25 November 2012

Kuasa Solekan Mampu Ubah bentuk Wajah

Memiliki bentuk wajah sempurna menjadi idaman setiap wanita. Bagi yang berwajah bulat mengimpikan bentuk bujur sirih manakala yang cengkung ingin kelihatan lebih berisi. Bagi mereka yang dilahirkan dengan bentuk wajah tirus sememangnya satu bonus memandangkan tampilan sebegini dianggap begitu sempurna dan ideal.
Tidak hairanlah, ada yang sanggup menggunakan kaedah pembedahan dan sebagainya untuk mendapatkan bentuk wajah sebegini. Padahal, ada satu cara yang lebih mudah untuk melakukan perubahan iaitu menerusi solekan.
Teknik ShadingMenerusi teknik shading misalnya, mampu mengubah bentuk wajah seseorang. Shading atau pembentukan pembayang wajah merupakan ‘bayangan gelap’ dan cerah yang dilakukan pada wajah sebelum disolek.
Selain menyembunyikan kekurangan wajah seseorang, ia juga membantu mengecilkan selain menonjolkan bahagian tertentu seperti hidung serta mengecilkan atau meruncingkan bentuk wajah dengan menggunakan alat solekan khas. Pun begitu, shading hanya sesuai dipakai sekiranya anda ingin menghadiri sesebuah majlis dan bukan ketika ke pejabat atau untuk solekan biasa.
Salah satu teknik pengaplikasian shading adalah dengan menggunakan bedak asas. Tekapkan bedak asas bertona gelap dan cerah pada wajah yang ingin disembunyikan atau ditonjolkan. Sebagai contoh, bedak asas gelap pada tepi hidung atau tepi pipi manakala tona cerah pada atas tulang hidung, pipi dan juga dagu.
Guna Pemerah PipiSelain penggunaan bedak asas, anda juga boleh membentuk wajah dengan menggunakan pemerah pipi. Ia antara kaedah terbaik kerana membantu:
• Melembutkan bentuk wajah Caranya dengan mengaplikasikan solekan dengan menggunakan warna yang lembut seperti merah jambu, beige atau off-white. Hindari memilih rona-rona keras seperti coklat tua supaya wajah tidak semakin menonjol.
• Jika wajah anda bulat Setelah menyapu bedak, gunakan shading dengan menyapu pemerah pipi dengan kaedah sapuan dari pipi ke atas hingga ke sudut mata. Ini bagi membantu menjadikan bentuk wajah berilusi lonjong.
 
Hindar Menyapu Pemerah Pipi Pada Pipi Di Bahagian Depan Kerana Ia Akan Membuatkan Wajah Tampak Lebih BulatGunakan bedak yang sesuai dengan warna kulit. Sapukan pemerah pipi pada bahagian dahi, tulang pipi bawah dan juga pipi untuk membentuk wajah tampak lebih oval.
 
Kenal Pasti Dulu Bentuk WajahBagi memastikan hasil solekan mampu mengubah bentuk wajah, anda harus tahu cara sapuan yang betul sama ada untuk pemerah pipi atau teknik shading. Kenal pasti bentuk wajah anda dan ikuti cara sapuan ini.
Bentuk Wajah BersegiBuat shading pada bahagian rahang yang menonjol. Kemudian, sapukan pemerah pipi dengan kaedah sapuan secara melebar membentuk segi tiga.
 
Bentuk Wajah SegitigaShading dilakukan pada bahagian bawah rahang. Gunakan warna yang terang pada bahagian dahi supaya ia kelihatan lebih lebar dan sapukan pemerah pipi dengan kaedah sapuan ke arah atas.
Bentuk Wajah PanjangSapuan shading dilakukan pada bahagian dagu dan tepi batas rambut di bahagian dahi supaya bentuk wajah kelihatan lebih pendek. Gunakan warna yang terang untuk mewarna bahagian pipi di depan telinga supaya wajah kelihatan lebih lebar. Manakala untuk pemerah pipi, gunakan kaedah sapuan bahagian pipi dengan arah mendatar.
Bentuk Wajah BulatSapuan shading dilakukan pada bahagian pipi. Manakala untuk bahagian dagu diwarnakan dengan warna yang lebih terang supaya wajah nampak lebih panjang. Untuk pemerah pipi, sapu menghala ke atas sehingga menampakkan bentuk wajah yang lebih bujur.
Tip Solekan Dagu BerlipatBagi anda yang ingin menutup dagu berlipat, pastikan sapuan shading ditebalkan sedikit terutama pada bahagian bawah dagu. Setelah itu, ratakan ia dengan menggunakan jari atau berus. Ini penting untuk menampakkan kesan lebih sempurna pada pembentukan wajah.
Kemudian, gunakan bedak asas atau pemerah pipi untuk shading tadi untuk disapukan ke bahagian tengah dagu bagi menimbulkan kesan lekuk. Setelah itu, sapukan pula warna krim atau putih krim supaya wajah tampak lebih natural dan menarik.
 
sumber;mingguan wanita

Tiada ulasan: