03 Februari 2012

Seri Mekap Raja Sehari

Berikut adalah teknik solekan ringkas dan tidak terlalu tebal namun dapat membantu menaikkan seri pada wajah bakal raja sehari.

1. Untuk highlight pada bahagian mata, sapukan pada bahagian tulang kening. Pilihan warna krim, putih, light krim dan juga sedikit sentuhan shimmer sesuai untuk diaplikasikan. Elakkan sapuan glitter kerana ia boleh menyebabkan wajah nampak comot di dalam gambar.

2. Untuk pembayang mata, pilihan warna ungu gelap sesuai dipadankan dengan baju yang dipilih. Untuk lebih menarik, campurkan warna ungu gelap dengan coklat cair untuk nampak lebih natural. Pastikan warna tersebut di campur sebati agar tidak nampak terlalu ‘kaku’ atau bergaris-garis seperti pelangi.


3. Langkah seterusnya adalah dengan meletakkan warna kelabu gelap pada bahagian kelopak mata bagi menampakkan unsur-unsur dramatik. Namun, untuk mata yang agak sepet tidak digalakkan kerana akan membuatkan mata lebih sepet.

4. Setelah itu, sapukan penggaris mata untuk menyerlahkan lagi solekan pada bahagian mata. Pilihan penggaris mata jenis pensil atau cecair sesuai digunakan. Bagi anda yang tidak mahu mekap nampak comot, penggaris mata jenis cecair kalis air sesuai digunakan.

6. Kemudian, kepitkan bulu mata bagi menampakkan ia lebih lentik sebelum menyapu maskara.

7. Siap menyapu maskara, pakai bulu mata palsu untuk membuatkan mata nampak lebih ‘hidup’. Setelah itu, sapukan kembali mascara supaya bulu mata palsu nampak sekata dengan bulu mata asli. Bagi mereka yang tidak memiliki bulu mata pada bahagian bawah, boleh mencantikkan lagi dengan menambah bulu mata palsu. Untuk kesan lebih menarik, tambahkan shimmer pada bahagian kelopak mata.

8. Setelah itu, sapukan pula pemerah pipi. Pilihan warna lembut sesuai untuk kesan lebih natural.

9. Akhir sekali, sapuan lipstik dengan warna lembut seperti merah jambu sebelum di akhir dengan sapuan pengilat bibir dengan warna natural.

10. Wajah siap di solek.

Tiada ulasan: