01 Mac 2012

Cara Mengenali Lelaki Panas Baran

Panas baran! Banyak rumah tangga runtuh kerana sikap yang satu ini. Ia sering kali dikaitkan dengan lelaki kerana mereka dikatakan tidak mampu menahan sabar dengan setiap ujian.


Namun bagaimana mahu mengenali lelaki sebegini kerana anda mungkin tak dapat menilainya dari wajah. Lelaki panas baran boleh saja berwajah manis berbeza dengan sikap sebenarnya.

1. Biarkan Dia Menunggu
Sebenarnya untuk membezakan lelaki itu panas baran atau tidak adalah tergantung kepada raut wajah serta sikapnya. Perhatikan perkara ini. Anda keluar bersamanya tetapi terlewat tiba. Marahnya berapi-api seolah-olah perbuatan anda itu adalah satu kesalahan besar.

Jika begini karakter lelaki, dia sebenarnya seorang yang panas baran kerana tidak sanggup menunggu pada satu kejadian kecil dalam hidupnya. Kalau lelaki yang panas baran, dia tentu akan menghamburkan kata-kata menyakitkan hati dan oleh itu, anda harus berhati-hati dengan lelaki begini.

2. Minta Dia Mengajar Sesuatu
Dalam mencari erti kesabaran, cuba perhatikan perkara ini juga. Mintalah dia mengajar anda sesuatu. Kalau kata-katanya agak pedas dan panas di telinga anda, itu tandanya dia seorang yang panas baran dan agak sukar berunding. Lelaki yang penyabar akan mengajar anda sehingga pandai tetapi lelaki panas baran akan mudah melenting bila anda tidak berjaya mengikut apa yang dia inginkan.

3. Lihat Caranya Melayan Anak Kecil
Umum mengetahui kanak-kanak banyak kerenah. Oleh itu sewaktu bersamanya, bawa sekali anak saudara anda yang masih kecil. Tinggalkan mereka dan lihat cara mereka menanganinya.


4. Cemburu Atau Tidak
Percaya atau tidak, lelaki yang panas baran biasanya seorang lelaki yang kuat cemburunya. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh.
Justeru itu sebelum membuat pilihan, kajilah semua sikap lelaki agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Baran berkaitan dengan sikap dan semestinya sikap boleh diubah. Sebagai lelaki andalah khalifah kepada pasangan, justeru itu tunjuklah moral yang baik kepada pasangan.

Pilihan Hadiah Untuk Isteri Tersayang
Sempena hari istimewa, isteri anda mungkin mahu membelikannya sesuatu. Tapi apakah hadiah tersebut? Jika anda pening mahu memikirkannya, tip berikut mungkin boleh membantu anda.

Jam
Pentingnya masa membuatkan wanita menyukai jam. Bagi mereka, sesuatu yang terlekat di tangan adalah seumpama anda yang selalu berada di sebelah dirinya. Bayangkan dia membawa jam itu ke mana-mana, seumpama dia membawa diri anda bersamanya.

Telefon Bimbit
Gajet ini sangat disukai baik lelaki mahu pun wanita. Memberinya suatu kejutan dengan hadiah sebegini akan menambah erat lagi kasih sayang anda berdua. Tambahan jika anda memberikannya telefon yang canggih.

Aksesori
Sangat sinonim dengan golongan wanita. Anda sebagai lelaki harus mengetahui apa yang mereka sukai dan tidak. Jika anda mengetahui apa yang wanita sukai, anda adalah lelaki terbaik di mata dan hatinya.

Minyak Wangi
Lambang sikap romantis. Lelaki yang menghadiahkan teman wanitanya minyak wangi adalah lelaki yang mementingkan kebersihan diri selain mahu tampil berkeyakinan di khalayak ramai. Cuba perhatikan lelaki yang tidak kemas penampilannya, bukan saja tiada minyak wangi tetapi pakaiannya begitu bersahaja. Justeru itu, untuk menjadi lelaki disenangi wanita, hadiahkanlah produk ini kepadanya.

Produk Kecantikan
Dewasa ini terlalu banyak produk di pasaran. Ada produk menguruskan badan, produk kecantikan, kecergasan IQ dan minda serta banyak lagi. Apa kata, hadiahkan pasangan dengan produk ini. Ia satu kelainan tetapi wanita begitu menyukainya kerana ia berlainan sama sekali.

Tiada ulasan: