29 Januari 2011

pengantin-tips pilih kad jemputan sesuai

Ikhlas menanti kehadiranSewaktu melihat kepelbagaian reka bentuk kad undangan perkahwinan yang dipamerkan di atas rak kedai, pasti mendatangkan keseronokan buat anda yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Sudah pasti terasa ‘rambang mata’ untuk memilih dan membuat keputusan. Tidak salah mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan kad yang berkualiti selain memenuhi kepuasan diri namun dalam masa yang sama, ingatlah pepatah ‘Ukur Baju Di Badan Sendiri’ agar wang
yang ada disalurkan sewajarnya. Ingatlah bahawa tidak semestinya kad yang dicetak dengan kos yang murah itu tidak cantik dan tidak semesti kad yang mahal
itu juga akan cantik penampilannya.

Jenis-Jenis Kad Undangan:

FORMAL
♥ Kebiasaannya berwarna putih. Ia selalunya menggunakan ivory, krim, putih atau warna yang keputihan.
♥ Selalunya menggunakan teknik emboss atau hot stamping.
♥ Biasanya menggunakan tulisan roman.
♥ Reka bentuk yang kemas, tiada grafik seperti bunga atau cincin atau sebagainya.

SEMI FORMAL
♥ Paling popular.
♥ Pelbagai gaya iaitu boleh dikombinasikan dengan pelbagai warna, reben, dan reka bentuk.
♥ Biasanya menggunakan kertas yang lebih nipis dan mempunyai tambahan reben.
♥ Lebih murah.

BERGAMBAR
♥ Kad undangan yang bergambar selalunya dibuat untuk simpanan dan tanda ingatan.
♥ Gambar biasanya dicetak dengan satu warna, atau sama warna dengan tulisan di dalam kad.

KEAGAMAAN
♥ Biasanya kad undangan dilipat dengan bahagian hadapan kad mengabadikan ayat-ayat keagamaan dan cinta.
♥ Reka grafik selalunya termasuk reka bentuk kaligrafi (tulisan jawi).

Panduan
♥ Buatlah sedikit ‘homework’ sebelum anda menyerahkan bulat-bulat kepada pereka untuk mereka bentuk kad anda. Banyak laman-laman web dan majalah yang menyediakan visual kad-kad undangan yang menarik. Jadi, anda bolehlah menjadikannya sebagai rujukan anda.
♥ Dari segi tempahan kad, tempahlah kad mengikut jumlah tetamu yang ingin anda jemput. Cetakan kad yang lebih adalah lebih baik daripada cetakan kad yang kurang. Ingat bahawa cetakan semula dalam kuantiti yang sedikit akan menyebabkan anda perlu membayar harga yang lebih. Malahan, ada pencetak yang tidak mahu mencetak dalam kuantiti yang sedikit kerana tiada keuntungan yang diperoleh.

Klinik lelaki-10 Tabiat Punca Sperma Lemah

SPERMA LEMAH? BAGAIMANA TERJADI? TAHUKAH ANDA SPERMA LELAKI BOLEH MENJADI LEMAH DAN TIDAK MAMPU UNTUK BERFUNGSI SEBAGAI SPERMA YANG AKTIF? IA TERJADI DISEBABKAN BEBERAPA FAKTOR.

BERIKUT SEPULUH TABIAT YANG MESTI ANDA ELAK BAGI MEMASTIKAN SPERMA ANDA KEMBALI AKTIF DAN NORMAL.

1. Kepanasan melampau
Kebiasaannya testis (buah zakar) manusia akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam tubuh. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.

2. Mandi air panas
Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. Jangka masa 30 minit berada di dalam jakuzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma anda. Jadi pastikan jika anda memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama di dalamnya.

3. Suhu badan tinggi
Suhu badan yang tinggi disebabkan demam boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. Berdasarkan kajian, didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35 peratus daripada biasa akibat daripada suhu badan yang tinggi.

4. Komputer riba
Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan laptop akan meningkatkan suhu skrotum sehingga mampu mencapai 35 darjah celcius. Ia akan memudaratkan sperma jadi pastikan laptop anda tidak diletakkan di atas paha terlalu lama.

5. Pemilihan seluar dalamSeluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah di kawasan tersebut. Akibatnya, jumlah spermatozoa yang dilepaskan selama ejakulasi jauh lebih rendah.

6. Pembesaran pembuluh darah
Dianggarkan sebanyak 15 peratus daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis kiri. Keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah.

7. Telefon bimbit
Radiasi daripada telefon bimbit yang disimpan di dalam poket seluar juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin anda.

8. Obesiti
Kegemukan di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual dan ketidaksuburan sistem reproduksi.

9. Amalan gaya hidup tidak sihatElakkan diri daripada mengambil bahan seperti tembakau kerana kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Sebaiknya juga elakkan mengambil alkohol.

10. Masalah lain
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, infeksi atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.

hidup berumahtangga-Pandai Mendengar, Kurang Bercakap

   Ramai isteri mengadu suami mereka tidak mahu mendengar cakap mereka. Akibatnya hubungan mereka selalu tegang dan mereka tidak puas. Kata seorang isteri, ‘’bercakap dengan tunggul lebih baik!’’ Ramai isteri yakin cara mempengaruhi suami ialah dengan cara bercakap kepada suami mereka.
Apa yang salah dengan isteri sehingga sering diabaikan oleh suami ketika bercakap. Sebelum berkahwin bukan main lagi semangatnya, kalau pasangan bercerita. Apabila berkahwin, suami endah tak endah mendengar isteri bercakap padahal semua topik menarik untuk dibahaskan, daripada masalah keluarga sehinggalah masalah negara.
   Apa yang berlaku adalah, setelah berkahwin bertahun-tahun, ramai suami mahupun isteri berasa ada yang hilang iaitu keinginan untuk bercerita dan mendengar seakan surut begitu sahaja.
Apabila seseorang suami itu pandai mendengar, lebih mudah baginya mempengaruhi sikap dan tingkah-laku si isteri. Kajian mendapati orang yang didengar akan menghormati orang yang suka mendengarnya bercakap. Didorong oleh rasa hormat, mereka tidak bersikap defensif, oleh itu mereka mudah menerima pandangan dan idea-idea orang yang dihormatinya.
   Kebanyakan pasangan suami isteri mulai merasakan hubungan komunikasi lama kelamaan terasa hambar dan membosankan. Sedangkan berbual-bual mesra sangat penting sekali bagi mengekalkan keharmonian dalam sesebuah keluarga. Komunikasi, cakap-cakap, berkongsi cerita apa saja mestilah diamalkan sampai bila-bila.
   Pendapat saya, kalau isteri ingin bercakap, jangan terlalu meleret-leret kerana kebanyakan suami tidak suka percakapan yang membuang-buang waktu dan mereka tidak sabar menanti akhir cerita isteri yang kedengaran agak berputar-putar. Otak lelaki lebih berorientasi pada pemecahan masalah dan melihat segala sesuatu itu daripada skala besar dan menyeluruh.Agaknya sebab itulah Tuhan tidak beri manusia satu telinga dan dua mulut, tetapi Tuhan beri sebaliknya. Barangkali dengan pemberian itu manusia akan mengerti bahawa kita patut lebih banyak membuka telinga kita daripada membuka mulut kita.
  Apabila kita pandai mendengar, kita akan pandai belajar. Isteri yang banyak mendengar suaminya, akan banyak belajar tentang hati dan jiwa suaminya. Sesiapa yang sibuk bercakap tidak belajar. Dalam konteks hubungan suami isteri, kita mendengar untuk belajar tentang diri pasangan kita. Jika seseorang suami mendengar isterinya bercakap, dia berpeluang belajar mengenali ‘siapa’ isterinya. Ramai suami yang sudah bertahun-tahun berkahwin masih berkata mereka tidak faham isterinya.
  Apabila suami pandai mendengar isterinya bercakap, isterinya akan berasa dirinya diminati oleh suaminya. Akibatnya isteri akan lebih rajin bercakap-cakap, berbual-bual, berunding dan mengadu kepada suaminya. Begitulah sebaliknya. Dengan demikian, suami isteri akan menghargai hubungan mereka berdua. Inilah faktor yang menyebabkan kedua-dua pihak mendapat banyak rasa kepuasan dalam hubungan mereka.

Feri terbakar, 12 terbunuh di Jakarta

   Sekurang-kurangnya 12 maut, manakala hampir 200 orang cedera apabila sebuah feri penumpang yang menyediakan perkhidmatan dari Pulau Jawa ke timur Sumatera terbakar, lewat malam tadi.
Feri tersebut terbakar di Selat Sunda tiga kilometer dari pelabuhan Merak di pulau Jawa pada kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.
"Seramai 12 orang terkorban, manakala 427 lagi selamat, kami tidak mengetahui berapa jumlah penumpang yang hilang, kami harapkan tiada yang hilang," kata ketua bahagian servis penumpang maritim Kementerian Pengangkutan, yang hanya mahu dikenali sebagai Wiranto.
Tambah beliau, mangsa yang terselamat kebanyakannya meninggalkan feri tersebut dengan memakai jaket keselamatan.
Penumpang feri yang cedera telah dipindahkan ke sebuah hospital di Cilegon, Jawa untuk diberi rawatan.
Menurut Wiratno, sebuah kenderaan yang berada di atas feri tersebut dipercayai menjadi punca kebakaran kebakaran feri itu.
Dalam kejadian lain, sekurang-kurangnya lima terkorban, manakala 12 lagi cedera apabila dua kereta api penumpang bertembung di stesen kereta api di daerah Banjar, semalam.
Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 2 pagi di stesen tersebut yang terletak di sempadan barat Jawa Tengah apabila sebuah kereta api penumpang merempuh sebuah lagi kereta api yang berhenti di situ.

kesihatan-Susu badan elak ekzema

   KULIT berfungsi melindungi organ-organ dalaman badan manusia. Ia juga merupakan organ paling besar.
Walaupun ia berfungsi melindungi tubuh daripada kecederaan, tetapi kulit sangat sensitif. Tahap sensitivitinya berbeza serta bergantung kepada ketebalan epidermis (bahagian luar kulit luar).
Justeru, sebagai organ terbesar yang meliputi bahagian luar tubuh, tidak hairanlah pelbagai masalah timbul pada kulit.
   Antara masalah yang sering terjadi ialah penyakit kulit dan ada pelbagai jenis penyakit yang menyerang kulit baik kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Salah satu penyakit kulit yang sering dihadapi ialah ekzema.
Penyakit ini lazimnya akan 'menyerang' kanak-kanak. Hampir setiap satu dalam lima kanak- kanak akan menghadapi penyakit tersebut iaitu lebih kurang 15 hingga 20 peratus kanak-kanak di seluruh dunia.
Ekzema menyebabkan kegatalan dan penghidapnya terpaksa menanggung kesakitan selain mengalami tekanan perasaan.
   Untuk pengetahuan umum, ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang melibatkan gangguan kepada lapisan pelindung kulit dan menyebabkan reaksi hipersensitif kulit yang menyebabkan radang, gatal-gatal yang melampau (intense itch) dan kulit bersisik.
Menurut Pakar Kanak-Kanak, Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun, ekzema yang juga dikenali sebagai dermatitis atopik (AD) merupakan penyakit kulit kronik yang disebabkan keradangan kulit yang berpanjangan.
   Ia akan menjadi bertambah buruk dalam tempoh beberapa tahun ataupun sepanjang hayat penghidapnya jika tidak dijaga dan dirawat dengan baik.
Jelasnya, dengan penjagaan kulit yang baik, penghidap penyakit ini boleh mendapat kulit yang sihat.
Ekzema mengakibatkan kulit kekeringan disebabkan kehilangan air dan senang kemasukan allergen yang menyebabkan ketidakselesaan pada kulit.
''Lazimnya ekzema berlaku pada kanak-kanak seawal dua hingga tiga bulan pertama dan lazimnya sebelum kanak-kanak meningkat ke umur lima tahun.
''Terdapat tiga fasa umur yang mengalami ekzema iaitu kosong hingga dua tahun, dua hingga 12 tahun dan dewasa.
''Terdapat sedikit perbezaan dari segi agihan pada kulit mengikut peringkat umur. Bagi bayi, lazimnya penyakit ini akan dikesan pada bahagian muka dan kulit kepala. Manakala untuk golongan remaja atau dewasa, kawasan yang terlibat seperti pelipat di bahagian siku, belakang lutut, buku lali, pergelangan tangan, muka, leher dan atas dada,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya lagi, dalam kebanyakan kes, mereka yang menghidap ekzema adalah disebabkan keturunan dan penghidapnya mungkin terdiri daripada bayi dan juga orang dewasa.
Tetapi bagi bayi, kebanyakannya akan beransur hilang apabila mencapai umur dua tahun iaitu lebih kurang 50 peratus tetapi ada juga yang kekal dan datang berkala.
Tambah beliau lagi, penyakit itu akan menyebabkan kulit kemerah-merahan, berair dan gatal.
Bagaimanapun, ia dikategorikan sebagai bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh berpindah daripada seorang bayi ke bayi lain.
   Tetapi penyakit ekzema boleh berulang disebabkan jangkitan kuman, tekanan, perubahan cuaca, alahan kepada habuk dan sebagainya
Ulas Dr. Nor Mahani, masalah itu dialami oleh antara tujuh hingga 17 peratus daripada kanak-kanak seluruh dunia dan lebih 50 peratus kanak-kanak yang mengalami ekzema kebiasaannya turut mempunyai kombinasi penyakit asma dan alahan.Katanya lagi, sebanyak 17 peratus pesakit ekzema diwarisi dari ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali. Untuk menghindarkan penyakit berulang, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun pembersih badan atau pencuci bebas sabun yang mengandungi bahan pelembab bagi melembabkan dan mengelakkan kulit kering.
   ''Pembersih badan mestilah tidak mengalami bahan yang boleh menyebabkan kulit tidak selesa, memudaratkan, merosakkan atau menjejas lapisan pelindung kulit.
''Ini kerana sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan merosakkan lapisan pelindung kulit.''Pesakit juga disarankan sentiasa memakai pelembab untuk mengurangkan risiko kulit kering dan menghentikan kehilangan lembapan yang boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan bersisik,'' katanya.
   Tambahnya, lembapan yang baik mestilah tanpa haruman tetapi kaya emolien dan ia akan menyebatikan air dalam kulit sementara bertindak sebagai lapisan pelindung ketika proses penyembuhan.
Dengan ini ia dapat menghindar daripada jangkitan kuman seperti staphyloccus Aureus, herpes simplex dan ketuat. Menurut Dr. Nor Mahani, dalam merawat masalah ekzema, mengelakkan kulit daripada kekeringan dan mengurangkan risiko jangkitan kuman ia merupakan perkara yang paling utama.
Ia juga untuk memastikan pesakit merasa aman, tidak gatal, kulit yang cantik dan juga mengajar pesakit untuk merawati diri supaya dapat mengurangkan masalah-masalah tersebut.
Dalam hal ini, pesakit dan orang yang menjaganya perlu diajar mengenai faktor-faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini berulang, penyebab dan tanda-tanda di peringkat awal.
   Untuk itu, salah satu cara untuk mengurangkan risiko penyakit ini ialah dengan memberi sepenuhnya susu badan sehingga bayi anda sekurang-kurangnya berusia enam bulan.Bagi mereka yang memberikan susu formula dicadangkan agar memberi susu yang mempunyai protin hidrolis dan memulakan makanan tambahan pada umur lebih daripada enam bulan.Oleh kerana penyakit ini kronik, rundingan dan nasihat daripada seorang doktor pakar amat mustahak supaya pesakit dan ibu bapanya betul-betul faham mengenai penyakit ini.
   Bawalah berjumpa doktor pakar sekiranya anak anda atau anda sendiri mempunyai ciri-ciri menghidap penyakit kulit sekurang-kurangnya sekali bagi memastikan rawatan yang betul.

Artis mangsa minyak dagu

myMetro Artis mangsa minyak dagu

Yuna & Qi..'Kami masih dalam fasa awal'

myMetro 'Kami masih dalam fasa awal'

RAJA LAWAK MUSIM KE 5 MINGGU KE 3 R2 [10/13]

nazmi raja lawak 5 ep1

2011-Tol tak naik 5 tahun

29/1/2011-Berita Harian Online-Tol tak naik

28 Januari 2011

kek coklat moist

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
      Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu cair/segar
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

     Bahan B

  • 1sudu kecil sodium bicarbonate  
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung naik sendiri (tepung kek) 

      ** Cara buat Topping **
  • 1/2 cawan coklat masakan
  • 1/2 cawan susu cair (x kesah jenama susu ape)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit gula (untuk maniskan coklat yg pahit 2) 

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 180 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk.

kek batik senang buat..


Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

 

Cara-cara

  1. patah2kan biskut merie
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.

selamat mencuba..sedap..nyum2.. 

27 Januari 2011

M’sian bloggers earn up to RM1mil annually

ohhh....is that true???

 

       BLOGGERS and blog operators these days are able to chalk up revenues of up to RM1mil annually, according to Berita Harian’s front-page report.According to the daily, bloggers, who post their personal accounts are now exploiting their blogs for business transactions or advertisement placements, earning an average monthly income of RM70,000.

       The daily highlighted blogger Mira Abu Bakar, whose highest monthly income revenue through advertising revenue was RM12,000 in 2008.Mira, who has been operating her blog Redmummy.com since 2005, earns an average monthly revenue of RM2,000.She admitted that she had to declare her side income with the Inland Revenue Board (IRB) as she was unaware about it until she received an audit.
An IRB spokesman said online businesses including via Facebook were bound by the Income Tax Act 1967 and their income were taxable just like fixed income.

      Nuffnang (M) Sdn Bhd manager Nicholas Chay said hat revenue of a blog depended on the number of viewers and visitors at a certain period.He said popular blogs could earn huge profits because advertisements or product reviews posted.

22 Januari 2011

Utusan Malaysia Online - Pendidikan

Utusan Malaysia Online - Pendidikan

Kontrak GSTT disambung semula

dipetik dari akhbar
Sabtu , 22 Januari 2011-BERITA HARIAN

1,614 guru akan dipanggil kembali berkhidmat bagi tampung kekurangan

KUALA LUMPUR: Seramai 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan kembali senyum apabila Kementerian Pelajaran menyambung semula kontrak yang ditamatkan tahun lalu dalam masa terdekat bagi menampung kekurangan tenaga pengajar.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata bagi 578 guru GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu pula, kementerian turut memutuskan mengkaji semula kedudukan mereka berikutan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun.
Katanya, guru GSTT yang disambung kembali kontraknya adalah mereka yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut.

Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).

“Kita akan panggil kembali (guru GSTT) untuk ditempatkan semula di sekolah yang ada kekurangan guru. Jika sekolah mereka (mengajar) sebelum ini sudah dipenuhi guru terlatih, maka guru GSTT ini akan ditempatkan di sekolah lain.

“Daripada 1,614 guru GSTT berkenaan 388 akan ditempatkan di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah. Kedudukan guru GSTT di Sabah pula kita akan kaji, kerana ada juga guru GSTT yang berkhidmat lebih tiga tahun tetapi tidak secara berturut-turut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, guru GSTT yang ditamatkan kontrak oleh Kementerian Pelajaran merayu supaya kontrak mereka dilanjutkan semula selain berharap dapat diserap sebagai guru tetap.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan, berkata kementerian perlu mencari mekanisme khusus untuk menyerap lebih ramai guru GSTT sebagai guru tetap.

“Kalau boleh kementerian turut memanggil kembali guru GSTT yang sudah bertugas lebih setahun ataupun dua tahun, kerana mereka ini sudah memiliki pengalaman. Jadi kumpulan ini juga perlu dipertimbangkan,” katanya.

Hashim berkata, guru GSTT lepasan ijazah perlu diberi ruang untuk diserap sebagai guru tetap terutama bagi menampung keperluan kekurangan guru di sekolah menengah.

cari duit lebih?tambah pendapatan dari rmh je...

WELCOME......SELAMAT DATANG...TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG  INI..PELUANG ANDA TERBUKA LUAS............

english version

HOME BASE WORK DATA ENTRY

Part time data entry employee needed. Working hour is flexible and work from home. No direct selling required. Any age and gender are welcome. You are required to know about basic internet access and word processing. Kindly email ninacomey2862@gmail.com for further information.

malay version       

( DATA ENTRY ) KERJAYA - CARI KERJA KOSONG , JAWATAN KOSONG ) MEMPROSES ( MENAIP ) DATA DI RUMAH SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA

Selamat datang ke kerjaya impian anda. Jurutaip memproses data pengiklanan di rumah memberikan pendapatan yang amat lumayan. Mahukah anda peluang mengubah hidup, masa depan dan pendapatan anda.Peluang untuk anda mencapai KEBEBASAN KEWANGAN.Malah anda boleh menjana puluhan ribu ringgit jika anda rajin berusaha. Pihak kami akan memberi anda latihan,e-book,panduan serta motivasi yang bernilai ratusan ringgit sebagai langkah untuk memastikan kejayaan anda.

Bersedia untuk memulakan kerjaya sebagai Jurutaip Memproses / Pengiklan Data Entry Dari Rumah?
Anda hanya berkerja beberapa minit sehari tetapi memperolehi pulangan yang lumayan. Melalui kerjaya ini anda menjadi bos sendiri.
Anda hanya perlu :-
  • Memproses / Menaip Pengiklanan data
  • Bekerja dari rumah sendiri, cyber cafe, pejabat, kolej, dan lain-lain.
  • Bila-bila masa (anda yang menetapkan jadual sendiri).
  • Tidak perlu berjumpa atau menelefon sesiapa.
  • Menghantar email kepada pelanggan.

CONTOH : Jika anda menerima bayaran sebanyak RM 20 untuk setiap Pakej data yang siap diproses. Jika setiap hari anda mampu Menaip dan Menjual Pakej Pengiklanan Data Entry sebanyak 5 permohonan, anda akan mendapat bayaran sebanyak:
RM20 x 5 permohonan sehari x 7 hari = RM700.00 Seminggu !!!
Kebiasaannya, purata pendapatan seminggu adalah dalam lingkungan RM500– RM1500, dan ini adalah satu jumlah yang lumayan. Anda bebas untuk memproses dan mengiklankan data seberapa banyak yang mungkin kerana tiada had dikenakan.
Semakin banyak yang anda buat, maka semakin banyaklah pendapatan anda! Untuk 1 pemprosesan dan pengiklanan data, anda akan dibayar serta-merta dan tidak perlu menunggu sehingga hujung bulan.Bayaran terus ke akaun bank dan segera.

ANDA SUDAH BERSEDIA untuk memulakan kerjaya sebagai Jurutaip Memproses
Perincian kaedah bagaimana anda dibayar dan mengiklan akan dijelaskan dalam pakej latihan. ANDA AKAN DIBIMBING oleh kami melalui pakej latihan yang lengkap dan terbukti berkesan. Tak perlu risau, tiada pengalaman atau panduan.
Pakej Latihan dan Tip-Tip Bonus sedia menanti anda bila anda membuat bayaran dengan harga promosi RM20 sahaja .Fee hanya dikenakan sekali sahaja dan tiada fee berulang. Tujuan fee adalah untuk menampung kos pendaftaran, latihan dan material (manual) . Ini adalah kos yang sangat murah dan minima yang kami tawarkan. Kebiasaannya ia ditawarkan dengan harga ratusan ringgit/dollar. Tapi kami tawarkan ini sebagai PROMOSI untuk memperkenalkan sistem kerjaya ini kepada rakyat Malaysia.

Jika anda order sekarang, anda akan menerima :-
  • DataTypeVision® Congratulations
  • DataTypeVision® Vision Setting
  • DataTypeVision® Manual Training
  • DataTypeVision® Bonus 1
  • DataTypeVision® Bonus 2
  • DataTypeVision® Bonus 3
  • DataTypeVision® Bonus Tambahan
  • DataTypeVision® Rahsia Kerja
*Semua urusan latihan dan penghantar pakej serta bonus dilakukan selepas bayaran dibuat melalui email dan anda boleh mencetaknya .

Segeralah membuat pendaftaran.Semakin lama anda bertangguh,semakin lambat anda mendapat income yang di tawarkan. Pendaftaran PROMOSI RM20.00 sahaja!
                                                  
* PERINGATAN : HARGA ASAL RM 50 AKAN DINAIKKAN  SEMULA TIDAK LAMA LAGI….
BERTINDAKLAH SEKARANG..JANGAN TUNGGU LAGI.....
                                  
CARA PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat di mana-mana ATM (Deposit Tunai) Maybank ,BSN @ BANK ISLAM berdekatan anda.
Bayaran Kepada : ZARINA SURATAN
No.Akaun:162106401701(MAYBANK),
                    12-038-02-519329-3(BANKISLAM)
                    10142-41-00001905-0 (BSN-AHMAD FAZRI SUBAKIR)
JUMLAH  PERLU DI BAYAR : RM 20.00 SAHAJA

Selepas membuat pembayaran, emailkan maklumat yang diperlukan berikut :

  • =nama anda*penting
  • =jumlah dimasukkan RM 20.00 *penting
  • =nama bank *penting
  • =tarikh , masa transaksi berlaku*penting
  • =alamat email anda*penting
  • =bayaran untuk : kerja data*penting

  • =Email Kepada : ninacomey2862@gmail.com

* Anda akan menerima MANUAL LATIHAN dalam tempoh 24 jam dan setelah itu anda sudah boleh memulakan kerjaya baru anda ini “Anda Usaha Lebih, Anda Dapat Lebih”