07 Julai 2012

Membaca Watak Lelaki Melalui Pakaian


Pakaian dan cara berpakaian mencerminkan keperibadian serta perwatakan seseorang lelaki. Ada lelaki yang cenderung berpakaian rapi dan bersih tidak kurang juga yang suka bergaya ringkas selain sukakan gaya yang agak selekeh.

Bagi wanita yang mahu menge nali seseorang lelaki, pemerhatian secara jarak jauh melalui pakaian boleh membantu dalam mengetahui per sonaliti mereka. Terdapat lima kategori lelaki yang boleh dikenali dari cara pemakaiannya


Kemas Dan Teliti
Lelaki jenis ini berketerampilan sangat teliti dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Lelaki ini sangat menitik beratkan warna dan jenis kain yang dipakai, semuanya harus sesuai, bahkan rambut juga harus sesuai dengan pakaian yang dikenakan.

Di sebalik penampilan itu, lelaki jenis ini juga punya kelemahan tersendiri seperti kerap kali meragui diri sendiri dan was-was dalam sesuatu perkara. Mereka ini kebiasaannya bersifat rendah diri dan tidak kuat kepercayaan diri.

Berpakaian Ketat Dan Ringkas
Lelaki jenis ini suka mengenakan pakaian yang ketat dengan kancing baju terbuka di bahagian dada. Cara pakaian ada kalanya lebih kepada gaya koboi (country). Pada pandangan wanita, mereka tetap menarik tetapi lelaki jenis ini ada kelemahannya yang tersendiri. Golongan lelaki ini dikatakan bersifat ego dan mementingkan diri sendiri. Mereka ini juga digambarkan sebagai individu yang kurang kemahiran komunikasi dalam pergaulan dan suka menyinggung perasaan orang lain. Dari segi membuat keputusan, mereka ini tidak mempunyai pendirian yang tetap dan tidak matang


Praktikal Dan Ikut Suasana
Lelaki jenis ini lebih praktik dalam banyak hal berbanding lelaki lain. Kebiasaannya mengenakan pakaian yang tidak berlebihan seperti kemeja T yang kemas dan sedap mata memandang. Walau pun agak ringkas ia mengenakan pakaiannya dengan rapi.

Lelaki jenis ini digemari wanita kerana digambarkan sebagai orang yang tenang dalam mengambil keputusan. Jika mereka ingin membuat sesuatu keputusan, mereka akan memikirkan sebaik-baiknya dari segi pro dan kontra.

Lelaki daripada kumpulan ini juga tidak suka pada kongkongan, berjiwa bebas dan jika dikongkong, mereka ini akan cepat memberontak. Dari segi hasil kerja, mereka selalu tidak puas hati dan ini menjadikan mereka ini lebih berwawasan.

Pentingkan Keselesaan Diri
Lelaki jenis ini cenderung mengenakan pakaian mengikut kepua san dirinya tanpa meng hiraukan orang lain dengan konsep ‘ikut suka’. Biasanya pakaian yang dikenakan tidak menepati cita rasa ramai orang, contohnya, baju yang tidak digosok (berkedut), memakai pakaian yang tidak dicuci, mengenakan stoking yang tidak sesuai dengan kasut dan kasut yang tidak sesuai dengan seluar atau baju yang dipakai.

Bagaimanapun keterampilan seperti ini masih dapat memikat ramai wanita. Lelaki dalam golongan ini biasanya mempunyai keperibadian yang kuat serta keyakinan yang tinggi. Mereka juga digambarkan sebagai agresif dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling. Lelaki yang gemar berpakaian seperti ini juga bukanlah pemalu atau canggung sebaliknya mereka dikatakan memiliki hati yang terbuka atau jiwa yang panas.

Rapi Dan Formal
Cara berpakaiannya lengkap teliti dan lebih konvensional seperti mengenakan kasut yang berkilat dan sut yang padan dan lengkap. Pendek kata, penampilan mereka sangat menarik. Lelaki jenis ini digemari oleh wanita kerana memiliki keperibadian yang utuh dan berpendirian teguh. Selain itu, lelaki jenis ini turut digambarkan sebagai seorang yang berfi kiran matang, ‘gentleman’ dan sentiasa menepati janji.