26 Ogos 2013

Proton SUPRIMA S~~`harga dan spec~~~`








HARGA

Suprima S:-
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638
Suprima S – secara mudah, model ini sebenarnya adalah Proton Preve versi hatchback. Daripada komen yang diterima, ramai yang kurang berpuas hati dengan rekabentuk belakang Suprima S.  Lampu bahagian belakang tidak cukup menggoda pada pandangan kaki kereta. Namun bahagian depan Suprima S memang tidak dinafikan mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik perhatian.


REKAAN DALAMAN

dalam4 457x640 Berbaloikah Membeli Proton Suprima S?

Suprima S - ciri-ciri seperti GPS dikuasakan Android, wifi, 7 inci LCD untuk pemain DVD dan 4-6 speaker berdasarkan model, memang terserlah kecanggihan yang ditawarkan.


KESELAMATAN

Suprima S - enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur



ENJIN

Suprima S - 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.

15 Ogos 2013

Kesan Air putih Selepas Tidur

Air putih
 

Alasan bulan puasa tidak boleh dijadikan sebab seseorang tidak sempat minum air putih. Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh, malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh.
 
 
Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur.  Oleh itu sewaktu bersahur, kita perlu 'paksa diri' untuk minum air putih. Ini adalah sebab-sebabnya:
 
 
 
Seimbangkan sistem buah pinggang 
Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan.
 
 
Kulit lebih berseri 
Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri.  Bahkan, ia dapat membantu membersihkan racun dalam darah.
 
 
Langsingkan tubuh
Cuba minum dua gelas air setiap bangun tidur.  Rajin-rajinlah minum air pada pagi hari dan boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 peratus.
 
 
Tambah darah
Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi.  Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.
 
 
Membersihkan usus
Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya.