24 Mac 2012

Mulut Berbau Punca Anda Dijauhi



Pelik apabila setiap kali anda berkata-kata, ada yang cuba mengelak daripada berkomunikasi langsung dengan anda? Kalau begini situasinya cuba anda letak tapak tangan di mulut dan hembuskan udara dari mulut.

Selalunya pasti ada bau yang kurang menyenangkan yang terbit dari mulut anda sendiri. Apa perasaan anda? Tentunya malu dan menyebabkan anda kurang keyakinan diri tatkala bertemu orang ramai.

Hakikatnya, masalah mulut berbau atau lebih dikenali sebagai halitosis dihadapi oleh ramai individu terutama sekali kelompok lelaki. Lebih memburukkan keadaan apabila seseorang lelaki itu merupakan perokok tegar. Ia bukan sahaja menyebabkan mulut anda berbau tetapi menjadikan gigi anda kelihatan hodoh.

Punca Halitosis
Halitosis disebabkan oleh pelbagai faktor. Bau kurang menyenangkan itu boleh datang dari masa ke semasa atau untuk jangka masa yang panjang, bergantung kepada puncanya.
Antara punca utama mulut berbau adalah dari bak teria yang membiak di dalam mulut. Bakteria hidup dan membiak dengan meng gunakan lebi han maka nan yang tidak dibersih kan dari gigi. Kemu dian bakteria ini merembeskan hasil per kumu han yang terdiri daripada asid dan sulfur yang menyebabkan bau kurang enak.
Kebanyakan bakteria bersifat anaerob iaitu hidup tanpa oksigen. Oleh sebab itu, kebanyakan bakteria hidup di kawasan yang sukar dibersihkan seperti di celah gigi, celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, di karang yang melekat di poket gusi dan celah rekahan pada lidah. Kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen. Keadaan mulut yang suam dan lembap menjadikan ia tempat yang ideal bagi pertumbuhan bakteria.
Mulut berbau boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut :
• Penjagaan kebersihan mulut yang lemah jarang memberus gigi dan tidak memberus gigi dengan betul akan mengakibatkan sisa-sisa makanan mereput di dalam mulut.
• Jangkitan di dalam mulut – periodontal (masalah gusi)
• Jangkitan saluran respirasi tekak, resdung atau masalah paru-paru
• Agen luaran bawang putih, bawang, kopi, merokok dan mengunyah tembakau
• Mulut kering (xerostomia) disebabkan oleh masalah penghasilan air liur yang tidak betul, pengambilan ubat tertentu atau ‘pernafasan mulut’
• Penyakit sistemik (keseluruhan badan) kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, penyakit paru-paru, resdung, penyakit ‘refluks’ dan lain-lain.
• Masalah perubatan hasil daripada kajian, 90% masa lah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihat kan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.



Mencegah Bau

Mulut berbau yang disebabkan oleh masalah dental boleh dicegah dengan mudah melalui penjagaan di rumah dan secara profesional. Ikuti langkah ini untuk memastikan nafas anda kekal segar :

• Berus gigi anda selepas setiap kali makan dengan meng guna kan ubat gigi berfluorida untuk menanggalkan sisa makanan dan plak.
• Berus lidah anda juga, sebaikbaiknya menggunakan berus gigi yang mengandungi pembersih lidah.
• Menggunakan flos gigi atau alat untuk mencuci ruangan di celah gigi sekali setiap hari.
• Menggunakan cecair pencuci mulut bagi memastikan mulut anda sentiasa rasa bersih dan nafas anda segar setiap masa.
• Kerap mengunjungi doktor gigi (sekurang-kurangnya dua kali setahun) untuk mem buat pemeriksaan dan pembersihan gigi.

Jika anda rasa mulut sentiasa berbau, catatkan makanan yang anda makan dan senaraikan jenis ubatan yang anda ambil. Sesetengah ubat mungkin boleh jadi punca mulut berbau.
Maklumkan kepada doktor gigi jika anda telah melakukan sebarang pembedahan atau mendapat penyakit sejak temu janji anda yang terakhir.

Anda juga boleh mencegah mulut berbau dengan minum lebih banyak air setiap hari untuk menolong badan meng hasilkan air liur. Setiap tegukan air melalui mulut sedikit sebanyak boleh melonggarkan serpihan makanan dalam mulut. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan minuman teh, ia dapat membantu lagi menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi poleypehnols yang merupakan bahan kimia tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria.

Tiada ulasan: