7 february
reaksi gembira dan terharu pelajar Malaysia semalam selepas di beritahu akan di bawa pulang ke Malaysia.
Alhamdulillah...Kumpulan pertama pelajar Malaysia seramai 778 yang dikeluarkan dari Mesir melalui Ops Piramid telah tiba di tanah air kira-kira jam 9.58 pagi tadi menaiki pesawat Air Asia..Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kumpulan pertama ini berlepas menggunakan pesawat khas Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia masing-masing menerusi penerbangan jam 8 malam dan 6.30 petang waktu Jeddah semalam.
Ketibaan mereka di sini telah disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri Kabinet lain di Kompleks Bunga Raya. di KLIA, Sepang. Turut menunggu ketibaan mereka ialah ahli keluarga pelajar-pelajar terbabit.
Tergambar perasaan gembira dan syukur pada wajah-wajah mereka. Pastinya mereka berasa selamat berada di tanah air sendiri yang sudah tentunya selamat aman dan tenteram di samping keluarga terutamanya ibu bapa tercinta.Ada juga yang kelihatan menitiskan air mata kegembiraan.semoga kumpulan seterusnya juga akan selamat.begitu juga yang masih berada di kaherah..
Usaha membawa pulang lebih 9,000 rakyat Malaysia di Mesir membabitkan kos operasi lebih RM30 juta yang ditanggung sepenuhnya kerajaan selain tanggung jawab sosial korporat syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan