31 Mac 2012

Gaya Busana Sesuai Personalitimu

Penampilan yang menarik tidak semestinya bersandarkan kepada gaya solekan semata-mata, sebaliknya ia boleh terserlah melalui gaya pemakaian busana. Malah, busana yang dipilih andai sesuai dikenakan, pasti mengundang mata memandang tak kurang juga mulut yang memuji.

Ia juga akan menambahkan keyakinan dalam diri seseorang. Pun begitu, masih ada sesetengah wanita yang tertanya-tanya bagaimana cara mudah untuk mengaplikasikan gaya mereka sendiri. Apakah hanya bersandarkan kepada minat
selesa, trend semasa atau sebagainya. MW kali ini mendedahkan jenis –jenis gaya yang mungkin sesuai dengan personaliti anda.

Romantis
Romantis adalah wanita yang mempunyai kebiasaan yang sangat feminin. Golongan ini selesa tampil dengan pakaian yang sederhana namun cantik dan feminis selain fokus utama lebih ke arah menonjolkan kecantikannya.

Kebiasaannya, wanita ini gemar dengan busana bermotif, jaket lembut, blaus renda, gaun dan sebagainya. Pilihan warnanya akan cenderung lebih lembut, seperti merah jambu, langit biru, hijau atau kebiru-biruan. Untuk kasut pula, mereka selesa memilih jenis bertumit tinggi berbanding jenis sandal.

Diva
Gaya diva adalah wanita yang ingin tampil menjadi sorotan di hadapan semua orang. Walaupun mungkin tidak memiliki wajah yang menarik, namun mata yang memandang pasti akan tertarik kerana cara wanita tersebut yang bijak mengekspresikan gayanya dan memancarkan keyakinan serta daya tarikan.

Kebiasaannya, busana dengan rona cerah menjadi pilihan selain rekaan yang ceria dengan banyak gemerlapan dan aksesori yang mempesona. Nama pun ingin menonjol justeru pilihan aksesori yang gemerlapan sesuai digayakan.

Aktif
Pencinta alam terbuka adalah wanita yang tampil dengan karakter yang ramah yang sesuai dengan penampilan mereka. Wanita kategori ini sememangnya sangat aktif, riang dan bukan seorang yang malas. Jenis busana yang menjadi pilihan pastinya yang sporty seperti jean atau sandal. Selain itu, mereka juga kurang gemar dengan aksesori
memandangkan wanita ini kurang gemar berdandan. Sebaliknya, mereka lebih selesa dengan gaya sederhana asalkan mudah dan selesa tatkala dikenakan.

Tradisional
Tradisional adalah wanita yang menyukai gaya klasik dan sesuatu yang sangat tradisional, konservatif. Wanita sebegini dapat mengekspresikan gayanya dengan praktis dan fungsional.

Untuk mengenali wanita jenis tradisional mudah sahaja, lihat dari segi pakaian mereka yang bertemakan klasik, gaya yang sangat konservatif dan tidak mempunyai banyak variasi warna. Bagi mereka, itu bukan sesuatu yang penting.

Pintar dan Berwibawa
Wanita dalam kategori ini amat menghargai busana kerana bagi mereka ia adalah lambang status. Wanita sebegini ini akan selalu kelihatan sempurna tanpa ada cacat mulai dari hujung kepala hingga hujung kaki.

Selain itu, mereka juga tidak kisah melaburkan ribuan ringgit hanya untuk pakaian dan rawatan kerana bagi mereka kedua-duanya paling penting dalam gaya hidup mereka. Tidak hairanlah jika dibuka almari pakaian mereka, pasti kelihatan busana dari jenama yang mahal dan rekaan eksklusif dari pereka terkenal memandangkan wanita jenis ini amat mementingkan kualiti untuk bergaya.

Si Penggoda
Wanita ini suka tampil dengan gaya yang seksi dan kelihatan cukup menggoda. Dia memancarkan sensualiti dan tidak memilih busana yang akan dipakai. Mereka lebih gemar baju dengan rekaan bergaris atau bermotif kulit haiwan. Mereka juga selalunya tampik dengan kasut bertumit tinggi malah dilihat seksi.

Cantik Di Hati
• Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain menjadi sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidaklah menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit.
• Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau.

sumber;mingguanwanita

Sperma Tak Berkualiti Kecewakan Isteri

Setiap pasangan berumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata. Namun tidak semua bernasib baik dianugerahkan zuriat dalam tempoh yang terdekat. Ada di antaranya bertahun-tahun hidup bersama tetapi hasilnya tetap kecewa.
Mungkin ada yang terlepas pandang, antaranya perihal sperma yang dihasilkan suami. Sejauh manakah ia berkualiti? Ramai suami yang tidak memikirkan perkara ini sebaliknya hanya sekadar mahu ejakulasi. Keadaan ini membuatkan isteri yang menginginkan cahaya mata kecewa.
Jadi jika anda ingin menjadi bapa dalam masa yang terdekat maka ikuti tip yang diberikan bagi meningkatkan jumlah dan kualiti sperma.



Belajar untuk berhenti merokok
Lelaki dan rokok sangat sinonim biarpun sejak kebelakangan ini wanita juga menjadi penggunanya. Sekiranya anda prihatin pada pasangan dan inginkan kualiti kesihatan yang baik maka berhentilah merokok.
Di samping menyebabkan nafas berbau, perokok juga mampu mempengaruhi kekurangan jumlah sperma. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan menemui bahawa perokok memiliki jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok.

Jadi, tunggu apa lagi. Cubalah berhenti dari sekarang sekiranya anda benar-benar prihatin tentang zuriat dan kesihatan diri serta pasangan yang dicintai.

Elak pakai seluar ketat

Mungkin ada yang tersenyum bila membaca fakta ini. Hakikatnya ia benar dan bukan sesuatu yang lucu. Sebolehnya elakkan dari memakai seluar yang ketat dan kurang pengaliran udara. Ini kerana, testis perlu memiliki suhu yang lebih sejuk berbanding bahagian tubuh lain.
Oleh kerana itulah maka seluar yang dipakai terlalu ketat secara tidak langsung mengganggu keselesaan testis untuk bernafas. Sekali gus ia menjadi faktor pendorong untuk mengurangkan jumlah sperma seseorang lelaki.

Pilih makanan yang baik dan seimbang

Makanan yang baik menjamin tubuh yang sihat. Begitu juga dengan pola pemakan yang perlu diambil bagi meningkatkan produksi sperma. Semuanya harus rendah lemak, tinggi kandungan protein dan banyakkan sayur-sayuran. Biar semuanya seimbang dan menyihatkan.

Rancang waktu untuk seks

Masalah sperma cair mungkin berlaku disebabkan oleh kekerapan ejakulasi. Ini kerana sperma akan berkurangan apabila hubungan intim dilakukan dalam tempoh waktu yang agak dekat.
Mungkin setiap hari atau selang dua hari, siapa tahu. Oleh itu, rancanglah masa yang sesuai untuk bersama dengan pasangan. Tidak semestinya kalau sehari tidak berhubungan akan menjejaskan kualiti perkahwinan.

Katakan tidak pada alkohol

Selain merokok, satu tabiat lagi yang perlu dihentikan ialah pengambilan alkohol. Ini kerana ia mampu menjejaskan fungsi hati sekali gus menyebabkan peningkatan estrogen dalam badan.
Kesan estrogen yang tinggi secara tidak langsung mempengaruhi produksi sperma. Dengan mudah, jumlah sperma akan berkurangan sekiranya anda masih tegar mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak dan kerap.

Selain itu elakkan dari mengambil dua makanan berikut :

1. Daging berlemak

Daging memang baik untuk membekalkan tenaga tetapi jika berlebihan, ia mengundang masalah kesihatan pada anda. Memakan daging dengan kuantiti yang banyak menyebabkan pengambilnya malas bergerak, agresif dan fikiran yang tidak tenang.

Oleh itu, kurangkan kuantiti pengambilan daging dalam diet makanan harian kerana ia boleh membuatkan anda tidak bersemangat untuk melakukan seks bersama isteri tercinta.

2. Makanan segera
Umum mengetahui, makanan segera mengandungi bahan kimia yang mampu merosakkan tahap kesihatan diri seseorang. Malah pengambilan terlalu kerap juga dikatakan boleh melemahkan sperma sekali gus mengakibatkan masalah kemandulan. Jadi cuba elakkan pengambilannya dan sediakan makanan yang sihat agar keluarga lebih bahagia.

29 Mac 2012

KEDAI BUKU YANG TERIMA BAUCER BUKU RM200 (BB1M)







Antara Senarai syarikat yang menerima Baucer Buku 1 Malaysia adalah seperti berikut :


1. Syamoz Sdn Bhd
2. Sykt Muda Osman Sdn Bhd
3. BN Supplies & Trading
4. Dynamik
5. Popular Bookstore
6. Boarders
7. Arena Ilmu
8. A/C Book Sdn Bhd
9. Syarikat My Bookstore Sdn Bhd (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
10. Uniworld Bookstore (Kota Samarahan) (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
11. MPH
12. Kinokuniya
13. PTS
14. Kedai/koperasi buku universiti korang 
(*untunglah kalau koperasi uni korang ada jual banyak buku, uni aku takde pun =.=)


*AMARAN!!!!!
- Elakkan baucer anda dari terkoyak, sedikit pun jangan. sesetengah kedai memang akan reject terus.
- Elakkan dari kena air.
- Pastikan cop universitu jelas dan penuh. sesetengah kedai ada juga yg reject, depends on cashier.
- MPH Alamanda tak benarkan ambik majalah guna baucer. MPH lain tak pasti.
- POPULAR boleh ambik apa saja, kecuai topup.
- Boarders tak boleh ambik majalah, dan boleh pakai hanya RM10 untuk alat tulis.
- Kerajaan mungkin ambik tindakan mana-mana pelajar yang menjual baucer mereka kepada pihak lain.



24 Mac 2012

Mulut Berbau Punca Anda Dijauhi



Pelik apabila setiap kali anda berkata-kata, ada yang cuba mengelak daripada berkomunikasi langsung dengan anda? Kalau begini situasinya cuba anda letak tapak tangan di mulut dan hembuskan udara dari mulut.

Selalunya pasti ada bau yang kurang menyenangkan yang terbit dari mulut anda sendiri. Apa perasaan anda? Tentunya malu dan menyebabkan anda kurang keyakinan diri tatkala bertemu orang ramai.

Hakikatnya, masalah mulut berbau atau lebih dikenali sebagai halitosis dihadapi oleh ramai individu terutama sekali kelompok lelaki. Lebih memburukkan keadaan apabila seseorang lelaki itu merupakan perokok tegar. Ia bukan sahaja menyebabkan mulut anda berbau tetapi menjadikan gigi anda kelihatan hodoh.

Punca Halitosis
Halitosis disebabkan oleh pelbagai faktor. Bau kurang menyenangkan itu boleh datang dari masa ke semasa atau untuk jangka masa yang panjang, bergantung kepada puncanya.
Antara punca utama mulut berbau adalah dari bak teria yang membiak di dalam mulut. Bakteria hidup dan membiak dengan meng gunakan lebi han maka nan yang tidak dibersih kan dari gigi. Kemu dian bakteria ini merembeskan hasil per kumu han yang terdiri daripada asid dan sulfur yang menyebabkan bau kurang enak.
Kebanyakan bakteria bersifat anaerob iaitu hidup tanpa oksigen. Oleh sebab itu, kebanyakan bakteria hidup di kawasan yang sukar dibersihkan seperti di celah gigi, celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, di karang yang melekat di poket gusi dan celah rekahan pada lidah. Kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen. Keadaan mulut yang suam dan lembap menjadikan ia tempat yang ideal bagi pertumbuhan bakteria.
Mulut berbau boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut :
• Penjagaan kebersihan mulut yang lemah jarang memberus gigi dan tidak memberus gigi dengan betul akan mengakibatkan sisa-sisa makanan mereput di dalam mulut.
• Jangkitan di dalam mulut – periodontal (masalah gusi)
• Jangkitan saluran respirasi tekak, resdung atau masalah paru-paru
• Agen luaran bawang putih, bawang, kopi, merokok dan mengunyah tembakau
• Mulut kering (xerostomia) disebabkan oleh masalah penghasilan air liur yang tidak betul, pengambilan ubat tertentu atau ‘pernafasan mulut’
• Penyakit sistemik (keseluruhan badan) kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, penyakit paru-paru, resdung, penyakit ‘refluks’ dan lain-lain.
• Masalah perubatan hasil daripada kajian, 90% masa lah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihat kan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.



Mencegah Bau

Mulut berbau yang disebabkan oleh masalah dental boleh dicegah dengan mudah melalui penjagaan di rumah dan secara profesional. Ikuti langkah ini untuk memastikan nafas anda kekal segar :

• Berus gigi anda selepas setiap kali makan dengan meng guna kan ubat gigi berfluorida untuk menanggalkan sisa makanan dan plak.
• Berus lidah anda juga, sebaikbaiknya menggunakan berus gigi yang mengandungi pembersih lidah.
• Menggunakan flos gigi atau alat untuk mencuci ruangan di celah gigi sekali setiap hari.
• Menggunakan cecair pencuci mulut bagi memastikan mulut anda sentiasa rasa bersih dan nafas anda segar setiap masa.
• Kerap mengunjungi doktor gigi (sekurang-kurangnya dua kali setahun) untuk mem buat pemeriksaan dan pembersihan gigi.

Jika anda rasa mulut sentiasa berbau, catatkan makanan yang anda makan dan senaraikan jenis ubatan yang anda ambil. Sesetengah ubat mungkin boleh jadi punca mulut berbau.
Maklumkan kepada doktor gigi jika anda telah melakukan sebarang pembedahan atau mendapat penyakit sejak temu janji anda yang terakhir.

Anda juga boleh mencegah mulut berbau dengan minum lebih banyak air setiap hari untuk menolong badan meng hasilkan air liur. Setiap tegukan air melalui mulut sedikit sebanyak boleh melonggarkan serpihan makanan dalam mulut. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan minuman teh, ia dapat membantu lagi menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi poleypehnols yang merupakan bahan kimia tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria.

17 Mac 2012

Mencuba Untuk Hamil? 5 Perubahan Besar Yang Perlu Dibuat Pada Diet Anda

Perbaiki diet anda

Perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran kerana kesuburan berkait rapat dengan pemakanan yang sihat. Makan makanan yang mengandungi lebih kalsium seperti yogurt dan susu. bagi kaum lelaki, amalkan memakan vitamin seperti Vitamin C dan E, Zinc, asid folik penting untuk pengeluaran sperma yang sihat. Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kedatangan haid dan menyebabkan sukar untuk kita meneka bilakah masa subur.

Ambillah vitamin tambahan

Walaupun mungkin anda merasa yang anda telahpun mempunyai pemakanan yang optimal menerusi diet yang seimbang tapi anda masih juga disarankan untuk mengambil vitamin tambahan, terutama bagi mereka yang mempunyai pekerjaan atau sibuk melayan anak yang lain dirumah. Mengambil vitamin tambahan akan memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meninggikan peluang untuk hamil dan mendapat anak yang sihat.
Pastikan anda cuma mengambil vitamin yang disarankan oleh wanita hamil dan pada dos yang tertentu sahaja kerana memakan vitamin yang terlalu berlebihan mungkin akan memberi kesan sampingan kepada bayi yang sedang membesar. Sebagai contohnya terlalu banyak vitamin A adalah toksik kepada perkembangan janin. Berbincanglah dengan doktor pakar untuk maklumat yang tepat tentang ubat yang sesuai untuk anda.

Makanlah asid folik sekurang-kuranya 4 mg sehari

Vitamin ini telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida dan telah dikaitkan dengan kurangnya risiko untuk mendapat sakit jantung, kanser dan kencing manis. Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai kecacatan saraf, anda disarankan mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi dan hendaklah diambil satu bulan sebelum anda merancang untuk hamil, dan sekiranya anda telah hamil, teruskan memakannya sehinggalah kandungan sekurang-kurangnya 3 bulan.
Pilihlah ubat multivitamin yang mempunyai cukup dos untuk asid folik dan makanlah sayuran yang kaya dengan folik seperti tumbuhan hijau, buah-buahan yang banyak mengandungi jus, bijirin dan roti yang mempunyai folik.

Hindarkan tabiat buruk

Jangan meminum alkohol, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi cafin. Hentikan terus ubat-ubatan herbal atau traditional yang anda makan sekarang dan pastikan anda cuma memakan ubat yang disarankan oleh doktor, yang telah dipastikan selamat untuk mereka yang merancang untuk hamil. Juga, jauhi dari rokok atau mereka yang merokok kerana ia boleh memberi kesan terhadap kandungan anda.

Dapatkan berat badan yang ideal

 

Mengurangkan sikit berat badan anda (atau menambahkan sikit berat badan sekiranya anda s eorang yang terlalu kurus) sebelum mencuba untuk hamil adalah disarankan sekiranya anda mahukan kandungan yang tidak bermasalah. Terlalu gemuk atau kurus boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Lagipun, wanita yang mengalami berat berlebihan mempunyai lebih komplikasi semasa hamil dan mereka yang terlalu kurus pula boleh mendapat bayi yang kecil atau kelahiran pra-matang.
Rancanglah pemakanan yang baik yang mempunyai kurang lemak, yang banyak serat. Amalkan banyak senaman dan cuba untuk kurangkan berat setengah kilogram satu minggu dan jangan terlalu keterlaluan untuk mengurangkan berat badan anda kerana anda mungkin akan kehilangan nutrisi dari badan anda. Sesuatu yang anda patut elakkan semasa mencuba untuk mengandung.

16 Mac 2012

9 mimpi Nabi Muhammad S.A.W




Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi M...uhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW:

"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

06 Mac 2012

Fasha Sandha, Jejai Hadiri Kursus Kahwin

Fasha Sandha, Jejai Hadiri Kursus Kahwin
fasha n jejai

 Pelakon popular Fasha Sandha dan kekasih hatinya Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai telah menghadiri kursus kahwin di Mahligai Firdaus, Setiawangsa.berita tersebut disampaikan oleh peserta yang turut sama menghadiri kursus kahwin bersama mereka.Malah seorang hamba Allah tersebut turut berbesar hati berkongsi dua keping gambar Fasha bersama Jejai yang sempat mereka rakamkan.

 Kesungguhan Jejai patut di puji , kerana walaupun sebelum ini telah pun menghadirkan diri untuk kursus tersebut namun kerana sayangkan Fasha, dia tetap pergi menemani Fasha. So sweet!
Kursus perkahwinan itu, sememangnya salah satu perkara wajib yang harus dihadiri oleh pasangan yang ingin berkahwin bagi mendapatkan imu pengetahuan dan persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Tentunya hari bahagia Fasha dan Jejai sudah semakin hampir.

Apa pun, Murai Batu doakan yang terbaik buat Fasha dan Jejai ya. Murai Batu juga yakin peminat Fasha sudah tidak sabar menantikan pengumuman perkahwinan mereka

sumber: murai.com.my



01 Mac 2012

Cara Mengenali Lelaki Panas Baran

Panas baran! Banyak rumah tangga runtuh kerana sikap yang satu ini. Ia sering kali dikaitkan dengan lelaki kerana mereka dikatakan tidak mampu menahan sabar dengan setiap ujian.


Namun bagaimana mahu mengenali lelaki sebegini kerana anda mungkin tak dapat menilainya dari wajah. Lelaki panas baran boleh saja berwajah manis berbeza dengan sikap sebenarnya.

1. Biarkan Dia Menunggu
Sebenarnya untuk membezakan lelaki itu panas baran atau tidak adalah tergantung kepada raut wajah serta sikapnya. Perhatikan perkara ini. Anda keluar bersamanya tetapi terlewat tiba. Marahnya berapi-api seolah-olah perbuatan anda itu adalah satu kesalahan besar.

Jika begini karakter lelaki, dia sebenarnya seorang yang panas baran kerana tidak sanggup menunggu pada satu kejadian kecil dalam hidupnya. Kalau lelaki yang panas baran, dia tentu akan menghamburkan kata-kata menyakitkan hati dan oleh itu, anda harus berhati-hati dengan lelaki begini.

2. Minta Dia Mengajar Sesuatu
Dalam mencari erti kesabaran, cuba perhatikan perkara ini juga. Mintalah dia mengajar anda sesuatu. Kalau kata-katanya agak pedas dan panas di telinga anda, itu tandanya dia seorang yang panas baran dan agak sukar berunding. Lelaki yang penyabar akan mengajar anda sehingga pandai tetapi lelaki panas baran akan mudah melenting bila anda tidak berjaya mengikut apa yang dia inginkan.

3. Lihat Caranya Melayan Anak Kecil
Umum mengetahui kanak-kanak banyak kerenah. Oleh itu sewaktu bersamanya, bawa sekali anak saudara anda yang masih kecil. Tinggalkan mereka dan lihat cara mereka menanganinya.


4. Cemburu Atau Tidak
Percaya atau tidak, lelaki yang panas baran biasanya seorang lelaki yang kuat cemburunya. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh.
Justeru itu sebelum membuat pilihan, kajilah semua sikap lelaki agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Baran berkaitan dengan sikap dan semestinya sikap boleh diubah. Sebagai lelaki andalah khalifah kepada pasangan, justeru itu tunjuklah moral yang baik kepada pasangan.

Pilihan Hadiah Untuk Isteri Tersayang
Sempena hari istimewa, isteri anda mungkin mahu membelikannya sesuatu. Tapi apakah hadiah tersebut? Jika anda pening mahu memikirkannya, tip berikut mungkin boleh membantu anda.

Jam
Pentingnya masa membuatkan wanita menyukai jam. Bagi mereka, sesuatu yang terlekat di tangan adalah seumpama anda yang selalu berada di sebelah dirinya. Bayangkan dia membawa jam itu ke mana-mana, seumpama dia membawa diri anda bersamanya.

Telefon Bimbit
Gajet ini sangat disukai baik lelaki mahu pun wanita. Memberinya suatu kejutan dengan hadiah sebegini akan menambah erat lagi kasih sayang anda berdua. Tambahan jika anda memberikannya telefon yang canggih.

Aksesori
Sangat sinonim dengan golongan wanita. Anda sebagai lelaki harus mengetahui apa yang mereka sukai dan tidak. Jika anda mengetahui apa yang wanita sukai, anda adalah lelaki terbaik di mata dan hatinya.

Minyak Wangi
Lambang sikap romantis. Lelaki yang menghadiahkan teman wanitanya minyak wangi adalah lelaki yang mementingkan kebersihan diri selain mahu tampil berkeyakinan di khalayak ramai. Cuba perhatikan lelaki yang tidak kemas penampilannya, bukan saja tiada minyak wangi tetapi pakaiannya begitu bersahaja. Justeru itu, untuk menjadi lelaki disenangi wanita, hadiahkanlah produk ini kepadanya.

Produk Kecantikan
Dewasa ini terlalu banyak produk di pasaran. Ada produk menguruskan badan, produk kecantikan, kecergasan IQ dan minda serta banyak lagi. Apa kata, hadiahkan pasangan dengan produk ini. Ia satu kelainan tetapi wanita begitu menyukainya kerana ia berlainan sama sekali.