Bersediakah anda dengan teknologi komputer dengan skrin paparan sentuhan terkini? Bagi peminat komputer riba, arus perubahan teknologi berkaitan dengan peranti tersebut pasti mengujakan.
Setiap hari, pasti anda tertanya-tanya apakah rupa, bentuk mahupun teknologi yang ditawarkan oleh pengeluar bagi menarik perhatian pembeli.
Malah, berdasarkan perkembangan teknologi kini, perubahan yang berlaku dilihat amat pantas dan drastik.
Mungkin bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia pengkomputeran, perkembangan tersebut mampu menjadikan mereka terpana sebentar, teruja mahupun menyeronokkan.Kini, Acer kembali bersama model baru komputer riba mereka yang elegan, menarik serta mengujakan.
Memiliki skrin sesentuh pada kedua-dua belah bukaan, komputer riba yang dikenali sebagai Iconia melangkah ke dimensi teknologi paparan sesentuh secara total.
Jika secara 'tradisionalnya', papan kekunci pada komputer riba masih menggunakan butang-butang abjad untuk memudahkan anda untuk menaip, namun kini ia tiada lagi.
Jangan terkejut, malah bagi mendapatkan gambaran yang jelas ia sama sahaja seperti teknologi Ipad yang dipopularkan oleh pengeluar gajet terkemuka dunia, Apple.Apa yang pasti, Iconia menyediakan pelbagai cara untuk anda merasai pengalaman menguasai komputer secara menyeluruh.Malah, ia menyediakan cara baru untuk anda menikmati video, gambar, laman web serta tayangan filem kegemaran anda.
Saksikan video kegemaran anda pada skrin teratas kemudian layari laman web pada skrin kedua pada bahagian bawah (tempat asal papan kekunci).Sentuh sahaja aplikasi Acer Ring, kemudian bersedia untuk merasai pengalaman penggunaan generasi skrin sesentuh yang terbaru.Malah, pelbagai lagi aplikasi serta spesifikasi boleh anda terokai dalam dunia Iconia yang tersendiri.
Selain itu, aplikasi Social Jogger membolehkan anda memeriksa paparan serta mengemaskini beberapa laman sosial seperti Facebook, Youtube dan Flickr pada satu-satu masa.Paling menarik, anda juga boleh memilih corak (gestures) yang tersendiri untuk membuka laman web kegemaran anda tanpa perlu bersusah payah menaip alamat penuh laman web tersebut.Set sahaja bentuk atau lakaran corak pada aplikasi Gesture Editor untuk laman web kegemaran anda kemudian buka laman web tersebut dengan hanya satu sentuhan.
Bagi aplikasi My Journal, anda boleh menitipkan keratan laman web pilihan atau topik-topik tertentu pada Web Clip.
Secara dinamik, titipan tersebut akan memaparkan informasi terkini laman web pilihan anda dan boleh dipaparkan berdasarkan permintaan.Untuk mengakses laman web yang dipaparkan, sentuh sahaja pada aplikasi Web Clip tersebut.Manakala Scrapbook membolehkan pemilik Iconia menyimpan keratan laman web untuk tujuan rujukan semula.
Bagaimana jika mahu menaip sesuatu? Mudah sahaja, letakkan kedua-dua belah tapak tangan anda pada skrin kedua, papan kekunci maya akan muncul secara automatik.Ia juga didatangkan dengan saiz penuh paparan QWERTY sama seperti papan kekunci tradisional.Papan kekunci maya tersebut juga memiliki kelebihan lain seperti paparan numeric dan touchpad malah boleh diubah kepada mod tulisan tangan dengan mudah.Tidak ketinggalan, Windows Manager turut membolehkan anda menyusun serta menguruskan kepelbagaian aplikasi Windows pada skrin berkembar Iconia.
Setiap aplikasi Windows tersebut boleh diubah secara terus pada kedua-dua skrin tersebut di mana membolehkan anda menikmati apa yang ada mahu pada waktu yang anda inginkan.
Iconia dijana oleh pemproses Intel® Core™ i5 menjadikan komputer ini memiliki prestasi yang baik untuk paparan multimedia, jaringan laman web sosial dan lain-lain aplikasi.
Antara kelebihan lain pada Iconia, ia juga dilengkapi teknologi terbaik seperti sambungan 3G, HDMI™ untuk paparan definisi tinggi dan Dolby Home Theater v3 untuk kesan audio yang menggegarkan halwa telinga anda.Justeru, secara keseluruhannya, Iconia merupakan penyelesaian kepada pengalaman berhibur dalam dunia anda yang tersendiri.Adakah anda bersedia dengan tawaran teknologi terbaru dari Acer Iconia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan