siti sarah




















Berita gembira mengenai penyanyi yang terkenal dengan lagu Saat Hilangnya Cintamu, Siti Sarah Raisuddin, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.32 kilogram, turut dikongsi bersama peminat.

Bayi comel yang diberikan nama Uwais Al-Qarni itu dilahirkan secara pembedahan, di Hospital Pakar Ampang Puteri pada jam 10.19 pagi, 4 Disember lalu.

Suami Sarah, pelawak Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Mohammad memberitahu, nama yang diberikan untuk anak lelakinya itu adalah berdasarkan nama seorang Sufi pada zaman Rasulullah SAW.

Bertanyakan apakah perasaannya apabila pertama kali bergelar seorang bapa, Shuib berkata, dia berasa gembira dan bersyukur atas kehadiran anak lelakinya ini.