28 Oktober 2012

Tip Solekan Untuk Tampil Lebih Muda

Proses penuaan akan berlaku pada setiap yang hidup baik haiwan, tumbuhan mahupun manusia itu sendiri. Justeru, tiada siapa yang boleh lari dari melalui situasi tersebut. Pun begitu, dengan pelbagai masalah seperti pencemaran, pemakanan yang tidak sihat, terdedah pada sinaran matahari dan sebagainya menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat dari yang sepatutnya.
Tidak hairanlah, ada wanita yang masih muda namun tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis-garis halus, bintik-bintik hitam dan sebagainya mulai kelihatan pada wajah. Ini berlaku disebabkan akibat pendedahan diri kepada sinaran matahari tanpa sebarang perlindungan.
Justeru, mereka yang mula mengalami masalah tersebut mula tercaricari kaedah terbaik dalam membendung perkara tersebut dari berlaku lebih awal. Antara lain adalah dengan memakai solekan. Walaupun ia bukan cara terbaik untuk menyembunyikan kekurangan pada kulit, namun sedikit sebanyak dapat membantu dengan mengaplikasikan solekan:
 
Solekan Terhidrat

solekan yang terhidrat adalah kaedah terbaik untuk kulit anda yang mula mengalami tanda-tanda penuaan. Oleh itu lebih baik jika anda harus mencuci wajah terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang solekan. Sebelum itu, pastikan anda memakai pelembap bagi memastikan kadar kelembapan kulit bertahan selain mengelakkan dari kulit menjadi kering.
Setelah itu, barulah anda bebas mengenakan solekan pada wajah, namun pastikan pemilihan warna sesuai dengan usia, program atau majlis yang bakal anda hadiri. Selain dapat menutupi kesankesan penuaan yang ingin muncul seperti garis-garis halus serta lipatan wajah tidak mengganggu, anda juga boleh tampil menarik dan lebih berkeyakinan.
 
Penggunaan Bedak Asas

Proses penuaan yang berlaku akan menyebabkan kulit seseorang menjadi kering kerana kolagen yang terdapat di dalamnya sudah tiada. Malah, kulit juga menjadi semakin nipis. Oleh yang demikian, pemilihan warna solekan yang sesuai amat penting bagi mengelakkan wajah tampak kusam.
Sebaiknya, pilih warnawarna yang cerah. Sebelum itu, pastikan anda menyapu bedak asas atau foundation yang warnanya lebih terang dari warna kulit bagi menampakkan kesan semula jadi pada kulit. Bagi anda yang mempunyai masalah lingkaran hitam di bawah mata, gunakan concealer untuk menyembunyikan masalah tersebut selain membantu menutupi dan bintik-bintik hitam yang terdapat pada wajah.
 
Warna Natural

Untuk solekan, pilih warna yang natural bagi menampakkan mengelakkan kesan penuaan terlalu ketara selain membuatkan hasil solekan tampak lebih menarik. Aplikasikan juga maskara hitam dan eyeliner ketika rambut mulai beruban.
 
Sapuan Gincu Lebih Tebal

Seiring dengan pertambahan usia, kadar kolagen yang terdapat dalam lapisan kulit semakin lama semakin hilang. Justeru, kulit akan mula mengendur serta nipis. Ini turut berlaku pada bibir atas akan semakin lama semakin nipis.

 
Pun begitu, masalah tersebut boleh diatasi dengan menggunakan kaedah pemakanan pelembap bibir. Diikuti dengan pensel bibir dan terakhir adalah sapuan lipstik berwarna lembut. Untuk sentuhan akhir tambahkan pengilat di tengah bibir agar tampak lebih penuh.