05 Oktober 2011

Kurang Minum Air? Berisiko Tinggi Kena Batu Karang


Minum air lapan gelas sehari. Namun sebilangan besar masyarakat memandang enteng kenyataan tersebut. Hakikatnya, banyak faedah yang diperoleh dengan meminum air secukupnya.

Salah satu darinya, ia mengelakkan anda daripada terkena penyakit batu karang. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Kehadiran batu karang boleh men jadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.

Lazimnya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemerik saan kesihatan bagi tujuan lain.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosa kan. Pergerakan batu karang ini menyebab kan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Kurang air

Jika tidak cukup minum, terutama air putih, air kencing menjadi lebih pekat. Sejarah keluarga atau sendiri Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Individu yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Tiada ulasan: