09 Februari 2012

Homoseksual? Oh tidak!

Homoseksual adalah lelaki atau wanita yang jatuh cinta dengan seseorang dari jantina yang sama tapi tak semestinya melakukan hubungan seks dengan mereka. Rakan-rakan atau saudara mara homoseksual mungkin tidak bersedia untuk berkongi kecenderungan seks mereka dengan yang tersayang kerana takut dibuang keluarga atau dihakimi. Mereka mungkin menderita dalam diam. Homoseksualiti bukanlah satu penyakit. Rakan-rakan pondan kita mungkin orang yang paling disalah ertikan dalam satu kumpulan. Masyarakat kita juga kini lebih bersifat terbuka dalam menerima homoseksual.


S: Apa yang menyebabkan seorang lelaki atau wanita itu menjadi homoseksual?
J: Ada yang mengatakan ia faktor genetik, sosial dan budaya yang boleh menerangkan kenapa lelaki atau wanita menjadi homoseksual. Sebenarnya, tiada penerangan yang jelas mengenainya. Apa yang lebih penting ialah rakan atau saudara mara kepada lelaki atau wanita homoseksual ini, sepatutnya menerima mereka dengan lebih terbuka. Ia akan membantu mereka untuk keluar dari persembunyian. Mereka juga perlu diberitahu mengenai keperluan melindungi diri mereka daripada perhubungan dan penyakit jangkitan kelamin.

S: Saya seorang perempuan. Dua tahun lalu saya pernah meminati seorang budak perempuan di sekolah. Tapi sekarang, saya dah ada teman lelaki. Adakah saya lesbian?
J: Gadis bila mereka remaja, melalui satu fasa di mana mereka mula meminati seseorang. Semasa tempoh ini dalam hidup kamu, kamu mula meminati seseorang. Ia mungkin bermula dengan seseorang yang sama jantina dengan kamu. Dia mungkin mempunyai ciri-ciri yang memang kamu minati seperti wajah yang kacak, suara yang sedap atau rupanya mungkin seakan-akan artis yang kamu suka. Adalah normal untuk meminati seseorang daripada kaum yang sama. Semakin kamu dewasa dan menjadi lebih matang, kamu akan keluar daripada fasa ini. Bila diingat kembali, memori begini memang mampu membuatkan kamu ketawa sendirian.

S: Saya rasa kawan karib saya seorang homoseksual. Apa yang patut saya lakukan?
J: Tunggu sehingga kawan kamu mengakuinya. Kamu mungkin dah nampak atau seseorang mungkin dah beritahu kamu mengenainya. Jika begitu, jangan bersemuka dengannya lagi. Tunggu sehingga dia bersedia berkongsi rahsianya dengan kamu. Kamu tak mahu membuatkan dia rasa bersalah kan? Jika kamu asyik mendesaknya, dia mungkin mendiamkan diri dan berhenti berkomunikasi dengan kamu. Dia mungkin tidak mahu bercakap mengenainya lagi. Sekiranya dia bersedia, kamu bolehlah menemaninya berjumpa pakar psiokologi atau kaunselor agar dia boleh dibantu.

S: Bolehkah lelaki homoseksual membuatkan seorang wanita hamil?
J: Walaupun lelaki homoseksual berkelakuan seperti seorang wanita, mereka masih lagi lelaki secara fizikalnya. Sekiranya organ seks lelaki mereka iaitu penis, masih lagi ada, mereka boleh membuatkan seorang wanita itu hamil dengan syarat faktor lain seperti hormon seks dan organ seks lain berfungsi dengan baik.

Tiada ulasan: