29 September 2011

BBARAH PROSTAT ANCAM LELAKI, LINDUNGI SI DIA SEBELUM TERLEWAT


Hidup wanita pasti tidak akan lengkap tanpa lelaki. Biar apa sahaja gelarannya – datuk, bapa, suami, abang, adik atau anak, merekalah yang menjadikan dunia kita lebih indah dan berseri. Sebagai tanda sayang, berilah perhatian pada kesihatan mereka, kerana lelaki ini lumrahnya alpa serta jarang menyedari perubahan yang dialami diri sendiri. Antaranya berkenaan penyakit sulit yang berisiko maut, iaitu barah prostat yang kini mendaki tangga keempat paling kerap dijangkiti golongan lelaki.

Di Malaysia, barah prostat mewakili 7.4% daripada kes-kes barah di kalangan lelaki. Lazimnya, ia mengambil jangka masa yang lama untuk merebak. Itulah sebabnya ia kerap digelar penyakit orang tua kerana lazimnya dialami warga emas berusia 50 tahun ke atas. Ia juga mempunyai kaitan genetik yang rapat dan boleh mengancam risiko dua kali ganda jika pernah dihidapi olehahli keluarga terdekat. Prostat ialah sejenis kelenjar pembiakan lelaki yang menghasilkan air mani. Akibat beberapa sebab seperti jangkitan bakteria, virus atau protozoa, sel barah akan merebak dari dalam kelenjar menuju ke lapisan lemak prostat, seterusnya ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. Tahap paling serius apabila 90% daripada jumlah sel kanser ini telah merebak ke tulang.

SIMPTOM

1. Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam.
2.Kencing tidak lawas.
3.Kewujudan darah atau sperma dalam air kencing.
4.Jika terasa sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser sudah merebak jauh.

DIAGNOSA

1. Saringan ujian darah PSA (prostate specific antigen)
2. Pemeriksaan rektum oleh pakar.
3. Menggunakan kaedah imbasan melalui dubur serta cebisan biopsi untuk mengenal pasti kedudukan dan  saiz tumor.
Barah prostat, bahkan apa sahaja barah sekali pun jarang menunjukkan sebarang tanda-tanda yang ketara sehinggalah ia sudah melarat. Justeru,sebagai golongan wanita yang prihatin dan penyayang, berikan galakan kepada lelaki-lelaki tercinta anda agar segera melakukan pemeriksaan bagi mengenalpasti status kesihatan diri mereka. Lumrah hidup saling mengambil berat bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, malahan menjamin kasih sayang berpanjangan sehingga ke hujung usia...

27 September 2011

Bulu Badan: Nak Simpan atau Buang


Secara umumnya, wanita mahu merasa bersih dan licin di seluruh badannya. Kadang-kadang, bila terlalu banyak bulu yang tumbuh, boleh rimas jadinya. Sabarlah. Pastikan kamu sentiasa bersih dan segar pada setiap masa. Mandi sekerap yang mungkin terutamanya ketika cuaca panas ataupun kamu aktif dalam sukan.

Membuang Bulu
Sebaik sahaja kamu remaja, kamu akan merasa malu untuk menyimpan bulu-bulu itu walaupun ia tersorok. Pasti kamu mahu memakai baju tanpa lengan atau seluar pendek yang comel. Bulu-bulu itu pastinya tidak akan menyerlahkan lagi fesyen terkini yang ingin kamu gayakan. Jadi, apa yang kamu buat? Gadis remaja mungkin memilih untuk membuang bulu-bulu ini.
Nak cabut atau cukur? Kamu tak perlu membazir wang untuk membuang bulu-bulu ini. Mencabut atau mencukur bulu sangatlah mudah dan murah. Satu tweezer (pencabut) besi tidaklah terlalu mahal. Manakala pencukur pula boleh dibeli sedia ada di pasar raya.
Cabut
Jadi kamu memutuskan untuk mencabut berbanding mencukur. Ini bermakna, kamu punya banyak masa dan tak kisah mengenai kemerah-merahan dan sedikit pedih yang akan dirasai selepas itu. Yang bagusnya mengenai mencabut, kamu akan mengeluarkan seurat bulu tersebut dan bulu itu akan mengambil masa untuk tumbuh. Jadi kamu tak perlu lakukannya setiap minggu. Sebulan sekali pun ok.
Tip Mencabut
Mencabut bulu sangat bagus untuk muka dan ketiak. Bahagian ini bukannya besar sangat dan kamu boleh membuang bulu-bulu tersebut dengan pantas.
  • Sebelum mencabut, dapatkan tweezer yang menggengam dengan bagus dan berhujung tumpul. Jangan guna tweezer bermuncung tajam. Kamu mungkin melukakan kulit kamu.
  • Ambil kain lap dan rendamkannya dalam air suam. Sapukan kain atau tuala tersebut ke bahagian yang ingin dicabut. Kepanasannya akan membuka pori dan membuatkan pencabutan itu lebuh mudah. Kamu juga boleh memasang air panas sehinggalah terdapat wap-wap stim. Berdiri sebentar di dalam tandas dan biarkan wap-wap tersebut membuka pori-pori. Jangan berdiri terlalu lama dan pastikan muka atau tangan kamu tak dekat sangat dengan air panas. Kulit kamu mungkin melecur!
  • Cabut satu bulu pada satu masa. Tak perlulah tergesa-gesa.
  • Jangan sapu losen atau pelembap selepas mencabut. Ia boleh merengsa kulit kamu.
  • Sapukan tuala atau kain sejuk di kawasan yang telah dicabut bulunya. Kesejukan akan mengurangkan kemerah-merahan dan menutup pori kamu.
Mungkin terdapat sedikit kemerah-merahan dan kepedihan di kawasan tersebut selepas mencabut. Ia akan hilang selepas beberapa jam. Pada mulanya kamu mungkin agak sakit tapi lama kelamaan kamu akan biasa.
Cukur
Kamu selalu nak cepat dan tak punya masa untuk mencabut bulu-bulu tersebut. Kamu tak suka kesakitan yang datang dengan mencabut. Jadi, kamu memilih untuk menggunakan pisau cukur yang dah sedia ada di rumah. Cukur sajalah!
Tip-tip Mencukur:
  • Pilih pisau cukur yang tajam dan bersih. Pisau yang berkarat boleh melukakan kulit kamu dan menyebabkan jangkitan.
  • Bersihkan kawasan yang hendak dicukur. Gunakan sabut lembut dan air suam untuk melembutkan bulu tersebut.
  • Kamu boleh menggunakan krim pencukur atau gel untuk membuatkan cukuran lebih mudah.
  • Jangan terlalu menekan ketika mencukur untuk mengelakkan kulit kamu luka.
  • Basuh bahagian yang dicukur dengan air sejuk untuk mengelakkan sebarang kemerah-merahan atau kepedihan.
  • Basuh pisau cukur kamu dan ketuk-ketukkannya untuk membuang bulu-bulu. Biarkan pisau cukur itu kering sebelum menyimpannya. Berhati-hati jangan menyentuh mata pisau cukur itu.

26 September 2011

Gambar & harga Perodua Myvi baru 1.5 Special Edition "Lagi Power, Lagi Best".




Sememangnya mengejutkan kerana ini rasanya merupakan varian paling berbaloi untuk dimiliki apabila harga yang ditawarkan cukup berpatutan, dengan enjin 1.5 liter dan kemasan luaran dan dalaman yang cukup kemas dan sporty, selepas ini siapa lagi yang mahu membeli Myvi 1.3 Lagi Best? Harga yang ditawarkan bagi versi Myvi 1.5 SE ini bermula dari RM50,900.00 (Solid) dan RM51,400.00 (Metalik), kedua-duanya didatangkan bersama transmisi manual.
Bagi versi Myvi 1.5 SE dengan transmisi automatik pula, harganya bermula dari RM56,000.00 (Solid) danRM56,500.00 (Metalik). Kesemua harga ditawarkan atas jalan (OTR) termasuk insuran. Sungguh saya tidak menyangka bahawa varian Myvi 2011 dengan enjin 1.5 liter akan ditawarkan pada harga cukup berdaya saing, iaitu serendah RM50,900.00 sahaja.




Perodua Myvi 1.5 SE hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik.....

Lagi cerita pasal myvi baru..."lg best" klik entri sebelum ni ----->perodua myvi baru kini semakin bagus

Teknik Shading Pada Bentuk Wajah




SETIAP GADIS YANG KURANG BERTUAH DENGAN BENTUK MUKANYA BOLEH DIATASI DENGAN TEKNIK SHADING. BERIKUT ADALAH TEKNIK-TEKNIKNYAUNTUK LIMA BENTUK WAJAH  : OVAL, BULAT, PERSEGI, PANJANG DAN DIAMOND.

Wajah Oval
Aplikasikan bedak asas secara rata pada wajah dan leher. Tekankan tint di bahagian bawah mata. Seterusnya  sapukan bedak tabur, kemudian diikuti dengan penggunaan two way cake secara rata pada wajah.

Wajah Persegi
Aplikasikan bedak asas secara rata pada wajah dan leher. Tekankan tint di bahagian mata. Guna teknik   hading di bahagian atas dan tepi dahi serta bahagian rahang yang menonjol. Sapukan bedak tabur secara rata pada  wajah  dan two way cake sebagai langkah akhir solekan asas.

Wajah Bulat
Aplikasikan bedak asas secara rata pada wajah dan leher. Tekankan tint di bahagian bawah  mata dan dagu  agar wajah tampak panjang. Seterusnya, gunakan teknik shading di bahagian tepi dahi ke arah pipi dan rahang  bawah. Sapukan bedak tabur pada wajah dan akhiri dengan penggunaan two way cake.

Wajah Panjang
Aplikasikan bedak asas secara rata dari wajah sampai ke leher. Tekankan tint di bahagian bawah mata, pipi  adapan telinga untuk memberi kesan yang lebih lebar. Gunakan teknik shading pada bahagian dagu dan dahi  tas rambut  agar wajah tampak lebih kecil. Akhiri dengan bedak tabur dan two way cake secara rata pada  wajah.

Wajah Diamond
Sapu bedak asas secara rata dari wajah sampai ke leher. Tekankan tint di bahagian bawah mata. Lakukan  eknik shading di bahagian  rahang mulai daripada bahagian tengah telinga hingga sebatas tiga jari ke arah  hidung membentuk lengkungan ke arah rahang. Akhir sekali, sapukan bedak tabur dan two way cake.

sumber: majalah remaja

10 Tip Memulakan Perkenalan dengan Si Dia


Melihat sahaja wajahnya membuatkan kamu jadi tidak  keruan , bahkan jika boleh kamu mahu menyembunyikan muka kerana diselubungi perasaan malu.  Dalam hati , kamu ingin mengenalinya  dengan lebih dekat  tapi lidah ke lu untuk  berkata-kata . Ikuti tip istimewa ini sebagai usaha untuk mendekati si dia . Selamat mencuba !

1 - Buang rasa malu yang bersarang di hati, kamu mesti berfikiran positif jika ingin mengenalinya.

2 - Sebagai langkah pertama,kamu mesti berusaha untuk mendapatkan nombor telefon si dia menerusi teman-temannya.

3-Tampil dengan penampilan manis dan penuh keyakinan. Kemudian, sapa atau tegur si dia dengan sopan.

4 - Usah kelam kabut, atur bicara dengan tenang. Jangan sesekali memaksanya menerima kehadiran kamu dalam tempoh yang singkat.

5- Beri ruang kepadanya untuk menerima kamu sebagai kenalan, pasti dia juga mahu mengenali hati budi  kamu terlebih dahulu.

6-Jika dia menolak perkenalankamu, tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan kamu.

7-Lakukan sedikit homework tentang si dia melalui temanteman rapatnya. Dengan cara ini, kamu akan lebih memahami karakter atau  sikap si dia agar mudah kamu mendekatinya.

8- Bersikap positif dan menerima dirinya seadanya. Kamu harus ingat, setiap manusia ada kelemahan, kamu  juga begitu jadi usah mengharapkan kesempurnaan dalam dirinya.

9 - Perlahan-lahan aturkan pertemuanuntuk mengenali hati budinya dengan lebih dekat lagi.

10 - Lebih manis jika kamu (lelaki)meminta keizinan daripada keluarganya sebelum keluar.


contoh dr incik google....


sumber;majalahremaja
 

24 September 2011

Cinta Elysa Cinta Dongeng


  Bagi peminat slot Lestary, drama bersiri romantis 'Cinta Elysa' dah pon disiarkan mulai 13 September 2011, setiap hari Selasa jam 9.00 malam...lakonan Fasha Sandha dan Johan Arif atau lebih dikenali sebagai Botak dlm cite Juvana sebelum ni.. Dalam cite ni Johan ada rambut ok....tgk gambar kat bwh 2...
Cinta Elysa
Lagu Cinta Dongeng nyanyian Stacy ni la yg di gunakan untuk Drama Cinta Elyssa kat Tv3 tu... hayati lirik lagu kat bawah 2 ye....






lirik lagu Cinta Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu seduDalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu seduDalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja......

Rawatan Untuk Mendapatkan Rambut Indah


Sebut sahaja rambut, pasti ada yang mengeluh tentang masalah rambut. Ada yang menghadapi masalah rambut rosak, kelemumur, rambut kering, pecah-pecah dan banyak lagi. Justeru, ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata membeli produk kecantikan serta mendapatkan rawatan tercanggih demi memastikan rambut cantik dan sihat. Padahal rambut yang sihat dan berkilau cantik tidak hanya diperoleh dengan menggunakan produk kecantikan yang mahal semata-mata. Kebersihan separuh daripada iman.


Oleh itu, bagi memastikan anda sentiasa tampil yakin dan bergaya setiap hari, mulakan dengan kebersihan diri. Tiada guna berpakaian cantik jika rambut berkelemumur dan ia bertaburan di atas bahu dan melekat di celah-celah kuku anda.
Untuk memastikan rambut sentiasa sihat dan tidak rosak, pastikan anda sikat rambut sebelum mencuci bagi menghilangkan kekusutan dan permukaan yang kotor. Gunakan sikat yang lembut bagi mengurangkan kerosakan pada rambut. Itu boleh menjadi pilihan yang lebih baik daripada menyisirnya. Pastikan juga anda tidak terlalu lama menyikat rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut mudah rosak. Untuk menyikat rambut, pastikan tekniknya betul. Jangan sisir dengan teknik menunduk kerana cara ini boleh merosakkan rambut. Itu menyebabkan rambut menyimpul sekali gus sukar untuk dibetulkan.


Perhatikan juga pemilihan sikat atau sisir rambut, sebaiknya pilih sikat yang memiliki gigi yang bulat dan tidak tajam. Jangan menggunakan sikat yang diperbuat daripada bahan nilon dengan hujung-hujung yang tajam.
Selain pemilihan sikat yang betul, masalah kelemumur juga antara yang sering berlaku. Sehinggakan ada yang mengatakan kelemumur terjadi disebabkan proses semula jadi di mana kulit memperbaharui dirinya sendiri. Sebenarnya, kelemumur adalah kotoran yang muncul di liang-liang pada kulit kepala dan rambut.

Masalah lain yang timbul akibat kulit kepala kotor adalah wujudnya kutu. Kutu adalah serangga kecil yang muncul akibat pengabaian kebersihan di kepala yang kotor. Justeru, untuk mengelakkan kutu, kepala harus selalu dijaga agar tetap bersih. Kunci rambut yang indah adalah rambut sihat. Jika anda memiliki waktu terluang, kunjungi salun bagi mendapatkan rawatan. Tidak ada salahnya anda mencuba untuk creambath atau hair spa. Jika sibuk sekali pun, anda boleh melakukannya sendiri di rumah dengan membeli produk seperti krim rawatan rambut.

Tip Kunci Rawatan Mengikut Jenis Rambut
Rambut lurus


Rambut lurus yang diikat seperti ekor kuda akan membuatkan penampilan kelihatan lebih segar. Untuk mendapatkan rambut ikal, sikat rambut yang berada dalam keadaan basah dengan produk penata rambut. Setelah itu, blow dry rambut hingga kering. Semburkan hair spray ke bahagian rambut yang ingin di bentuk ikal sebelum melilitkannya ke curling iron. Setelah selesai, semburkan lagi sedikit hairspray ke atas rambut

Rambut Bergelombang
Hindari potongan rambut tumpul (blunt cut) kerana ia ia tidak sesuai. Sebaiknya, pilih model rambut jenis layer untuk memaksimumkan tekstur rambut yang tebal. Udara yang lembap boleh menyebabkan rambut bergelombang tampak segar dan indah. Pada saat cuaca panas, gunakan diffuser untuk menata rambut.

Rambut Ikal
Tak perlu menggunakan sikat untuk menyisir rambut. Gunakan jari-jemari untuk menyisir agar mendapatkan rambut ikal yang mengkagumkan. Untuk mendapatkan kelembapan ekstra, jangan membilas rambut hingga benar-benar bersih setelah mengaplikasikan perapi. Sebaiknya, tinggalkan sedikit perapi untuk meramas-ramas bagi memudahkan rambut di tata rias apabila sudah kering. Untuk mendapatkan rambut berkilau indah, aplikasikan minyak atau serum rambut.

Rambut Keriting
Jaga kesegaran hujung-hujung rambut dengan mengaplikasikan krim khusus untuk rambut keriting sepanjang hari. Jika ingin memanjangkan rambut, pastikan anda merapikan hujung-hujung rambut (trim) sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sekali. Jangan memotong rambut dalam keadaan basah kerana potongan waktu basah tidak akan sama apabila rambut anda kembali kering. Pastikan rambut berada dalam keadaan kering dan ditarik lurus sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan rambut sempurna. Untuk mendapatkan rambut lurus, blow dry rambut menggunakan paddle brush lalu haluskan dengan flat iron panas.

sumber: mingguanwanita

11 September 2011

Perkahwinan mula bermasalah bila......




Alam perkahwinan yang bahagia adalah impian setiap pasangan. Malah kalau boleh sehingga ke akhir hayat. Namun bukan semua bernasib baik. Ada yang berdepan dengan masalah rumah tangga di pertengahan jalan. Puncanya mungkin dari isteri dan tidak terkecuali dari suami juga. Boleh jadi juga kerana faktor di bawah ini:


Bosan

Sesekali berasa bosan mungkin biasa tetapi kalau sentiasa berasa demikian, ada sesuatu masalah tentang perkahwinan anda. Seharusnya anda berfikiran positif, cari hobi baru, pergi melancong dan perbaiki hubungan seks dengan pasangan. Insya-Allah, perasaan bosan akan hilang.



Masalah kewangan

Ada pasangan suami isteri bercerai-berai kerana soal duit. Perbincangan semakin panas, bila lelaki khususnya sentiasa memberi alasan tiada wang sedangkan mereka keluar bekerja setiap hari. Bila masalah wang mula timbul, rancang dengan betul perbelanjaan dan jangan membazir pada perkara tidak perlu.



Suasana dalam rumah yang tidak ceria

Sesuatu yang statik adalah sangat membosankan. Ia mungkin berpunca dari sikap anda, suasana dalam rumah, susun atur perabot, warna cat dan sebagainya. Ciptalah sedikit kelainan baik dari segi sikap anda atau pun suasana rumah anda. Insya- Allah, hubungan akan kembali ceria.



Soal ipar-duai

Ini antara masalah yang sering timbul. Lebih serius lagi jika anda tinggal beramai-ramai dalam satu rumah. Sikap tentunya tidak sama, anda mungkin tidak ‘sekepala’ dengan mereka hingga mudah tercetus konflik.



Tiada anak

Perkara ini sering membuatkan hati wanita berasa sangat walang. Bagi mereka, tidak boleh mengandung sekali gus melahirkan anak adalah satu kelemahan diri dan ia membuka ruang kepada suami untuk menceraikan dirinya atau berkahwin lain. Anak adalah rezeki Allah, maka teruskan berusaha bagi pasangan yang belum memperolehnya. Paling tidak, jalan terakhir adalah mengambil anak angkat.



Prinsip keluarga yang berbeza


Apa yang harus anda lakukan? Bila dua kepala, tidak bermakna anda tidak boleh bersatu hati. Beralah adalah satu cara terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga anda.Berkahwin bermakna anda perlu mengenali ramai orang baru dalam hidup anda. Ahli keluarga baru mungkin berbeza prinsip dengan diri anda dan ia mungkin menjadi punca perbalahan.

Tidak bersedia punya anak

Ada sesetengah wanita memegang prinsip tidak mahu punya anak di awal perkahwinan. Mungkin mereka memikirkan pekerjaan, bentuk tubuh, tidak punya masa untuk bersosial dan sebagainya.
Tapi suami mereka mungkin punya pendirian berbeza. Ia boleh menjadi punca keretakan rumah tangga. Apa yang harus dilakukan bila terjadi hal ini? Berbincanglah dari hati ke hati.

Mengikut kepala sendiri

Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa. Ia adalah satu hubungan jangka panjang di mana segala-galanya perlu dikongsi berdua. Tiada lagi sebarang rahsia baik di pihak suami mahu pun isteri.
Namun perkahwinan akan bermasalah jika anda menyimpan seribu rahsia dengan pasangan. Akan timbul rasa curiga dan ketidakpercayaan antara satu sama lain. Tindakan terbaik ialah bercerita sejujurnya, berkongsi suka dan duka bersama-sama kerana itulah resipi kebahagiaan.

Tiada tanggungjawab

Memasuki alam rumah tangga bermakna banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Jika gagal melaksanakannya maka rumah tangga tentunya akan berantakan. Malah banyak kes perceraian berpunca daripada perkara ini. Jika anda termasuk dalam masalah ini maka ubahlah sikap menjadi pasangan yang lebih bertanggungjawab demi keutuhan rumah tangga.

Soal seks

Seks yang terlalu kerap, terlalu kurang, statik dan sebagainya akan menimbulkan masalah tidak puas hati antara suami isteri. Langkah terbaik dalam menangani masalah seks ini dengan bersikap terbuka dan saling berkomunikasi.