29 Januari 2011

Klinik lelaki-10 Tabiat Punca Sperma Lemah

SPERMA LEMAH? BAGAIMANA TERJADI? TAHUKAH ANDA SPERMA LELAKI BOLEH MENJADI LEMAH DAN TIDAK MAMPU UNTUK BERFUNGSI SEBAGAI SPERMA YANG AKTIF? IA TERJADI DISEBABKAN BEBERAPA FAKTOR.

BERIKUT SEPULUH TABIAT YANG MESTI ANDA ELAK BAGI MEMASTIKAN SPERMA ANDA KEMBALI AKTIF DAN NORMAL.

1. Kepanasan melampau
Kebiasaannya testis (buah zakar) manusia akan menjadi lebih baik jika ia berada dalam keadaan suhu lebih sejuk berbanding suhu bahagian lain dalam tubuh. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.

2. Mandi air panas
Tab mandian air panas juga tidak baik untuk pengaktifan testis. Jangka masa 30 minit berada di dalam jakuzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma anda. Jadi pastikan jika anda memerlukan air panas untuk mandi, jangan berendam terlalu lama di dalamnya.

3. Suhu badan tinggi
Suhu badan yang tinggi disebabkan demam boleh mengakibatkan kesan yang tidak elok pada kesuburan sperma lelaki. Berdasarkan kajian, didapati kepekatan sperma boleh menurun sehingga 35 peratus daripada biasa akibat daripada suhu badan yang tinggi.

4. Komputer riba
Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan laptop akan meningkatkan suhu skrotum sehingga mampu mencapai 35 darjah celcius. Ia akan memudaratkan sperma jadi pastikan laptop anda tidak diletakkan di atas paha terlalu lama.

5. Pemilihan seluar dalamSeluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan mengganggu pengaliran darah di kawasan tersebut. Akibatnya, jumlah spermatozoa yang dilepaskan selama ejakulasi jauh lebih rendah.

6. Pembesaran pembuluh darah
Dianggarkan sebanyak 15 peratus daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum yang biasanya berlaku di testis kiri. Keadaan ini mengakibatkan seseorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah.

7. Telefon bimbit
Radiasi daripada telefon bimbit yang disimpan di dalam poket seluar juga dikatakan turut memberikan kesan pada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin anda.

8. Obesiti
Kegemukan di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita yang dikenali sebagai estrogen dalam tubuh lelaki. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual dan ketidaksuburan sistem reproduksi.

9. Amalan gaya hidup tidak sihatElakkan diri daripada mengambil bahan seperti tembakau kerana kandungan nikotin dalam tembakau terbukti boleh mengganggu fungsi seksual lelaki dan mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Sebaiknya juga elakkan mengambil alkohol.

10. Masalah lain
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, infeksi atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.

1 ulasan:

Tak menjadi berkata...

macam mana nak cek sperma tu lemah ke tidak? keh keh keh