Segmen yang satu ketika dahulu dikuasai Proton telah dipecahkan monopolinya oleh Perodua. Myvi juga berjaya melonjakkan Perodua ke tempat teratas sebagai kereta paling laris, selain pengeluar yang menduduki tangga teratas jualan tertinggi dalam pasaran tempatan.
Tidak dinafikan bahawa kereta itu didatangkan dengan pakej kereta urban yang menjimatkan. Myvi dicipta untuk menjadi kereta yang praktikal, mudah dipandu dan diparkir, ergonomik, teknologi yang asas serta mudah diselenggara.
Bagi sebuah negara yang mengadaptasi sistem bayaran balik sehingga sembilan tahun, sudah tentulah faktor nilai jualan balik menjadi isu pokok. Pembeli kereta pertama sudah tentu memikirkan nilai pasaran terpakai yang bagus.
Justeru, Myvi ternyata satu pembelian yang selamat. Lihat sahaja nilainya di pasaran terpakai bagi model pertama tahun 2005. Tidak ada kereta yang mengalami kejatuhan minimum seperti Myvi.
Perodua dikenali kerana kualiti binaan Toyota-Daihatsu. Kereta yang dipasang di Sungai Choh, Rawang itu berkongsi platform dengan model gantian Daihatsu Boon yang baru sahaja diperkenalkan di pasaran Jepun pada tahun lalu. Ironiknya, Boon generasi kedua ini (atau ketiga jika dikira dengan model Storia) turut menggantikan Myvi tempatan.
Berbeza dengan khabar angin yang bertiup kencang sebelum kehadiran gantian Myvi itu, asasnya, ia kekal dengan kapasiti enjin 1.3 dan namanya - Myvi. Sebenarnya saya melihat pengekalan nama pada model gantian adalah perlu dalam pasaran sekecil Malaysia agar sesuatu jenama dapat diperkukuhkan dan mudah diingati.
ENJIN bersesaran 1.3 liter menjanjikan penggunaan bahan api lebih menjimatkan berbanding enjin berkapasiti sama sebelumnya. |
Walaupun desas-desus bertiup kencang tentang gantian Myvi bakal menggunakan enjin 1.5 liter baru, Perodua mengambil keputusan mengekalkan konfigurasi enjin sedia ada.
Enjin K3-VE berkapasiti 1.3 liter itu terbukti lasak dan ekonomikal sejak divariankan lama sebelum itu di Jepun. Enjin siri K3VE dibangunkan sejak tahun 2000 dan telah dipasangkan pada pelbagai model Toyota/Daihatsu seperti Terios (Kembara/Nautica), YRV, Storia dan Bb. Ia merupakan model gantian siri HC/HD seperti yang dipasang pada Daihatsu Ascend/Espri tempatan.
Perbezaan ketara untuk Myvi baru adalah pengubahsuaian sistem stereng kuasa daripada jenis bermotor kepada berkuasa elektrik. Jika dilihat kepada mana-mana kereta urban moden hari ini, stereng kawalan elektrik lebih mesra pengguna menerusi sensor kelajuan.
Pada posisi pegun, memusing stereng adalah lebih mudah. Sementara apabila kelajuan melebihi 40 kilometer sejam (km/j), alat pengesan (sensor) pada batang rak stereng akan memberatkan putaran, sekali gus menjadikan pemanduan lebih stabil.
Enjin Myvi baru itu sudah ditala semula untuk capai tahap ekonomikal yang lebih baik. Menurut Perodua, menerusi ujian dalaman mereka, versi manual mencatat perjalanan 17.5km bagi seliter (km/l) petrol, berbanding model lama iaitu 17.1km/l. Model automatik nampaknya lebih baik kerana mencatatkan jarak 14.6km/l berbanding 13.5km/l pada model lama.
Walaupun asas platform Myvi baru itu sama seperti sebelumnya, sistem suspensi dan pengendaliannya telah diperbaiki secara keseluruhan. Pada sesi uji pandu singkat yang dijalankan bulan lepas, pihak media berpeluang mengujinya.
Apa yang dapat saya simpulkan, karektor pemanduannya tidak banyak berubah. Cuma suspensinya terasa lebih rigid terutamanya pada bahagian belakang. Tahap membuai yang sinonim dengan Myvi berjaya dikurangkan dengan menggunakan set suspensi yang lebih 'keras'.
Selain itu, konfigurasi dalaman dan luaran tidak banyak berubah. Beberapa penyesuaian ada dibuat. Ruang kepala direndahkan sedikit, sementara kelegaan kaki ditambah. Ruang but simpanan barang dan bahagian penumpang belakang masih tidak berubah.
RUANG kargo boleh ditambah dengan hanya melipat sepenuhnya tempat duduk belakang. |
Bentuk meter yang baru |
Gambar atas Myvi versi lama & gambar bawah Myvi baru 2011 |
Bahagian luar menerima perubahan ketara dengan rekaan lampu yang kelihatan lebih 'tersenyum'. Susunan lampu belakang pula berjaya menjadikan kereta ini satu pakej yang lengkap.
Jika anda amati pada model lama, penempatan lampu belakang kelihatan tergantung di posisinya. Jujurnya, saya suka rekabentuk lampu belakang Sirion/Boon versi Jepun yang lebih menyerlah dengan penggunaan kelongsong berbentuk bulat.
Sebelah kanan gambar Myvi lama & sebelah kiri gambar Myvi baru 2011 |
Hari ini, pembeli melihat kereta urban daripada perspektif berbeza. Jadi tidak hairanlah jika Myvi terjual lebih 484,000 unit sejak dilancarkan, menang 11 anugerah sepanjang lima tahun dan terbukti rakyat Malaysia memang sukakan Myvi.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rasyid Salleh memberitahu pihaknya menyasarkan jualan Myvi sebanyak 8,000 hingga 8,500 unit sebulan.
“Sehingga kini, sebanyak 10,000 unit Myvi telah ditempah. Penghantaran Myvi baharu kepada para pelanggan bermula esok (Jumaat),” kata Aminar.
Perodua juga sudah memulakan pengeksportan model sama ke Indonesia dengan menggunakan lencana Daihatsu Sirion. Penghantaran pertama itu melibatkan 500 unit Myvi.
Penggantian model baru adalah satu lagi berita gembira kepada bakal pembeli Myvi mahupun kereta subkompak secara keseluruhannya. Model Perodua Myvi Baru 2011 muncul dengan variasi lain seperti 1.3 Standard, Premium, Elegance and 1.5 Special Edition and Extreme. Perodua Myvi Elegance (automatik dan cat metalik) dilengkapi spesifikasi paling lengkap, jadi harganya ditawarkan sebanyak RM57,908.00. Harga yang paling murah adalah RM 43 000.
Warna bagi Perodua Myvi 2011 model baru versi Elegance ialah Ebony Black (hitam) dan Mystical Purple (ungu). Selain itu, ialah Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Medallion Grey (kelabu) dan Pearl White (putih mutiara).
sumber: kosmo
***kunang-kunang pon pakai MYVI jugak hehe..
kete ke-2 lps KELISA kesyganku..
kete ke-2 lps KELISA kesyganku..
kalau tau yg baru ni lg cun n lebih jimat minyak,
tak jd kua Myvi ujong thn lps..
tak jd kua Myvi ujong thn lps..
tgu yg ni huhu...ramai2 pakat bli MYVI ok..cantik jugak kale purple 2 hehe tp..rase2nya Kunang-kunang lagi suka bahagian dpn bumper MYVI kunang-kunang (mcm kale silver 2) tp kete kunang-kunang kale black..jgn mara haa...
Jgn lupe jenguk entri myvi baru se..... Link kat bwh ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan