Jika kencing tidak lawas berlaku ketika anda berada di satu-satu tempat, misalnya rumah atau pejabat, mungkin perkara itu masih boleh ‘dilayan’.
Bagaimanapun, anda akan berdepan situasi rumit andai berada di tempat yang sukar mencari tandas seperti di bangunan kedai, di taman perumahan atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas atau, alamatnya terpaksa ‘menahan’.
Berbanding lelaki, wanita lebih mudah mendapat jangkitan kuman di saluran kencing atau kencing kotor kerana faktor anatomi iaitu saluran kencing wanita lebih pendek dan dekat dengan dubur berbanding lelaki, menyebabkan kuman lebih mudah sampai ke pundi kencing.
Masalah ini juga lazim berlaku di kalangan mereka yang kurang minum air kosong serta sering menahan rasa ingin kencing.
Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Lim Lei Jun berkata, wanita hamil antara golongan paling berisiko mendapat jangkitan kuman di saluran kencing kerana ketika itu mereka mempunyai lebih banyak hormon progesteron yang menyebabkan bahagian alat sulit lebih lembap dan memudahkan pembiakan kuman pada saluran kencing.
Menurutnya, kekerapan buang air kecil juga berlaku disebabkan kandungan yang semakin membesar memberi tekanan kepada pundi kencing dan saluran kencing.
Malah, otot saluran kencing yang bertambah lemah ketika hamil melambatkan pengaliran air kencing, menyebabkannya bertakung dan mudah dijangkiti kuman.
“Ketika hamil, wanita juga lebih sukar menjaga kebersihan hingga mendedahkan mereka kepada jangkitan. Imuniti wanita hamil yang kurang berbanding yang tidak mengandung turut menyumbang kepada punca mereka mudah mendapat jangkitan saluran kencing,” katanya.
Risiko mendapat jangkitan saluran kencing meningkat jika seseorang itu menghidap diabetes atau wanita yang mendapat diabetes ketika hamil berikutan imuniti tubuh yang kurang. Dianggarkan 89 peratus punca jangkitan saluran kencing ialah bakteria daripada usus dipanggil E.coli.
GEJALA
Walaupun pelbagai tanda dialami membolehkan anda mengesan masalah kencing kotor, kadangkala penyakit itu tiada gejala dan ini dikenali sebagai ‘asymptomatic bacteriuria’.
Pesakit hanya mengetahui dia menghadapi jangkitan di saluran kencing ketika menjalani pemeriksaan kencing.
Jangkitan boleh menyerang mana-mana bahagian saluran kencing, termasuk buah pinggang, pundi kencing dan uretra (tiub yang menyambungkan pundi kencing dengan bahagian luar tubuh badan).
Kuman yang menyerang saluran kencing boleh mengakibatkan demam, kepenatan dan sakit pinggang.
RISIKO
Jika timbul gejala, pesakit dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan awal.
RAWATAN
Buah kranberi dan barli boleh membantu menyingkirkan jangkitan kuman di salur kencing.
LANGKAH PENCEGAHAN:
1 ulasan:
dah takot nak tahan kencing dah pasni.. huhuhu
Catat Ulasan