05 Februari 2011

Tips Kurangkan Punca Kedutan

KEDUTAN ANTARA SALAH SATU MASALAH KECANTIKAN YANG PALING DIGERUNI DAN SERING MENGHANTUI KAUM WANITA KHUSUSNYA. TIDAK HAIRANLAH, JIKA BANYAK PRODUK KECANTIKAN YANG DITAWARKAN DI PASARAN RATA-RATA ADALAH MEMBABITKAN PRODUK ANTI- PENUAAN.


Biarpun harganya mencecah ribuan ringgit, namun dek kerana mahu tampil anggun dan cantik sentiasa, ada yang sanggup membelinya. Pun begitu, masih ada di kalangan wanita yang kurang arif mengenai kulit dan kedutan. Masih ada yang mempercayai perkara-perkara yang tidak benar tentang kedutan. Antaranya termasuklah :

Minum Banyak Air Melawan Kedutan

Sememangnya kepentingan dan fungsi air dalam menjaga tubuh sama ada luaran mahupun dalaman supaya tidak kekeringan tidak boleh dinafikan. Oleh sebab itulah, setiap individu disarankan supaya meminum air lapan gelas sehari bertujuan memastikan kelembapan kulit dalam badan terpelihara sekali gus meningkatkan proses elastisiti.Hasilnya, ia membantu kulit untuk nampak lebih muda dan bercahaya. Pun begitu, ia tidak boleh menghalang berlakunya proses kedutan memandangkan ia muncul seiring usia dan tidak ada yang boleh mengubahnya. Jika ada produk baik sekalipun, ia hanya sekadar membantu melambatkan dan bukan menghalang proses kedutan dari berlaku.

Kulit Kering Menyebabkan Kedutan

Kulit kering boleh menyebabkan seseorang itu nampak lebih tua dari usianya. Ini kerana, garis-garis halus pada wajah lebih menonjol dibandingkan dengan jenis kulit berminyak mahupun sensitif.
Namun, itu tidak bermakna mereka yang memiliki kulit kering mudah untuk berlaku kedutan pada kulit wajah dibandingkan dengan kulit yang lain. Bagi mereka yang memiliki kulit jenis kering, tidak usah gusar kerana melalui pemakaian produk yang mempunyai pelembap dapat membantu menghindari kulit menjadi kering.

Senaman Wajah Atasi Kedutan

Ada yang beranggapan senaman wajah akan membantu masalah kedutan, tetapi sebenarnya tidak sebaliknya akan menyebabkan masalah menjadi lebih buruk. Ketika otot-otot digunakan, alur-alur terbentuk di bawah kulit. Akhirnya, alur-alur ini berubah menjadi kedutan kerana kulit sudah mulai kehilangan elastisiti.

Makan Ikan Cegah Kulit Dari Penuaan

Makan ikan yang kaya akan omega-3, baik untuk jantung dan kesihatan secara keseluruhan. Sedangkan untuk kulit, tidak ada bukti ilmiah bahawa mengambil asid lemak akan membantu memberikan manfaat kepada kulit.

Menarik Kulit Punca Kedutan

Mungkin ada yang beranggapan, menarik mata ke bawah semasa mengenakan penggaris mata atau maskara mahupun ketika meregangkan kulit ke bawah saat menyapu pelembap atau alas bedak boleh menyebabkan kedutan muncul dan akhirnya kulit menjadi kendur. Faktanya, menarik kulit ke segala arah untuk jangka waktu yang singkat tidak akan menyebabkan kedutan.

Tip Miliki Kulit Sihat

Kulit yang halus, segar, lembut, dan berseri pastinya menjadi buruan setiap wanita. Kerana itulah, kita sering memberi tumpuan lebih terhadap kulit wajah sehinggakan bahagian kulit lain pada tubuh terabai. Seharusnya, setiap inci kulit di tubuh kita sama pentingnya dan perlu diberi perhatian secukupnya. Ikuti tip mendapatkan kulit seksi dan sihat di seluruh permukaan tubuh:

Leher dan Dada

Bukan hanya wajah, kulit leher juga sering menjadi mangsa panahan sinaran matahari terutama bagi mereka yang tidak bertudung atau memakai topi ketika keluar dari rumah. Ini menyebabkan, kulit di bahagian leher mudah berubah warna dan menjadi lebih kasar. Justeru, bagi memastikan kulit wajah dan leher merata dan tidak berbelang, sapukan juga perawatan kulit wajah sampai ke bahagian leher dan dada.

Tangan dan Lengan

Tangan merupakan bahagian yang paling mudah menampakkan proses penuaan. Bahagian ini sangat mudah mengalami masalah pigmentasi, rona kulit tidak sekata, kulit mudah kering terutama pada siku. Oleh itu gunakan exfoliating body wash setiap mandi dan sapukan losen badan selepas mandi.

Tapak Kaki

Bagi anda yang gemar mengenakan sandal dan skirt, kaki mulus dan terawat tentu menjadi tumpuan penting. Justeru, menjadi tanggung jawab anda untuk memastikan bahagian ini tetap lembut dan lembap dengan menyapu exfoliating losen. Kaki yang memerlukan banyak perhatian, apa kata anda cuba sapukan foot balm.

Cantik di Hati:

Keikhlasan seumpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya.

Tiada ulasan: