05 Februari 2012

10 Tanda Lelaki Cemburu


Perasaan cemburu terhadap pasangan selalu dikaitkan dengan wanita tapi hakikatnya lelaki juga tidak dapat lari dari perasaan ini. Malah dalam beberapa kes, ada lelaki yang sanggup bertindak mencederakan pasangan malah membunuh kerana tidak dapat mengawal perasaan cemburu. Apa kata anda semak petanda cemburu ini. Mungkinkah anda juga memilikinya.

1. Menghubungi isteri atau pasangan kekasih berkali-kali dalam sehari
Adakah sikap anda begini? Menelefonnya berkali-kali hanya untuk bertanya perkara remeh? Buat apa, sudah makan atau belum. Keluar dengan siapa dan sebagainya hinggakan pasangan berasa rimas dengan pertanyaan remeh.

2. Buat “kejutan” pada telefon bimbit pasangan
Adakah anda suka memeriksa telefon bimbit pasangan? Anda ingin tahu siapa yang dia hubungi atau siapa yang menghubunginya. Soalan anda kepadanya bagaikan soalan polis kepada pesalah dan rasa tidak puas hati anda itu berterusan selagi tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati anda sendiri.

3. Anda rasa cemburu bila dia melayan mesra orang lain
Rasa marah ini akan wujud bila melihat dan menyaksikan pasangan melayan mesra orang lain walau pun pada pandangan individu lain ia sekadar borak-borak biasa. Kalau boleh, anda ingin menghentikan segera perbualan tersebut dan mengajaknya pulang biar pun dia ketika itu sedang berbual dengan bapa saudaranya, anak buahnya, sepupunya dan sebagainya.

4. Memerhatikan setiap gerak langkah pasangan
Pernahkan anda menyoal pasangan atau isteri ke mana dia pergi biar pun seketika? Rasa ingin tahu anda begitu membuak-buak dan kalau boleh anda ingin tahu apa dia lakukan setiap masa. Kalaulah ini ada dalam hati anda, itu tandanya anda seorang yang sangat cemburu seorang yang sangat cemburu dan gagal mengawal perasaan.


5. Selidik Beg Tangan Pasangan
Bukan mahu mencuri sebaliknya anda ingin mengetahui apa terkandung di dalam begnya. Ini semua anda lakukan bagi mengetahui pasangan tidak bermain kayu tiga di belakang anda.

6. Sering bertanya dengan siapa pasangan anda berbual
Pernahkah anda menyelidiki pasangan sedalam-dalamnya tatkala dia menerima panggilan ketika bersama dengan anda. Misalnya dengan siapa, berborak apa, hubungan mereka dan bermacam-macam lagi sehingga anda berasa puas hati dengan jawapannya.

7. Mengawal pergerakannya
Dia mungkin meminta izin anda untuk keluar dengan rakan-rakannya namun anda mempunyai terlalu banyak alasan untuk tidak membenarkan dia pergi. Misalnya dia mahu keluar menghadiri majlis keramaian dan sebagainya namun anda memberikan seribu alasan untuk dia tidak keluar ke majlis itu.
Bagi anda, dia hanya sesuai keluar dengan anda sahaja dan tidak kepada orang lain.

8. Sering mengugut pasangan
Adakah anda sering mengugutnya mahu membunuh diri dan sebagainya jika anda tahu dia mempunyai teman lain? Atau dia mahu meninggalkan anda. Ugutan anda mungkin serius dan dia berkali-kali meminta maaf. Kalaulah ya, itu tandanya anda seorang yang kuat mengongkong dan penuh sifat cemburu di dalam hati.

9. Sesekali anda menuduhnya curang
Pernahkah anda menuduh pasangan berlaku curang? Anda menuduhnya berfoya-foya hanya kerana anda melihat dia keluar dengan orang lain sedangkan pasangan tidak mempunyai niat untuk berlaku curang pun.

10. Menyekat untuknya bersuara
Pasangan mungkin cuma mahu menerang kan apa di sebalik peristiwa yang terjadi namun anda langsung tidak memberinya peluang untuk bersuara atau menyatakan kisahnya.
Anda asyik menyerang dan terus menyerangnya dengan kata-kata dan ada kalanya tangan anda juga naik ke tubuhnya. Kalau beginilah sikap anda, nyata anda seorang yang cemburu dan perlu mendapatkan rawa tan agar tidak membahayakan orang lain.


6 ulasan:

Wan Zatiey berkata...

gane xmo bg laki tu cemburu teramat sgt..??

Kay Sablihan berkata...

adela pulak..huhu

Tanpa Nama berkata...

Prasaan jelez tu 1 anugerah dri ALLAH. Tp jgn smp ianya mgugat iman.

fazRina berkata...

mesti ada sebab knp lelaki tu cemburu sgt kat awk...cuba awk tnye die knp...

sha my heart berkata...

Cemburu tandanya sayang

kunang-kunang berkata...

btl 2 cemburu tanda syg...tpjgn lebih n over sgt...