Sekurang-kurangnya 12 maut, manakala hampir 200 orang cedera apabila sebuah feri penumpang yang menyediakan perkhidmatan dari Pulau Jawa ke timur Sumatera terbakar, lewat malam tadi.
Feri tersebut terbakar di Selat Sunda tiga kilometer dari pelabuhan Merak di pulau Jawa pada kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.
"Seramai 12 orang terkorban, manakala 427 lagi selamat, kami tidak mengetahui berapa jumlah penumpang yang hilang, kami harapkan tiada yang hilang," kata ketua bahagian servis penumpang maritim Kementerian Pengangkutan, yang hanya mahu dikenali sebagai Wiranto.
Tambah beliau, mangsa yang terselamat kebanyakannya meninggalkan feri tersebut dengan memakai jaket keselamatan.
Penumpang feri yang cedera telah dipindahkan ke sebuah hospital di Cilegon, Jawa untuk diberi rawatan.
Menurut Wiratno, sebuah kenderaan yang berada di atas feri tersebut dipercayai menjadi punca kebakaran kebakaran feri itu.
Dalam kejadian lain, sekurang-kurangnya lima terkorban, manakala 12 lagi cedera apabila dua kereta api penumpang bertembung di stesen kereta api di daerah Banjar, semalam.
Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 2 pagi di stesen tersebut yang terletak di sempadan barat Jawa Tengah apabila sebuah kereta api penumpang merempuh sebuah lagi kereta api yang berhenti di situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan