15 April 2011

Kalau Suami .....

Kalau suami mula berahsia.
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada makwe

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu gelaran JANDA....



TAPI kadang2....
.
kalau suami mendiam diri
jangan suka buat persepsi

kalau suami mula bersendiri
mungkin dia perlu privacy


kalau suami nampak tertekan
jangan pula buat andaian


Jangan meneka dalam kesamaran
tunggulah waktu yang bersesuaian

Berbicara dr hati ke hati penuh perasaan
InsyaAllah rumahtangga kita dilindungi Tuhan........



Tiada ulasan: