06 September 2011

Cara Memelihara Kecantikan Dan Kesegaran Kuku


Ramai di antara kita yang melupakan kepenti ngan menjaga kesihatan dan kecantikan kuku. Bagi mereka, penggunaan pengetip kuku dua minggu sekali sudah memadai. Seharusnya, kuku juga perlu dipelihara kecantikan seperti mana wajah dan tubuh. Misalnya kuku dipotong cantik, kutikel dibersihkan sempurna dan kulit diurut lembut dengan krim tersendiri.

Sekiranya, kuku tidak dijaga dengan baik, ia boleh menyebabkan kerosa kan atau kuku nampak tidak menarik. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakan kuku. Selain trauma kecederaan atau tabiat meng gigit kuku, jangkitan juga boleh men jadi salah satu faktor yang menjadikan kuku tidak sihat. Perubahan warna, tekstur dan bentuk kuku terjadi disebabkan oleh fungus pada kuku. Jangkitan bakteria pula boleh menyebabkan perubahan warna. Jika jangkitan itu terlalu serius, anda mungkin akan kehilangan ‘nail plate’ iaitu lapisan kuku paling atas.

Berikut adalah tanda-tanda kerosa kan kuku meng ikut situasi tertentu:

• Sakit berkaitan hati akan menye babkan kuku menjadi putih pucat
• Sakit buah pinggang pula menye babkan kuku terbahagi kepada dua warna iatu merah jambu dan putih
• Sakit jantung membuatkan ‘nail bed’ ber tukar menjadi warna merah
• Sakit paru-paru menyebabkan kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang
• Kurang darah (anemia) menyebab kan kuku berwarna pucat
• Diabetes pula menyebabkan kuku ber warna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya.

Antara penjagaan terbaik kuku adalah melalui rawatan mani cure dan pedicure. Menurut Puan Hartini, penjagaan kuku tidak lengkap tanpa tambahan rawatan ‘hand spa’ dan ‘foot spa’. Rawatan ini melibatkan teknik urutan dan belaian kepada jari jemari dengan menggunakan krim dan minyak esen yang mempunyai khasiat tersendiri. Secara ringkas, teknik‘manicure’ dan ‘pedicure’ sangat bagus dilakukan untuk mengekalkan kecantikan kuku. Mana kala teknik urutan pula ber tujuan untuk menying kir kan ‘iron-iron’ negatif yang ada dalam tubuh. Bahkan ia ber kesan untuk meng hilang kan kepenatan dan kelesuan tangan. Rawatan ini sesuai dilakukan oleh semua wanita lebih-lebih lagi yang banyak berkerja meng gunakan tangan dan jari. Kekerapan rawatan yang disarankan ialah satu atau dua kali dalam masa sebulan. Selepas men jalani rawatan yang konsisten, kulit di sekitar tangan akan menjadi lembut dan lebih muda.

Tips Penjagaan Kuku Di Rumah



• Rendamkan tangan atau kaki ke dalam air perahan limau atau lemon. Ekstrak buah ini membantu menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Apabila air ini dicampurkan dengan garam, ia akan menyingkirkan ‘iron’ negatif.
• Jika rajin, anda boleh menyental tumit kaki dengan batu pumis.
• Bagi mereka yang mewarnakan kuku pula, jangan membiarkannya lebih daripada seminggu. Biarkan kuku bernafas kerana bahan kimia yang ada bahan pewarna ini mampu mengeringkan keadaan kuku.

Tiada ulasan: