16 Disember 2011

Hak-hak istimewa orang Melayu



Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

[sunting]Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu

Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:
  1. Tanah untuk Orang Melayu
    • Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.
  2. Jawatan dalam Kerajaan
    • Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
  3. Peruntukan biasiswa
    • Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
  4. Bantuan Ekonomi
    • Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.
Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

[sunting]Rujukan

  • Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957-1963), oleh Tan Sri Dato' Abdullah Bin Ayub, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1978, cetakan pertama 1961, Tiada ISBN.

sumber;Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tiada ulasan: