28 Februari 2011

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI Ambilan Julai 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..berikut ialah iklan untuk pengambilan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI Ambilan Julai 2011...selamat mencuba...


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT)
JABATAN PENGAJIAN TINGGI

PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM
DIPLOMA PENDIDIKAN AMBILAN JULAI 2011

Pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program DiplomaPendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2011.

Cara memohon:


PERMOHONAN ONLINE dibuka mulai 28 FEBRUARI 2011 (ISNIN) jam 12.00
TENGAH HARI di Laman Web Kemasukan ke IPTA (Unit Pusat
Universiti - UPU) : http://upu.mohe.gov.my

PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

Bayaran boleh dibuat di Kaunter BSN atau Mesin ATM BSN /
Perbankan SMS BSN (bagi pemegang akaun GIRO sahaja) dengan
harga RM20.60 (termasuk RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)
NO. AKAUN UPU : 14100-29-83030691-5
Jika melalui mesin ATM BSN - Pilih URUSAN LAIN > NO. PIN > IPTA
> DIPLOMA PENDIDIKAN dan masukkan No. Kad Pengenalan anda
atau pemohon lain. Boleh juga membeli No. Pin pemohon lain menggunakan Kad ATM anda.
Nota: Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti
sah pembelian.

TEMPOH PERMOHONAN & PEMBELIAN NO. UNIK ID (PIN) : 28 FEBRUARI – 14 MAC 2011

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 14 MAC 2011

TARIKH TUTUP MENGHANTAR SALINAN DOKUMEN KE IPTA : 18 MAC 2011

26 Februari 2011

raja lawak 5 makin pudar lawak


R2
R2

 sedar x sedar raja lawak 5 da masuk minggu 8 semalam..tp korg sedar x..makin lama rasenye makin pudar lak lawak dorg ni..sy ingat lg time gelanggang pada minggu 1 & 2..sumenye TERBAIK!lawak giler..tgk sampai mcm nk pecah perot gelak..lagi2 tgk dgn family..bergema2 rumah tgk lawak dorg..terutamanya Nazmi,R2 (favourite aku) hehe...yg lain xyah ckp la..mcm biase2 je..lg2 si Leman 2...bkn lawak mane pon..undian sms rangking 1 je..pelik....akhirnye kua jugk gelanggang mlm td..haha
MAN
 tp..yg buat sy ckp raja lawak 5 makin pudar lawak ni sbb R2 dgn Nazmi pon da xlawak mcm mule2 dulu..apsal korg ni..xkn da kehabisan idea lawak korg yg TERBAIK tu...Tajuk tugasan senang pon korg xbole bg lawak TERBAIK..tp ape2 pon sy tetap suke korg hehe..

  skrg ni...sy da tambah sorg lg favourite hehe...Man..setiap minggu makin lawak die menjadi..lg2 time die jd hail amir hehe....menjadik...tp 2 la..salu sgt jd bottom 3....kesimpulannya..kalo korg nk undi biala undi kerana lawak n bakat dorg...k...

12 Februari 2011

Kegagalan Dapat Rawatan Batu Karang Boleh Rosak Buah Pinggang

sebelum ni saya dah keluarkan artikal pasal batu karang..kali ni artikal pasal batu karang juga..tp apa jadi kalau batu karang x di rawat...

BATU KARANG BIASANYA DIHADAPI MEREKA YANG BERUSIA 25 TAHUN KE ATAS DAN GOLONGAN LELAKI LEBIH MUDAH ATAU LEBIH BERPOTENSI MENGALAMI MASALAH BATU KARANG BERBANDING WANITA.

   Masalah batu karang juga boleh disebabkan faktor keturunan. Individu yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah yang sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

   Simptom penyakit batu karang dapat dilihat apabila pesakit selalunya mengalami simptom seperti sakit yang amat sakit secara tiba-tiba dan kemudiannya hilang dengan sendiri atau disebut sebagai Colicky pain. Kencing berdarah iaitu air kencing berwarna merah yang dikenali sebagai Gross Haematuria atau Microscopic Haematuria juga merupakan salah satu simptomnya. Dalam masa yang sama, pesakit mungkin mengalami simptom urinari seperti kerap kencing, kencing tidak lawas serta rasa sakit atau pedih ketika kencing.Jangkitan atau Urinary Tract Infection turut boleh berlaku kepada salur kencing dan buah pinggang sekiranya terdapat luka pada salah satu bahagian ini. Akibatnya, pesakit akan mengalami demam tinggi disertai dengan menggigil. Pesakit akan rasa sakit jika bahagian renal angle terbabit disentuh.

   Pada peringkat kronik akibat Urinary Tract Infection, pesakit yang datang untuk rawatan mempunyai simptom seperti tubuh yang lemah, muka pucat akibat kekurangan darah, muka sembap dan kulit menjadi kering gara-gara buah pinggang rosak.Sungguh pun begitu, kesakitan atau simptom yang boleh dikenal pasti bergantung kepada lokasi di mana batu karang itu terbentuk sama ada di saluran pundi kencing atau buah pinggang, saiz batu karang, keadaan dan umur pesakit dan jenis batu karang.

Pengesanan Batu Karang

   Bagi pengesanan sama ada seseorang itu menghidap penyakit batu karang atau tidak, pemeriksaan secara fizikal oleh pakar amat diperlukan.Pesakit juga perlu menjalani ujian air kencing dan darah bagi memastikan sama ada terdapat sel-sel darah merah atau sel-sel darah putih yang boleh menjadi penanda kewujudan batu karang.Ujian imbasan juga dapat memberi bayangan terhadap imej batu karang yang terbentuk terutama apabila buah pinggang bengkak akibat saliran kencing tersumbat oleh batu karang. Manakala ujian Intra Venusurography pula dapat memberi imej yang lebih tentang kedudukan, lokasi dan saiz batu karang.Rawatan bagi penyakit ini bergantung kepada jenis, kedudukan dan saiz batu tersebut. Kebiasaannya batu karang yang bersaiz kurang daripada setengah sentimeter dapat dikeluarkan secara spontan menggunakan ubat atau setelah meminum air dalam jumlah yang banyak.

   Bagi batu karang jenis asid urik dan sistein, ianya dapat dirawat dengan cara merubah pH dari air kencing sehingga batu tersebut dapat larut kembali. Bagaimanapun, terdapat kaedah khusus iaitu dengan menggunakan kaedah gelombang bagi menghancurkan serta mengeluarkan batu. Sinaran laser dapat digunakan untuk memecahkan batu-batu tersebut.

Kaedah Sinar Laser

   Kaedah Extracorporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL) yang menggunakan gelombang getaran dan dibantu imej x-ray yang dapat memfokuskan kedudukan batu-batu karang.
Kesan daripada gelombang yang dipancarkan terus pada batu tersebut menyebabkan batu tersebut menjadi habuk-habuk halus dan keluar menerusi air kencing.Namun ia perlu diulangi beberapa kali. Jika kaedah ini berjaya dilaksanakan, pembedahan dapat dihindari tetapi pesakit mungkin berhadapan sedikit kesan sampingan iaitu pendarahan dalam buah pinggang sehingga menjadi darah beku. Walaupun begitu, kes ini jarang sekali berlaku.

   Bagi batu karang bersaiz besar, kekuatan gelombang seperti ini mungkin tidak berupaya menghancurkan batu tersebut. Oleh itu, kaedah endoskopi yang melibatkan penggunaan alat sebesar pensrl dimasukkan ke dalam buah pinggang yang dikenali sebagai Percutaneous Nephrolithotripsy mungkin digunakan.
Berbeza dengan kaedah pertama, melalui alat ini gelombang yang digunakan memecahkan batu dan ia kemudiannya dikeluarkan melaluinya. Bagi penghidap batu karang yang serius di mana saiz batu melebihi tiga sentimeter pula, mereka mungkin terpaksa menjalani pembedahan.

Toksik Tidak Dapat Dikeluarkan

   Jika pesakit tidak mendapat rawatan segera, pesakit akan mengalami kerosakan atau kegagalan buah pinggang untuk berfungsi disebabkan bahan-bahan toksik yang dihasilkan tubuh tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Hanya rawatan hemodialisis yang dapat mencuci darah kembali kerana jika dibiarkan berlarutan, pesakit boleh maut.Komplikasi seperti nanah dalam buah pinggang boleh mengakibatkan terjadi bisul dan pesakit demam menggigil. Sekiranya berlarutan tanpa rawatan, pesakit boleh mendapat Septicaemia, keadaan di mana kuman merebak ke seluruh tubuh dan mampu menyebabkan kematian.
Dalam pada itu, Colicky pain ini juga amat berbahaya terutama jika penghidap batu karang adalah seorang juruterbang, pemandu atau sebagainya. Ini kerana jika serangan berlaku, pesakit tidak dapat mengawal keadaan diri dan keadaan sekelilingnya.

   Bagi mereka yang pernah menghidap penyakit ini, risiko untuk mendapat batu karang kembali boleh berlaku pada masa hadapan kerana sifatnya yang berulang-ulang.Disebabkan inilah, untuk sembuh sepenuhnya agak sukar untuk dilakukan. Bagaimana pun, proses bagi mengelak terjadi pembentukan batu karang boleh dilakukan dengan menjaga pemakanan dan minuman. Digalakkan agar meminum sebanyak satu setengah liter air terutama pada waktu malam. Namun, jika terdapat tanda-tanda penyakit, pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan daripada pakar.

09 Februari 2011

Warga Afrika berbogel & berjoget di tepi jalan-Dadah pecah dalam perut

dipetik dari mymetro


   Tindakan seorang wanita warga Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan raya di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental secara semula jadi, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut.Sumber polis berkata, perkara itu terbongkar selepas hospital membuat imbasan X-ray pada bahagian perut wanita terbabit yang kelihatan agak buncit.
   Berikutan itu, polis percaya wanita terbabit ‘keldai dadah’ digunakan sindiket penyeludupan dadah ke negara ini dan dia menelan puluhan bungkusan sebesar ibu jari mengandungi dadah jenis heroin bertujuan menyoroknya daripada dikesan pihak berkuasa. “Besar kemungkinan satu daripada bungkusan dadah berkenaan terpecah atau bocor di dalam perut wanita itu menyebabkan dia menjadi tidak siuman dan hilang kawalan diri,” katanya.

  Menurutnya, sehingga semalam, wanita terbabit yang dirujuk ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) bagaimanapun masih dalam keadaan tidak siuman dan gagal memberi kerjasama ketika keterangannya hendak diambil. “Setakat ini, hospital memberikan ubat khas bagi membolehkan suspek mengeluarkan bungkusan dadah itu daripada perutnya. Proses mengeluarkan dadah berkenaan masih dilakukan sehingga petang ini (semalam) dan jumlah sebenar dadah dalam perut wanita terbabit juga tidak diketahui,” katanya.

   Difahamkan, sehingga petang semalam, lebih 10 bungkusan plastik kecil dadah dikeluarkan dan bakal dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan jenis dadah berkenaan dan beratnya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang yang dihubungi mengesahkan penemuan dadah berkenaan, namun enggan mengulas lanjut berikutan belum mendapat laporan penuh berhubung identiti wanita terbabit.

   Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita Afrika berkenaan, namun polis meminta bantuan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti identitinya. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, wanita berusia 20-an itu mencetuskan kegemparan apabila muncul dalam keadaan telanjang bulat sebelum berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Jalan Lingkaran Tengah II, di sini. Selepas kira-kira 15 minit dipujuk anggota polis dan orang awam, baru dia bersetuju memakai pakaiannya semula sebelum dibawa menaiki kereta peronda polis untuk dihantar ke PPHUKM bagi pemeriksaan kesihatan.

08 Februari 2011

laptop Acer touch screen-Sentuhan masa hadapan Iconia

   Bersediakah anda dengan teknologi komputer dengan skrin paparan sentuhan terkini? Bagi peminat komputer riba, arus perubahan teknologi berkaitan dengan peranti tersebut pasti mengujakan.
Setiap hari, pasti anda tertanya-tanya apakah rupa, bentuk mahupun teknologi yang ditawarkan oleh pengeluar bagi menarik perhatian pembeli.

   Malah, berdasarkan perkembangan teknologi kini, perubahan yang berlaku dilihat amat pantas dan drastik.
Mungkin bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia pengkomputeran, perkembangan tersebut mampu menjadikan mereka terpana sebentar, teruja mahupun menyeronokkan.Kini, Acer kembali bersama model baru komputer riba mereka yang elegan, menarik serta mengujakan.
Memiliki skrin sesentuh pada kedua-dua belah bukaan, komputer riba yang dikenali sebagai Iconia melangkah ke dimensi teknologi paparan sesentuh secara total.
Jika secara 'tradisionalnya', papan kekunci pada komputer riba masih menggunakan butang-butang abjad untuk memudahkan anda untuk menaip, namun kini ia tiada lagi.

   Jangan terkejut, malah bagi mendapatkan gambaran yang jelas ia sama sahaja seperti teknologi Ipad yang dipopularkan oleh pengeluar gajet terkemuka dunia, Apple.Apa yang pasti, Iconia menyediakan pelbagai cara untuk anda merasai pengalaman menguasai komputer secara menyeluruh.Malah, ia menyediakan cara baru untuk anda menikmati video, gambar, laman web serta tayangan filem kegemaran anda.

   Saksikan video kegemaran anda pada skrin teratas kemudian layari laman web pada skrin kedua pada bahagian bawah (tempat asal papan kekunci).Sentuh sahaja aplikasi Acer Ring, kemudian bersedia untuk merasai pengalaman penggunaan generasi skrin sesentuh yang terbaru.Malah, pelbagai lagi aplikasi serta spesifikasi boleh anda terokai dalam dunia Iconia yang tersendiri.

   Selain itu, aplikasi Social Jogger membolehkan anda memeriksa paparan serta mengemaskini beberapa laman sosial seperti Facebook, Youtube dan Flickr pada satu-satu masa.Paling menarik, anda juga boleh memilih corak (gestures) yang tersendiri untuk membuka laman web kegemaran anda tanpa perlu bersusah payah menaip alamat penuh laman web tersebut.Set sahaja bentuk atau lakaran corak pada aplikasi Gesture Editor untuk laman web kegemaran anda kemudian buka laman web tersebut dengan hanya satu sentuhan.
Bagi aplikasi My Journal, anda boleh menitipkan keratan laman web pilihan atau topik-topik tertentu pada Web Clip.

    Secara dinamik, titipan tersebut akan memaparkan informasi terkini laman web pilihan anda dan boleh dipaparkan berdasarkan permintaan.Untuk mengakses laman web yang dipaparkan, sentuh sahaja pada aplikasi Web Clip tersebut.Manakala Scrapbook membolehkan pemilik Iconia menyimpan keratan laman web untuk tujuan rujukan semula.

   Bagaimana jika mahu menaip sesuatu? Mudah sahaja, letakkan kedua-dua belah tapak tangan anda pada skrin kedua, papan kekunci maya akan muncul secara automatik.Ia juga didatangkan dengan saiz penuh paparan QWERTY sama seperti papan kekunci tradisional.Papan kekunci maya tersebut juga memiliki kelebihan lain seperti paparan numeric dan touchpad malah boleh diubah kepada mod tulisan tangan dengan mudah.Tidak ketinggalan, Windows Manager turut membolehkan anda menyusun serta menguruskan kepelbagaian aplikasi Windows pada skrin berkembar Iconia.

   Setiap aplikasi Windows tersebut boleh diubah secara terus pada kedua-dua skrin tersebut di mana membolehkan anda menikmati apa yang ada mahu pada waktu yang anda inginkan.
Iconia dijana oleh pemproses Intel® Core™ i5 menjadikan komputer ini memiliki prestasi yang baik untuk paparan multimedia, jaringan laman web sosial dan lain-lain aplikasi.

   Antara kelebihan lain pada Iconia, ia juga dilengkapi teknologi terbaik seperti sambungan 3G, HDMI™ untuk paparan definisi tinggi dan Dolby Home Theater v3 untuk kesan audio yang menggegarkan halwa telinga anda.Justeru, secara keseluruhannya, Iconia merupakan penyelesaian kepada pengalaman berhibur dalam dunia anda yang tersendiri.Adakah anda bersedia dengan tawaran teknologi terbaru dari Acer Iconia?

07 Februari 2011

Kumpulan Pertama Ops Piramid Tiba 10 Pagi Ini

7 february


               reaksi gembira dan terharu pelajar Malaysia semalam selepas di beritahu akan di bawa pulang ke Malaysia.
   Alhamdulillah...Kumpulan pertama pelajar Malaysia seramai 778 yang dikeluarkan dari Mesir melalui Ops Piramid telah tiba di tanah air kira-kira jam 9.58 pagi tadi menaiki pesawat Air Asia..Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kumpulan pertama ini  berlepas menggunakan pesawat khas Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia masing-masing menerusi penerbangan jam 8 malam dan 6.30 petang waktu Jeddah semalam.
   Ketibaan mereka di sini telah  disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri Kabinet lain di Kompleks Bunga Raya. di KLIA, Sepang. Turut menunggu ketibaan mereka ialah ahli keluarga pelajar-pelajar terbabit.
   Tergambar perasaan gembira dan syukur pada wajah-wajah mereka. Pastinya mereka berasa selamat berada di tanah air sendiri yang sudah tentunya selamat aman dan tenteram di samping keluarga terutamanya ibu bapa tercinta.Ada juga yang kelihatan menitiskan air mata kegembiraan.semoga kumpulan seterusnya juga akan selamat.begitu juga yang masih berada di kaherah..
   Usaha membawa pulang lebih 9,000 rakyat Malaysia di Mesir membabitkan kos operasi lebih RM30 juta yang ditanggung sepenuhnya kerajaan selain tanggung jawab sosial korporat syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia.

06 Februari 2011

Kek Coklat Mini

also available untuk cup cake...kalo sape2 nk order untuk wedding ke..tunang ke..birthday ke... bagitau ye....sentiasa available..harga berpatutan dan bole runding...



Onar graduan gebu

dipetik dari mymetro-kikis duit lelaki



LALA... jadi pekerja sosial mudah.
   Mereka cantik, muda dan berpelajaran tinggi. Namun kerana mahukan kesenangan dengan cara mudah, segelintir gadis yang mendakwa graduan sanggup menjual tubuh, menawarkan khidmat urut dan menipu lelaki hidung belang.

   Itu haluan hidup gadis berkenaan bagi meraih pendapatan lima angka sebulan tanpa perlu bekerja keras berbanding bekas rakan sekuliah yang hanya mampu memperoleh antara RM2,000 hingga RM5,000 sebulan, bergantung kepada jenis pekerjaan.Gadis berkenaan licik mencari pelanggan dengan menggunakan kepandaian dan kepetahan dimiliki untuk mengikis wang dan menipu lelaki miang yang dahagakan belaian.


Malah, bagi membuktikan dakwaan itu benar, mereka menunjukkan diploma dimiliki dan bukan sekadar ‘iklan’ promosi diri di laman sosial.

Pengakuan berani mereka.

LALA, 24:

“SAYA menggenggam segulung diploma dalam jurusan pelancongan dari sebuah kolej di Melaka tahun lalu, namun persaingan dalam dunia pekerjaan menjadi penyebab saya beralih menjadi pekerja sosial.

‘Pekerjaan’ ini mudah dan tidak memerlukan masa panjang untuk mendapatkan gaji lumayan. Saya tidak perlu bekerja lebih seperti mana eksekutif kanan pelbagai syarikat lain. Lagipun, pekerjaan seperti itu belum menjamin pendapatan tinggi.

Jika ada yang menawarkan gaji sehingga lima angka sebulan, ia memerlukan komitmen tinggi dan masa yang banyak.

Sebab itu saya beralih kepada kerja seperti ini. Cukup senang. Walaupun dipandang hina, masih ramai lelaki hidung belang mahukan khidmat kami. Bagaimanapun, sebagai orang Islam, saya tetap terfikir mengenai soal halal dan haram.

Mungkin, apabila mengumpul wang secukupnya, saya akan berhenti melakukan kerja seperti ini dan memulakan perniagaan sendiri,” kata gadis berasal dari Kedah itu.


BABY, 26:

“SEBELUM ini saya pernah bergelar penari profesional dan kerap mengiringi pelbagai persembahan artis popular dalam dan luar negara. Walaupun bergelar graduan dalam bidang itu di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Kuala Lumpur, persaingan dan pendapatan diperoleh kurang memuaskan.Saya pernah bekerja beberapa tahun sebagai penari profesional. Namun gaji diberi cukup makan saja. Malah, terlalu banyak bil dan komitmen lain perlu diselesaikan.

Selepas itu, saya diajak seorang rakan untuk menjalankan khidmat ini. Pada mulanya saya keberatan, namun selepas menerima gaji diberi, saya tidak berfikir panjang lagi.Usia seperti saya sekarang ini susah untuk mendapatkan pendapatan yang kadangkala melebihi lima angka. Jika saya bekerja di syarikat lain atau terus bekerja sebagai penari, mungkin 20 tahun lagi baru saya mendapat pendapatan sebanyak ini.Tidak cukup sekadar bekerja di pusat kesihatan atau spa sebagai gadis urut, saya turut menawarkan khidmat seks dengan menyewa bilik hotel sekitar ibu kota.Kegiatan ini dilakukan selepas pulang daripada kerja dan ia hanya dibuat apabila mendapat tempahan di sebelah malam.

Jika di spa, saya tidak mendapat bayaran penuh. Jadi, untuk mendapatkan bayaran menarik, saya terpaksa melakukan kerja seperti ini.Bagaimanapun, bukan selalu saya menjalankan aktiviti ini. Jika ada tempahan, baru saya menyewa bilik hotel dan menanti pelanggan.

Sekurang-kurangnya saya dapat mengumpul RM3,000 hingga RM4,000 dengan melakukan kerja luar terbabit. Jika dicampurkan dengan gaji bekerja di spa, paling sikitpun saya mampu memperoleh RM10,000 sebulan,” kata anak jati Kuala Lumpur itu yang menamatkan pengajian di peringkat diploma tahun lalu.


LIYANA, 25:

“SAYA licik menipu ratusan lelaki dengan ‘menjual’ pelbagai gambar mengghairahkan di laman sosial seperti Tagged dan Facebook yang kononnya menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.Menerusi profil dipaparkan, saya secara terang-terangan menawarkan khidmat urut, ringan-ringan, urut badan ke badan (b2b) selain khidmat seks. Bagaimanapun, semua tawaran itu adalah palsu untuk saya mendapat wang mudah.Senang saja untuk memperdayakan lelaki gatal yang dahagakan seks. Malah jika benar-benar mahukannya, mereka sanggup lakukan apa saja, termasuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun saya walaupun tidak mengenali siapa saya.

Sekurang-kurangnya, sehari saya mampu memperdaya lima atau enam lelaki. Sebelum berjumpa saya, mereka harus memasukkan RM100 atau RM150 ke dalam akaun.Namun selepas duit dimasukkan, saya menghilangkan diri atau memberi bermacam-macam alasan,” katanya yang masih menganggur selepas menamatkan pengajian pertengahan tahun lalu

05 Februari 2011

25 perkara yang perlu anda tahu tentang aksesori

perkara yang perlu anda tahu

Kenali Bentuk Wajah Anda

1. Jika wajah anda berbentuk petak…Anda sesuai mengenakan anting-anting yang jatuh dengan rekaan berbentuk bulat untuk mengurangkan ilusi segi pada penampilan.

Pilih rantai sepadan

Selesai memilih anting-anting, aksesori tambahan seterusnya pilih rantain sesuai dengan penampilan anda. Di pasaran kini, pelbagai bentuk rantai dijual sama ada murah atau mahal, tidak kiralah dari kategori mana, pemilihan rantai perlu sesuai dengan penampilan dan usia.

Rantai labuh

1.emas: Rantai bertali labuh emas biasanya digayakan untuk kelihatan lebih anggun. Bagi yang bertudung, rantai labuh boleh ditambah untuk menaikkan seri penampilan anda. Busana tradisional seperti baju kurung, baju kebaya atau jubah sesuai dengan gaya ini. Pastikan bahagian dada busana anda polos dari segi perincian.

2.perak: Bagi rantai labuh perak pula sesuai juga untuk busana tradisional dan kasual. Cuma anda perlu bijak menyuai padankan dengan pilihan warna baju agar rantai perak tidak tenggelam kehadirannya. Pilih rekabentuk sesuai dengan usia anda.

Chocker

Untuk memakai chocker, anda perlu bijak menyesuaikan dengan busana yang dipilih.
Chocker sesuai digayakan dengan dres bertali halus atau tube dress untuk memberi tumpuan penuh sekitar leher. Chocker akan memberi kesan lebih dramatik dan seksi.

Anda juga boleh menggayakan chocker dengan blaus tanpabutang pada bahagian leher.
Padanan blaus bertali halus dengan pilihan warna chocker yangsesuai.

Chocker sesuai untuk pakaian off shoulder. Pastikan material pada chocker sesuai untuk penampilan anda.
Elakkan memakai baju berkolar tinggi dan dipadankan denganchocker di bahagian luar baju. Anda akan kelihatan sarat! Batu berharga Berlian, mutiara, zamrud, batu delima dan permata merah adalah diantara barang perhiasan eksklusif dan mahal.

Pilihan barang hiasan seperti ini hanya digayakan sewaktu menghadiri majlis istimewa seperti majlis harijadi, sambutan ulangtahun perkahwinan dan majlis perkahwinan.

Jenis batuan ini basanya diwarisi turun temuran kerana nilai estetiknya yang tinggi.

Jangan tambahkan aksesori dari jenis batuan ini pada sembarangan penampilan kerana keistimewaan batuan itu akan hilang.


2. Jika wajah anda berbentuk bujur…Sama seperti di atas, anting-anting berbentuk bulat sesuai untuk penampilan anda.

3. Jika wajah berbentuk bulat…Pilih anting-anting labuh untuk disesuaikan dengan wajah anda. Namun perlu diingat, antingantingyang terlalu labuh akan kelihatan lebih sarat dan menampakkan wajah anda pendek.

4. Jika wajah berbentuk hati…Anda bertuah! Apa sahaja rekaan antinganting sesuai digayakan.

5. Untuk semua bentuk wajah…Subang dengan rekaan stud mempamerkan bentuk wajah anda. Apabila anda mengenakan subang, wajah akan kelihatan lebih berseri dan Nampak cantik. Pastikan subang pilihan anda tidak melebihi ¼ wajah.

Tips Kurangkan Punca Kedutan

KEDUTAN ANTARA SALAH SATU MASALAH KECANTIKAN YANG PALING DIGERUNI DAN SERING MENGHANTUI KAUM WANITA KHUSUSNYA. TIDAK HAIRANLAH, JIKA BANYAK PRODUK KECANTIKAN YANG DITAWARKAN DI PASARAN RATA-RATA ADALAH MEMBABITKAN PRODUK ANTI- PENUAAN.


Biarpun harganya mencecah ribuan ringgit, namun dek kerana mahu tampil anggun dan cantik sentiasa, ada yang sanggup membelinya. Pun begitu, masih ada di kalangan wanita yang kurang arif mengenai kulit dan kedutan. Masih ada yang mempercayai perkara-perkara yang tidak benar tentang kedutan. Antaranya termasuklah :

Minum Banyak Air Melawan Kedutan

Sememangnya kepentingan dan fungsi air dalam menjaga tubuh sama ada luaran mahupun dalaman supaya tidak kekeringan tidak boleh dinafikan. Oleh sebab itulah, setiap individu disarankan supaya meminum air lapan gelas sehari bertujuan memastikan kelembapan kulit dalam badan terpelihara sekali gus meningkatkan proses elastisiti.Hasilnya, ia membantu kulit untuk nampak lebih muda dan bercahaya. Pun begitu, ia tidak boleh menghalang berlakunya proses kedutan memandangkan ia muncul seiring usia dan tidak ada yang boleh mengubahnya. Jika ada produk baik sekalipun, ia hanya sekadar membantu melambatkan dan bukan menghalang proses kedutan dari berlaku.

Kulit Kering Menyebabkan Kedutan

Kulit kering boleh menyebabkan seseorang itu nampak lebih tua dari usianya. Ini kerana, garis-garis halus pada wajah lebih menonjol dibandingkan dengan jenis kulit berminyak mahupun sensitif.
Namun, itu tidak bermakna mereka yang memiliki kulit kering mudah untuk berlaku kedutan pada kulit wajah dibandingkan dengan kulit yang lain. Bagi mereka yang memiliki kulit jenis kering, tidak usah gusar kerana melalui pemakaian produk yang mempunyai pelembap dapat membantu menghindari kulit menjadi kering.

Senaman Wajah Atasi Kedutan

Ada yang beranggapan senaman wajah akan membantu masalah kedutan, tetapi sebenarnya tidak sebaliknya akan menyebabkan masalah menjadi lebih buruk. Ketika otot-otot digunakan, alur-alur terbentuk di bawah kulit. Akhirnya, alur-alur ini berubah menjadi kedutan kerana kulit sudah mulai kehilangan elastisiti.

Makan Ikan Cegah Kulit Dari Penuaan

Makan ikan yang kaya akan omega-3, baik untuk jantung dan kesihatan secara keseluruhan. Sedangkan untuk kulit, tidak ada bukti ilmiah bahawa mengambil asid lemak akan membantu memberikan manfaat kepada kulit.

Menarik Kulit Punca Kedutan

Mungkin ada yang beranggapan, menarik mata ke bawah semasa mengenakan penggaris mata atau maskara mahupun ketika meregangkan kulit ke bawah saat menyapu pelembap atau alas bedak boleh menyebabkan kedutan muncul dan akhirnya kulit menjadi kendur. Faktanya, menarik kulit ke segala arah untuk jangka waktu yang singkat tidak akan menyebabkan kedutan.

Tip Miliki Kulit Sihat

Kulit yang halus, segar, lembut, dan berseri pastinya menjadi buruan setiap wanita. Kerana itulah, kita sering memberi tumpuan lebih terhadap kulit wajah sehinggakan bahagian kulit lain pada tubuh terabai. Seharusnya, setiap inci kulit di tubuh kita sama pentingnya dan perlu diberi perhatian secukupnya. Ikuti tip mendapatkan kulit seksi dan sihat di seluruh permukaan tubuh:

Leher dan Dada

Bukan hanya wajah, kulit leher juga sering menjadi mangsa panahan sinaran matahari terutama bagi mereka yang tidak bertudung atau memakai topi ketika keluar dari rumah. Ini menyebabkan, kulit di bahagian leher mudah berubah warna dan menjadi lebih kasar. Justeru, bagi memastikan kulit wajah dan leher merata dan tidak berbelang, sapukan juga perawatan kulit wajah sampai ke bahagian leher dan dada.

Tangan dan Lengan

Tangan merupakan bahagian yang paling mudah menampakkan proses penuaan. Bahagian ini sangat mudah mengalami masalah pigmentasi, rona kulit tidak sekata, kulit mudah kering terutama pada siku. Oleh itu gunakan exfoliating body wash setiap mandi dan sapukan losen badan selepas mandi.

Tapak Kaki

Bagi anda yang gemar mengenakan sandal dan skirt, kaki mulus dan terawat tentu menjadi tumpuan penting. Justeru, menjadi tanggung jawab anda untuk memastikan bahagian ini tetap lembut dan lembap dengan menyapu exfoliating losen. Kaki yang memerlukan banyak perhatian, apa kata anda cuba sapukan foot balm.

Cantik di Hati:

Keikhlasan seumpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya.

04 Februari 2011

Lelaki Lebih Berisiko Hidap Batu Karang

ANDA PERNAH MENGALAMI RASA SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG DAN ARI-ARI SEPERTI TERDAPAT BENDA TAJAM YANG MENCUCUK DAN MEMBUATKAN ANDA TIDAK DAPAT BERDIRI TEGAK? SEBAIK-BAIKNYA LAKUKAN UJIAN AIR KENCING DAN X-RAY KUB IAITU PADA BAHAGIAN GINJAL, URETER DAN PUNDI KENCING KERANA DIBIMBANGI TERDAPAT BATU KARANG PADA BUAH PINGGANG.

   Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di sinilah berlakunya proses penapisan darah untuk menyingkirkan bahan buangan badan melalui air kencing dan najis. Air kencing kemudiannya dipindahkan dari buah pinggang ke pundi kencing melalui saluran ureter. Air kencing disimpan di dalamnya sebelum ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk jika terdapat banyak kalsium, oksalat, asid urik dan sistein di dalam air kencing.
   Kekurangan bahan yang bertindak mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium, jangkitan buah pinggang atau masalah konginental pada salur kencing juga boleh mengakibatkan penyakit batu karang.
Batu karang biasanya dihadapi mereka yang berusia 25 tahun ke atas dan golongan lelaki lebih mudah atau lebih berpotensi mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
Faktor risiko juga boleh meningkat terutamanya jika tidak cukup minum hingga mengakibatkan air kencing akan menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
   Masalah batu karang juga boleh disebabkan faktor keturunan. Individu yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah yang sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, mampu meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu. Begitu juga dengan pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman, daging merah, makanan laut bercengkerang dan alkohol. Pada masa sama, diet kurang serat turut menyumbang kepada masalah ini.
Selain itu, individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau terlantar lama lebih berisiko tinggi kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Simptom Jarang Dilihat

   Simptom penyakit batu karang dapat dilihat apabila pesakit selalunya mengalami simptom seperti sakit yang amat sakit secara tiba-tiba dan kemudiannya hilang dengan sendiri atau disebut sebagai Colicky pain.
Kencing berdarah iaitu air kencing berwarna merah yang dikenali sebagai gross haematuria atau microscopic haematuria juga merupakan salah satu simptomnya. Dalam masa yang sama, pesakit mungkin mengalami simptom urinari seperti kerap kencing, kencing tidak lawas serta rasa sakit atau pedih ketika kencing.
Jangkitan atau Urinary Tract Infection turut boleh berlaku kepada salur kencing dan buah pinggang sekiranya terdapat luka pada salah satu bahagian ini. Akibatnya, pesakit akan mengalami demam tinggi disertai dengan menggigil. Pesakit akan rasa sakit jika bahagian renal angle terbabit disentuh.
   Pada peringkat kronik akibat urinary tract infection, pesakit yang datang untuk rawatan mempunyai simptom seperti tubuh yang lemah, muka pucat akibat kekurangan darah, muka sembap dan kulit menjadi kering gara-gara buah pinggang rosak.Sungguh pun begitu, kesakitan atau simptom yang boleh dikenal pasti bergantung kepada lokasi di mana batu karang itu terbentuk sama ada di saluran pundi kencing atau buah pinggang, saiz batu karang, keadaan dan umur pesakit dan jenis batu karang.

PERGOLAKAN DI MESIR-7,000 pelajar kita selamat

Kementerian Pengajian Tinggi mengesahkan semua 7,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berjaya dikesan sehingga semalam berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, rekod kementerian menunjukkan ada 11,319 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di Mesir, iaitu 5,184 pelajar perubatan dan 6,135 pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.


“Kementerian akan meneruskan pemantauan bagi mengesan pelajar Malaysia yang lain di sana sehingga nasib semuanya dapat diketahui.
“Sejak rusuhan kian meruncing dan tahap keselamatan pelajar Malaysia semakin membimbangkan, pihak Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Kaherah mula menempatkan pelajar Malaysia dalam kumpulan lebih besar di beberapa tempat utama seperti Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah serta beberapa rumah negeri di sana.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin, kerajaan sudah melakukan operasi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir melalui udara dan laut.

“Harap rakyat kita di sana bekerjasama dalam usaha membawa mereka pulang ini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohamed Khaled juga menegaskan kementerian ambil maklum, prihatin dan bersimpati dengan keadaan sukar serta situasi getir dihadapi pelajar Malaysia di Mesir berikutan demonstrasi jalanan selain rusuhan oleh rakyat negara itu, yang kini memasuki hari ke-10. Beliau berkata, pelajar dan rakyat Malaysia akan dibawa ke Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan perlindungan.

Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi juga dimaklumkan mengenai pengumuman cuti beberapa universiti utama di sana, umpamanya Universiti Cairo menetapkan cuti tiga bulan, Universiti al-Azhar (setahun) dan Universiti Ain Shams pula menetapkan cuti enam bulan.

Bagi memudahkan keluarga pelajar mendapatkan status terkini mengenai anak atau ahli keluarga di Mesir, hubungi Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Prof Dr Ruj-han Mustafa menerusi talian +6019–270 8222 atau e-mel mrujhan@mohe.gov.my.

Mereka juga boleh menghubungi Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff di talian +6019–752 0672 atau e-mel alwee@mohe.gov.my.

Seorang lagi pegawai boleh dihubungi ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Jabatan Penuntut Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Jamalulail Abu Bakar di talian +6012–931 6172 atau e-mel jamalulail@mohe.gov.my.

Hidup Nita-Zahid tak mahu ambik tahu lagi.

dipetik dr Murai.com

   Semua orang dah tau yang penyanyi Zahid (AF2) dan Nita dah putus hubungan cinta. Namun, penghujung tahun lalu, peminat industri fesyen hiburan tempatan dikejutkan dengan penampilan berani Nita dalam sebuah majlis hiburan.Banyak reaksi negatif diberikan sehinggakan ada yang beranggapan Nita yang pernah bergelar kekasih hati Zahid bagaikan mahu membalas dendam terhadap juara Akademi Fantasia 2 itu.
Ketika ditemui portal murai.com.my, selepas majlis pelancaran album Marsha baru-baru ini, Zahid yang hadir mengadakan persembahan duet bersama Marsha mendakwa bahawa segala yang dilakukan oleh Nita tidak ada kena mengena dengan dirinya lagi.
   "Zahid tahu dan berpeluang melihat sendiri pakaian yang dikenakan Nita ketika itu. Terus terang, Zahid tak merasakan apa yang dibuat Nita itu adalah untuk membalas dendam atau menunjuk-nunjuk kepada Zahid. Apa yang Zahid tahu, itu adalah diri Nita yang sebenar."Mungkin selepas tidak lagi bersama Zahid, Nita mahu menunjukan dirinya supaya lebih menonjol dan mungkin dengan cara itu dia merasakan dirinya lebih berani. Memang benar sewaktu kami bersama, Nita agak kurang berpakaian menjolok mata. Itu semua kerana Zahid sendiri yang tidak suka melihat dia berpakaian yang terlalu seksi."Bagi Zahid, istilah seksi sebenarnya bukan diukur pada baju semata-mata. Adakala wanita yang bertudung dan berbaju kurung juga boleh jadi seksi sekiranya dia adalah seorang wanita yang sebegitu," ujar Zahid.
   Dalam pada itu, Zahid turut menafikan bahawa dirinya pernah mengongkong finalis Malaysia Idol itu sehingga berlakunya percanggahan pendapat antara mereka berdua."Zahid tak pernah mengongkong atau mengawal Nita. Pernah Zahid menyuruh dia menghadiri majlis-majlis sebagaimana yang pernah dia hadiri sekarang, tetapi dia memilih untuk tidak mahu datang. Jadi, Zahid sebenarnya tidak pernah menghalang dia.
"Kalau seksi pilihannya, Zahid lebih suka jika dia dapat mengurangkan seksi dalam soal berpakaian. Sejujurnya, Zahid sedih dengan komen-komen yang dilemparkan kepada Nita tentang pakaian itu. Kerana Zahid tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
   "Terus terang, Zahid kurang pasti mengapa dia berpakaian sebegitu. Memang Zahid tergamam setelah melihatnya. Apapun, tidak pula terlintas untuk Zahid menghubungi dia untuk bertanyakan sebab mengapa dia berpakaian sebegitu. Mungkin belum masanya lagi. Mungkin juga dia masih bersedih," jelas Zahid.
Sementara itu, Zahid mengakui sedang kenal rapat dengan seorang wanita. Ketika ditanya lanjut berkenaan hubungan mereka, Zahid bagaimanapun memilih untuk tidak bercakap lebih lanjut berkenaan wanita istimewa berkenaan.Walaupun begitu, gambar kekasihnya itu telahpun tersebar luas di internet akibat gambar tersebut yang dicuri melalui telefon bimbit wanita berkenaan..

03 Februari 2011

ketegangan di mesir-harga petrol akan naik lagi???

 

Minyak Mentah Brent Lepasi 100 Dolar Setong




Minyak mentah Brent yang juga penanda aras harga minyak di Eropah dan Asia melepasi harga 100 dolar setong pertama kali sejak 2008.

Faktor utama kenaikan, kebimbangan ketegangan di Mesir menjejaskan pengeluaran minyak di Asia Barat.

IRA ECKSTEIN / PRESIDEN AREA INTERNATIONAL TRADING CORP
Are they going to shut it down, the Suez? I have no idea, but you know it is going to be a big problem if there is problems and they had to go around, it's going to add ten more days of travel time to get to the United States and 18 days for Europe. It's going to be a big mess.

Bagi pedagang minyak, laluan kapal membawa bekalan minyak dikhuatiri terjejas dan akan membantutkan bekalan.

Walaupun Mesir bukan pengeluar minyak utama dunia, setiap hari hampir 2 juta tong minyak melalui Terusan Suez yang diurus tadbir negara bergolak itu.

Di London, minyak mentah Brent naik 1.18 dolar Amerika kepada 100.6 dolar satu tong di I-C-E Intercontinental Exchange Futures Exchange.

Volkswagen Commercial: Black Beetle

6 pelajar Malaysia tiba dari Mesir selepas tempuh detik cemas

   dipetik dari Utusan Online


   Seramai enam orang pelajar Malaysia dari Mesir selamat pulang ke tanah air hari ini selepas menempuh detik yang mencemaskan akibat terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir, selama tiga hari.
  Kesemua mereka bernasib baik kerana berjaya menaiki pesawat Royal Jordanian Airlines dengan tambang RM2,000 seorang dari Mesir ke Amman, Jordan sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6.45 petang ini.Pelajar perubatan tahun dua Universiti Zagazig, Nor Atiqah Ismail Suhaimi, 21, berkata, mereka terpaksa mengharapkan bantuan daripada ahli keluarga di tanah air untuk membeli tiket kerana sudah kehabisan duit.Nor Atiqah yang belajar di universiti sama dengan adiknya, Nor Aishah Ismail Suhaimi, 20, juga terpaksa beratur panjang dan berasak-asak dengan orang ramai sebelum berjaya menaiki pesawat.
   "Semua sedih nak balik tapi tiada duit untuk beli tiket dan dalam masa sama kami juga kena tipu dengan Egypt Air kerana mereka jual tiket tetapi tiada penerbangan yang berlepas.
"Bila dah dapat tiket kapal terbang kami terpaksa beratur empat jam dan bersaing dengan orang Arab yang berbadan besar semata-mata mahu naik kapal terbang," katanya.
Tambahnya, keadaan menjadi semakin genting apabila bantuan makanan lambat dihulurkan kepada rakyat Malaysia yang terperangkap di lapangan terbang tersebut.
"Bantuan makanan daripada kedutaan kita agak lambat sampai dan tidak mencukupi. Mujurlah pihak kedutaan negara lain yang kasihan melihat kami kelaparan menghulurkan bantuan," katanya.
Sementara itu, seorang pelajar Malaysia yang melancong ke Mesir, Siti Maisarah Zaini, 20 berkata, dia terpaksa menempuh pengalaman menaiki kenderaan tentera ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.
Penuntut Universiti Perubatan Moscow, Rusia itu berkata, keadaan di negara itu menjadi semakin tidak terkawal apabila orang ramai yang merusuh turut membawa senjata tajam.
"Saya dan kawan naik tren ke Iskandariah tetapi apabila sampai di sana untuk menuju ke lapangan terbang, kami tiba-tiba ditahan oleh tentera Mesir dan dibawa ke hostel atas alasan keselamatan.
"Kami melihat sendiri keadaan teruk di sana apabila rakyatnya bertempur dan merusuh dengan polis Mesir,"

Pelajar Malaysia berkomunikasi guna Facebook, blog

   Pelajar Malaysia yang terperangkap di Mesir menggunakan aplikasi internet seperti Facebook dan blog untuk menghebahkan tentang keadaan mereka dan berhubung antara satu sama lain.
Salah satu laman Facebook yang telah dicipta oleh pelajar ialah “Selamatkan Pelajar Dan Rakyat Malaysia Di Mesir” dan blog yang boleh dilayari di http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com.
Laman sosial Facebook dan blog tersebut diilhamkan sendiri pelajar di samping mereka menubuhkan Skuad Jawatankuasa Perhubungan Sementara Pelajar Mesir dan Malaysia.
Status terbaru di laman Facebook itu meminta pelajar yang telah selamat sampai di Malaysia atau berlindung di mana-mana negara jiran agar melaporkan keadaan mereka.
Facebook itu juga melaporkan terdapat lebih kurang 20 orang pelajar Malaysia telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 2 petang tadi melalui penerbangan Gulf Air.
   Laman itu juga memaklumkan bahawa dua orang pelajar Malaysia berjaya menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Alex menggunakan Kuwait Airways hari ini.Sehingga jam 7 malam tadi, laman tersebut setakat ini telah mengumpul 46,540 pengikut yang ada antara mereka mempunyai saudara, rakan atau ahli keluarga di Mesir.

BERITA TERKINI-Malaysian students in Egypt safe, food supply sufficient

Malaysian students in Egypt safe, food supply sufficient

BERITA TERKINI-Ribut salji lumpuhkan AS

DIPETIK DARI kosmo online

Berjuta-juta warga Amerika Syarikat (AS) terputus bekalan elektrik apabila ribut salji yang dikatakan lebih hebat daripada fenomena sama pada tahun 1967 melanda lebih 30 buah negeri dan memberi kesan kepada satu pertiga penduduk di AS semalam.
Ribut salji itu menyebabkan banyak lapangan terbang, sekolah, kolej dan pejabat pentadbiran ditutup.
Ais dilihat meliputi jalan raya Chicago.
"Jangan pergi ke mana-mana. Duduk di dalam rumah. Angin kencang dan salji tebal membuatkan perjalanan hampir mustahil," jelas satu mesej daripada Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.
Sementara itu, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) menggesa orang ramai supaya bersiap sedia untuk menghadapi cuaca buruk itu.
Presiden AS, Barack Obama telah diberi taklimat tentang kejadian ribut itu dan pelan-pelan bantuan kecemasan sedang disediakan.
Pakar meteorologi, Jeff Johnson yakin ribut salji itu akan melumpuhkan sistem pengangkutan selama beberapa hari. Hampir 6,000 penerbangan terpaksa dibatalkan.
Keadaan ini dijangka mengakibatkan huru-hara apabila perkhidmatan penjadualan semula terpaksa dibuat seperti mana yang berlaku ketika sambutan Krismas dan Tahun Baru yang lalu.

BERITA TERKINI-pelajar Malaysia di Mesir akan di pindahkan segera

Kesemua rakyat Malaysia yang sedang berhadapan dengan situasi sukar di Mesir, dijangka dapat dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi dalam tempoh empat hari setengah.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (gambar) berkata, pemindahan itu akan dilakukan secepat mungkin selepas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta pesawat khas milik Malaysia Airlines System (MAS) dan AirAsia tiba di Kaherah.
Selain itu, katanya, Kapal Bunga Mas 5 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden juga akan digunakan untuk memindahkan rakyat Malaysia.
“Keutamaan kita adalah bagi memindahkan dahulu pelajar dan rakyat Malaysia ke Jeddah dan kemudiannya barulah dibawa balik ke Malaysia secara berperingkat-peringkat.
“Jika keadaan berjalan lancar, kita menjangkakan kira-kira 3,000 rakyat Malaysia akan dipindahkan setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Lebih 11,000 rakyat Malaysia direkodkan berada di Mesir dan pelajar mencatatkan jumlah tertinggi.
Menurut Anifah, tiga pesawat C-130 TUDM dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini manakala pesawat A320 milik AirAsia pula akan berlepas ke Kaherah pada pukul 2.30 petang ini.
Tambahnya, pesawat Boeing 747 milik MAS yang boleh membawa 285 penumpang pula dijadualkan berlepas ke Kaherah, Mesir, esok.
Katanya, turut serta dalam pesawat AirAsia yang membawa makanan hari ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.
Beliau memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah menghubungi Raja Arab Saudi bagi membolehkan rakyat Malaysia yang keluar dari Mesir ke Jeddah dikecualikan daripada visa.
Tambahnya, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay turut mengadakan perbincangan dengan Kementerian Luar Mesir bagi memudahkan pemindahan rakyat Malaysia ke Arab Saudi.
Dalam pada itu, beliau berkata, dalam berhadapan situasi yang sukar ini, kerajaan turut bekerjasama dengan Indonesia bagi mengeluarkan rakyat kedua-dua negara itu ke Jeddah.
“Kita telah bersetuju untuk membantu antara satu sama lain, jika terdapat kekosongan di dalam pesawat (Indonesia), mereka akan turut membawa rakyat kita begitulah sebaliknya kita akan membuat perkara yang sama,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa pelajar supaya bersabar dan tidak pergi ke Mesir bagi mengelakkan mereka turut terkandas.

(Gambar atas) SEKUMPULAN krew penerbangan TUDM yang pertama dalam misi bantuan untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir bersiap sedia sebelum menaiki pesawat Charlie di Pangkalan Udara Subang, semalam.

BERITA TERKINI DI MESIR-IBU BAPA DI MINTA JGN PANIK

SEPANG: “Saya harap ibu bapa dan keluarga pelajar kita di Mesir bersabar dan jangan panik, kami akan pastikan tiada seorang pun pelajar kita yang akan ditinggalkan,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.Beliau berkata, kerajaan sudah menggerakkan semua jabatan, agensi, pihak tentera dan syarikat penerbangan untuk membantu membawa pulang pelajar ke tanah air dengan segera.

Malah, beliau turut berlepas ke Mesir jam 5 petang semalam dengan menaiki pesawat ihsan pertama milik AirAsia Berhad (AirAsia) untuk mengetuai misi menyelamatkan pelajar dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji, AirAsia, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Kelab Putera 1Malaysia. Katanya, sebaik tiba di Mesir mereka akan terus menggerakkan usaha membawa pelajar yang sudah dikumpulkan ke Madinatul Hujjaj di Jeddah, iaitu kemudahan milik Tabung Haji sebagai tempat transit.

“Sebaik pelajar tiba, kita akan menyusun dan mengagihkan penerbangan yang akan dinaiki untuk dibawa pulang ke tanah air.

“Selain pesawat yang membawa rombongan kami hari ini, AirAsia turut menyediakan dua pesawat tambahan yang dapat memuatkan 300 penumpang yang akan beroperasi empat kali sehari.
“Ini tidak termasuk pesawat disediakan Penerbangan Malaysia (MAS) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya pada sidang media sebelum berlepas ke Mesir di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail dan Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun.

Jamil Khir berkata, kira-kira 20 tan bekalan makanan akan diagihkan kepada pelajar di Mesir dengan bantuan PBSM dan Kelab Putera 1Malaysia.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan keluarga bersabar, bertenang serta berdoa supaya usaha yang sedang dilaksanakan dapat dipermudahkan.

“Misi kita membawa pulang semua pelajar tanpa mengira dari negeri mana atau fahaman politik, jadi yakinlah pada kerajaan,” katanya.

Pada masa sama, Jamil Khir mengingatkan ibu bapa tidak mempercayai khabar angin atau sumber tidak sahih bagi memastikan mereka tidak mendapat maklumat salah