita same macam Pink Momma.Jgn kita jadi Pink Panther sudah hehe..




Dalam blog Pinky Momma ni banyak btl tutorial tau.. Tapi, tutorial ni sesuai tuk org pempuan je hehe...Tutorial mekap n tutorial cara nak pakai shawl atau pashmina.Jom ramai2 join segmen ni..sempat lagi 2..tarikh tutup Ahad 1 Mei jam 8 malam..sesape nak join klik Pinky Momma ok..


    




   

   

Kulit Lelaki Perlu Bersih

LELAKI MASA KINI PERLU BIJAK DALAM MENJAGA PENAMPILAN DIRI. MALAH KEBERSIHAN WAJAH JUGA PERLU DIJAGA RAPI BAGI MEMASTIKAN PENAMPILAN DIRI KELIHATAN LEBIH SEMPURNA. MUNGKIN ADA DI ANTARA LELAKI YANG TIDAK TAHU BAGAI MANA CARA YANG SESUAI UNTUK MENJAGA KULIT WAJAH. SEDANGKAN, MENJAGA KULIT WAJAH LELAKI TIDAKLAH SESUKAR MANA. HANYA MENGGUNAKAN BEBERAPA LANGKAH PENJAGAAN DAN ATURAN CARA HIDUP YANG BETUL BAGI KELIHATAN SEMPURNA. KALI INI REMAJA MENAMPILKAN BEBERAPA TIP PENJAGAAN WAJAH YANG SESUAI DENGAN KULIT LELAKI.

1. SKRUB DUA KALI SEMINGGU
Perbezaan ketara antara kulit lelaki dengan kulit perempuan ialah permukaan dan tahap pembukaan liang romanya. Kulit lelaki lebih kasar berbanding kulit perempuan. Malah proses seperti pengelupasan sering berlaku pada kulit lelaki. Proses skrub membantu jejaka untuk menghakis kulit mati pada wajah. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sel kulit mati yang terbiar akan menjadikan kulit kamu berjerawat. Selain itu, kamu juga boleh menggunakan cara tradisional sebagai cara yang lebih jimat. Caranya, hancurkan butiran beras pulut dan lumurkan pada wajah.

2. ELAK GUNA PRODUK WANITA
Produk penjagaan muka di pasaran kadang kala sering kali menampilkan beberapa rangkaian produk yang bersifat ''unisex''. Di mana boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan. Mungkin secara amnya, kamu akan lebih jimat kerana boleh berkongsi dengan ahli keluarga yang lain. Tetapi adakah kamu sedar bahawa penjagaan kulit lelaki berbeza dengan perempuan. Lelaki memerlukan bahan yang lebih kasar malah jika kamu menggunakan barangan penjagaan wajah wanita, tindak balas terhadap kulit wajah akan menjadikan kamu kelihatan lebih tua. Jadi belilah produk penjagaan yang bersesuaian untuk lelaki.

3. MASKER
Pelbagai langkah untuk kelihatan berseri. Membelai wajah dengan masker juga penting bagi memastikan kadar minyak di wajah dapat dikurangkan. Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk memakai masker. Terlebih dahulu, bersihkan dan stim permukaan wajah selama 10 minit bertujuan untuk membuka liang roma dan juga menanggalkan kotoran di wajah. Setelah wajah dibersihkan, sapukan masker di wajah dan biarkan selama 10 minit. Kaedah sebegini juga tidak perlu dilakukan seharian malah cukup sekadar kamu amalkan sebulan sekali sahaja. Bagi lelaki, ringankan tulang untuk menyapu masker pada wajah kamu kerana kamu akan merasai kesegaran yang begitu menenangkan. Kepada si jejaka yang tercari-cari masker yang sesuai dengan kulit wajah kamu, carilah produk yang tidak mengandungi bahan kimia berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit kamu. Untuk cara tradisional pula adunkan putih telur dan tepung beras sehingga sebati. Kemudian sapukan rata di bahagian wajah.

Rahsia Bentuk Si Gigi







Tidak kira apa bentuknya, si putih kuat ini ternyata memainkan peranan penting kepada manusia. Tanpa benteng bersegi ini, pasti sukar untuk kamu mengunyah makanan. Setiap orang pasti mempunyai bentuk gigi yang berbeza-beza. Namun, nak tahu tak ? Bentuk gigi juga ada maksud yang tersirat. Ayuh selidik bentuk gigi kamu bagaimana dan baca maksudnya. 

Jarang dan kecil
Apabila tersenyum, jelas terpamer barisan gigi yang kecil dan jarang. Bagi kamu yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata
Cantiknya gigi dia. Teratur! Tapi sekali dipandang, macam gigi palsu pula. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata pepatah, ringan tulang. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat teman/kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu, kamu seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperoleh. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus banyak bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu.


sumber:remaja

Apa Yang Anda Pakai Di Waktu Pagi?

   ini adalah sticky post...scroll ke bawah untuk entry/post terbaru............

   Salam sejahtera u all.....u all apa khabar?Ada satu perkara yang saya nak beritahu ni..Apa yang pasti perkara ini tiada kena mengena dengan unsur-unsur tidak bermoral atau lucah! Langsung tiada kaitan. Perkara yang hendak saya sebutkan ialah..

   Setiap hari selepas anda mandi dan bersiap ke pejabat, adakah anda memakai sesuatu yang akan memberikan kesegaran dan ketenangan sepanjang hari anda berada di tempat kerja atau kuliah?Apa yang saya maksudkan ialah haruman atau lebih tepat lagi minyak wangi!
    Zaman dahulu, sekiranya mahukan persekitaran berbau harum dan wangi, mereka menggunakan kemenyan yang mempunyai pelbagai haruman. Zaman sekarang nak pakai kemenyan juga ke?Sudah tentulah TIDAK kerana pada hari ini sudah ada minyak wangi yang dibotolkan! Anda tak perlu beli yang MAHAL-MAHAL kerana tiada bezanya dengan minyak wangi yang MURAH. Kedua-duanya mempunyai haruman dan wangian yang tersendiri.

    Cuba gunakan minyak wangi Munif Hijjaz. Terdapat 18 wangian yang diinspirasikan daripada wangian berjenama antarabangsa! Minyak wangi Munif Hijjaz diyakini kesuciannya,HALAL dan boleh dibawa solat bagi orang Islam.Bauannya semerbak setanding dengan haruman antarabangsa. Dengan harga yang murah dan mampu dimiliki oleh setiap golongan, ianya merupakan salah satu langkah penjimatan yang boleh anda
nikmati berbanding membeli minyak wangi yang AGAK MAHAL dek kerana jenamanya semata-mata!

   Jadi..........jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki haruman pilihan yang anda sukai dari koleksi minyak wangi Munif Hijjaz. Anda boleh dapatkannya:--> [ SINI ] FREE POSTAGE.




Korang selalu stress???

   Bercakap mengenai emosi stress ni, pernahkah anda menghadapinya? Apa yang anda buat bagi mengurangkan stress? Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan stress  ;

- Bagi orang Islam, ambil wuduk dan banyakkan beriIstigfar
- Ambil udara segar
- Hisap rokok (sebaik-baiknya elakkan!)
- Shopping, ni bagi orang perempuanlah

   Itu tadi beberapa cara untuk mengurangkan stress. Selain daripada cara diatas, ada cara lain yang boleh mengurangkan stress dan ianya telah terbuktisejak zaman dahulu lagi..Caranya ialah hidu sedikit bau-bauan yang harum!maklumat lanjut UNTUK CARA PEMBELIAN Rujuk disini : ---->[ Haruman Munif Hijjaz ] FREE POSTAGE...

29 April 2011

Permainan (computer game) hina Islam


pix_middle


   Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.


   Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah. 

   Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.



   Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

28 April 2011

KIC, Saya Nak Join Bloglist Awak Boleh..???

     Assalamualaikum..salam sejahtera semua..Petang ni panas betul...Petang yg panas ni rasanya elok kalo kita join segmen kan...kali ni nak join segmen oleh blog Kecik Itu Comel (KIC).


Kecik Itu Comel (KIC)

    Waaawawa...comel betul tuan punye blog ye..hehe..tgk jela kat header 2...senyum simpul gitu..hehe..Bila masuk blog KIC tadi rasa sejuk dan tenang je...Sebab blog  KIC berwarna biru laut...(warna kegemaranku) haha..dan yang paling saya suka sebab ada tips kesihatan kat blog KIC ni. Nak bagi teguran  nasihat sikit, harapnya tak marah la ye..saya ni blogger baru lagi. Cuma nak bagi pendapat. Kalau bole blog archive atau entri popular letak kat atas sket..senang pengunjung nak baca. Kat bawah sangat orang tak perasan nanti.

ok,rasanya 2 jela hehe..KIC jgn mara tau..member2 blogger yang baca entri ni dan sesape rase nak join klik kat Kecik Itu Comel (KIC) ok..Jom ramai2 kita join & terjah blog dia. Tarikh tutup 30/4/2011 jam 11.59 malam..cepat2.


***apsal header KIC kat atas 2 background jadi kale hitam pulak ni...huhu..KIC jgn mara ye..semulajadi terjadi..tapi nampak cute pulak bila jadi kale hitam dari kale asal putih 2 hehe

Ratnah & Salma Mentor 5 sudah bergelar Miss J ???





Foto
RATNA (kiri) dan Salma.
ADA riak kurang selesa di wajah dua peserta Mentor, Ratnah Awal, 28, dan Salmah A Asis, 21, apabila kesahihan cerita mengenai status mereka yang bukan lagi anak dara cuba dikorek.


Di internet sudah kecoh memperkatakan mengenai status janda yang dipegang kedua-dua wanita itu. Salma yang juga protege kepada penyanyi jelita Erra Fazira dikatakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, sementara Ratnah pula tidak sempat memiliki anak ketika berkahwin.
Erra fazira dan Salma
Ini bukanlah kali pertama kesahihan cerita itu cuba dirungkai. Justeru, kedua-duanya memang kelihatan cukup tenang namun masih terbias sedikit riak kurang selesa apabila soalan sama diajukan.
Alasan yang diberikan kedua-dua wanita itu, kononnya tidak mahu kisah peribadi mereka terlalu diperkatakan hingga mengganggu tumpuan mereka kepada pertandingan yang bakal berakhir penghujung Mei nanti.

Bagaimanapun, Salma yang berasal dari Tawau, Sabah tidak cuba berselindung. Dia mengakui berumah tangga ketika usia 17 tahun. Perkahwinan yang diatur keluarga itu bagaimanapun hanya bertahan setahun saja dan dikurniakan seorang cahaya mata.

“Saya mengaku memang ibu tunggal tetapi bukanlah kepada tiga cahaya mata seperti yang disebarkan di internet. Saya hanya ada seorang anak saja. Saya harap selepas ini tiada lagi yang akan bertanyakan mengenai status saya. Cukuplah orang tahu saya pernah berkahwin, janganlah cuba mengorek dalam-dalam.

“Saya memasuki program ini sebab nak menjadi penyanyi. Orang menonton program ini kerana hendak melihat saya menyanyi. Saya terkejut juga macam mana cerita itu boleh tersebar sedangkan yang tahu status saya hanyalah keluarga serta teman rapat saja. Kalau boleh saya tidak mahu cerita ini diungkit kerana tidak mahu fokus pada pertandingan ini terganggu,” kata Salma.

Jika Salma tidak mempunyai masalah berterus terang mengenai statusnya itu, berbeza pula dengan Ratnah. Wanita berasal dari Kota Kinabalu memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung statusnya. 

   

Afdlin Shauki dan Ratnah
Kata Ratnah, protege kepada Afdlin Shauki itu, persoalan berkenaan hanya akan dijawab selepas program Mentor berakhir. Memilih untuk tidak memperkatakan apa-apa pun mengenai kisah peribadinya, dia berpendapat soal statusnya tidak patut menjadi isu besar kerana apa yang lebih penting adalah pembabitan serta bakatnya.


“Saya tak terkejut langsung dengan dakwaan sebegini. Terus terang memang saya kurang selesa langsung dengan cerita ini, saya tak mahu komen lanjut kerana saya serius masuk dalam bidang ini untuk bergelar penyanyi. Saya mahu orang menilai saya daripada bakat yang dimiliki bukan kisah peribadi,” katanya.


Memang intim dengan Ayish


KEAKRABAN Ratnah dan Ayish, protege kepada Noh Hujan ini menyebabkan tersebar cerita yang kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa. Tetapi ia segera disangkal Ratnah sambil menegaskan dia tidak hanya akrab dengan jejaka berusia 21 tahun itu, tetapi dengan ke semua temannya yang berada dalam program Mentor.

Ayish dan Noh Hujan
“Hubungan kami semua rapat bagaikan bersaudara. Di antara semua protege, semangat Ayish paling rapuh. Sebagai kakak, saya harus memberikannya kata-kata semangat untuk menaikkan kembali semangatnya,” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, Isnin lalu.


Terdahulu, semua enam peserta program Mentor musim kelima dibawa oleh TV3 mengunjungi Balai Berita sebagai pendedahan kepada mereka cara berdepan dengan media. 


Pada kunjungan selama dua jam itu, ke semua mereka termasuk Aiman Hakin Ridza Abdoh (Aiman), Nursyafiqah Nasratullah (Iqa) dan Nurshiha Mohd Zikir (Shiha) diberi penerangan dan panduan menghadapi media oleh Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil.

“Anda mungkin mendapat tunjuk ajar cara membuat persembahan di pentas dan teknik menyanyi daripada mentor masing-masing. Tetapi mungkin tidak diajar bagaimana berdepan dengan wartawan atau media sebaik saja program ini selesai nanti.“Kena ingat, betapa pedasnya kritikan juri daripada program ini, lagi tajam dan mungkin lebih menyakitkan hati apabila anda diajukan dengan macam-macam pertanyaan daripada media nanti. 

“Tapi anda semua beruntung kerana mendapat tunjuk ajar secara terus dan bersemuka dengan mentor yang cukup berpengalaman dalam bidang masing-masing. Gunakan peluang itu sebaik-baiknya dan walaupun mungkin kalah tetapi daripada pengalaman yang diperolehi, awak semua masih boleh menjadi penyanyi yang bagus,” kata Zainuri. Mereka juga diberikan penerangan mengenai operasi Berita Harian dan Harian Metro selain mengenali lebih dekat dengan sebahagian wartawan hiburan daripada kedua-dua akhbar ini. 

Mahu terus berjuang

BERADA pada kedudukan tercorot tidak pernah mematahkan semangat dua peserta lelaki program ini. Biarpun peringkat separuh akhir kian menghampiri, Aiman dan Ayish masih menaruh harapan besar mahu melangkah ke peringkat akhir.Protege kepada Rahim Maarof berkata, mentornya itu seorang yang spontan. Rahim katanya gemar mengikut gerak hati malah suka membuat rombakan pada saat akhir. Namun dia tetap berasa beruntung kerana mendapat bimbingan dari penyanyi berpengalaman seperti Rahim.

“Rahim Maarof memang seorang yang suka berubah fikiran di saat akhir tetapi bagi saya itu bukanlah satu masalah besar untuk saya menerima caranya. Banyak ilmu yang dikongsikan Rahim mengenai dunia nyanyian kepada saya dan ia satu ilmu yang sangat berguna,” katanya.Sementara itu, bagi Ayish pula, biarpun mentornya Noh tenaga pengajar paling muda tetapi banyak juga ilmu yang ditimba daripada mentornya itu.“Biarpun Noh mentor paling junior pada musim ini, namun pengalamannya bukan calang-calang. Banyak pengetahuan yang saya dapat sepanjang berguru dengannya,” kata Ayish. 


sumber: Berita Harian

27 April 2011

PEMILIHAN FABRIK MENJELANG MAJLIS PERKAHWINAN



Potongan baju sudah ada, tetapi masih ada yang kurang. Usah dilupakan fabrik yang sesuai dengan potongan baju yang anda inginkan. Silap pilih, banyak yang perlu diubah nanti. Rajin-rajin melayan internet atau banyak bertanya pada pakar untuk mengetahui banyak informasi mengenai fabrik. Mungkin tip di bawah dapat membantu.







Songket

Merupakan pilihan fabrik utama di dalam perkahwinan. Sinaran benang emas dan perak menyerlahkan kelebihan songket.Songket Terengganu terkenal dengan pembuatannya yang berkualiti. Untuk mengekalkan mutunya, songket perlu diletakkan di tempat kering.Songket sesuai digarap menjadi kebaya atau baju kurung pesak.Songket khasnya boleh dicuci dengan cucian kering. Jangan rendam songket kerana boleh mengubah tekstur dan merosakkan benang.Tenunan songket tempatan lebih kemas dan halus buatannya berbanding songket import.Susunan bunga songket terbahagi kepada tiga iaitu bunga tabor, bunga penuh dan bunga bercorak.Antara nama songket yang dikenali adalah tampuk manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan bunga cengkih.

Sutera

Sutera menjadi fabrik terbaik untuk membuat pakaian, terutamanya fabric sutera dari China.Pasangan mempelai biasanya lebih gemar memilih sutera dari jenis Thai dan Shangtung untuk majlis persandingan.Tambahan kain renda atau jahitan jemeki menjadikan sutera itu lebih menarik.Rekaan kebaya moden, baju kurung dan gaun sesuai menggunakan fabrik sutera.Elemen bunga dan corak abstrak dalam pelbagai warna akan nampak lebih ‘live’.Fabrik ini juga lebih lembut dan sejuk, memudahkan pergerakkan anda.Jangan lipat untuk disimpan. Sebaiknya, perlu digantung agar kualiti kain tidak rosak dan tahan lama.Broked China juga boleh dijadikan pilihan, nampak lebih menyerlah dengan potongan kebaya labuh klasik.

Sifon

Selain songket, sifon juga menjadi trend pilihan mempelai terutamanya untuk majlis akad nikah.Fabrik sifon menjadi gabungan bersama satin.Fabriknya ringan dan amat sensitif.Jika memilih sifon rona lembut, disarankan pelapik rona terang atau gelap. Biarkan kontra untuk menyelahkan corak dan penampilan anda.Pilih sifon georgette agar fabrik tampak ‘jatuh’.Sesuai untuk digarap menjadi kebaya pendek dan baju kurung moden.Letakkan di dalam sarung pakaian dan gantung.

Organza

Walaupun fabriknya keras, tetapi kelihatan eksotik dengan corak sulaman.Sesuai untuk anda yang tinggi dan ingin kelihatan anggun.Boleh direndam tetapi jangan terlalu lama. Jika fabrik dihiasi kilauan jemeki dan labuci, lebih sesuai untuk cucian kering.Tidak sesuai untuk mempelai bertubuh besar.Satin dan sutera perlu sebagai pelapik.Tidak menyerap peluh dan hanya sesuai digayakan pada majlis sebelah malam.

Renda

Fabrik jenis ini lebih mahal harganya kerana kualitinya yang baik.Fabrik terkenal di Perancis ini lebih halus dan eksklusif.Elakkan menggunakan fabrik renda untuk keseluruhan busana, untuk mengelakkan kelihatan sarat.Motif corak sulaman penuh dan jarang.Satin menjadi padanan terbaik kain renda.Putih susu dan putih asli menjadi pilihan mempelai untuk majlis akad nikah dan persandingan.Sesuai untuk rekaan baju kebaya, baju kurung dan gaun.

Jom Join Bloglist Jamal

   Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi ni Kunang-kunang nak join segmen bloglist dari Incik Jamal. Agak2nya, sudi tak ye Incik Jamal terima kunang-kunang nak join segmen ni...sebab kunang-kunang baru je jd follower dia...dan tau segmen yang di anjurkan Incik Jamal pon dari seorang rakan blogger yang da lame kunang-kunang follow dia...nak tau sape orangnya?? klik SINI ye...hehe

   Ok..sekarang kita sambung cerita pasal segmen Jom Join Bloglist Jamal. 

sesape nak join Klik Sini ok....
   Tujuan utama kunang-kunang nak sgt masuk bloglist Incik Jamal sebab nak tambah trafik blog kunang-kunang yang tak seberapa ni..yela..blog Incik Jamal-Diary of Al-Faqir ILallah ni trafiknya 300-400 UV sehari dan Alexa Rank blog ni 200-300k untuk worldwide dan 1500 untuk rank Malaysia. Sebab 2 la kunang-kunang nak join sesgt..kot2 kalo terpilih bole la dpt tempias trafik Incik Jamal-Diary of Al-Faqir ILallahi yang byk 2 hehe..

  Untuk pengetahuan Incik Jamal-Diary of Al-Faqir ILallah, walaupon blog kunang-kunang ni trafik xla tinggi tapi hari2 blog kunang-kunang update entri baru dan berita terkini. dan yang menjadi keistimewaan, pengunjung utama blog kunang-kunang adalah dari carian google.

   Blog Incik Jamal-Diary of Al-Faqir ILallahni byk tutorial tau. Ada byk tutorial nuffnang dan tutorial tingkatkan trafik..lagipon blog  Incik Jamal-Diary of Al-Faqir ILallah teramat lah mesra alam mesra pengguna. Simple je tapi penuh dengan maklumat2 yang berguna.lagi2 nak tingkatkan trafik atau pasal nuffnang. Tak pecaya?kalau tak percaya, korang terjah la sendiri blog Incik Jamal-Diary of Al-Faqir ILallah. Rasanya 2 jela..blog ni da ok sgt xperlu buat penambahbaikan. Sokong sgt letak butang follower kat bawah (kunang-kunang pon memang dah lama buat) hehe. Macam tu baru la pengunjung scroll sampai bawah cari butang follower. Maka??pengunjung akan explore seluruh blog kita hehe..btl x???

  Sesapa nak join jgn segan2 g terjah blog Incik Jamal-Diary of Al-Faqir ILallah yg ensem berkopiah 2 ye... Penyertaan dibuka selama 2 Hari sahaja iaitu sehingga 28/04/11 jam 11.00pm.Cepat2...

Kilang mesin taip terakhir di dunia ditutup


Syarikat Godrej and Boyce yang beroperasi di India menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai, lapor sebuah akhbar semalam.Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.
Pengurus Besar Godrej and Boyce, Milind Dukle berkata kepada akhbar tempatan India, Business Standard: "Kami tidak menerima banyak permintaan sekarang. Sejak awal tahun 2000, penggunaan komputer terus mendominasi pengguna di seluruh negara. Semua syarikat yang mengeluarkan mesin taip menghentikan operasi masing-masing kecuali kami."Sehingga tahun 2009, kami hanya menghasilkan 10,000 hingga 12,000 mesin taip setahun. Mungkin sekarang adalah waktu terbaik buat pengguna mesin taip untuk mendapatkan produk terakhir kami."
TUGAS mesin taip sudah diambil alih sepenuhnya oleh gajet lebih canggih terutama komputer.
Syarikat itu memulakan perniagaan sejak tahun 1950-an selepas bekas Perdana Menteri, Jawaharlal Nehru menganggap mesin taip sebagai simbol pengembangan kemerdekaan dan industri di India.Terdapat sebanyak 200 buah mesin taip ada dalam stok syarikat tersebut. Majoritinya terdiri daripada model dengan aksara bahasa Arab.
Pada awal 1990-an, Godrej and Boyce menjual 50,000 unit mesin taip setiap tahun. Tetapi pada tahun lalu, ia hanya dapat menjual 800 unit sahaja.

26 April 2011

REVIEW Kumpulan 7- Wacanaku-Segmen Review dalam Review..


    Assalamualaikum...dan salam sejahtera semua... Semalam join Segmen Review dalam Review oleh PW.... Hari ni PW bagitau dah mula segmen segmen review dalam review akan bermula..So..sebab da join segmen kena la alert sket apa2 yang berkaitan PW....PW da bahagian kepada beberapa kumpulan...pastu PW suruh kita review blog orang lain yang ada dalam kumpulan kita????macamtu gak dengan orang lain yang ada dalam group 2...mak....tolong.....huhu...

   Tapi sebelum start REVIEW...kunang-kunang nak minta maaf byk2 sbb kunang-kunang x penah review blog org lain pon...lagipon blog yang nak di REVIEW sumenye lebih  senior dah agak lama berBLOG dan ramai Follower..tak macam kunang-kunang follower bole di bilang dengan jari kalkulator. salah silap korang jgn mara ek....

blog yang pertama;

Tukang Urut Tradisional
http://macamnilahkita.blogspot.com

Blog ni simple je..tak sakit mata pun masuk blog ni..tenang..aman..
(sebab xde lagu)
 hehe dan banyak info2 terkini..
 sesape nak cari info terkini,cepat2 terjah blog ni.
blog ni guna nama "tukang urut tradisional"..
dengan gambar tuan tanah yang segak,tampan, bergaya..hehe..
Rupanya tuan blog ni merupakan anak kepada 
Allahyarham tabib Hj Yahya bin tabib Hadi. 
dan mewarisi kepakaran mengurut dari ayahnya. 
sesape nak urut,bole jumpa tuan punye blog ye..Tuan blog ni glamor tau..
penah masuk mastika kerana urutan tradisionalnya.

*pesanan untuk tuan blog*


 kalau bole letak la shoutbox dlm blog ni..senang orang nak tinggal jejak..ok..


blog yang kedua;

KatekateKite
http://katekatekite.blogspot.com

Cuba tengok header kat atas 2...empunya blog katekatekite tersenyum manis 
dengan baju berwarna pink...hehe...sweet je...
Blog katekatekite ni bertemakan pink dan putih..ada banyak love lagi...
sesuai tuk empunye blog yg sweet 2...ops..jgn cuba nak ngorat ye..
tunang orang ni..
katekatekite ni tengah nak minta tolong korang 
vote contest blog paling cantik yang dia join. 
Tarikh tutup untuk mengundi adalah 30 April 2011 jam 11.59pm.
Jadi, banyak masa lagi untuk kalian mengundi! 
Jom ramai2 kita tolong vote..klik untuk ke blog  katekatekite. 


*pesanan untuk tuan blog*


kalo bole, letaklah "Baru je Kite Kate" dekat bahagian sidebar. rasanya bahagian sidebar lebih mudah pembaca/pengunjung nampak daripada bahagian bawah post/entri. dan lrtak la 2 3 post ye..
      



Blog yg ketiga;
http://akusukamembebel.blogspot.com/

waaa..tengok header blog bebelan saja... ala2 pahlawan gitu hehe..
Blog bebelan saja ni pon simple je..dan yang pasti tenang....
sebab?xde lagu yang mengganggu emosi kita nak membaca...
dengan bertemakan hitam-kelabu-putih...
memudahkan kita sebagai pembaca senang nak baca entri..



*pesanan untuk tuan blog*


kalau bole, letaklah blog archive kat bahagian atas..
sebab kalo kat bahagian bawah nanti org tak perasan.. bila tak perasan, 
maka???
xbole la orang klik/baca entri kita yang penat2 kita buat..ok..







*Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T
 dan 
Yang buruk itu atas kelemahan diri saya sendiri...
 Tidak perlu lakukan perubahan jika anda suka dengan blog anda.
kunang-kunang