21 Ogos 2011

Rawatan Facial Jadikan Kulit Lebih Segar Dan Lambat Tua


Selain berfungsi untuk membersihkan wajah agar lebih bersih dan segar, facial terbukti juga mampu memperlambat proses penuaan dan memperbaiki penampilan pada wajah. Facial adalah salah satu bentuk rawatan kulit sering dilakukan oleh kaum wanita mahupun lelaki.


Selain boleh melakukannya di salon dan klinik kecantikan, facial juga boleh dilakukan sendiri di rumah. Kulit wajah yang telah mengalami facial akan lebih segar, rileks, bersih dari kotoran dan sel-sel kulit mati, sekali gus memberi nutrisi ekstra dari luar sehingga kulit boleh bernafas dengan lebih segar.

Sebelum melakukan facial, ada banyak hal yang harus anda ikuti, misalnya mengetahui keadaan kulit pada ketika itu sama ada sesuai untuk melakukan rawatan atau tidak, pemilihan spa yang sesuai, mendapatkan rawatan daripada pakar terapi yang bertauliah dan sebagainya lagi. Berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum melakukan rawatan facial.

Tidak Memakai Solekan

Tidak terburu-buru memakai solekan pada wajah setelah kulit menjalani rawatan facial. Jika Anda terlalu cepat memakai solekan, kulit anda tidak boleh menyerap nutrisi yang diperlukan kulit. Sebaiknya, tunggu hingga 12 jam sebelum anda memakai solekan.

Setiap kali selepas melakukan rawatan facial, kulit wajah menjadi kemerahan dan tampak berlubang pada liang-liang roma bekas jerawat sehinggakan liang-liang roma berkenaan tampak lebih besar. Ini berlaku kerana proses pengewapan pada wajah untuk membuang jerawat dan ini menyebabkan iritasi ringan pada kulit iaitu timbulnya warna kemerah-merahan.
Dalam keadaan ini, kulit sedang dalam ‘terbuka’ dan belum bersedia untuk menerima sapuan kosmetik dan segala bentuk riasan wajah. Justeru, anda tidak perlu menutupi ruam merah tersebut dengan solekan mahupun memakai alas bedak atau foundation tebal untuk menutupi liang-liang roma berkenaan.

Memakai solekan terus akan menyebab kan liang-liang roma yang sedang terbuka itu tersumbat. Akhirnya menyebabkan masalah kulit seperti jerawat dan sebagainya mula muncul.

Melancarkan Peredaran Darah

Kulit yang telah melakukan rawatan facial akan menghilangkan sisa-sisa kotoran akan diberi urutan dan masker untuk membuat kulit lebih relaks sekali gus membuatkan kulit wajah tampak lebih segar, cerah dan meningkatkan perjalanan darah. Setelah facial selesai dilakukan, kulit memerlukan waktu beberapa jam untuk menyerap nutrisi sepenuhnya dan memberi tindak balas selepas rawatan facial.

Membersihkan

Pendedahan diri terhadap asap kilang, persekitaran yang kotor dan sebagainya boleh menyebabkan kulit wajah terkena kotoran dari asap kenderaan, asap rokok, asap dapur, radiasi sinar matahari, radikal bebas, debu, kuman, dan sebagainya. Dengan facial maka kotoran yang menyumbat liangliang roma dapat di atasi sehingga wajah kembali bernafas. Justeru, rawa tan facial dapat membantu mencegah timbulnya jerawat dan bintik hitam di wajah.

Pengelupasan Kulit (Exfoliating)

Rawatan facial biasanya melibatkan proses pengelupasan kulit. Proses ini sangat penting kerana dapat membantu menstimulasi pengeluaran kolagen dan elastin pada kulit wajah.
Malah, pengelupasan kulit yang dilakukan dengan sempurna, mem bolehkan lapisan sel kulit mati ditanggalkan dan diganti kan oleh sel kulit baru. Selain itu, proses ini juga mampu meningkatkan sistem kekebalan kulit dan perjalanan darah sekali gus membantu membersihkan liang-liang roma dan melambatkan proses kedutan berlaku.

Menenangkan

Fasa terakhir dari rawatan facial biasanya di buat untuk menenangkan dan menyeimbangkan kulit. Setelah kulit melalui pelbagai proses rawatan pembersihan dan pengelupasan, langkah terakhir adalah membiarkan kulit berehat seketika untuk menenangkan dan kulit terasa lebih relaks dan kembali segar.

Hindari Ketuat Kelamin


Alat kelamin anda ditumbuhi benjolan daging lembut yang bersifat lembap tetapi tidak menyakitkan? Biarpun ia tidak menimbulkan rasa sakit, anda harus berasa bimbang kerana ia mungkin petanda bahawa diri anda telah dijangkiti sejenis penyakit kelamin iaitu ketuat kelamin.

Turut dikenali sebagai genital warts, venereal warts atau condyloma acuminate, ketuat kelamin merupakan ketumbuhan pada kulit. Bersifat lembut, lembap dan tidak menyakitkan, ketuat kelamin berwarna keperang-perangan, merah jambu atau kelihatan seperti warna kulit.

Manakala bentuknya seakan kubis bunga iaitu berbiji-biji dan berlapis. Ia boleh terjadi secara sebiji-sebiji atau berkelompok yang diikuti dengan rasa gatal dan panas membakar di sekitar alat kelamin serta rasa tidak selesa, sakit atau pendarahan sewaktu seks.

Pada lelaki, ketuat kelamin akan tumbuh di atas zakar, lubang zakar, buah zakar dan kawasan dubur. Kutil juga boleh tumbuh di dalam tekak atau mulut sekiranya individu melakukan seks oral dengan penghidapnya. Malah, ia juga boleh ditemui di dalam hidung dan bola mata.

Hubungan seksual adalah punca utama terjadinya ketuat kelamin pada individu memandangkan penyakit ini hanya menjangkiti lelaki dan wanita yang aktif melakukan hubungan seksual pada semua peringkat usia, bangsa, agama atau kelas sosial di seluruh dunia.

Kutil kelamin amat mudah menjangkiti individu. Sentuhan langsung dari kulit ke kulit semasa melakukan hubungan seks menerusi faraj atau oral dengan individu penghidap kulit kelamin akan menyebarkan virus human papillomavirus, sejenis virus penyebab penyakit itu.

Individu tidak perlu mengadakan hubungan seks berulang-kali dengan pesakit kutil kelamin untuk mendapat penyakit itu, kerana walaupun hanya sekali melakukannya, anda sudah boleh dijangkiti. Ini kerana risiko untuk menghidap penyakit tersebut mencapai sehingga 60 peratus bagi setiap hubungan seks yang dilakukan. Selain itu, jangkitan juga boleh berlaku akibat perkongsian barangan penjagaan kulit, peralatan logam seperti nikel atau aluminium.

Kesan ketuat kelamin tidak dapat dilihat atau disedari dalam tempoh singkat kerana masa pengeramannya yang lama. Individu yang dijangkiti hanya akan melihat kesannya setelah berbulan-bulan bahkan bertahun- tahun selepas mengadakan hubungan seks dengan penyebar. Saiznya yang hanya sebesar satu hingga dua milimeter membuatkan ia sukar dikesan.

Mudah Merebak
Bahayanya, ketuat kelamin akan membiak dan bertambah jika tidak dirawat. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain dan menularkannya kepada pasangan. Bahkan beberapa jenis virus ini mampu menyebabkan ketumbuhan sel tidak normal. Seterusnya bertukar menjadi kanser jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan. Antara kanser yang boleh terjadi akibat penularan virus ini ialah kanser prostat, kanser usus dan kanser dubur.

Cara paling efektif untuk mengelakkan diri daripada serangan ketuat kelamin adalah dengan menjauhi hubungan seks dengan individu yang telah menghidapi penyakit tersebut. Justeru, bersikap setialah pada pasangan dan elakkan hubungan seks secara rambang atau bertukar-tukar pasangan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti.

Satu lagi kaedah yang boleh dilakukan untuk mencegah penyakit ini adalah menerusi penggunaan kondom yang betul dan menutupi bahagian yang terkena jangkitan penyakit ketuat kelamin. Namun begitu, kondom tidak dapat menutupi seluruh kulit yang telah dijangkiti kulit kelamin sehingga membuatkan risiko untuk mendapat penyakit ini masih ada biarpun ia berada di paras rendah.
Jika anda menyedari kehadiran ketuat kelamin di bahagian alat kelamin, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Doktor boleh mengesahkan kehadiran ketuat kelamin menerusi pemeriksaan fizikal sahaja.

Hanya doktor yang mampu merawatnya dan jangan bertindak bijak untuk merawat sendiri kutil kelamin yang anda hidapi. Ini kerana walaupun ketuat mampu dihilangkan tetapi virus akan kekal di dalam badan dan tidak boleh dirawat sehingga berlaku berulang kali setelah dibuang.

Rawatan bergantung pada jenis Rawatan penyakit ini adalah tidak selesa dan ada kalanya menyakitkan. Ia juga tidak selalu berkesan, boleh gagal sehingga masalah berulang semula. Rawatan bergantung pada jenis, kedudukan dan bilangan ketuat.

Lazimnya ketuat yang lembut dan belum diselaputi keratin boleh dirawat dengan ubat sapu. Rawatan boleh dilakukan oleh pesakit di rumah dengan jangka masa rawatan di antara satu hingga empat bulan.

Manakala ketuat keras yang diselaputi keratin perlu dibuang menerusi pembedahan kecil atau memusnahkannya melalui kaedah krioterapi atau elektrokauteri. Krioterapi adalah penggunaan kesejukan dalam rawatan penyakit sedangkan elektrokauteri merujuk kepada pembinaan tisu berpenyakit melalui jarum yang dipanaskan secara eletkrik.

Selain itu, rawatan laser juga boleh dijalani. Pembuangan sel ketuat juga boleh dilakukan dengan pantas dan mudah kerana laser yang dijana dengan karbon dioksida mampu bertindak secara khusus dan tepat ke atas ketuat.

SUMBER:mingguanwanita

Bila Golden Churn Butter HARAM.......

Walaupun pihak berkuasa meminta agar pengusaha pasar raya dan peruncit mengasingkan segera mentega mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke seksyen tidak halal, namun masih ada yang tidak peduli.
Selain hanya mengasingkan produk itu beberapa sentimeter dari produk halal, tiada sebarang notis tidak halal ditampal pada bahagian mentega DNA babi terbabit.


Golden Churn butter


Tapi ada pula yg cakap hanya Golden Churn Butter di dalam tin seperti gambar di atas sahaja yang haram. macamana pula dgn produk yang lain walaupun keluaran Golden Churn Butter??? senang je..dah kata Golden Churn Butter 2 haram...Maka,jangan la bli lagi produk jenama Golden Churn Butter walau dalam bentuk apa pun.



Petikan dari keratan kosmo online:
KUALA LUMPUR - Semua pengusaha pasar raya dan peruncit diminta mengasingkan segera mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke dalam rak seksyen tidak halal dengan segera. Ia bagi mengelakkan umat Islam daripada terbeli mentega berkenaan sebagai bahan membuat kek dan biskut sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.  Ketua Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, pihak berkenaan juga perlu melupuskan logo halal yang tertera pada bungkusan mentega tersebut. "Kami meminta kerjasama semua pengusaha pasar raya dan peruncit supaya mengasingkan segera mentega mengandungi DNA babi itu daripada rak halal ke dalam rak tidak halal dengan segera,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia disahkan tidak halal kerana mengandungi DNA babi. Sementara itu, Eksekutif Perhubungan Awam pasar raya Carrefour, Salmieah Mohd. Zin berkata, pihaknya telah menghentikan penjualan mentega tersebut dua minggu lalu selepas pengguna mula meraguinya. "Kita ada dengar cerita mentega ini ada DNA babi dan disebabkan logo halalnya bukan daripada Jakim, maka penjualannya kita hentikan dua minggu lepas," katanya.

13 Ogos 2011

kibarkan Jalur Gemilang

entri melekat
 hingga 31 ogos 2011
scroll ke bwh untuk entri baru.........


Berbanggalah kita menjadi rakyat Malaysia...
kibarkan Jalur gemilang kat blog korg jugak...



Tema Hari Kemerdekaan ke 54:

 “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

selamat menyambut hari kemerdekaan ke-54....

Cekur Legakan Penyakit

cekur

Nama botani cekur ialah Kaempferia galanga, dan tergolong dalam famili Zingiberacea.  Dalam bahasa Thai, cekur dikenali dengan nama Pro hom. Herba yang tidak berbatang ini tumbuh melebar di atas tanah. Bentuknya seperti kunyit tetapi berwarna coklat kekuning-kuningan. Tumbuhan bersaiz kecil ini mempunyai daun dalam anggaran dua hingga tujuh helai. Daunnya berbentuk bujur tirus, licin dan tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Bahagian hujung daunnya agak runcing dan saiznya boleh mencapai 15 sentimeter panjang dan 10 sentimeter lebar. 

Selain itu, cekur juga mempunyai bunga berwarna putih keunguan. Pada bahagian rizomnya pula terdapat ubi-ubianberbentuk seakan-akan jari. Apa yang istimewanya tentang tumbuhan ini adalah tentang daun dan akarnya yang mempunyai aroma yang unik serta membangkitkan selera.



Kegunaan
Dalam perubatan tradisional Melayu, rizom cekur sering digunakan sebagai salah satu ramuan untuk mengubati beberapa jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, muntah, sakit urat dan beberapa penyakit lain. Caranya adalah dengan memakan bahagian rizomnya secara segar. Ada juga yang minum air perahan rizomnya untuk mengatasi penyakit-penyakit tersebut.

Manakala dalam perubatan tradisional Cina, akar rizom cekur yang telah matang dibersihkan untuk diluntur dengan asap sulfan (sulfan atau sulfur trioxide adalah bahan kimia yang bersifat mengakis dan sesuai dijadikan peluntur) selama sehari sebelum dijemur kering. Rizom cekur tersebut kemudiannya digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi, menghilangkan kelemumur dan membunuh kutu di kepala.
Selain itu, perubatan tradisional Cina turut menggunakan bahagian rizom cekur yang segar untuk mengatasi masalah sembelit, sakit kepala dan membuang angin dalam perut.
Di Indonesia,  wanita di sana menggunakan rizom cekur sebagai salah satu bahan dalam pembuatan jamu dan tonik. Bagi melegakan selesema, caranya mudah sahaja; pesakit hanya perlu menghidu bau rizomnya. 
Di samping itu, daun cekur banyak digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai ulam-ulaman. Orang tua-tua berpendapat bahawa daunnya mampu menambah selera makan.
Selain berguna dalam mengubati penyakit tertentu, cekur turut bermanfaat untuk wanita selepas bersalin. Rizom cekur dipercayai dapat menghangatkan bahagian perut, mengurangkan bengkak, kebas otot dan menyembuhkan luka di dalam perut.
Malah amalan meminum air asam jawa bersama campuran cekur sepanjang tempoh berpantang mampu mengempiskan perut.
Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan pula, anda boleh mengambil inisiatif dengan mengamalkan makan cekur bersama kunyit dan pucuk betik. Amalan ini berupaya menambahkan kuantiti susu badan anda.
Info penting
1. Mereka yang ingin mengamalkan pengambilan pokok cekur sebagai sebahagian bahan dalam tonik dan jamu, dinasihatkan supaya merujuk kepada ahli botani yang diiktiraf terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini.
2. Pesakit dinasihatkan agar menghentikan pengambilan rizom cekur jika berlaku kesan buruk pada kesihatan selepas pengambilan herba ini. Segera dapatkan rawatan di hospital atau klinik yang berdekatan untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
3. Awas! Bagi mereka yang tidak gemar memakan tumbuhan herba, rasa cekur amat pahit. 

Lelaki! Jangan Ambil Remah Soal Kesihatan


Rata-rata lelaki meninggal dunia lima tahun lebih awal daripada wanita. Ini kerana melalui kajian mendapati ramai lelaki kurang mengambil berat soal kesihatan diri mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan golongan ini beranggapan tubuh mereka lebih kebal berbanding wanita.

Kejahilan mereka terhadap serangan penyakit ini turut dipengaruhi oleh kurangnya pemahaman tentang kesihatan berbanding wanita. Ketidaktahuan ini secara tidak langsung meningkatkan lagi risiko mereka terhadap sesuatu penyakit yang tidak begitu serius pada awalnya sehingga berubah menjadi serius kerana dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya.

Dalam pada itu, sikap lelaki yang tidak bersedia untuk mengubah tabiat atau perilaku tidak sihat mereka memburukkan lagi keadaan. Misalnya, tabiat merokok, meminum minuman keras, mengambil daging merah dan makan makanan goreng dalam kuantiti yang banyak. Amalan atau tabiat tersebut boleh menjejaskan kesihatan mereka. Namun, malangnya mereka tidak berusaha untuk mengubahnya.

Yang pasti, tabiat dan perilaku kebal terhadap serangan penyakit sebenarnya telah sebati dalam diri mereka sejak kecil. Ini kerana lelaki telah dididik sejak kecil supaya mengabaikan sesuatu yang menyakitkan.

Dengan berbuat demikian, kononnya rasa sakit yang mereka alami itu akan lenyap seiring dengan waktu. Justeru, mereka tidak perlu berasa khuatir terhadap tubuh atau memanjakan diri mereka sendiri. Disebabkan itu juga, maka tidak hairanlah sekiranya mereka mampu menahan kesakitan.

Selain itu, atas faktor ini juga lelaki tidak mempunyai masalah untuk terlibat dengan kegiatan atau sebarang aktiviti yang mungkin membahayakan diri mereka sendiri. Mereka tidak takut mengalami kecederaan dan tidak gentar biarpun terpaksa berhadapan dengan risiko.

Apa pun, realitinya, lelaki akan hanya bertemu doktor apabila dirinya tidak mampu lagi menahan kesakitan. Pendek kata, selagi mereka mampu menanggungnya, selagi itulah mereka tidak akan bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan.

Terdedah Dengan Tekanan

Lelaki berusia dalam lingkungan 45 hingga 54 tahun berisiko tiga kali lebih kerap mati akibat serangan jantung berbanding wanita. Kadar kematian lelaki akibat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, buah pinggang, strok dan kanser lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita.

Akibat tidak mampu menanggung tekanan hidup, ramai lelaki yang mengambil keputusan untuk membunuh diri sebagai langkah menamatkan riwayat hidup mereka. Jumlah lelaki yang mengalami masalah mental adalah 40 peratus lebih tinggi berbanding wanita.

Dari aspek sosial, lelaki lebih terasing daripada keluarga kerana komitmen terhadap kerjaya. Keadaan ini secara tidak langsung memberi batasan hubungan mereka untuk bermesra dengan isteri dan anak-anak. Malah, ada di antaranya yang terlibat dengan skandal atau hubungan sulit dengan wanita lain.Dari sudut psikologi, lelaki lebih terdedah dengan tekanan dan banyak terlibat dengan kes keganasan rumah tangga termasuk penderaan.



Akibatnya mereka terlibat dengan kanser prostat dan kanser buah zakar. Pun begitu, tidak ramai lelaki yang tahu dan mengambil tahu mengenainya dan cara bagaimana untuk mencegahnya seperti masa wanita yang mengambil berat masalah ini.







11 Ogos 2011

Matahari hambur letusan amat kuat


GAMBAR yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan letusan di matahari kelmarin.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat – Matahari menghamburkan letusan api amat kuat kelmarin sekali gus yang terbesar dalam tempoh hampir lima tahun.
Saintis-saintis memberitahu, impak fenomena berkenaan ke atas sistem satelit dan komunikasi adalah kecil kerana letusan berlaku di permukaan matahari yang membelakangkan Bumi.
Seorang saintis angkasa lepas A, Joe Kunches yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca negeri Colorado berkata, cuma terdapat laporan gangguan gelombang radio pendek di Asia susulan letusan kuat itu.
Matahari kini berada dalam fasa perubahan memasuki kitaran lebih aktif.
Saintis-saintis meramalkan akan berlaku lebih banyak letusan solar dalam masa lima tahun akan datang dengan letusan solar serupa berlaku pada Disember 2006.
sumber;kosmo

09 Ogos 2011

Segar walaupun berpuasa



Soalan: Sebagai lelaki saya perlu kelihatan sentiasa segar lebih-lebih lagi pekerjaan saya memerlukan banyak aktiviti luar.Namun, di bulan puasa ini, saya sering berasa lemah. Ada yang berpendapat bahawa perokok tegar akan lebih lemah semasa berpuasa. Benarkah hal ini? Adakah cara lain untuk menambah tenaga selain bersahur? Perlukah saya mengambil suplemen?

Jawapan:

Pertamanya mungkin agak kurang tepat untuk mengatakan hanya lelaki perlu kelihatan sentiasa segar kerana kaum wanita pun perlu kelihatan dan sentiasa 'segar' iaitu sihat sejahtera, fizikal, mental, sosial dan spiritual. Di awal puasa, kebanyakan orang yang tidak pernah melatih diri mereka berpuasa akan merasakan keletihan. Tetapi yakinlah bahawa dengan berpuasa kita akan menjadi lebih sihat kerana telah banyak bukti saintifik berkenaan kebaikan berpuasa terhadap kesihatan kita. Keadaan keletihan tidak hanya berlaku kepada perokok tegar seperti saudara tetapi baguslah jika saudara sedar kesan negatif rokok dan mula menanam azam untuk berhenti sepenuhnya bermula bulan Ramadan yang mulia ini. Yakinlah juga bahawa rokok akan memberi saudara banyak masalah kesihatan dikemudian hari.

Keletihan yang teruk mungkin berlaku bagi pengidap diabetes mellitus disebabkan kandungan gula dalam darah yang sangat rendah. Jika kandungan gula sangat rendah, pesakit diabetes mellitus perlu berhenti berpuasa dan perlu semak dos ubat-ubatan yang diambil. Mereka juga perlu menjaga pemakanan. Sebenarnya tidak ada cara yang khusus untuk saudara menambahkan tenaga kecuali dengan memastikan keseimbangan pemakanan dan aktiviti harian yang saudara lakukan.

Jangan jadikan puasa alasan untuk tidak menjalankan kerja dengan lebih baik kerana berpuasa akan memberikan saudara peluang untuk lebih fokus terhadap kerja yang diberikan dan mempunyai lebih masa kerana tidak perlu makan tengahari atau pun mengambil masa rehat. Bahkan saudara sepatutnya menjadi lebih produktif di bulan Ramadan ini.

Jika anda tidak mempunyai masalah selera makan, pengambilan suplemen adalah tidak perlu. Pastikan makanan yang diambil berkhasiat dan seimbang dari segi karbohidrat, protein, mineral dan sebagainya, atau dengan kata lain ambillah nasi dengan kadar yang perlu di samping banyakkan mengambil ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan air. Selamat berpuasa dengan bertenaga dan semoga bulan Ramadan ini menjadi titik tolak saudara membuang tabiat merokok.

07 Ogos 2011

Jojie manis bertudung


JOJIE
RAMAI yang memuji penampilan dan hijrah kakak kepada penyanyi rock Ella, Jojie Aminuddin. Sebaik sahaja gambar-gambar kemunculan Jojie bertudung dimuat naik di laman sosial Twitter dan Facebook, ramai yang bertanyakan tentang kebenaran hijrah tersebut.
Sambil tersenyum, hanya dapat mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur dengan kemanisan Ramadan yang dibawakan Jojie. sangat manis Jojie berimej sebegitu dan harap berkekalan. 

Ally Iskandar kelu lidah bicara kisah cinta

KALAU sudah bukan jodoh. Desas-desus berita terlerainya ikatan pertunangan antara pengacara Ally Iskandar, 35, dan Nur Aishah Zainal, 26, akhirnya terjawab setelah pengacara berkenaan membuat kenyataan media baru-baru ini.

Ally yang ditemui pada sesi rakaman Mentor Raya di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Khamis lalu mengakui hubungannya dan Nur Aishah yang merupakan naib johan Gadis Melayu musim pertama putus setelah lima bulan bertunang.
"Pertunangan kami secara rasmi putus pada 30 Julai lalu setelah pihak keluarga saya yang diwakili kakak dan bapa saudara menemui keluarga Aishah di rumahnya.
"Apa yang boleh saya katakan kami putus secara baik dan ini adalah keputusan kami bersama. Walaupun berasa sedih, tetapi saya reda apabila kami ditakdirkan tidak dapat mendirikan rumah tangga," ujarnya.
Ditanya tentang punca perpisahan mereka, Ally menjelaskan ia disebabkan tiada keserasian yang terjalin walaupun mereka berdua sudah cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Jelas Ally, meskipun tiada lagi sebarang ikatan dengan Aishah, tetapi hubungan mereka berdua tetap baik dan masih lagi berkawan sehingga kini

"Memang keputusan yang dibuat ini cukup berat kerana ia adalah sebahagian daripada harapan keluarga untuk melihat saya berumah tangga memandangkan usia saya kini sudah mencecah 35 tahun.
"Walaupun keputusan yang dibuat ini adalah saat umat Islam hendak menjalani ibadah puasa, namun bagi kami ia lebih baik sekiranya perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin," ujarnya.
Ally enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada dia masih sayang dan cinta terhadap bekas tunangnya itu memandangkan ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum.
Jelasnya lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu mendedahkan tentang kisah putus tunangnya kerana tidak mahu ibunya menjadi terlalu sedih terhadap apa yang telah menimpa ke atas dirinya.
"Sehingga kini ibu saya masih lagi bersedih setelah arwah ayah meninggal dunia pada bulan April lalu. Dengan apa yang terjadi kepada saya sekarang tentunya membuatkannya berasa lebih sedih," ujarnya.
tinggal kenangan;saat bahagia Ally & Aishah
Ally dan Aishah mengikat tali pertunangan pada 11 Februari lalu dan dijadualkan mendirikan rumah tangga pada akhir tahun ini.

sumber: kosmo