26 Mei 2012

Buah Plum Baik Untuk Jantung







Plum tergolong dalam tanaman genus Prunus yang juga bersangkutan dengan buah pic, nektarin dan badam. Kesemua buah ini memiliki biji keras di bahagian tengahnya. Plum sedap dimakan segar dan setelah dikeringkan. Buah plum yang telah dikeringkan dikenali sebagai buah prun.

Dikenali juga dengan nama saintifiknya Prunus domestica, buah plum telah menjadi subjek penyelidikan kesihatan atas keunikan kandungan zat fito yang tinggi dikenali sebagai asid neochlorogenic dan chlorogenic yang terdapat di dalamnya. Sebatian ini ditemui dalam plum dikelaskan sebagai phenol dan fungsinya sebagai antioksidan memang telah terbukti.

Buah plum berbentuk bulat. Kulitnya amat lembut dan bersinar. Ia boleh berwarna merah, ungu atau kuning. Plum dikelaskan ke dalam enam kategori iaitu Jepun, Amerika, Damson, hiasan, liar dan Eropah/taman. Walaupun kebiasaannya buah plum berbentuk bulat namun ia juga boleh berbentuk bujur.

Pokok plum ditanam di seluruh benua Eropah, dari selatan Itali hinggalah ke utara Norway dan Sweden. Moldova, Belarus, Ukraine, Romania dan Jerman juga merupakan penghasil utama buah plum di Eropah. Turki dan China merupakan negara utama penghasil buah plum di Asia.




Buah plum memiliki khasiat dan baik untuk dimakan. Buahnya kaya dengan antioksidan, sekaligus mencegah kerosakan pada neuron dan lemak-lemak yang membentuk sebahagian membran sel.

Pengambilan buah plum juga dikatakan mampu membantu dalam penghasilan dan penyerapan besi dalam tubuh. Ia sekali gus membawa kepada peredaran darah yang baik dan mampu membawa kepada pertumbuhan tisu-tisu yang sihat.

Penglihatan Yang Tajam
Kekerapan memakan buah plum boleh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah plum juga mengekalkan ketajaman penglihatan.

Penyelidik mendapati bahawa buah plum memiliki agen anti barah yang dikatakan mampu membantu mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor dalam tubuh. Dengan memakan buah plum dalam masa yang berpanjangan juga boleh mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana buah plum memiliki agen-agen pembersih tertentu yang memastikan darah tetap asli dan mencegah komplikasi pada jantung.

Buah plum memiliki kandungan vitamin C yang tinggi. Ini bermakna buah plum mampu membantu melindungi tubuh menentang masalah kesihatan seperti asma, barah kolon, osteoartritis dan artritis reumatoid. Pengambilan buah-buahan kaya dengan vitamin C, juga membentuk ketahanan menentang agen-agen berjangkit, menentang keradangan dan radikal bebas yang berbahaya pada kesihatan.

Buahnya juga kaya dengan kumpulan vitamin B kompleks seperti niasin, vitamin B-6, dan asid pantothenic. Vitamin-vitamin ini bertindak sebagai co-faktor membantu tubuh memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Vitamin K juga perlu dalam kebanyakan fungsi faktor-faktor pembeku dalam darah dan juga metabolisme tulang. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan penyakit Alzheimer.

Mengawal Fungsi Sistem Penghadaman
Isi buah plum rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu tetapi mengandungi pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.

Buah plum juga kaya dengan mineral seperti kalium, florida dan besi. Besi amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Manakala kalium adalah komponen sel penting yang dikatakan mampu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah plum, namun begitu pengambilan untuk tujuan kesihatan dan perubatan perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUNE AMERCORNER

klik sini

waa...lame sgt xjoin segmen..
hr ni mase dok BW jmpe la ngan segmen ni..
so, ape lg..jom ramai2 join....

sesape nak join jgn lupe klik: 

http://amercorner.blogspot.com 



segment ini dibuka sehingga 8.june.2012. :D   11.59PM

18 Mei 2012

Langkah Awal Atasi Tekanan Darah Tinggi


Antaranya, mengamalkan gaya hidup sihat yang bebas daripada sebarang bahan yang memudaratkan kesihatan seperti merokok, alkohol dan dadah, amalan pemakanan seimbang, rutin olahraga bagi menguatkan jantung, paru-paru dan otot, cukup tidur dan rehat serta mengawal kadar stress dengan baik. Demikian, menurut Perunding

Pemakanan, Indra Balaratnam. Tambah pengarang bersama buku berjudul Healthy Eating – Recipes for the Asian Palate ini lagi, untuk mencapai kesihatan tubuh badan yang baik sememangnya satu cabaran yang besar bagi generasi kini. Menurut kaji selidik ketiga oleh National Health and Morbidity, sebanyak 70 peratus rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur mengamalkan pemakanan yang tidak sihat, serta tidak cukup pengambilan buah buahan dan sayur-sayuran.

Bukan itu sahaja, hanya 30 peratus sahaja didapati mengamalkan latihan olahraga secara rutin. Terbukti, meski kehadiran sains dan teknologi begitu banyak membantu kehidupan menjadi lebih mudah dalam pelbagai aspek, namun ia tidak semestinya meningkatkan kualiti hidup manusia.




Membincangkan masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi pada isu kali ini, Indra menerangkan bahawa masalah hipertensi merupakan keadaan di mana kadar tekanan darah di dalam tubuh yang tinggi. Keadaan ini seterusnya membebankan jantung dan saluran pada jantung akibat daripada peningkatan tekanan dari dalam tubuh sendiri.

“Hipertensi adalah salah satu daripada faktor risiko yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok. Tidak kira lelaki mahupun wanita, kedua-duanya tidak terkecuali daripada menjadi mangsa penyakit ini. Penghidap hipertensi ini boleh dikatakan seperti ‘bom jangka’ jika anda tidak mengambil langkah awal untuk mengatasinya lebih awal,” kata Indra.

sumber: http://www.mingguanwanita.com.my/wanita/cs/

01 Mei 2012

25 Perkara Tentang Lelaki Harus Difahami







Kebanyakan lelaki sukar untuk menyatakan perasaan terhadap pasangan. Berbeza pula dengan wanita yang mudah untuk melontarkan rasa hati mereka. Oleh sebab tidak tahu cara untuk meluahkan perasaan cinta yang dimilikinya adalah penting untuk wanita memahami naluri pasangan bagi menangkap maksud yang tersirat di hati suami. Berikut adalah perkara-perkara yang mungkin perlu difahami oleh kaum hawa.

1. Ada kalanya lelaki lebih gemar mengamalkan sikap berdiam diri. Jadi, jangan ambil hati bila kata-kata dan perbuatan anda tidak dihiraukan.
2. Lelaki memang suka memandang wanita lain meskipun anda ada di sisi, tapi itu bukan bermakna mereka merancang untuk curang.
3. Jangan mencela pakaian kegemaran mereka kerana ia lambang personaliti yang sukar diubah.
4. Lelaki tidak suka keluar membeli sambil bersiar-siar. Jika inginkan sesuatu mereka akan terus membelinya.
5. Mudah berasa puas hati dan bangga dengan pencapaian kaum mereka.
6. Lelaki tidak suka wanita menangis di hadapan mereka kerana tangisan itu umpama sebuah ugutan.
7. Kata cinta yang diucapkan bukan bermakna semua hutang anda akan dilunaskan.
8. Mereka suka melihat anda gembira, tapi tidak tahu cara untuk menggembirakan hati anda.
9. Ceritakanlah masalah anda kepada mereka jika mahu menyelesaikannya. Tapi jangan harap mereka akan bersimpati seperti yang sahabat wanita anda lakukan.
10. Lelaki suka bersikap spontan, jadi tolonglah mereka untuk melakukan sesuatu dengan perancangan yang lebih teliti.
11. Ingatlah! Cara terbaik untuk menambat hati lelaki adalah melalui perutnya.
12. Jangan cabar mereka untuk bertumbuk dengan lelaki lain untuk diri anda kerana mereka benar-benar akan melakukannya.
13. Fahamilah bahawa lelaki bersikap single-minded dan hanya boleh melakukan satu perkara sahaja pada suatu masa.
14. Wanita sering mendambakan kejutan daripada pasangan mereka. Tapi tahukah anda lelaki juga mengimpikan perkara yang sama.
15. Elak bercerita tentang kekacakan atau kebaikan bekas teman lelaki kepada pasangan kerana itu akan membosankan mereka.
16. Lelaki tidak akan menerima pertolongan sewenang-sewenangnya daripada pasangan hanya kerana ingin menjaga maruah diri.
17. Jika mereka memperkatakan tentang perkara yang mengandungi dua makna dan salah satu daripadanya membuatkan anda sedih atau marah. Percayalah mereka sebenarnya tidak bermaksud untuk melukakan hati anda.
18. Lelaki memang khusyuk bila menonton televisyen, jadi jika anda ingin berkata sesuatu pada mereka, katakan pada waktu iklan. Hanya pada masa itu sahaja mereka akan mendengar percakapan anda.
19. Paling tidak disukai lelaki ialah mendengar dan menerima arahan. Biar sepenting mana pun anda, mereka tetap tidak menyukainya.
20. Usah jadikan pasangan umpama dadu yang boleh dilambung sesuka hati anda kerana mereka pantang dibuat sedemikian.
21. Jangan sesekali berkata anda ingin berpisah dengan teman lelaki dan mentertawakannya apabila dia percaya dengan kata-kata anda. Mereka tidak menyukainya kerana itu bukanlah bahan lawak.
22. Lelaki suka jika pasangan dapat menyuarakan perasaan atau pemikirannya dengan jelas tanpa perlu ayat berbunga-bunga kerana mereka tidak memahaminya.
23. Tidak semua lelaki mampu mengingati tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan sebagainya. Sekiranya mahu ia diingati, tandakan di kalendar.
24. Lelaki mudah lupa. Apa yang dikatakan oleh lelaki hanya akan mereka ingati dalam tempoh tujuh hari sahaja. Lebih daripada masa itu? Lupakan sahaja.
25. Jika anda tidak bersedia untuk berbicara tentang sukan, ketenteraan dan politik, lebih baik jangan bertanya tentang apa yang ada dalam fikiran pasangan anda.