Selain berfungsi untuk membersihkan wajah agar lebih bersih dan segar, facial terbukti juga mampu memperlambat proses penuaan dan memperbaiki penampilan pada wajah. Facial adalah salah satu bentuk rawatan kulit sering dilakukan oleh kaum wanita mahupun lelaki.
Selain boleh melakukannya di salon dan klinik kecantikan, facial juga boleh dilakukan sendiri di rumah. Kulit wajah yang telah mengalami facial akan lebih segar, rileks, bersih dari kotoran dan sel-sel kulit mati, sekali gus memberi nutrisi ekstra dari luar sehingga kulit boleh bernafas dengan lebih segar.
Sebelum melakukan facial, ada banyak hal yang harus anda ikuti, misalnya mengetahui keadaan kulit pada ketika itu sama ada sesuai untuk melakukan rawatan atau tidak, pemilihan spa yang sesuai, mendapatkan rawatan daripada pakar terapi yang bertauliah dan sebagainya lagi. Berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum melakukan rawatan facial.
Tidak Memakai Solekan
Tidak terburu-buru memakai solekan pada wajah setelah kulit menjalani rawatan facial. Jika Anda terlalu cepat memakai solekan, kulit anda tidak boleh menyerap nutrisi yang diperlukan kulit. Sebaiknya, tunggu hingga 12 jam sebelum anda memakai solekan.
Setiap kali selepas melakukan rawatan facial, kulit wajah menjadi kemerahan dan tampak berlubang pada liang-liang roma bekas jerawat sehinggakan liang-liang roma berkenaan tampak lebih besar. Ini berlaku kerana proses pengewapan pada wajah untuk membuang jerawat dan ini menyebabkan iritasi ringan pada kulit iaitu timbulnya warna kemerah-merahan.
Dalam keadaan ini, kulit sedang dalam ‘terbuka’ dan belum bersedia untuk menerima sapuan kosmetik dan segala bentuk riasan wajah. Justeru, anda tidak perlu menutupi ruam merah tersebut dengan solekan mahupun memakai alas bedak atau foundation tebal untuk menutupi liang-liang roma berkenaan.
Memakai solekan terus akan menyebab kan liang-liang roma yang sedang terbuka itu tersumbat. Akhirnya menyebabkan masalah kulit seperti jerawat dan sebagainya mula muncul.
Melancarkan Peredaran Darah
Kulit yang telah melakukan rawatan facial akan menghilangkan sisa-sisa kotoran akan diberi urutan dan masker untuk membuat kulit lebih relaks sekali gus membuatkan kulit wajah tampak lebih segar, cerah dan meningkatkan perjalanan darah. Setelah facial selesai dilakukan, kulit memerlukan waktu beberapa jam untuk menyerap nutrisi sepenuhnya dan memberi tindak balas selepas rawatan facial.
Membersihkan
Pendedahan diri terhadap asap kilang, persekitaran yang kotor dan sebagainya boleh menyebabkan kulit wajah terkena kotoran dari asap kenderaan, asap rokok, asap dapur, radiasi sinar matahari, radikal bebas, debu, kuman, dan sebagainya. Dengan facial maka kotoran yang menyumbat liangliang roma dapat di atasi sehingga wajah kembali bernafas. Justeru, rawa tan facial dapat membantu mencegah timbulnya jerawat dan bintik hitam di wajah.
Pengelupasan Kulit (Exfoliating)
Rawatan facial biasanya melibatkan proses pengelupasan kulit. Proses ini sangat penting kerana dapat membantu menstimulasi pengeluaran kolagen dan elastin pada kulit wajah.
Malah, pengelupasan kulit yang dilakukan dengan sempurna, mem bolehkan lapisan sel kulit mati ditanggalkan dan diganti kan oleh sel kulit baru. Selain itu, proses ini juga mampu meningkatkan sistem kekebalan kulit dan perjalanan darah sekali gus membantu membersihkan liang-liang roma dan melambatkan proses kedutan berlaku.
Menenangkan
Fasa terakhir dari rawatan facial biasanya di buat untuk menenangkan dan menyeimbangkan kulit. Setelah kulit melalui pelbagai proses rawatan pembersihan dan pengelupasan, langkah terakhir adalah membiarkan kulit berehat seketika untuk menenangkan dan kulit terasa lebih relaks dan kembali segar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan