11 September 2011

Perkahwinan mula bermasalah bila......




Alam perkahwinan yang bahagia adalah impian setiap pasangan. Malah kalau boleh sehingga ke akhir hayat. Namun bukan semua bernasib baik. Ada yang berdepan dengan masalah rumah tangga di pertengahan jalan. Puncanya mungkin dari isteri dan tidak terkecuali dari suami juga. Boleh jadi juga kerana faktor di bawah ini:


Bosan

Sesekali berasa bosan mungkin biasa tetapi kalau sentiasa berasa demikian, ada sesuatu masalah tentang perkahwinan anda. Seharusnya anda berfikiran positif, cari hobi baru, pergi melancong dan perbaiki hubungan seks dengan pasangan. Insya-Allah, perasaan bosan akan hilang.



Masalah kewangan

Ada pasangan suami isteri bercerai-berai kerana soal duit. Perbincangan semakin panas, bila lelaki khususnya sentiasa memberi alasan tiada wang sedangkan mereka keluar bekerja setiap hari. Bila masalah wang mula timbul, rancang dengan betul perbelanjaan dan jangan membazir pada perkara tidak perlu.



Suasana dalam rumah yang tidak ceria

Sesuatu yang statik adalah sangat membosankan. Ia mungkin berpunca dari sikap anda, suasana dalam rumah, susun atur perabot, warna cat dan sebagainya. Ciptalah sedikit kelainan baik dari segi sikap anda atau pun suasana rumah anda. Insya- Allah, hubungan akan kembali ceria.



Soal ipar-duai

Ini antara masalah yang sering timbul. Lebih serius lagi jika anda tinggal beramai-ramai dalam satu rumah. Sikap tentunya tidak sama, anda mungkin tidak ‘sekepala’ dengan mereka hingga mudah tercetus konflik.



Tiada anak

Perkara ini sering membuatkan hati wanita berasa sangat walang. Bagi mereka, tidak boleh mengandung sekali gus melahirkan anak adalah satu kelemahan diri dan ia membuka ruang kepada suami untuk menceraikan dirinya atau berkahwin lain. Anak adalah rezeki Allah, maka teruskan berusaha bagi pasangan yang belum memperolehnya. Paling tidak, jalan terakhir adalah mengambil anak angkat.



Prinsip keluarga yang berbeza


Apa yang harus anda lakukan? Bila dua kepala, tidak bermakna anda tidak boleh bersatu hati. Beralah adalah satu cara terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga anda.Berkahwin bermakna anda perlu mengenali ramai orang baru dalam hidup anda. Ahli keluarga baru mungkin berbeza prinsip dengan diri anda dan ia mungkin menjadi punca perbalahan.

Tidak bersedia punya anak

Ada sesetengah wanita memegang prinsip tidak mahu punya anak di awal perkahwinan. Mungkin mereka memikirkan pekerjaan, bentuk tubuh, tidak punya masa untuk bersosial dan sebagainya.
Tapi suami mereka mungkin punya pendirian berbeza. Ia boleh menjadi punca keretakan rumah tangga. Apa yang harus dilakukan bila terjadi hal ini? Berbincanglah dari hati ke hati.

Mengikut kepala sendiri

Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa. Ia adalah satu hubungan jangka panjang di mana segala-galanya perlu dikongsi berdua. Tiada lagi sebarang rahsia baik di pihak suami mahu pun isteri.
Namun perkahwinan akan bermasalah jika anda menyimpan seribu rahsia dengan pasangan. Akan timbul rasa curiga dan ketidakpercayaan antara satu sama lain. Tindakan terbaik ialah bercerita sejujurnya, berkongsi suka dan duka bersama-sama kerana itulah resipi kebahagiaan.

Tiada tanggungjawab

Memasuki alam rumah tangga bermakna banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Jika gagal melaksanakannya maka rumah tangga tentunya akan berantakan. Malah banyak kes perceraian berpunca daripada perkara ini. Jika anda termasuk dalam masalah ini maka ubahlah sikap menjadi pasangan yang lebih bertanggungjawab demi keutuhan rumah tangga.

Soal seks

Seks yang terlalu kerap, terlalu kurang, statik dan sebagainya akan menimbulkan masalah tidak puas hati antara suami isteri. Langkah terbaik dalam menangani masalah seks ini dengan bersikap terbuka dan saling berkomunikasi.


4 ulasan:

Yumida berkata...

betul tu kunang2...punca keretakkn rmh tgga bila tiada persefahaman lg..tiada perkongsian rutin harian..tiada perbualan dr hati ke hati...

fazRina berkata...

selalu la berbicara dgn pasangan wlaupon sblm tdo...

Tanpa Nama berkata...

Selama 7 tahun saya berkahwin, saya tidak pernah rasa seronok dgn sikap keluarga mertua apatah lagi ipar duai..bosan! Tidak bersembang, ape tah lagi gelak tawa.. Hampeh!! Pilih bulu agak nyer..

fazRina berkata...

mungkin keluarga mertua anda memang kurang bersembang..namun itu bukan alasan untuk kita menjauhkan diri..betul tak..orang kata xkenal maka xcinta..