Lihat senario ini. Kawan anda keluar bersama dengan seorang gadis cantik dan mereka rancak bercerita penuh mesra. Anda pula duduk di hadapan mereka dan hanya sesekali menguntum senyuman mengiakan cerita kawan baik anda sendiri. Di akhir pertemuan, kawan anda berjanji akan keluar lagi bersama gadis baru dikenali itu.
Masa berlalu begitu pantas. Kawan anda dilamun cinta dan selang tidak lama, anda mendengar cerita, hubungan mereka sudah putus. Anda yang suatu ketika dahulu pernah meminati gadis yang sama berasa serba salah. Patutkah anda menghubunginya dan mengambil peluang memenangi hatinya? Bagaimana situasi kawan baik sendiri kalau ketahui hal ini?
Anda mahu mendekatinya tapi dalam masa yang sama takut jika kawan anda mengetahuinya pula. Jika berhadapan dengan situasi ini, anda tentu dalam dilema. Secara logiknya, orang berkahwin pun boleh bercerai dan pasangan bebas memilih siapa saja disukainya.
Inikan pula kawan anda masih berkawan dan tiada ikatan serius. Untuk langkah pertama, anda boleh mula menghubungi dia dan nyatakan perasaan anda kepada nya. Mulakan langkah dengan segera dan pastikan anda tidak kehilangan dia buat kali kedua.
Berdepan Dengan Kawan Baik Anda
Cinta sesuatu yang sukar jika kita beranggapan begitu. Ia indah bagi yang menghargainya kerana anda akan merasai nikmat cinta tersebut dengan sebuah perasaan yang sukar dikongsi dengan orang lain.
Cinta sesuatu yang sukar jika kita beranggapan begitu. Ia indah bagi yang menghargainya kerana anda akan merasai nikmat cinta tersebut dengan sebuah perasaan yang sukar dikongsi dengan orang lain.
Untuk terus menepis perasaan kawan baik sendiri, ia sesuatu yang kejam. Namun dalam masa yang sama, anda tidak harus mengetepikan perasaan sendiri. Anda juga manusia biasa dan berkeinginan melakukan apa yang anda ingini.
Sebaiknya, jika anda mula serius menjalin hubungan, terangkan kepada kawan mengapa anda menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya. Katakan kepada nya kenangan tetap ada namun hidup perlu diteruskan.
Mungkin tiada jodoh antara mereka dan tidak salah anda mencuba. Biar pun agak sakit mendengarnya tetapi sebagai lelaki anda perlu matang bila berhadapan dengan situasi begini. Jangan sesekali anda meninggi diri dan jangan pula sampai bergaduh. Bersikap gentleman kerana soal jodoh adalah urusan Allah S.W.T.
Apa harus dilakukan?
Tanya kepada diri sendiri, adakah anda benarbenar menyukai wanita bekas kekasih teman anda itu dan atas dasar apa. Jangan hanya kerana mahu membalas dendam atau bersikap cemburu maka anda memilih untuk mengambil bekas teman wanita kawan baik sendiri.

Jika anda benar-benar menyukainya, tetap kan dalam hati bahawa anda memang menyukai dan pupuklah rasa cinta itu sedalam-dalamnya. Dalam masa yang sama, jangan mencabar kawan anda seperti mengatakan anda juga mampu memiliki bekas kekasihnya. Kata-kata begitu hanya akan menyakiti hati orang lain.
Jika anda keluar bersama teman wanita baru ini, jangan sesekali melaporkan apa terjadi dalam pertemuan tersebut. Cerita ini hanya menyakitkan hatinya. Simpanlah ia sebagai rahsia hidup anda. Jika ditanya, jawab dengan jawapan yang tidak menyakitkan hatinya.
Ingat, cinta boleh datang dan pergi tetapi kawan baik sukar dicari apatah lagi anda sudah lama mengenalinya malah sudah kenal hati budinya. Kadang kala ada sebab tertentu mengapa hubungan mereka terputus dan anda harus tahu sedikit mengenainya kerana dibimbangi dia mendekati anda hanya kerana mahu menyakiti hati teman baik anda sendiri dan anda dijadikan mangsa dalam hal ini.
Ciri-ciri Lelaki Maskulin
Menjadi lelaki maskulin adalah impian banyak lelaki. Berikut antara ciri-ciri lelaki ini yang mungkin mahu anda ikuti.
Penampilan
Biasanya lelaki maskulin begitu menitik beratkan gaya penampilan dari segi pemakaian, raut wajah dan gaya. Bila berpakaian, mereka tidak akan sesuka hati mengenakannya sebaliknya kena pada gaya suai dan padan. Wajah pula sentiasa bersih kerana mereka begitu mementingkan kebersihan.

Ketinggian
Tinggi dan tegap antara impian banyak lelaki. Jarang lelaki maskulin perutnya boroi dan agak rendah dari segi ketinggian. Tidak hairanlah, lelaki tampak segak dengan ketinggian sedia ada dan bagi lelaki rendah, jangan pula terasa kerana selagi anda berpenampilan kemas, anda ada cara tersendiri.

Cara Percakapan
Jarang kita lihat lelaki maskulin tampil dengan gaya kecoh atau suka buat bising. Biasanya mereka begitu menjaga tutur kata kerana ia sesuai dengan sikap diri yang ada. Kalau tidak percaya, cuba lihat lelaki yang kecoh, biasanya penampilan mereka biasa-biasa saja selain botak dan kasar dari segi pertuturan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan