30 Disember 2011

Lima penyakit utama wanita



Fibroid


Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30 - 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/ m², wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous). Ada fibroid yang mencetuskan simptom dan ada juga yang berlaku tanpa simptom. Secara umumnya, wanita yang berada dalam lingkungan usia subur akan berisiko tinggi untuk menghidap fibroid. Dalam lingkungan umur ini, wanita digalakkan untuk hamil dan melahirkan anak.


Endometriosis

Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu endo, 'dalam', dan metra, 'rahim'. Ianya membawa maksud kepada keadaan atau kejadian di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita. Simptom utama penyakit ini adalah sengugut dan sakit pada bahagian pelvik. Di Malaysia, tiada statistik khusus yang dijalankan bagi pengidap endometriosis. Endometriosis merupakan masalah yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pengidap endometriosis menjadi punca mandul (infertiliti) dalam kalangan wanita.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

PCOS merupakan gangguan hormon yang paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur dan menjadi salah satu faktor ketidaksuburan (infertiliti) dalam kalangan wanita. Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. Antara gejala yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid yang sedikit dan tidak teratur atau mengalami oligomenorea dan kadangkala amenorea (ketiadaan haid), bulu roma yang berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), masalah jerawat yang teruk dan kronik, masalah obesiti, masalah keguguran berulang, masalah kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan), dan juga masalah kebotakan menyerupai lelaki (male baldness).

Anorexia Nervosa

Anorexia atau nama saintifiknya 'Anorexia Nervosa' berasal daripada gabungan perkataan Greek (Anerektos) dan Latin (Nervosa) yang membawa maksud tiada selera dan juga gangguan makan akibat kesan psikologi dan fizikal yang teruk. Ia adalah sejenis gangguan disebabkan oleh peraturan sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet dan akhirnya mengakibatkan gangguan makan yang dimanifestasi oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurangan sampai ke tahap yang membahayakan. Penderita ingin menjadi kurus kerana kegemukan dianggap tidak menarik, tidak sihat, tidak mengikut 'trend' dan juga tidak diinginkan. Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada obsesi seseorang yang terlalu memikirkan mengenai berat badan dan apa yang dimakan. Obsesi ini mempengaruhi tabiat dan gaya makan serta segala aktiviti harian yang berkait langsung dengan makanan.

Menopaus

Putus haid atau menopaus ialah waktu pertengahan usia seseorang wanita itu, apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Hal ini terjadi, apabila ovari (kilang telur) berhenti menghasilkan telur. Biasanya, menopaus terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara mendadak. Kesannya, ia akan mempengaruhi hormon, badan dan perasaan seseorang wanita. Ada sebahagian wanita tidak merasakan apa-apa perubahan atau gangguan, manakala sebahagian besar mengalami gangguan vasomotor (seperti hangat memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa, mudah berkecil hati, kurang konsentrasi), fizikal dan kejiwaan (seperti kemurungan dan stres) yang boleh mengurangkan dan mengganggu gugat kualiti hidup. Dalam hal ini, sepasang suami isteri perlu mempunyai pengetahuan tentang menopaus.

27 Disember 2011

Cara Kembalikan Kehangatan Malam Pertama

Seks memang indah tetapi bagaimana pula sekiranya tubuh tidak memungkinkan seorang suami mahupun isteri untuk menikmatinya. Sebagai langkah pertama, jangan sekali-sekali abaikan kesihatan termasuklah perihal makanan, riadah dan istirahat yang secukupnya. Usahakan agar makanan yang disajikan sehari-hari menepati nutrisi yang diperlukan. Lantaran itu, usah bimbang sekiranya hubungan asmara anda semakin ‘senja’.







Masih banyak cara yang boleh dipraktikkan bagi mengembalikan ‘kehangatan malam pertama’. Tidak mustahil, sekiranya diikuti dengan teratur, nescaya kedua belah pihak akan mendapat kepuasan yang diidamkan.

Segarkan ‘Keinginan’ Dengan Rehat Yang Cukup

Usah bermimpi untuk menjalin hubungan asmara sekiranya anda sedang keletihan. Dapatkan rehat seketika dan bernafaslah dengan tenang. Apabila tubuh kembali bertenaga, fikiran juga mudah terbuka untuk memikirkan ‘aksi-aksi’ yang bakal dipraktikkan bersama pasangan.

Berfantasi Sebelum Berhubungan

Gunakan sedikit imaginasi sebelum melakukan hubungan intim. Secara tidak langsung, ia membantu menghangatkan kembali nafsu berahi tatkala pasangan berada dalam dakapan. Memang benar, ia sekadar mimpi yang bermain di fikiran tetapi sekiranya anda ‘bijak’ menukar imaginasi kepada realiti sudah pasti ia lebih menyeronokkan.

Beraksi Dengan Fikiran Yang Positif

Jangan sekali-sekali perkecilkan kemampuan diri sendiri. Percayalah, hanya anda yang mengetahui tahap ereksi yang dialami. Kerana itu, sematkan dalam diri bahawa pasangan pasti puas dengan ‘persembahan’ yang anda berikan. Sekiranya fikiran kembali positif, nescaya segala yang diharap berlangsung seperti yang diharapkan.





Tambah Potensi Diri

Sama ada sedar atau tidak, anda sebenarnya mampu menambah ‘potensi’ diri menggunakan pandangan, pendengaran, ciuman, sentuhan, pujukan mahupun usapan. Disebabkan itulah penjagaan wajah dan tubuh badan perlu sentiasa diberi perhatian agar kelihatan indah dan menawan. Semburan minyak wangi tentunya menghangatkan lagi detik manis yang dirasai. Oleh itu, jangan tergesa-gesa menamatkan ‘aksi’ yang baru sahaja hendak bermula. Lakukan pemanasan dengan pelbagai cara dan sekiranya pasangan sudah sampai ke ‘kemuncaknya’ barulah ‘tugas’ dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

24 Disember 2011

Pegawai, Eksekutif Golongan Berisiko Sakit Belakang

4 Golongan Berisiko


Sakit pada bahagian belakang tidak mengenal faktor jantina mahupun usia. Sesiapa juga boleh terdedah kepada sakit belakang sekiranya langkah pencegahan tidak diambil. Empat golongan ini cukup berisiko menghadapi masalah ini :-

Warga emas – individu yang lanjut usia berisiko tinggi diserang sakit belakang. Bagaimanapun sekiranya mereka kerap melakukan senaman, otot-otot akan menjadi kuat. Keadaan ini boleh membantu merendahkan risiko sakit belakang.

Perokok - mereka yang merokok terdedah kepada sakit belakang kerana bekalan darah ke tulang belakang berkurangan, di samping kekerapan sakit belakang yang dialami agak tinggi.

Buruh kasar - mereka juga terdedah kepada sakit belakang kerana melakukan kerja-kerja berat yang boleh mendedahkan kepada kecederaan.

Pegawai, eksekutif atau ahli korporat yang duduk terlalu lama - duduk dalam tempoh yang agak lama boleh menyebabkan tekanan tinggi pada bahagian tulang belakang, rasa sakit ini lebih ketara sekiranya seseorang duduk dalam kereta.

Rawatan

Terdapat tiga jenis rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah sakit belakang ini. Namun rawatan ini bergantung juga kepada puncanya.

Fisioterapi - Selain mengurangkan bengkak, kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot-otot bagi melepaskan tekanan pada saraf. Bagaimanapun individu yang tidak merawat kecederaan yang mereka alami, tidak akan dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.


Ubat-ubatan - Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf.


Pembedahan - Rawatan ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit juga untuk menguatkan tulang. Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.

Komplikasi

Sakit belakang boleh mengakibatkan lemah pada kaki untuk bergerak. Namun sekiranya hasil pemeriksaan doktor mendapati sakit belakang bukan berpunca dari ketumbuhan atau jangkitan kuman, pesakit tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan kesihatan.
Sebaliknya, sekiranya ia menyebabkan individu terbabit tidak boleh berjalan atau berdiri, langkah sewajarnya ialah mendapatkan rawatan.
• Tidak boleh berdiri sehingga ada kalanya memaksa seseorang merangkak.
• Kebas kaki
• Rasa bisa
• Rasa sengal
• Tidak dapat berjalan jauh kerana sakit pada kaki dan kebas.

Pencegahan 

Bagi mencegah rasa sakit pada bahagian belakang ini pelbagai langkah perlu dilakukan antaranya :



• Aktif melakukan senaman bagi mengelakkan tulang belakang menjadi lembut seterusnya menjadi osteoporosis.


• Elakkan daripada sebarang kecederaan pada tulang belakang. 


• Pastikan kedudukan yang betul apabila anda duduk, mengangkat barang, berdiri, tidur di atas katil yang sesuai.

Manakala dari segi pemakanan, pengambilan kalsium dapat mencegah tulang jadi lembut. Justeru untuk menguatkan tulang, pastikan anda mempunyai berat badan yang ideal seimbang dengan ketinggian dan tidak terlalu gemuk. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, tulang belakang terpaksa bekerja keras untuk menampung berat badan.

19 Disember 2011

Urutan Cinta Yang Perlu Diketahui





Hubungan seks lebih seronok jika dimulakan dengan foreplay. Mungkin sebelum ini teknik usapan serta bisikan manja menjadi amalan tetapi tidak salah dengan tambahan urutan yang mengghairahkan. Selain menyihatkan ia juga satu aktiviti yang menyeronokkan terutamanya bagi pasangan yang baru melangkah ke alam perkahwinan. Tentunya lokasi yang paling sesuai ialah di kamar tidur atau sekiranya anda sedang berbulan madu, maka gunakan ruang ‘persendirian’ yang diberi sebaik-baiknya.

gambar hiasan

Bersedia dengan alas kain yang lembut serta taburkan beberapa jenis bunga seperti lili, melati dan ylang-ylang untuk membangkitkan suasana ghairah. Di samping itu, pastikan cahayanya juga sedikit samar atau mungkin untuk lebih romantik maka nyalakan beberapa batang lilin aromaterapi yang tentunya ‘menghidupkan’ malam anda. Setelah itu, dapatkan pakaian ‘tukang urut’ yang sesuai. Gunakan material yang lembut bagi menarik perhatian suami. Bayangkan, saat pakaian anda menyentuh tubuhnya, pasti sensasi seksual dirasai sekalipun jemari masih belum menyentuhnya.

Susuli dengan urutan yang lembut. Bukannya urutan tukang urut biasa yang menyakitkan ya. Variasikan dan biarkan gerakan jemari anda menjelajah ke seluruh tubuhnya. Selagi ia perlahan, lembut dan tidak menyakitkan maka anda sebenarnyatelah berjaya. Berikut beberapa jenis urutan yang boleh digunakan sebagaipanduan. Cubalah!

1. Gerakan Bulu-bulu
Gunakan salah satu tangan dengan jari tengah untuk mengurut di bahagian tulang belakang. Lakukan silih berganti hingga ke bahagian tulang punggung.

2. Gerakan Kupu-kupu
Lebarkan jemari anda dan letakkan ke tubuh pasangan dengan lembut. Mulakan gerakan berputar (seperti kupu-kupu berterbangan) dan biarkan ia menjalar ke atas dan bawah. Susuli dengan usikan-usikan manja sehingga dia terasa teruja.

3. Mengepal Tangan
Urutlah pasangan dengan kedua belah tangan dikepalkan sementara ibu jari menekan (di bahagian sisi ibu jari dan bahagian tengah ibu jari) ke atas dan bawah sisi tubuh serta belakang kaki.

4. Meramas Bahu
Urutan ini cukup mudah dilakukan. Hanya ramas bahagian bahu, tengkuk serta lengan bagi membuatkan pasangan tenang dan selesa.

5. Urutan Tubuh
Mempraktikkan teknik ini pasti membangkitkan sensual pasangan untuk terus melanjutkan aksi ke peringkat seterusnya. Selain mengghairahkan, ia juga membuatkan pasangan berasa sangat selesa. Berikan dakapan hangat penuh mesra. Haruman losyen serta suasana romatik yang sengaja diatur membuatkan detik yang dilalui cukup bermakna.

Tips Ketika melakukan urutan sensual :
- Tanggalkan segala perhiasan yang menempel di tubuh seperti cincin, rantai, jam tangan dan sebagainya kerana ia mampu mencederakan tubuh pasangan sekali gus merosakkan ‘mood’ yang telah diatur.


- Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih ketika jemari ‘menguasai’ tubuh pasangan


- Gunakan bantuan bulu-bulu seperti burung kasuari bagi mencetuskan sensasi yang menggelikan namun menyenangkan.


- Hadiahkan pasangan dengan senyuman yang ikhlas ketika jemari anda menyatu di tubuhnya. Sambil-sambil itu bisikkan ungkapan cinta di telinganya


- Lakukan urutan secara bergilir-gilir. Usah harapkan sebelah pihak sahaja yang ‘bekerja’ sebaliknya bekerjasamalah untuk hasil yang menyeronokkan.

sumber;mingguanwanita

16 Disember 2011

Janin yg berumur 15minggu hidup didunia

Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….

Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.

Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?

nak tgk gambar yg lain x.....g kat sini ok....
janin yg berumur 15minggu hidup didunia

credit to; 

Hak-hak istimewa orang Melayu



Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

[sunting]Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu

Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:
  1. Tanah untuk Orang Melayu
    • Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.
  2. Jawatan dalam Kerajaan
    • Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
  3. Peruntukan biasiswa
    • Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
  4. Bantuan Ekonomi
    • Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.
Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

[sunting]Rujukan

  • Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957-1963), oleh Tan Sri Dato' Abdullah Bin Ayub, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1978, cetakan pertama 1961, Tiada ISBN.

sumber;Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bila Incik Ujang Blog Erti Kehidupan Salah faham.......

eh...mcm kenal je header kat bwh 2 kan...hehe..mmg la 2 mmg header blog kunang-kunang..hr 2 kunang-kunang ad la masuk segmen review yg di buat oleh Incik Ujang dlm segmen "review blog by ujang"


Maka, terjd la slh fhm sket..yg kunang-kunang agk muskil bila Incik ujang tinggalkan komen kat post yg INI ......


"tq join..boleh review ker tak ni..=)


gua review blog mmg komen dgn iklas..kutuk dan review lain.,hihi


fazrina tak kasi tak dapat la nk review.. tp tepek header jer k..=)"

Maka,????terkezut sgt la kunang-kunang...n terpinga2...hingga la......

Copy paste dr blog Incik Ujang http://azfar9897.blogspot.com





Blog seterusnya



Gua tak dapat nak review blog fazrina ni sebab dia dah pesan di entri yang dia join..('',) tengok SINI


Fazrina cakap


"setiap blogger ada hak dan kebebasan sendiri untuk mencorakkan blog..betul tak?"

Kalau tanya gua memang betul setiap blog ada hak masing-masing, tapi setiap pembaca blog juga ada hak untuk tidak masuk blog kita , jadi kalau pengunjung tidak ramai singgah blog kita mesti ada sebab..

Jadi kalau tak kisah dengan pengunjung takpa...kita bebas mencorak ok.



oooo...br la kunang-kunang sedar semuanya slh faham bila kunang-kunang ad ckp mcmni kat post;


psstt;xnk kutuk blog ni...sbb setiap blogger ada hak dan kebebasan sendiri untuk mencorak blog..btl x?


*Blog ni yg di maksudkan 2 blog Incik Ujang....kn Incik Ujang ad mention suruh dlm entri komen atau kutuk blog Lu (xwajib)......hahahha......

14 Disember 2011

Daulat Tuanku- Yang DiPertuan AGONG KE-14

SULTAN Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyerahkan surat sumpah perlantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 selepas menandatanganinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika Istiadat Khas Mesyuarat Raja-Raja ke-227 di Istana Negara, semalam. Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mencatat sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Kali pertama 1970-1975 ketika baginda berusia 43 tahun semasa pentadbiran Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein. - Foto BERNAMA
SULTAN Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyerahkan surat sumpah perlantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 selepas menandatanganinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika Istiadat Khas Mesyuarat Raja-Raja ke-227 di Istana Negara, semalam. Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mencatat sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Kali pertama 1970-1975 ketika baginda berusia 43 tahun semasa pentadbiran Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein.

Kelebihan hari Rabu dalam Islam



Kelebihan hari Rabu dalam Islam – Hari Rabu merupakan hari ke-4 daripada 7 hari kesemuanya. Sebab itu dalam bahasa arab hari Rabu dinamakan الأربعاء bermaksud hari yang ke-empat.
Rasulullah SAW ditanya tentang hari Rabu, Maka Baginda menjawab: Hari rabu adalah Hari Bencana yang terus-menerus. Para sahabat bertanya,” Mengapa demikian ya, Rasulullah?” Lalu Baginda menjawab: Kerana pada Hari itu Allah telah menenggelamkan (menghancurkan) Fir’aun dan kaumnya, memusnahkan kaum ’Aad dan kaum Tsamud, yakni kaum Nabi Saleh AS yang ingkar terhadap kerasulan & kenabiannya. Maka, barang siapa yang hendak sembuh dari sakit, hendaknya ia meminum obat pada Hari Rabu.

Di bawah ini pula adalah zikir hari Rabu yang boleh anda amalkan selalu:
أَسْتَغفِرُ اللهَ العَظِيم
Nota: Amalkan ketika sedang memandu kereta, menunggu bas, waktu rehat, sedang berjalan atau sebagainya.


Doa hari Rabu
Dengan asma Allah
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Segala puji bagi Allah, Yang menjadikan malam sebagai pakaian dan tidur sebagai peristirahatan dan siang sebagai saat bertebaran
Segala puji bagi-Mu, Kau bangkitkan aku dari tidurku,
Kalau Kau kehendaki, Kau jadikan tidurku tidur abadi, tanpa henti
Milik Allah, makhluk tak terhitung
Ya Allah, bagi-Mu segala puji
Kau ciptakan, Kau takdirkan, Kau tentukan, Kau matikan, Kau hidupkan, Kau sakitkan, Kau sembuhkan, Kau selamatkan, Kau hancurkan
Di atas singgasana-Mu Kau bertahta
Di atas kerajaan-Mu Kau berkuasa
Kusampaikan pada-Mu doa orang yang lemah tenaganya, yang putus kekuatannya, yang dekat ajalnya, yang mendunia hasratnya, yang berat keperluannya akan rakhmatMu,yang besar deritaNya kerana dosa-dosanya, yang banyak jatuhnya dan gelincirnya,
yang terpusat pada-Mu saja taubatnya.
Sampaikan selawat kepada Muhammad penutup para nabi serta ahli baytnya yang baik dan suci
Curahkanlah padaku syafaat Muhammad SAW
Janganlah Kau jauhkan aku dari persahabatan dengannya
Sungguh, Engkaulah Yang Terkasih dari segala yang mengasihi
Ya Allah, tetapkanlah bagiku empat hal pada hari Rabu:
Jadikanlah kekuatanku untuk taat kepada-Mu,
kerajinanku untuk beribadah kepadaMu,
kedambaanku untuk memperoleh ganjaranMu,
dan keenggananku terhadap apa saja yang mengundang kepedihan siksa-Mu

Sungguh, Engkaulah pemberi kurnia kepada orang yang Kau kehendaki.
Nota: Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) salah seorang cucu Rasulullah SAW
Rujuk kitab Mafatihul Jinan, kunci-kunci surga, bab 1, fasal 3
Sumber;www.pelikbinajaib.com  TQ.....