Anda dan dia sudah lama menjalin hubungan cinta malah anda juga mahu memastikan hubungan yang terjalin itu berakhir ke jenjang pelamin. Tambahan pula kedua belah keluarga sudah bertanya bilakah masa untuk anda hidup berdua.
Namun dalam masa yang sama, anda mungkin belum bersedia untuk berkahwin kerana merasakan masih ada perkara yang belum selesai. Bilakah masa yang sesuai anda melamar pasangan?
1. Persediaan
Untuk hidup berumah tangga ia bukan semudah membilang A, B atau C kerana anda perlu mengetahui ilmu-ilmu kekeluargaan sebagai persediaan hidup berumah tangga. Umum mengetahui perkahwinan adalah penyatuan hidup sehingga ke akhir hayat. Biarpun ada rumah tangga runtuh di tengah jalan namun ia bukan alasan untuk tidak memahami erti sebuah perkahwinan. Jadi sebelum berkahwin, anda perlu bersedia untuk berubah. Maksud persediaan di sini ialah anda harus bersedia mental dan fizikal kerana dengan adanya kekuatan diri, Insya- Allah, anda sudah bersedia untuk hidup berdua dengan pasangan.

2. Kewangan Kukuh
Jika perkahwinan tidak semudah membilang A, B atau C, sebelum berkahwin juga anda perlu mengukuhkan kewangan terlebih dahulu. Ini kerana sebelum ini anda mungkin biasa makan seorang diri tetapi apabila sudah berumah tangga, segala-galanya menjadi berdua. Kalau rezeki murah, anda mungkin bertiga, berempat dan sebagainya. Ada juga rumah tangga bercerai berai hanya kerana masalah duit. Ada kes di mana suami berhenti kerja dan mengharapkan isteri untuk menanggung segala-galanya. Jika isteri tidak selesa, pergaduhan pasti berlaku dan dari sinilah punca terjadinya perceraian. Tahukah anda, jika bergaji agak kecil, sebenarnya agak susah untuk berbelanja membeli keperluan rumah tangga. Mana anda hendak membayar upah orang menjaga anak, rumah sewa, kereta, makan minum dan sebagainya di mana kos-kos keperluan hidup masa kini amat tinggi. Jadi, anda perlu bersedia dari aspek kewangan kerana ia adalah asas utama dalam perkahwinan. Tiada orang boleh hidup dengan cinta kerana pada zaman ini serba-serbi memerlukan duit.

3. Bersedia Melupakan Bekas Kekasih
Sebelum berkahwin, anda perlu bersedia segala-galanya terutama melupakan bekas kekasih yang mungkin hadir sebelum si dia. Ini kerana ada pasangan yang sukar melupakan bekas kekasih dan lebih teruk lagi, anda masih berhubungan dengan bekas kekasih. Mungkin anda pernah terbaca ada isteri yang curang di belakang suami. Tidak terkecuali juga suami yang curang bila bertemu kekasih lama. Apa pun, anda perlu pandang ke hadapan dan bersedia mengharungi kehidupan tanpa memikirkan kisah lalu.

4. Memberi Keutamaan
Apabila anda bersedia berkahwin, bermakna anda bersedia memberi keutamaan kepada rumah tangga. Anda tidak seharusnya memikirkan keseronokan bersama kawan-kawan sama seperti ketika anda masih bujang di mana anda bebas untuk keluar menonton wayang, membeli-belah dan sebagainya kerana anda harus memberi 100 peratus komitmen kepada rumah tangga.

5. Direstui Keluarga
Tidak guna anda menjalin hubungan jika tidak mendapat restu keluarga. ini kerana perkahwinan akan bahagia jika direstui keluarga. Tentu anda pernah mendengar cerita, rumah tangga tidak aman bahagia bila mana seorang anak membelakangkan keluarganya kerana cinta terhadap pasangan. Ada juga kes di mana pasangannya bercerai berai kerana pelbagai masalah dan bila disemak, ternyata perkahwinan tersebut tidak mendapat restu keluarga.

6. Jangan Sesekali Berbohong
Jika anda sudah bersedia berumah tangga, bermakna anda perlu membuat taat ikrar dengan pasangan. Salah satu kehancuran berumah tangga ialah sikap bohong terhadap pasangan. Ada orang berbohong untuk menyelamatkan dirinya namun sejauh mana anda cuba berbohong kerana akhirnya kebohongan itu akan terbongkar juga. Bayangkan, saat pembohongan terbongkar, perhubungan anda dan kekasih sudah pasti hancur di tengah jalan.

Jika sudah bersedia dari semua aspek ini, anda bolehlah bersedia melamar kekasih untuk dijadikan pasangan hidup.
sumber: mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan