sekadar gambar hiasan..... |
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik termasuk di kampung saya di Pendang, Kedah, juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH!
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Itu saya tambah! Saya terpaksa sebut wanita pasangannya kerana dunia sekarang semakin cacamarba. Bimbang pula nanti ada lelaki yang mahu menjadi wanita, ketagih meraba janggut orang itu, orang ini, dengan harapan mahu jadi subur juga. Jangan! Hanya untuk wanita yang tulen sahaja.
Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Suami pula, apabila sudah diminta oleh isteri, simpanlah. Jangan sampai isteri terpaksa belai bulu jagung pula! Bulu jagung tiada manfaat apa-apa.
Kata Dr Jamnul Azhar lagi, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
sumber;sinarharian
Kelebihan Menyimpan Janggut
Orang lelaki di galakkan supaya menyimpan janggut kerana ia merupakan Sunnah Baginda Rasullah s.a.w. Baginda menyuruh umatnya menyimpan janggut agar tidak menyamai kaum Yahudi yang mencukur janggut dan menyimpan misai mereka maka Baginda menyuruh umatnya mencukur misai dan menyimpan janggut. Antara kebaikannya ialah:
- Janggut merupakan perhiasan lelaki yang dikurniakan Allah
- Sudah tentunya kita akan mendapat pahala sunnah dengan menyimpannya
- Satu kajian yang dilakukan menjelaskan bahawa dengan menyimpan janggut dapat menghasilkan sejenis hormon yang dapat melancarkan perjalanan darah ke jantung. (subhanallah)
- Sentuhan janggut suami ke badan isteri dapat menyuburkan isteri dan membetulkan sistem haid mereka.(wallahuallam)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan