31 Mac 2011

Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong

   Hai..semua...untuk pertama kalinye dlm dunia blogging saya nk join segmen  bloglist  berkongsi trafik dari bangku kosong dr blog bro Hasrul klik sini kalau korang nak join . Tetibe excited lebih pulak..hehe

 Untuk info, blog ini mendapat UV dalam kira-kira 400-500 sehari (dengan promosi) dan antara 200-300 sehari pengunjung unik time tak buat promo. :) untuk maklumat lanjut klik Berkongsi trafik dari Bangku kosong atau header kt bawah 2 ek..



 Jadi, kenapa saya perlukan trafik?....huhu..da tentu nak orang datang blog saya dan baca entry2 saya 2...Entry saya tak berkaitan langsung dengan diri sendiri...semua berkaitan isu dan keadaan semasa...tak nak tulis pasal diri sendiri sebab takut orang kate syok sendiri , meluat dan terus tak nak baca...haha...pengunjung harian blog saya ni masih "bisa di bilang" dengan jari...huhu sedihnye....nak jugak ada pengunjung yang ramai....komen entry yang dah penat2 saya tulis...cari...buat research....n tepek kan kat blog saya yang tak seberapa ni....Harapan saya lepas join segmen bloglist Berkongsi trafik dari Bangku kosong ni blog kunang-kunang saya ni dapat la tempias dari trafik BK yang banyak 2....Nampaknye 2 jela yang dapat saya katakan..(ada 100 patah tak ni?) kalau kat sekolah, saya marah student buat karangan tak cukup patah perkataan ni hehe....sekian...terima kasih...

Bila Islam Di Hina lagi di Facebook-JASMINE SLALU HEPI

 


  Mungkin ada yang dah tau ataupun ada lagi yang belum tau ataupun baru tau seorang perempuan yang tercatat di akaun Facebook JASMINE SLALU HEPI dengan lantang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam dengan tidak ada rasa hormat sedikitpun, memperkatakan dan memburuk-burukkan tentang islam.
  
   Cerita ini diambil untuk pengetahuan dan iktibar kita bersama. Jangan biarkan orang macam ni memburuk-burukkan Nabi Muhammad s.a.w dan agama islam.


klik  Akaun Facebook minah senget yang hina islam 2

!
!
!
!

antara apa yang pernah dia tulis kat status FB nya





   Agaknya apa la tujuan dia buat macamni...Jika dia seorang islam, moga di bukakan pintu untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Sekiranya dia orang kafir laknatullah yang cuba memburuk2an islam, semoga Allah membalas perbuatannya dan mendapat azab dengan segera . Semoga kita semua mendapat perlindungan dari Allah swt.Amin.....

Pengalaman seram hasilkan drama bersiri "Kum Kum"



   Selepas mencatat 'rating' penonton tertinggi tahun lalu di Astro Ria, telemovie Kum Kum kini dilebarkan pula ke skrin drama bersiri 13 episod bagi memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan di stesen berbayar itu.Ditangani Micheal Ang selaku tuan pengarah, Kum Kum The Series kali ini mengalami sedikit rombakan selain membawa penonton mengimbau semula kisah hidup Kum Kum yang tidak pernah didedahkan menerusi telefilem sebelum ini.

   Cerita asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan wajah. Namun salah satu pantangnya adalah dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari dan ada sesetengah cerita menyatakan sebulan.Sejak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan selepas dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik apabila dia menyapu mukanya dengan darah perawan. Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan Kum-Kum dengan mengenakan jilbab.

   Bagaimanapun, Micheal menanganinya dengan sedikit kelainan apabila menggambarkan Kum Kum sebagai Mawar (Marsha AF 3)
seorang gadis yang kurang keyakinan diri dan sangat percaya akan dunia ilmu hitam. Mawar sangat benci terhadap seorang gadis yang cantik dan agresif bernama Shikin (Elfira Loy)
kerana mereka berdua berusaha untuk merebut cinta seorang jejaka kampung yang tampan, sopan-santun dan berbudi bahasa bernama Yusof (Sharnaaz Ahmad).
Pada satu hari, Mawar pergi berjumpa Mak Hitam (Didie Alias), seorang ahli sihir yang jahat untuk menjadikan dirinya lebih cantik dan menawan. Oleh kerana Mawar melanggar larangan bomoh, Mawar menjadi buruk dan dahagakan darah. Untuk memulihkan dirinya, Mawar terpaksa meminum 21 darah perawan.

Bercerita mengenai pengalaman menjalani penggambaran berlokasikan Hulu Langat dan Kuang, Selangor, Michael Ang mengakui terpaksa berhadapan dengan beberapa peristiwa pelik.

"Lokasi penggambaran sememangnya menyeramkan iaitu di sebuah rumah yang dimiliki oleh kerabat diraja. Ketika sedang merakamkan aksi Marsha saya sendiri ternampak satu lembaga dalam skrin dan apabila memandang ke arah pokok itu makhluk itu sedang berada di atas sebatang pokok.

"Kru produksi juga diganggu apabila barang-barang yang sudah dikemaskan dalam beg ditemui berselerak walhal semua barangan yang dikemaskan sudah pun di bawa masuk dalam kereta. "Lain pula ceritanya dengan seorang lagi kru yang nampak kelibat seperti Marsha walaupun dia sudah pulang ketika itu," katanya.

Manakala Marsha pula mengalami pengalaman berbeza dan mengakui tidur malamnya tidak lena kerana terhidu bau bunga Harum Sundal Malam.

"Saya memang penakut, banyak hari juga saya tidak dapat tidur dan paling menyeramkan ada satu malam di dalam rumah saya ada bau harum seperti bunga Harum Sundal Malam," katanya.

Didie yang melakonkan watak bomoh pula berkata, ketika sedang menjayakan adegan jampi dia dapat merasakan sesuatu yang aneh.

"Adegan membaca jampi di hadapan mayat (patung) memang cukup menakutkan. Sedang saya menghayati dan menyebut beberapa mantera tiba-tiba angin kencang bertiup dan tengkuk saya berasa remang," katanya.

Kum Kum The Series yang akan mula ke udara pada 12 April ini, setiap Selasa pada jam 9.30 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Singapura temui kubis dari Jepun punyai kesan radiasi



   Singapura memaklumkan kepada pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terdapat kubis yang diimport dari Jepun yang mempunyai kesan radiasi sehingga ke tahap sembilan.Perkara itu didedahkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada sidang akhbar hari ini.


Jom kita tengok apa kesan radiasi nuclear kepada kita:
  • Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
  • Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
  • Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
  • Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
  • Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  • Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.

So..berhati2 la bila nak beli kobis ataupun sayur apa pun sekarang ni ye..takut kesan radiasi 2 akan kena secara tidak langsung kepada kita semua....

Aktor Bollywood dipenjara tujuh tahun kerana rogol amah

Shiney Ahuja
   Pelakon Bollywood yang pernah memenangi anugerah, Shiney Ahuja hari ini dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya, kes yang mengemparkan industri perfileman terbesar dunia itu.Ahuja dibenarkan ikat jamin pada Oktober 2009 dan diarahkan oleh mahkamah agar meninggalkan Mumbai, tiga bulan selepas ditahan atas dakwaan merogol, mengugut dan mengurung pembantu rumahnya, yang sekarang ini berusia 20 tahun.

   Pelakon berusia 37 tahun itu akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Mumbai, kata peguamnya Srikant Shivade kepada Reuters. Para wartawan tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan tersebut. Ahuja pernah memenangi anugerah Bollywood menerusi filem “Hazaaron Khwaishein Aisi” pada 2003. Dia tetap mengaku tidak bersalah sehingga proses penghakiman. Sepanjang lebih 18 tahun sejak ditahan sehingga hukuman dijatuhkan, Ahuja sempat berlakon dalam sebuah filem, “The Accident” yang masih belum ditayangkan.

30 Mac 2011

Awas Sang Suami - Tidak Semua Tentang Isteri Diketahui Suami






   Hai semua..Entry kali ni adalah khas untuk insan yang bergelar Suami. Anda seorang suami?  Betul ke anda tahu tentang apa yang diinginkan oleh isteri anda... Awas Sang Suami - Tidak Semua Tentang Isteri Diketahui Suami. Untuk bacaan yang sudah berumahtangga je ye...

   Ramai para suami merasakan mereka lebih arif tentang hal seks, hebat dan serba tahu ketika di ranjang. Malah mereka tahu segala-galanya tentang wanita.Tapi hakikatnya tidak semua tentang seksualiti wanita mereka ketahui dan ada juga beberapa perkara salah yang difikirkan betul oleh kaum lelaki. Perkara berikut sebaiknya dibaca oleh para suami di luar sana.
 
Tahu Apa Yang Diinginkan Wanita

Lelaki beranggapan bahawa keinginan seorang wanita sama semuanya walhal setiap wanita punya kehendak yang berbeza. Walau pun banyak pengalaman, tapi jangan beranggapan bahawa setiap wanita mempunyai keperluan dan keinginan yang sama khususnya dalam hal seksual. Ada wanita yang mudah dirangsang dan ada juga sebaliknya hingga memerlukan suami bekerja keras membakar nafsunya
.

Apa Yang Dirasakan Lelaki Dan Wanita Sama

Sebenarnya terdapat banyak perbezaan antara lelaki dan wanita dalam hal kepuasan seksual.
Apa yang dirasakan oleh wanita saat orgasma dan apa yang dirasai oleh lelaki ketika mencapai kemuncaknya memang tidak sama.Ada beberapa orang wanita merasakan bahagian sensitifnya di bahagian luar vagina, beberapa lagi merasakan sebaliknya. Satu lagi kepuasan yang dirasai oleh setiap wanita ini juga berbeza-beza.

Arif Tentang Anatomi Wanita

Hampir setiap suami, tahu apa itu klitoris dan di mana lokasinya. Tapi hanya sedikit yang benar-benar memahami fungsi dari organ kelamin wanita tersebut. Tidak ramai lelaki yang memahami bahawa ada wanita yang mampu mencapai orgasma hanya dengan merangsang klitoris meski tanpa melakukan hubungan kelamin.Ada juga suami yang kurang memahami bagaimana cara menyentuh daerah sensitif tersebut. Tidak semua wanita suka bahagian sensitif tersebut disentuh secara langsung. Bagaimana cara mengetahuinya? Tanya terus pada pasangan anda.

Basah Tanda Terangsang

Ramai suami yang padam hasrat untuk berhubungan intim bila merasakan bahagian intim isteri mereka tidak basah. Pada mereka selagi tidak basah maka isteri belum bersedia. Malah ada juga mitos kalangan lelaki bahawa sekiranya vagina basah maka dia berada di puncak rangsangan dan sedia untuk ‘dikerjakan.’ Tapi sebenarnya tidak semua seperti itu.Memang pada sesetengah wanita basah saat terangsang tetapi itu semua bergantung kepada keadaan hormon seseorang wanita pada masa itu. Mengapa? Sebab hormonlah yang mengawal kelenjar pada bahagian kelamin untuk menghasilkan cairan. Fungsi hormon ini sangat dipengaruhi oleh pusingan menstruasi, stres dan ubat ubatan.

Diam Itu Emas

Ramai suami menganggap bahawa mereka sebaiknya diam ketika berhubungan intim. Padahal bagi isteri pula sebaliknya. Apabila anda diam maka pasangan hanya dapat meneka-neka apa yang anda inginkan. Alangkah baiknya jika anda berbicara lembut dan memberitahunya apa yang diidamkan. Perkara yang sama juga seharusnya dilakukan oleh pihak isteri. Ramai isteri yang selalu berdiam diri malah kaku ketika di ranjang.



 
Sama-samalah kita menilai diri.

Badai Tsunami - iktibar terbaik ummah hargai nikmat, rahmat-Nya

   TARIKH 11 Mac lalu adalah hari yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Jepun lebih-lebih lagi bagi yang tinggal di kawasan Timur Laut negara berkenaan. Juga kepada seluruh negara. Sekelip mata ombak tsunami setinggi 10 meter membadai lalu menghancurkan semua di hadapannya.

   Sehingga kini dianggarkan lebih daripada 10,000 orang terkorban ataupun hilang tidak dijumpai dan Bank Dunia pula menganggarkan kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di kawasan terbabit mencecah RM700 bilion (US$235 bilion) dan mengambil masa kira-kira lima tahun untuk membangun semula.

   Belum pun reda daripada trauma rempuhan tsunami rakyat Jepun kini terdedah pula kepada kesan langsung daripada radiasi loji tenaga nuklear Fukushima Dai-ichi yang juga rosak teruk akibat tsunami.
Secara tersurat apa yang berlaku di Jepun suatu bentuk musibah dan bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Ia termasuk dalam ruang lingkup kekuasaan mutlak Allah SWT yang Maha Berkuasa melakukan apa saja. Perlu diingat walau sehebat mana sekalipun teknologi garapan pemikiran manusia ia masih dangkal untuk menentukan apa yang akan berlaku pada hari mendatang.
   Walau dengan kecanggihan teknologi yang ada, manusia mampu mengesan kejadian gempa bumi di bawah laut dan juga ombak tsunami pasti tidak dapat dielakkan jika benar Allah SWT menghendaki ia berlaku. Malah perkara ini termasuk dalam ketetapan qada dan qadar Allah SWT yang tidak juga menafikan konsep usaha dan tawakal kepadanya.

   Secara tersirat ia sebenarnya satu daripada nikmat dan rahmat Allah SWT yang Maha Luas kepada hamba-Nya yang beriman agar berfikir dan merenung kepada setiap kejadian yang berlaku dengan pandangan mata hati. Ia sekali gus mengajak manusia untuk sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan Ilahi yang tidak terhitung banyaknya.

   Mana tidaknya sehingga hari ini kita di Malaysia masih dipelihara daripada sebarang kejadian gempa bumi, tsunami, letupan gunung berapi dan huru-hara yang melanda sebahagian masyarakat dunia. Rakyat negara ini masih selamat, bebas bergerak ke sana ke mari, makanan dan segala keperluan asas mencukupi.
Segala nikmat ini hendaklah disyukuri dengan memperbanyak melakukan ketaatan sambil berharap belas kasihan dan rahmat daripada Yang Maha Kuasa. Apatah lagi pada akhir zaman saat dunia semakin uzur dan hampir kepada kemusnahan.
 Jika tidak kemungkinan pelbagai musibah dan malapetaka bakal menimpa secara tiba-tiba tanpa disedari implikasi daripada kemurkaan Allah SWT terhadap perlakuan segelintir umat manusia yang tidak bersyukur ke atas nikmat yang dikurniakan-Nya. Sebelum terlambat umat Islam juga harus menginsafi betapa gegaran dan gempa saat berlakunya hari kiamat adalah sesuatu yang menakutkan dan tiada sesiapa akan terselamat daripada kemusnahan seluruh alam.

p/s-Penulis ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandar raya Johor Baru.

29 Mac 2011

Candu video lucah

  


   KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah di negara ini kian menular.Walaupun kemudahan tersebut dicipta untuk perkara lebih baik, ada juga yang menjadikannya medium paling murah untuk merakam dan menonton aksi pornografi.

   Ada pengguna yang sengaja merakam aksi intim sendiri untuk dijadikan koleksi peribadi.
Namun, ramai juga yang menggunakannya untuk mendapatkan wang, sama ada melalui jualan ataupun peras ugut.Tidak hairanlah pada zaman dunia tanpa sempadan ini peratusan remaja yang terbabit dalam seks bebas menurut satu kajian dianggarkan lebih 27 peratus kerana peluang dan ruang semakin terbuka termasuk mendapat bahan lucah di telefon bimbit dan Internet.

   Penyebaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan muat turun yang boleh dibeli pada harga murah memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak dan remaja.KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah di negara ini kian menular.

   Walaupun kemudahan tersebut dicipta untuk perkara lebih baik, ada juga yang menjadikannya medium paling murah untuk merakam dan menonton aksi pornografi. Ada pengguna yang sengaja merakam aksi intim sendiri untuk dijadikan koleksi peribadi. Namun, ramai juga yang menggunakannya untuk mendapatkan wang, sama ada melalui jualan ataupun peras ugut.

   Tidak hairanlah pada zaman dunia tanpa sempadan ini peratusan remaja yang terbabit dalam seks bebas menurut satu kajian dianggarkan lebih 27 peratus kerana peluang dan ruang semakin terbuka termasuk mendapat bahan lucah di telefon bimbit dan Internet.Penyebaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan muat turun yang boleh dibeli pada harga murah memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak dan remaja.

“Menonton filem lucah adalah sumber pembelajaran seks yang salah kerana secara realitinya, aksi yang ditunjukkan adalah aksi yang keterlaluan.Bermula dengan tengok sekadar suka-suka, ia boleh menjadi ketagihan sehingga timbul perasaan ingin mencuba.

Sebagai contoh, penyebaran meluas rakaman video membabitkan kanak-kanak yang juga adik-beradik berumur antara 11 hingga 14 tahun yang sedang melakukan hubungan seks akhir tahun lalu membuktikan pengaruh filem porno mengundang masalah yang lebih besar di negara ini.

   Perlu diakui, zaman remaja adalah peringkat perkembangan individu mencari identiti diri.Sekiranya tiada didikan daripada ibu bapa, mereka akan terpesong apatah lagi jika akrab dengan rakan sebaya yang sudah rosak akhlak.

28 Mac 2011

Rendaman Rempah Segarkan Tubuh Bakal Pengantin

   Hai..entry kali ni istimewa untuk bakal2 raja sehari....Merawat dan menjaga kesihatan tubuh bagi bakal pengantin merupakan episod paling penting kerana saat inilah anda perlu bersedia dari aspek kesihatan luar dan dalaman.

   Cara paling mudah untuk anda manjakan tubuh boleh anda lakukan hanya 45 minit di kamar mandi di rumah anda. Khasiat mandi rempah bukan sahaja dapat memberi kesegaran pada tubuh malah ia membantu anda mendapatkan susuk tubuh yang langsing dan menutup selulit. Manjakanlah tubuh anda dengan rawatan mandi rempah seminggu sekali jika anda mahu kelihatan cantik dan bertenaga ketika melangkah ke pelamin impian.

1. Penuhkan tab mandi anda dengan air suam dan taburkan rempah mandian.

2. Kacau rempah yang telah dimasukkan dalam tab hingga sebati dengan air.

3. Sapu rempah pada bahagian lengan dan dada dan biarkan selama tiga minit.

4. Selepas itu, siram air perlahan-lahan pada bahagian masker rempah.

5. Ketika berendam belai dan gosok air rendaman pada seluruh tuduh berulang kali.

6. Siram air dari atas kepala sekurang-kurangnya tiga kali.

7. Akhir sekali, setelah berendam selama 30 – 45 minit dalam mandian rempah bilas dengan air

   Kalau susah sangat nak buat macam ni sebab xde tab mandi kat rumah..korang bole g Spa je....Banyak Spa yang menawarkan mandi rempah dan yang seangkatan dengannya. Yang penting bergembira, cukup tidur dan makan...InsyaAllah korang akan jadi Pengantin yang Paling Cantik....

26 Mac 2011

Cinta bunga,bunga layu..cinta manusia,manusia mati..cinta Allah,kekal abadi....

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)

Yaa Rabb...tetapkan hati ini agar Engkau lah di atas segalanya.
semoga cintaku terhadap orang-orang yang kucinta membawaku pada Cinta-Mu. Rabb,
 kuyakin betapa sering cintaku pada-Mu berkurang,
tapi sungguh Cinta-MU kepada hamba-hamba-Mu tak berkurang sedikitpun....

25 Mac 2011

Kaki Lambang Keindahan Tubuh

     Merawat kuku merupakan salah satu kewajipan untuk menjaga penampilan. Pun begitu, ada juga yang sering mengabaikan penampilan kuku, lantaran malas atau merasakan ia tidak terlalu penting. Tidak kurang, ada yang menganggap rawatan yang dilakukan di salun mahupun spa sudah memadai untuk mempercantik kuku dan mempesona. Namun sebenarnya, menjaga kebersihan kuku bukan hanya sekadar mengunjungi pusat kecantikan sebaliknya di rumah juga perlu dipraktikkan terutama ketika mandi.


   Seperti mana anda menitik beratkan penjagaan kulit wajah dan tubuh, kuku juga selayaknya menerima sentuhan yang sama. Kuku juga dihasilkan dari protein yang sama dengan rambut, justeru sesekali, tidak ada salahnya andai anda memberi ''cuti'' pada kuku dan memberikannya rawatan istimewa.

 

  
Tip Cantik

Setiap kali mandi, jangan lupa bersihkan setiap celah-celah kaki. Ini kerana, bahagian ini merupakan kawasan yang paling lembap. Apabila terkena kotoran atau basah akan menyebabkan ia mengeluarkan bau yang kurang enak. Untuk itu, gosoklah celah-celah jari menggunakan sabun khas atau memadai dengan menggunakan sabun mandi.


 
Potong kuku

Rajin-rajinlah potong kuku. Jangan biarkan kotoran melekat pada jari kuku anda. Selain tidak sedap dipandang, kotoran pada kaki menjadi penyebab timbulnya bau.

Rendam dengan teh

Teh dipercayai boleh membantu dalam menghilangkan bau yang kurang enak. Caranya mudah sahaja. Rendam kaki di dalam bekas yang siap diisi dengan air suam dan hampas teh selama lebih kurang 10 minit. Bau yang tidak sedap pun akan lenyap.

Serbuk kopi

Selain teh, serbuk kopi juga dikatakan berkesan dalam menyerap bau yang kurang enak. Bungkus kopi ke dalam kain bersih, kemudian masukkan ke dalam kasut selama sehari semalam. Lihat hasilnya nanti.

Pola makan


Tanpa disedari pola pemakanan yang tidak seimbang dapat mempengaruhi bau pada kaki. Ini bagi mereka yang menggemari makanan pedas. Ini kerana, makanan sebegini mudah menghasilkan peluh. Pengambilan makanan yang tinggi kalori juga membuat kaki cenderung berpeluh. Justeru, pastikan anda memilih makanan yang sesuai. Pun begitu, tidak ada salahnya anda mahu bertukar selera sesekali. Cuma jika dijadikan tabiat maka itulah yang menyebabkan tubuh anda mudah berpeluh.

Material kasut


Bahan material kasut juga mempengaruhi bau kaki. Sebagai contoh, bahan dari jenis plastik cenderung menyebabkan kaki lebih mudah berpeluh kerana panas. Untuk itu, lebih baik pilih kasut dengan jenis bahan berasaskan kain. Selain itu, jangan sembarangan menyimpan kasut. Selain membuatnya cepat rosak, ia juga boleh menyebabkan timbulnya bau kurang enak. Sebaiknya, simpan kasut di tempat yang sesuai terutama kawasan yang mana aliran udara lancar. Lebih baik anda menggunakan rak kasut dan letakkan silica gel bagi memastikan ia menyerap bau yang kurang enak daripada kasut anda.

Berjumpa doktor

Jika sudah melakukan pelbagai cara namun bau tersebut masih tidak berkesan, mungkin sudah sampai masanya anda mengunjungi doktor. Mungkin dengan kaedah ini, dapat diketahui masalah sebenar bau kaki tersebut.

24 Mac 2011

EARTH HOUR-26 MAC 2011




Earth Hour adalah satu program untuk menyebarkan kesedaran mengenai penjimatan tenaga dan kepanasan global dengan cara yang amat mudah : Setiap orang, di mana juga anda berada, adalah di galakkan untuk menutup lampu selama satu jam.






Marilah sama2 memberikan sokongan kepada WWF dengan menutup lampu pada 26 Mac 2011 antara jam 8.30-9.30 malam .Sila rujuk web rasmi Earth Hour untuk keterangan lanjut. kunang-kunanag juga akan menyokong Earth Hour Downtime pada 26 Mac 2011. Selamatkan bumi kita...tempat tinggal kita..

Bahagian Mana Basah Dulu?


tajuk pon da suspen hehe...bahagian mana akan basah dulu time..........


bersiram......mandi.....

Mandi????..... 


   Tidak kira bangun pagi, selepas balik kerja/kuliah ataupun sewaktu selepas bersukan, mandi merupakan aktiviti wajib setiap orang. Ada orang yang ambil masa 2 minit sahaja untuk mandi dan ada pula yang sehingga 1 jam.

   Tentu mandi merupakan saat-saat korang membersihkan tubuh badan. Namun, ramai yang tidak tahu maksud tersirat di sebalik siraman pertama kali tatkala melangkah masuk ke dalam bilik air. Cuba ingat balik, jika kamu membuka pemulas air pancut, ataupon pakai gayung/cebok untuk mandi...bahagian mana yang akan kamu basahkan dahulu dan jika kamu mandi menggunakan air kolah, bahagian mana yang akan kamu siram dahulu? Dah kenal pasti? JOM periksa jawapan korang!


1. Dada

   Pasti ramai yang mencurahkan air ke dada dahulu berbanding dengan anggota badan yang lain. rata-rata kaum adam yang gemar mandi bersiram di dada dahulu. Bagi kamu yang gemar mandi sebegini, kamu adalah orang yang praktikal, pandang ke depan dan tidak suka kerja bertangguh-tangguh.

   Bagi kamu, keselesaan adalah sangat penting. Kamu benci untuk terganggu saat menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara dan tidak sabar dengan orang-orang yang tidak melihat sesuatu dengan cara kamu sendiri. Kamu seorang yang tegas dengan matlamat hidup dan akan mencapainya. Kamu adalah pasangan yang sangat melindungi dan manis mulutnya. Pasangan terbaik kamu dalam hidup adalah mereka yang memilih rambut.

2. Muka

   Bagi yang membasahkan muka mereka dahulu, kamu sangat mementingkan wang. Wang adalah segalanya bagi kamu dan kamu akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. integriti dan martabat tidak penting bagi kamu. Kamu suka menggunakan orang lain demi kepentingan diri kamu. 


   Orang lain sukar memahami kamu, tetapi kamu tidak peduli apa yang mereka fikirkan. Kamu juga seorang yang egois. namun, jauh di sudut hati kamu, kamu seorang yang suka menolong dan juga suka berjenaka. Sebab itulah kamu ada ramai kawan walaupun sikap sebenar kamu ramai yang tidak suka. Pasangan yang sesuai buat kamu adalah mereka yang memilih bahagian sulit.

3. Kepala
             







dah..dah..xyah scroll ke bawah....

alamak...nape tang aku xde pulak ni?lupe taip ke ape die ni.....publish post ikut suke je..!


haha rileks la....nak tau yang selanjutnye g bli majalah REMAJA 1 April 2011. Jangan lupa dapatkan di pasaran tau!


  

23 Mac 2011

SIREH : khasiat dan kegunaannya terbukti berkesan

 

   Sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang.
  
   Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari bahasa Portugis – betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan dan dalam bahasa Sunskrit pula disebut sebagai tambula. Manakala dalam bahasa Sinhala Sri Lanka disebut bulat. Bahasa Thai pula disebut sebagai plu.
  

  

sireh mempunyai khasiat seperti:-


¨       Memecahkan angin berkumpul dalam sistem dan melegakan keadaan perut  dan melepaskan angin – mulut (sendawa) dan dubur (kentut).

¨       Merangsangkan sistem ke arah kstabilan (hormon).

¨       Pembersih darah dan angin kotor.

¨       Mengubati penyakit buasir, bisul, hidung berdarah, sakit gigi.

¨       Pencegahan hamil.

¨       Sebagai solekan  - penjagaan kulit dan rambut.

¨       Mengubati sakit kepala, migrane, darah tinggi dan penyakit yang boleh menyebabkan penyakit kepala.

¨       Merawat bengkak zakar.

¨       Merawat bengkak payudara.

¨       Mengurangi pengeluaran susu ibu.

¨       Merawat penyakit panau, keputihan, gatal ditempat sulit.

¨       Penyakit kulit, otot, sendi dan kayap.

¨       Mengubati haid yang tidak teratur.

¨       Perangsang urat saraf, penyegar otot dan sendi-sendi.

¨       Mencegah lendir-lendir dalam sistem badan dan melancarkan peredaran darah.

¨       Boleh menghilangkan bau nafas yang busuk melalui mulut.

cara menggunakan daun sireh

 Asma – Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma
Batuk Lelah – Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.

Bau Badan – Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih


Gatal Vagina – Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.


Keputihan – Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.

Payu Dara – Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu




Sakit Mata – Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.

19 Mac 2011

SuperMoon:fenomena bulan semakin dekat dengan bumi mlm ini 19 mac

   Hari Sabtu , 19 Mac bersamaan malam 15 Rabiul Akhir 1432H para saintis melaporkan satelit bumi iaitu bulan akan berada paling hampir dengan bumi sejak 18 tahun lalu.

   Lazimnya jarak bulan dengan bumi adalah sejauh 406,300 km tetapi pada hari berkenaan jaraknya semakin hampir kira-kira 356,700 km iaitu 49,600 km lebih hampir dari hari-hari biasa. Kerana itu pada mlm nanti bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih terang bercahaya berbanding hari-hari lain.( bergantung pada cuaca pada malam ini).

   Fenomena ini menarik dan sudah pasti membuktikan kepada mereka yang beriman betapa hebat dan besarnya kuasa Allah swt.Terdapat laporan “online” yang mendakwa bahawa fenomena ini akan turut mengundang malapetaka dengan ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi dan berbagai lagi kejadian alam yang bakal meranapkan bumi.

   Sudah pastilah dengan kejadian gempa dan tsunami yang berlaku di Jepun Jumaat lalu ramai yang akan panik dan bimbang dengan dakwaan ini.Namun menurut Prof Dr Chong Hon Yew pakar astronomi dari USM tiada bukti saintifik yang memungkinkan kita semua perlu panik.

   Sebagai umat islam yg bertakwa, renungilah firman Allah swt di dalam al Quran, surah az Zumar : ayat38..

Maksudnya :

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

   Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. sekiranya musibah atau malapetaka berlaku, kembalilah kepada Allah. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu.. FIKIR-FIKIRLAH WAHAI SEMUA INSAN DI DUNIA, KIAMAT KECIL TELALU BANYAK BERLAKU SEBAGAI PERINGATAN KEPADA MANUSIA.Allahu akbar...

Raja Lawak ( + - x / ) = Maharaja Lawak

  

       Man Ditabalkan Sebagai Raja Lawak Musim ke 5
Final RL5: 2 Penyanyi Popular Bakal Buat Lawak

  Dengan lawak berkonsepkan kongsi gelap dan mat rempit, Abd Rahman Bin Kasim, atau lebih dikenali sebagai Man, 33, telah diisytiharkan sebagai pemenang Raja Lawak Astro Musim ke 5(RL5) dalam Gelanggang Akhir Raja Lawak malam tadi..Dalam acara kemuncak yang berlangsung dari Pusat Konvesyen Shah Alam itu, Man telah mendapat undian SMS tertinggi menewaskan dua finalis lain iaitu kumpulan R2 dan kumpulan Balas. "sukenye aku" haha...juara hanya pada yang lawak...lawak yang bersih dan tiada double meaning..
   Dengan gelaran juara ini, Man telah membawa pulang wang tunai RM100,000, barangan elektrik serta trofi Raja Lawak tajaan Astro. Kumpulan R2, yang diiktiraf sebagai naib juara pula membawa pulang wang tunai RM50,000 bersama barangan elektrik dan trofi Raja Lawak


MAHARAJA LAWAK

   Mahu memberi cabaran kepada pelawak-pelawak keluaran Raja Lawak (RL), sebuah program baru, Maharaja Lawak (ML) bakal di adakan bermula 1 April nanti.

   Program baru tersebut memberi peluang kepada ke semua finalis RL dari musim pertama hingga kelima untuk beraksi bagi mempertaruhkan bakat dan kemahiran untuk menghiburkan masyarakat.Pemenang pertama hingga ketiga bagi kelima-lima musim akan di panggil untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak. Mereka akan menonjolkan lagi kehebatan dan kreativiti lawak yang ada pada diri mereka untuk mencuri hati peminat sedia ada.

   Sudah tentu program ini akan mendapat sambutan yang hangat kerana menyatukan ke semua pemenang yang rata-ratanya sibuk seperti Nabil, Zizan dan Johan di pentas ML.
  
  

18 Mac 2011

Ingatlah..Mahkota dirimu tiada tukar gantinye....

  

   KEPERAWANAN dan dara. Apakah makna sebenar kedua-dua istilah ini? Bagaimana jika seorang wanita itu sejak azali dilahirkan tidak memiliki selaput dara? Adakah ia menandakan gadis berkenaan sudah tidak suci lagi?

   Menurut definisi, istilah keperawanan dikelaskan untuk gadis yang belum berumahtangga dan tidak pernah terbabit ataupun melakukan hubungan seks dengan sesiapa manakala dara (hymen) ialah tisu nipis yang mengelilingi pembukaan faraj.
  

   Jika diperhatikan kebanyakan gadis sekarang agak kurang menitikberatkan penjagaan keperawanan diri kerana masing-masing beranggapan ia sudah ketinggalan zaman. Keadaan ini mungkin disebabkan pengaruh rakan sebaya dan keinginan yang terlalu mengidamkan kehidupan bebas tanpa kawalan dan batasan. Mereka beranggapan jika rakan sebaya boleh melakukan perkara terbabit tanpa sekatan sesiapa termasuk ibu bapa, mengapa mereka tidak boleh melakukannya.

   Di sinilah, institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam memantau dan mengawasi pergerakan anak untuk mengelakkan mereka terjerumus dalam kegiatan yang merugikan masa depan mereka. Ibu bapa seharusnya tidak boleh terlalu memberikan kebebasan kepada anak akibat kesibukan kerja hinggakan mereka berasa terabai dan tersisih lantas menyebabkan mereka memilih untuk mendapatkan ketenangan daripada pihak luar.

   JIKA diperhatikan kebanyakan gejala sosial berlaku hari ini seperti seks bebas dan kes pembuangan bayi yang makin menular di kalangan remaja terutama gadis, seolah-olah menunjukkan keperawanan diri sudah tidak begitu berharga.Bagi mereka, hanya keseronokan yang dicari tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi sama ada untuk jangka panjang ataupun pendek.
Bagaimanapun, dalam keadaan pelbagai masalah sosial yang makin membelenggu golongan remaja kini masih ada sebahagian daripada mereka yang tetap menjaga tatasusila, maruah dan kehormatan diri melebihi segalanya. Ingatlah wahai saudara saudari seislam ku.....Mahkota dirimu tiada tukar gantinye.......
 

15 Mac 2011

Gegaran kuat dijangka esok 16 Mac

  
   salam semua..syukur alhamdulillah sbb kite hidup dlm negara yang aman & tenteram..bayangkan apa yg jd kt Jepun 2....dan  keadaan bertambah suram ekoran laporan media yang memetik pakar sebagai berkata, terdapat 70 peratus kemungkinan akan berlaku satu lagi gegaran kuat menjelang esok. ape la perasaan dorang kan...moga negara kita Malaysia yg tercinta ni sentiasa mendapat perlindungan dari malapetaka oleh Allah...

 kat bwh ni petikan dari berita.........
   Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, menggambarkan gempa bumi yang melanda negara ini sebagai krisis terburuk di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.Keadaan bertambah suram ekoran laporan media yang memetik pakar sebagai berkata, terdapat 70 peratus kemungkinan akan berlaku satu lagi gegaran kuat menjelang lusa.

   Penduduk di ibu negara Jepun ini pula mengalami situasi tidak menentu hari ini berhubung bekalan makanan dan elektrik, ekoran gempa dan tsunami yang berlaku di timur laut negara ini pada Jumaat lalu, manakala krisis nuklear belum menunjukkan tanda akan reda.Rak-rak makanan di kedai-kedai dan pasar raya terus kosong dan banyak perkhidmatan kereta api ditutup apabila penduduk Tokyo kembali bekerja selepas hujung minggu dihabiskan dengan mengikuti siaran televisyen yang merakamkan imej-imej kemusnahan meluas di bahagian timur laut, kira-kira 250 kilometer ke utara ibu negara.

   Lebih 100 perkhidmatan kereta api komputer di kawasan Tokyo dijadual ditutup separuh atau sepenuhnya, hari ini.Panggilan telefon ke operator kereta api terbesar di negara ini, East Japan Railways Co. tidak berjawab disebabkan panggilan yang terlampau banyak.Pembekal tenaga, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) awal hari ini mengumumkan pemutusan bekalan elektrik secara berjadual di Tokyo dan bandar raya sekitarnya untuk menjimatkan tenaga ekoran krisis di loji tenaga nuklear di kawasan gempa.
Sesetengah kedai kehabisan bekalan makanan berbungkus seperti mi segera, kari segera, tauhu, roti dan telur, sebahagiannya disebabkan masalah pengangkutan dan penghantaran, di samping pembelian panik oleh penduduk.

   Turut mendapat permintaan tinggi ialah tauhu, dipercayai boleh membantu mengatasi keracunan radiasi kerana mengandungi iodin pada kadar yang rendah.Namun tidak ada tanda berlaku panik di Tokyo, dengan kereta api komuter utama beroperasi dan pekerja pejabat keluar makan tengah hari seperti biasa. -

13 Mac 2011

Bidadari - Munif Ahmad

korang layan halwa pendengan korang dulu dgn lagu ni....terutamanye yg dah ad isteri 2...
sesuai bagi lagu ni kat isteri korang 2....moga semua perempuan di dunia (termasuk diri kite sendiri) 
bisa jadi bidadari syurga.....





KLINIK LELAKI-Kenali Sumber Makanan Rangsang Nafsu Lelaki

SETIAP MASYARAKAT DI DUNIA MEMPUNYAI KEPERCAYAAN TERSENDIRI TENTANG ADANYA MAKANAN YANG BOLEH MERANGSANG SEKS. MAKANAN AFRODISIAK ADALAH MAKANAN YANG DIPERCAYAI BOLEH MERANGSANG KEINGINAN SEKS DAN MENINGKATKAN PRESTASI SEKS.

Berikut antara sumber makanan yang dikatakan mampu menaikkan dan merangsang keinginan seks serta menguatkan keupayaan seorang lelaki.

Asparagus


Ada yang mengatakan asparagus menjadi makanan afrodisiak kerana bentuknya. Namun kebenarannya, asparagus kaya dengan vitamin E yang mana ia boleh merangsang hormon seks, menguatkan tenaga batin dan menambah stamina. Mengambil asparagus, ia membantu memulihkan prestasi seks.

Pisang


Sesetengah masyarakat di dunia percaya pisang makanan afrodisiak kerana bentuknya. Namun apabila melihat dari segi pemakanan, pisang kaya dengan potasium dan vitamin B. Kedua-dua bahan penting itu adalah untuk menghasilkan hormon seks.Enzim bromelain yang terdapat di dalam pisang memang sudah dibuktikan boleh meningkatkan libido lelaki. Jika dibandingkan dengan makanan lain, pisang membekalkan paling banyak potasium.

Lobak Merah


Rahsia kekuatan lelaki adalah pada jus lobak merah. Sejak zaman Greek purba lagi, lobak merah telah digunakan sebagai makanan afrodisiak. Lobak merah boleh meningkatkan libido lelaki kerana ia membekalkan sejenis sebatian yang menyerupai estrogen untuk merangsang keinginan seksual. Lobak merah juga kaya dengan beta karotena, sodium, potasium, zat besi, vitamin A, C dan B.

Avokado


Avokado adalah sumber 13 mineral penting termasuk besi, magnesium dan kuprum yang bergabung untuk membina dan membaik pulih sel darah merah. Avokado merupakan buah yang membekalkan vitamin B yang paling tinggi. Antara vitamin B yang dibekalkan ialah folat, pyrodoxine (B6) dan pontothenic (B5). Vitamin B6 yang terkandung dalam avokado boleh meningkatkan pengeluaran hormon untuk merangsang seksual lelaki.

Coklat


Coklat antara makanan yang paling disukai sebagai afrodisiak. Coklat mengandungi phenylethylamine yang juga dikenali oleh sesetengah penyelidik sebagai ‘love chemical’. Ia memberi kesan yang sama seperti endorphin iaitu menyeronokkan, rasa selesa dan menggembirakan seperti dilamun cinta.
Penyelidik percaya coklat mengandungi bahan kimia yang memberi kesan neurotransmitter kepada otak. Selain itu, ia juga mengandungi serotonin untuk menenangkan fikiran. Manakala kandungan methylxanthines bertindak meningkatkan deria sensitif tubuh pada sentuhan walaupun sekadar sentuhan
yang lembut.

Tiram


Ada juga yang percaya makanan laut seperti tiram boleh meningkatkan rangsangan seks kepada lelaki. Tiram mentah mengandungi kandungan zat besi yang tinggi iaitu salah satu mineral yang diperlukan untuk meningkatkan pengeluaran hormon testosteron dan menambah jumlah sperma lelaki.Tiram bukan saja berguna untuk lelaki tetapi juga untuk wanita kerana hormon testosteron juga dipercayai boleh merangsang libido wanita. Tiram juga mengandungi dopamine iaitu hormon yang boleh menaikkan ghairah seks dan merangsang kepuasan seksual.

Bawang Putih


Baunya mungkin ramai yang tidak suka kerana terlalu kuat. Namun jika ditanya tentang khasiatnya memang ramai yang mengaku kehebatannya sebagai makanan afrodisiak. Kehangatan bawang putih boleh mencipta keinginan seksual yang memuncak. Sebenarnya bawang putih mengandungi alicin yang boleh melancarkan perjalanan darah ke organ seksual untuk meningkatkan libido.

Daun Dan Batang Saderi

Saderi atau daun sup mengandungi beberapa zat penting seperti vitamin A, B1, B2, B3, C dan E, kalsium, zink dan banyak lagi. Daunnya mengandungi asid folik, karotena dan vitamin C. Manakala bijinya mempunyai flavonid, sedanolid dan minyak esen yang terdiri daripada asid elinoleik, asid oleik, asid palmitik, asid petroselinik dan asid resinik.Biasanya sedari dimakan sebagai ulam ataupun sebagai bahan campuran di dalam sup. Saderi termasuk sebagai makanan afrodisiak yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu. Menariknya tentang saderi ini kerana ada kandungan sebatian androston di dalamnya. Ia adalah sejenis hormon yang tidak berbau biasanya dikeluarkan melalui peluh lelaki.

Badam


Badam dikatakan amat bermanfaat kepada lelaki kerana mengandungi asid lemak yang tinggi berfungsi untuk pengeluaran hormon lelaki dan boleh menambah pengeluaran sperma selain membantu meningkatkan kesuburan.Badam padat dengan gizi dan kaya dengan beberapa kandungan mineral yang penting untuk kesihatan seksual dan reproduksi seperti protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, riboflavin, besi, vitamin E dan antioksida yang tinggi. Badam elok untuk kesihatan jantung kerana apabila jantung sihat dan cekap mengepam darah ke seluruh anggota badan, pastinya ghairah seks yang hilang akan kembali semula.

12 Mac 2011

Final 3 Gelanggang Raja Lawak 5...18 Mac 2011

   Usai sudah Gelanggang Raja Lawak 5 minggu ke-10..sedar x sedar minggu dpn dah gelanggang final..keputusan minggu ke-10 ni menetukan sape pegi ke gelanggang akhir pada 18 Mac 2011 di Convention Centre, Shah Alam berformatkan HD yang dapat di tonton di saluran 188...eh...jgn risau..yg xlanggan chanel astro 188 pon masih bole tgk hehe...

    so.......Top 3 Final Gelanggang Raja Lawak 5...Man...R2...Balas....ni la die muka2 final 3 kite yg akan bakal jadi Raja lawak 5 n membuat kite gelak sampai sakit perut (ye ke???).............haha


MAN
Man
...personally, saya suka sgt Man & R2 masuk final...(sbb dorg ni fovourite aku) hehe.... Lawak dorg mmg buat org xbenti nak gelak.... 
  

R2
R2


   Balas pulak....bkn x suke tp....dorg ni suke sgt wat lawak "double meaning"...
BALAS
Balas
    

   Kalo nak maju ke dpn n lawak 2 di terime oleh sume lapisan masyarakat, kumpulan Balas kena ubah cara berLAWAK dorg yg "double meaning" 2....sebagai pelawak, Balas mesti sedar akan hal 2...bdk2 pon tgk raja lawak...kalo dorg di sajikan dgn lawak double meaning ni dari kecik lg...agak2 da besa nnt mcmane...pk2kan..... 
   

10 Mac 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa

   Begitu gigihnya KRU Studios cuba membawa Sejarah Malaysia ke mata dunia menggunakan filem Hikayat Merong Mahawangsa yang di adaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa.. Semoga filem ini mendapat sambutan yang amat baik dari kita sendiri, rakyat Malaysia. Tanpa cerita2 sejarah silam,siapalah kita..


    Kalau dah lupa dengan cerita sejarah Hikayat Merong Mahawangsa sebab da lame x blaja sejarah hehe....Sinopsisnya macam ni..Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

   Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.

 
.  
Itu sinopsis cerita Hikayat Merong Mahawangsa...tapi untuk filem pula Hikayat Merong Mahawangsa (atau The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran dunia) ialah sebuah filem bersejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios untuk pasaran antarabangsa dengan tujuan memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia. Filem epik ini jelas diadaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.

   Filem arahan
Yusry Abdul Halim (dari kumpulan KRU) ini menjengah pawagam Malaysia pada tahun 10 Mac 2011 (selepas tayangan diraja sebelum ini pada 25 Februari dengan Stephen Rahman Hughes sebagai pemegang watak Merong Mahawangsa, diiringi oleh barisan pelakon yang ramai dari dalam dan luar negara, khususnya Dato' Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Umie Aida dan Maya Karin.

  
   Filem Hikayat Merong Mahawangsa dengan bajet keseluruhan di katakan 8 juta dilaporkan sudah diberikan hak tayangan kepada 72 buah negara atas kesudian syarikat pengedaran filem antarabangsa, Epic Pictures dari Amerika Syarikat untuk memasarkan filem ini. Apabila ditanya mengapa filem ini disasarkan kepada penonton antarabangsa, Yusry menjelaskan bahawa jika industri filem Malaysia hanya bergantung pada pasaran tempatan, mereka terpaksa membikin cerita yang sama berulang kali; apabila menyasarkan pasaran global barulah mereka mendapat bajet yang lebih besar untuk melakukan kelainan.

09 Mac 2011

Kucing pencuri-The Klepto Kitty

   Korang semua tahu yang mencuri memang satu kesalahan besar...so, ape perasaan korang bila saya kata kucing pandai mencuri barang2 dari rumah jiran....tak pecaya???jangan tak tahu kucing yang bernama Klepto "Dusty" telah dikatakan mencuri lebih daripada 600 barangan dari kejiranan San Mateo, California..pelbagai barangan yang di curi terdiri daripada span basuh kete...kasut..stokin..toys...pakaian dalam..dan yang paling Klepto suka curi ialah............jeng3x...... pakaian mandi hahaha....

   Pada waktu siang,Klepto seperti kucing2 lain lebih suka duduk di rumah..Apabila malam tiba, ia akan produktif menjelajah dan mencuri barang-barang milik penduduk kejiranannya.Pemiliknya, Jean Chu dan Jim Coleman mengatakan hasil curian Dusty lebih kurang 11 barangan setiap malam. Peringkat awal, penduduk sangat takut ada pencuri yang berkeliaran dan pihak polis tidak berhasil untuk menjejaki siapa dalangnya..Namun, mesteri itu terbongkar apabila menyedari rupanya seekor kucing yang telah mencuri barangan mereka selama tiga tahun.. kerana perangai Klepto "dusty" kitty yang suka sangat mencuri, pemiliknya terpaksa meletakkan notis pemberitahuan di hadapan rumahnya supaya penduduk kejiranan yang kehilangan barangan mereka datang memilih dan mengambil barangan mereka.....

08 Mac 2011

iklan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) ambilan Jun 2011

CARA MEMOHON:

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011.

  • Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 MAC 2011

kepada pelajar lepasan SPM yang berminat menjadi guru....bole la mohon....
KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
AMBILAN JUN 2011

selamat hari wanita 8 Mac 2011

   8 mac 2011 bersamaan dengan hari selasa merupakan sambutan Hari Wanita yang ke 100 tahun..dah lama rupanya sambutan Hari Wanita di sambut di luar negara.korang nak tau tak sejarah penubuhan Hari Wanita ni?Sejarah permulaannya adalah seperti berikut:-

   Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia.
Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria.

   Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.
 
   Hargai lah wanita yang berada di samping anda..layan lirik lagu Wanita dari Syahir.
Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya di dukung seorang wanita
Berkorban untukmu
memberi yang mampu
Memberi sayang demi insan
yang di sanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kusayangkan dia
sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah
Setia di dalam senang dan susah
Itulah saja balasan di minta
Seorang wanita


Tenangkan hatinya bila resah
Setia di dalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan di minta
Seorang wanita....


  Hah..begitu la serba sedikit sejarah Hari Wanita dan lagu yang meminta untuk menghargai wanita..Untuk insan2 yang bergelar wanita, terutama untuk ibu dan ibu mertua...Selamat Hari Wanita..pengorbananmu tidak ternilai...

04 Mac 2011

bunyi tokek...

kalo korang nak tau..mcm ni la bunyi tokek ni....

TOKEK??ape 2..xtau la..xtau??ketinggalan zaman btl..


  Hai semua..mcm 2 la perasaan saya bila mula2 dengar perkataan "tokek"...dlm kepala dok pk ape benda tokek ni...Tokek seperti seekor cicak.Cuma saiznya adalah dalam 8-10 ganda besar daripada cicak biasa..Kalau dalam Bahasa Inggeris, lebih dikenali sebagai Gecko (kalau tidak silaplah)...ooohh..binatang rupanye hehe... memang betul la orang akan ckp kita ketinggalan zaman apabila x tau ape 2 tokek sebab dah lame tokek jd glamor gara2 harganya pasaran yang tinggi..Kenapa pulak nilai pasaran tinggi??musykil btl...
 

 ni la tokek..

   Cicak tokek mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS. Hasil rujukan yang dibuat mendapati cicak yang berusia tiga bulan dipercayai boleh dijadikan ubat untuk merawat penyakit kronik seperti HIV/AIDS, sakit kulit dan asma.Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS.

                   
                           nampak cute pulak tokek ni hehe......

 

 Bagaimanapun, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan tersebut. Dalam pada itu,dimaklumkan harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 
500 gram.  
mak aiiii...besaunye......x mkn org ke ni?kalo da besau mcm ni, berapa pulak harganya...dahsyat!!!

   Patut la sekarang ni ramai sangat orang cari tokek ni...sampai sanggup masuk keluar hutan...tapi betul ke tokek ni bole mengubati penyakit Aids/HIV??????