18 Mei 2012

Langkah Awal Atasi Tekanan Darah Tinggi


Antaranya, mengamalkan gaya hidup sihat yang bebas daripada sebarang bahan yang memudaratkan kesihatan seperti merokok, alkohol dan dadah, amalan pemakanan seimbang, rutin olahraga bagi menguatkan jantung, paru-paru dan otot, cukup tidur dan rehat serta mengawal kadar stress dengan baik. Demikian, menurut Perunding

Pemakanan, Indra Balaratnam. Tambah pengarang bersama buku berjudul Healthy Eating – Recipes for the Asian Palate ini lagi, untuk mencapai kesihatan tubuh badan yang baik sememangnya satu cabaran yang besar bagi generasi kini. Menurut kaji selidik ketiga oleh National Health and Morbidity, sebanyak 70 peratus rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur mengamalkan pemakanan yang tidak sihat, serta tidak cukup pengambilan buah buahan dan sayur-sayuran.

Bukan itu sahaja, hanya 30 peratus sahaja didapati mengamalkan latihan olahraga secara rutin. Terbukti, meski kehadiran sains dan teknologi begitu banyak membantu kehidupan menjadi lebih mudah dalam pelbagai aspek, namun ia tidak semestinya meningkatkan kualiti hidup manusia.




Membincangkan masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi pada isu kali ini, Indra menerangkan bahawa masalah hipertensi merupakan keadaan di mana kadar tekanan darah di dalam tubuh yang tinggi. Keadaan ini seterusnya membebankan jantung dan saluran pada jantung akibat daripada peningkatan tekanan dari dalam tubuh sendiri.

“Hipertensi adalah salah satu daripada faktor risiko yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok. Tidak kira lelaki mahupun wanita, kedua-duanya tidak terkecuali daripada menjadi mangsa penyakit ini. Penghidap hipertensi ini boleh dikatakan seperti ‘bom jangka’ jika anda tidak mengambil langkah awal untuk mengatasinya lebih awal,” kata Indra.

sumber: http://www.mingguanwanita.com.my/wanita/cs/

Tiada ulasan: