24 September 2011

Rawatan Untuk Mendapatkan Rambut Indah


Sebut sahaja rambut, pasti ada yang mengeluh tentang masalah rambut. Ada yang menghadapi masalah rambut rosak, kelemumur, rambut kering, pecah-pecah dan banyak lagi. Justeru, ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata membeli produk kecantikan serta mendapatkan rawatan tercanggih demi memastikan rambut cantik dan sihat. Padahal rambut yang sihat dan berkilau cantik tidak hanya diperoleh dengan menggunakan produk kecantikan yang mahal semata-mata. Kebersihan separuh daripada iman.


Oleh itu, bagi memastikan anda sentiasa tampil yakin dan bergaya setiap hari, mulakan dengan kebersihan diri. Tiada guna berpakaian cantik jika rambut berkelemumur dan ia bertaburan di atas bahu dan melekat di celah-celah kuku anda.
Untuk memastikan rambut sentiasa sihat dan tidak rosak, pastikan anda sikat rambut sebelum mencuci bagi menghilangkan kekusutan dan permukaan yang kotor. Gunakan sikat yang lembut bagi mengurangkan kerosakan pada rambut. Itu boleh menjadi pilihan yang lebih baik daripada menyisirnya. Pastikan juga anda tidak terlalu lama menyikat rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut mudah rosak. Untuk menyikat rambut, pastikan tekniknya betul. Jangan sisir dengan teknik menunduk kerana cara ini boleh merosakkan rambut. Itu menyebabkan rambut menyimpul sekali gus sukar untuk dibetulkan.


Perhatikan juga pemilihan sikat atau sisir rambut, sebaiknya pilih sikat yang memiliki gigi yang bulat dan tidak tajam. Jangan menggunakan sikat yang diperbuat daripada bahan nilon dengan hujung-hujung yang tajam.
Selain pemilihan sikat yang betul, masalah kelemumur juga antara yang sering berlaku. Sehinggakan ada yang mengatakan kelemumur terjadi disebabkan proses semula jadi di mana kulit memperbaharui dirinya sendiri. Sebenarnya, kelemumur adalah kotoran yang muncul di liang-liang pada kulit kepala dan rambut.

Masalah lain yang timbul akibat kulit kepala kotor adalah wujudnya kutu. Kutu adalah serangga kecil yang muncul akibat pengabaian kebersihan di kepala yang kotor. Justeru, untuk mengelakkan kutu, kepala harus selalu dijaga agar tetap bersih. Kunci rambut yang indah adalah rambut sihat. Jika anda memiliki waktu terluang, kunjungi salun bagi mendapatkan rawatan. Tidak ada salahnya anda mencuba untuk creambath atau hair spa. Jika sibuk sekali pun, anda boleh melakukannya sendiri di rumah dengan membeli produk seperti krim rawatan rambut.

Tip Kunci Rawatan Mengikut Jenis Rambut
Rambut lurus


Rambut lurus yang diikat seperti ekor kuda akan membuatkan penampilan kelihatan lebih segar. Untuk mendapatkan rambut ikal, sikat rambut yang berada dalam keadaan basah dengan produk penata rambut. Setelah itu, blow dry rambut hingga kering. Semburkan hair spray ke bahagian rambut yang ingin di bentuk ikal sebelum melilitkannya ke curling iron. Setelah selesai, semburkan lagi sedikit hairspray ke atas rambut

Rambut Bergelombang
Hindari potongan rambut tumpul (blunt cut) kerana ia ia tidak sesuai. Sebaiknya, pilih model rambut jenis layer untuk memaksimumkan tekstur rambut yang tebal. Udara yang lembap boleh menyebabkan rambut bergelombang tampak segar dan indah. Pada saat cuaca panas, gunakan diffuser untuk menata rambut.

Rambut Ikal
Tak perlu menggunakan sikat untuk menyisir rambut. Gunakan jari-jemari untuk menyisir agar mendapatkan rambut ikal yang mengkagumkan. Untuk mendapatkan kelembapan ekstra, jangan membilas rambut hingga benar-benar bersih setelah mengaplikasikan perapi. Sebaiknya, tinggalkan sedikit perapi untuk meramas-ramas bagi memudahkan rambut di tata rias apabila sudah kering. Untuk mendapatkan rambut berkilau indah, aplikasikan minyak atau serum rambut.

Rambut Keriting
Jaga kesegaran hujung-hujung rambut dengan mengaplikasikan krim khusus untuk rambut keriting sepanjang hari. Jika ingin memanjangkan rambut, pastikan anda merapikan hujung-hujung rambut (trim) sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sekali. Jangan memotong rambut dalam keadaan basah kerana potongan waktu basah tidak akan sama apabila rambut anda kembali kering. Pastikan rambut berada dalam keadaan kering dan ditarik lurus sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan rambut sempurna. Untuk mendapatkan rambut lurus, blow dry rambut menggunakan paddle brush lalu haluskan dengan flat iron panas.

sumber: mingguanwanita

1 ulasan:

arituarini berkata...

sy pakai minyak masak je ni.. kih kih kih..